9 Sebab Kebaikan Teh Hijau Untuk Kurus Cepat dan Diet
Selalu terdengar petua teh hijau untuk kurus?
Ramai yang tertanya-tanya. “Betul ke? Teh hijau boleh kuruskan badan kita?”
Hari kita akan tahu sebabnya…
Artikel ini akan menunjukkan bagaimana teh hijau boleh bantu anda menurunkan berat badan yang dibukti sains.
Anda juga boleh mengetahui soalan lazim tentang teh hijau dan kuruskan badan. Termasuk cara dan waktu sesuai minum teh hijau atau green tea yang saya amalkan. Ia bantu saya turunkan 23kg dalam masa 5 bulan.
Teh hijau memang popular sebagai minuman diet.
Mari kita mulakan!
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML CodeApa itu teh hijau?
Teh hijau ialah sejenis teh yang dihasilkan daripada daun spesies Camellia sinensis yang tidak melalui proses pelayuan dan pengoksidaan yang sama seperti yang digunakan untuk menghasilkan teh oolong dan teh hitam.
Teh hijau boleh diminum dengan panas atau dingin. Kebanyakan teh hijau berasal dari Asia.
Apa kaitan cara minum teh hijau dengan penurunan berat badan?
Teh hijau sudah lama dikenal sebagai minuman yang menyihatkan. Baru-baru ini, semakin banyak kajian menunjukkan bahawa teh hijau juga bantu mengurangkan berat badan anda. Dan punca utama adalah disebabkan kandungan ia yang tinggi dengan antioksidan seperti epigallocatechin gallate (EGCG), kafein, katekin (catechin) yang diyakini meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu membakar lemak.
Jom kita baca tentang kebaikan minum teh hijau untuk diet.
9 sebab teh hijau untuk kurus dan diet
Dengan beberapa faktor di bawah, teh hijau adalah salah satu minuman bantu menurunkan berat badan dengan efektif. Namun, penting untuk diingat bahawa teh hijau hanya bantu meningkatkan pembakaran lemak. Asas penurunan berat badan masih adalah defisit kalori. Anda boleh tahu cara menurunkan berat badan dengan panduan yang lengkap di pautan ini.
Mari kita tengok manfaat teh hijau untuk diet.
1. Mengandungi zat yang bantu anda mengurangkan lemak
Daun teh hijau mempunyai banyak zat. Khasiat teh hijau juga bagus untuk banyak kesihatan selain daripada kuruskan badan.
Kandungan kafein dalam teh hijau juga dapat membantu meningkatkan metabolisme dan membakar lemak secara lebih efektif. Walaupun secawan teh hijau mengandungi kafein (24–40 mg) yang lebih rendah berbanding dengan secawan kopi (100–200 mg), ia masih mengandungi cukup untuk memberi kesan.
Kafein terkenal dengan manfaat yang bantu pembakaran lemak dan meningkatkan prestasi senaman dalam banyak kajian.
Teh hijau juga mengandungi antioksidan seperti katekin dan epigallocatechin gallate (EGCG), yang dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu dalam membakar lemak.
2. Meningkatkan pembakaran lemak, terutamaya semasa senaman
Jika anda melihat pada label semua “fat burner” dalam pasaran, kebanyakan anda akan menjumpai kandungan teh hijau.
Ini disebabkan teh hijau memang memainkan peranan dalam pembakaran lemak, terutamanya semasa senaman.
Dalam satu kajian, lelaki yang ambil ekstrak teh hijau sebelum bersenam boleh membakar 17% lebih kalori berbanding dengan lelaki yang tidak ambil suplemen teh hijau. Kajian menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan kesan pembakaran lemak senaman
Satu kajian juga menunjukkan bahawa katekin akan meningkankan pembakaran lemak sama ada anda bersenam atau tidak.
3. Bantu memecahkan lemak daripada sel lemak
Untuk membakar lemak, badan anda mesti memecahkan lemak daripada sel lemak dan memindahkannya ke dalam aliran darah anda.
Kajian menunjukkan antioksidan utama iaitu epigallocatechin gallate (EGCG) dapat membantu meningkatkan kadar hormon norepinefrin dalam tubuh. Ia bantu memecahkan lemak daripada sel lemak.
