Kisah MyPati — Kenapa Kami Wujud

Lebih Sesuai Untuk Malaysian!

Tidak semua tubuh manusia sama.
Begitu juga kita, rakyat Malaysia.

Kita makan berbeza.
Kita hidup dalam cuaca yang berbeza. Gaya hidup berbeza.
Kita melalui rutin dan cabaran yang berbeza setiap hari.

Namun, bila saya mencari suplemen untuk bantu perjalanan kesihatan saya dahulu,

Saya rasa… pelik.
Kenapa tiada suplemen yang betul-betul faham tubuh orang Malaysia?

Hampir semua produk di pasaran tidak “kenal” siapa kita.

Formulanya diimport.
Dicipta untuk orang yang hidup dalam musim sejuk, untuk orang yang makan salad.

Bukan untuk kita yang menghadapi panas lembap tropika setiap hari. Makan nasi lemak, roti canai dan minum teh tarik.

Why MyPati Lebih Sesuai Untuk Malaysian

Di sinilah segalanya bermula.

MyPati bukan sekadar suplemen.
Ia adalah jawapan kepada persoalan besar yang selama ini terbiar:

“Kenapa tiada suplemen yang betul-betul faham cara hidup rakyat Malaysia?”

Bersama saintis dan pakar pemakanan tempatan, kami rangka sesuatu yang baru.
Kami kaji:

✅ Diet harian rakyat Malaysia
✅ Gaya hidup dan rutin seharian
✅ Budaya makan kita
✅ Cuaca tropika dan rutin seharian
✅ Keunikan tubuh dan keperluan sebenar kita

Dan dari sinilah lahirnya MyPati — suplemen yang benar-benar lebih sesuai untuk Malaysian.

Kami percaya, kesihatan tidak sepatutnya terasa asing.
Ia sepatutnya dekat dengan kita.
Kerana untuk terus menikmati detik-detik indah bersama keluarga,
tubuh yang sihat adalah permulaan segalanya.

MyPati — Lebih Sesuai Untuk Malaysian!

Misi Kami

Membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan bermakna melalui suplemen yang benar-benar diformulasikan untuk tubuh, gaya hidup dan budaya kita – Malaysian.

Kami bertekad untuk menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah, lebih mesra dan lebih dekat dengan keperluan sebenar rakyat Malaysia — supaya anda boleh terus menikmati detik indah bersama keluarga tercinta, hari ini dan untuk tahun-tahun akan datang.

Visi Kami

Menjadi jenama suplemen #1 pilihan rakyat Malaysia yang dipercayai dan diformulasikan khas untuk memenuhi keunikan gaya hidup, pemakanan dan cuaca Malaysia.

Kami ingin melihat setiap rumah di Malaysia lebih sihat, lebih ceria dan lebih bersedia menghadapi cabaran harian — dengan MyPati sebagai rakan kesihatan mereka yang paling memahami.