Polisi Bayaran Balik & Pemulangan
Di MyPati, kami komited untuk memberikan anda produk berkualiti. Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, berikut adalah polisi rasmi kami:
Polisi Pemulangan
- Produk boleh dipulangkan dalam keadaan asal, belum dibuka, dan masih dalam bungkusan asal.
- Produk yang layak dipulangkan akan menerima bayaran balik penuh (100%).
- Semua caj penghantaran asal tidak akan dikembalikan.
- Sila gunakan perkhidmatan kurier yang boleh dipercayai dan menyediakan nombor penjejakan. Produk mesti dipulangkan dalam keadaan yang boleh dijual semula.
Polisi Bayaran Balik
- Semua bayaran balik akan diproses dalam Ringgit Malaysia (RM).
- Bayaran balik akan dipindahkan melalui bank transfer menggunakan maklumat akaun bank yang anda sediakan.
- Proses bayaran balik akan mengambil masa 7 hingga 14 hari bekerja selepas produk diterima dan disahkan.
- Setelah bayaran balik diproses:
- Mata ganjaran yang diterima daripada pembelian tersebut akan ditolak daripada profil anda.
- Komisen affiliate yang telah diberikan akan ditarik balik atau ditolak daripada komisen akan datang.
Nota Tambahan
- Sekiranya anda memulangkan pembelian yang melayakkan anda menerima hadiah percuma tetapi hadiah tersebut tidak dipulangkan, nilai hadiah akan ditolak daripada jumlah bayaran balik.
- Sekiranya berlaku isu luar biasa seperti produk hilang daripada pesanan, sila laporkan kepada Khidmat Pelanggan pada hari penghantaran untuk tindakan lanjut.
- Kami berhak untuk meminda polisi ini dari semasa ke semasa jika perlu, tanpa notis awal atau persetujuan daripada pelanggan.
Ikuti 5 langkah mudah berikut untuk membuat pemulangan:
Langkah 1: Sahkan Kelayakan Pemulangan
Pastikan produk anda masih dalam keadaan asal, belum dibuka, belum digunakan, dan dalam bungkusan asal, serta masih dalam tempoh polisi pemulangan kami.
Langkah 2: Emel kepada [email protected]
Sila sertakan maklumat berikut dalam emel anda (4 perkara wajib):
- Nombor pesanan (rujuk emel pengesahan pesanan anda)
- Username atau emel log masuk
- Gambar produk yang jelas (bahagian depan & belakang)
- Gambar label/printing pada produk
Langkah 3: Terima Nombor Tracking Prabayar
Selepas pengesahan dibuat, kami akan membalas emel anda dengan nombor tracking Ninja Van yang telah dibayar.
Langkah 4: Hantar ke Cawangan Ninja Van (PUDO Point)
Bawa produk anda ke Outlet Ninja Van terdekat (PUDO Point) dan tunjukkan nombor tracking tersebut.
- Kos penghantaran ditanggung oleh kami (sudah prabayar).
- Kos bahan pembungkusan (contoh: flyer, bubble wrap, kotak) adalah tanggungjawab anda.
- Wakil Ninja Van akan membantu anda untuk proses penghantaran.
Langkah 5: Proses Bayaran Balik / Pertukaran
Kami akan mula memproses bayaran balik selepas produk anda sampai ke gudang MyPati dan disahkan dalam keadaan asal.
Mata ganjaran : mata ganjaran daripada pesanan tersebut akan ditolak daripada profil anda.
Bayaran balik: diproses dalam Ringgit Malaysia (RM) melalui bank transfer ke akaun bank yang anda berikan, dalam tempoh 7–14 hari bekerja.
