Polisi Penghantaran
Alamat Penghantaran
Kami hanya akan membuat penghantaran ke alamat yang diberikan semasa pembayaran atau alamat penghantaran yang dinyatakan semasa pembelian.
Sila pastikan alamat yang betul dan nombor telefon yang boleh dihubungi disediakan semasa membuat pesanan. Kami tidak menghantar ke P.O. Box (Petak Surat) dan hanya ke alamat penghantaran yang sah dan sahih.
Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya alamat penghantaran yang tidak tepat diberikan dan barang dipulangkan kepada kami.
Segala penghantaran semula kepada anda akan dikenakan caj penghantaran tambahan yang akan dimaklumkan apabila permintaan untuk penghantaran kedua dibuat.
Tempoh Penghantaran
Biasanya ia mengambil masa antara 2 hingga 5 hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) untuk barang sampai ke destinasi anda. Penghantaran akan dilakukan semasa waktu pejabat antara 9:00 pagi hingga 5:00 petang pada hari bekerja sahaja.
Nombor Penjejakan
Sebaik sahaja barang diambil oleh rakan penghantaran kami, ID penjejakan bagi bungkusan akan disediakan. Sebarang komunikasi akan dibuat melalui emel / aplikasi mudah alih / SMS.
Pengesahan pesanan dan resit akan dihantar melalui emel / aplikasi mudah alih / SMS. Bukti pembelian, invois atau nota penghantaran akan disediakan.
Kami berhak untuk meminda polisi ini dari semasa ke semasa jika perlu, tanpa notis awal atau persetujuan daripada pelanggan.