Kajian yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2008 juga buktikan bahawa komponen teh hijau bantu memobilisasi lemak daripada sel lemak dan mengubahnya menjadi tenaga yang dapat digunakan tubuh.
4. Meningkatkan kadar metabolisme
Tahukah anda bahawa badan anda sentiasa membakar kalori? Walaupun tengah tidur.
Kajian ini, ini dan ini, menunjukkan bahawa kadar metabolisme boleh naik sebanyak 3 hingga 4 % dalam masa 24 jam lepas minum teh hijau.
Teh hijau mampu meningkatkan pembakaran lemak.
Untuk seoarang yang bakar 2,000 kalori sehari. Badan anda akan membakar lebih 60 hingga 80 kalori.
Dalam satu kajian terhadap 60 individu yang berobesiti, makan suplemen ekstrak teh hijau bantu mereka membakar sebanyak 183 kalori lebih berbanding dengan individu yang tidak ambil ekstrak teh hijau.
5. Bantu dalam pembakaran lemak perut atau lemak visceral
Tahukah anda bukan semua lemak adalah sama.
Lemak visceral atau visceral fat adalah jenis lemak yang terletak jauh di dalam dinding perut dan mengeliling organ tubuh.
Lemak inilah yang kita katakan berbahaya kepada kesihatan.
Penyakit jantung, Alzheimer, diabetes jenis 2, strok, dan kolesterol tinggi adalah beberapa keadaan yang berkait rapat dengan terlalu banyak lemak visceral.
Kajian ini, ini dan ini menunjukkan bahawa teh hijau banyak membantu mengurangkan lemak perut dan lemak visceral.
Kalau anda tak nak perut yang buncit disebabkan lemak perut. Minumlah teh hijau.
6. Bantu meningkatkan performasi senaman
Kandungan kafein dalam teh hijau juga dapat bantu meningkatkan performasi senaman.
Anda boleh berasa lebih bertenaga dan boleh fokus dengan lama. Secara tidak langsung, ini dapat bantu anda bersenaman dengan lebih efektif dan meningkatkan pembakaran lemak.
Kajian ini dan ini juga menunjukkan bahawa antioksidan dalam teh hijau seperti katekin dan epigallocatechin gallate (EGCG) juga meningkatkan prestasi senaman secara tidak langsung.
Anda boleh minum teh hijau sebelum olahraga.
7. Bantu mengurangkan nafsu makan
Kandungan kafein dalam teh hijau juga dapat membantu mengurangkan nafsu makan dan membuatkan anda merasa lebih kenyang lebih lama.
Kajian menunjukkan bahawa kafein mempunyai kesan yang kecil untuk mengurangkan nafsu makan atau selera makan.
Kajian ini menunjukkan individu yang minum minuman kafein seperti kopi atau teh hijau boleh mengurangkan kalori sebanyak 10%.
Pendek kata, ia dapat bantu anda mengurangkan pengambilan kalori daripada makanan. Ini dapat bantu anda turunkan berat badan dan cepat kurus secara keseluruhan.
8. Teh hijau adalah minuman yang rendah kalori
Ramai orang sangat suka minuman yang berperisa. Dan kabanyakkan minuman yang berperisa mempunyai kalori dan gula yang tinggi.
Diet kurang kalori adalah faktor utama untuk mengurangkan berat badan.
Teh hijau sebenarnya adalah minuman yang mempunyai hampir kosong kalori.
Pendek kata, anda tidak akan jadi gemuk dengan minum teh hijau jika tidak menambah gula.
9. Bantu kurangkan pengambilan gula
Pengambilan gula yang tinggi adalah berbahaya kepada kesihatan keseluruhan.
Minuman tanpa gula dan kalori, seperti teh hijau tanpa gula dalam gaya hidup boleh kurangkan minuman manis.
Ia bantu dalam pengurusan berat badan dan kesihatan secara keseluruhan dalam jangka masa panjang.
Lain-lain kebaikan teh hijau untuk manfaat kesihatan
1. Mengandungi pelbagai antioksidan yang bermanfaat
Khatsiat teh hijau memang banyak dan mengandungi antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan.
Kandungan polifenol dalam teh hijau dapat bantu mencegah penuaan pramatang dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan.
Antioksidan yang terkandung dalam teh hijau juga dapat membantu mencegah berbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, dan diabetes.
Dalm kajian 40,000 orang Jepun yang minum 2 cawan teh hijau sehari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 33%.
Kajian juga menunjukkan bahwa antioksidan dalam teh hijau dapat membantu meningkatkan kesihatan mental dan meningkatkan fungsi otak.
2. Bantu mengawal darah gula dan diabetes
Diabetes dapat bantu mengurangkan kadar gula darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.
Menurut satu kajian di Jepun, orang yang minum enam atau lebih cawan teh hijau setiap hari adalah 33 % kurang risiko untuk menghidap diabetes jenis 2 berbanding orang yang minum hanya satu cawan setiap minggu.
Teh hijau boleh mengurangkan risiko diabetes.
3. Manfaat untuk kesihatan tulang
Kandungan antioksidan dalam teh hijau dapat membantu mencegah kehilangan kekuatan tulang dan mengurangi risiko patah tulang.
Menurut penemuan dari kajian keratan rentas Korea yang diterbitkan dalam Nutrien, pengambilan teh hijau secara tetap boleh melindungi wanita menopause daripada osteoporosis.
4. Boleh mengurangkan mulut berbau
Katekin dalam teh hijau juga mempunyai manfaat untuk kesihatan mulut.
Kajian di makmal menunjukkan bahawa katekin dalam teh hijau boleh menghalang pertumbuhan bakteria mulut.
Kajian juga menunjukkan bahawa epigallocatechin gallate (EGCG) bantu mengurankan pertumbuhan Solobacterium moorei yang boleh menyebabkan mulut berbau.
5. Bantu mengurangkan kolesterol
Teh hijau didapati bantu mengurangkan kolesterol yang tidak baik.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan teh hijau dengan ketara menurunkan jumlah kolesterol dan juga kolesterol LDL.
Kesimpulan
Sebenarnya, teh hijau sudah lama dikenal sebagai minuman yang bantu dalam proses menurunkan berat badan dan bagus untuk diet.
Inilah 9 sebab teh hijau untuk mengurangkan berat badan.
- Mengandungi zat yang bantu anda mengurangkan lemak
- Meningkatkan pembakaran lemak, terutamaya semasa senaman
- Bantu memecahkan lemak daripada sel lemak
- Meningkatkan kadar metabolisme
- Bantu dalam pembakaran lemak perut atau lemak visceral
- Bantu meningkatkan performasi senaman
- Bantu mengurangkan nafsu makan
- Teh hijau adalah minuman yang rendah kalori
- Bantu kurangkan pengambilan gula
Teh hijau memiliki banyak kebaikan kesihatan juga.
Terdapat banyak jenama teh hijau yang anda boleh minum di pasaran. Kebanyakkan teh hijau jenis uncang.
Teh hijau memang dikenal untuk bantu dalam penurunan berat badan yang sihat.
Nak tips kurus yang lain? Tekan pautan ini.
Jika anda suka meminum teh hijau dan dapati teh hijau bantu dalam proses penurunan berat badan.
Jika artikel teh hijau untuk kurus ini dapat bantu anda.
Tinggalkan komen di bawah untuk memberitahu saya.
coach saya minum teh hijau antara 10-11 pagi dan 3.30- 4 ptg. satu sachet tu saya rendam untuk 1-2 minit dan selebih itu saya simpan dalam gelas untuk minum sebelah petang. maknanya satu sachet tu saya guna 2 kali. betul ke saya minum teh hijau macam ini?
apa jenis teh hijau yang patut saya amal coach
Selagi anda boleh tidur, anda boleh minum bila bila masa sahaja. Jika lepas minum tak boleh tidur, berhenti minum selepas pukul 5 petang. Ya anda boleh gunna 2 kali, tapi jangan lebih dari 2 kali. Saya biasa minum “Ahmad Tea” green tea.