5 Sebab Kopi Diet Untuk Kurus (Sains Terbukti)
Pernah dengar kopi diet untuk kurus?
Ramai yang tertanya-tanya. “Betul ke? Minum kopi bantu kuruskan badan?”
Artikel hari ini akan menunjukkan bagaimana minum kopi atau kopi diet boleh bantu menurunkan berat badan.
Anda juga boleh mengetahui soalan lazim tentang kopi diet dan pengurusan berat badan. Termasuk cara dan waktu minum kopi yang saya amalkan. Ia telah bantu saya dalam proses turunkan 23kg dalam masa 5 bulan.
Nak tahu tentang kopi untuk diet? Mari kita mulakan!
Share this Image On Your Site By Copy and Paste the HTML CodeApa itu kopi?
Kopi (coffee) ialah minuman yang dibancuh daripada benih panggang daripada tumbuhan kopi. Kopi merupakan minuman kegemaran di seluruh dunia, dan ramai yang minum kopi pada setiap pagi untuk memulakan hari mereka.
Selain memberikan rasa kesegaran dan mengurangkan rasa mengantuk, biji kopi juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Satu lagi kebaikan kopi yang kurang diketahui ramai adalah ia boleh bantu dalam pengurusan berat badan.
Apa kaitan kopi dengan penurunan berat badan?
Dengan minum kopi sahaja tidak akan bantu anda turunkan berat badan sebenarnya. Anda perlu berada dalam defisit kalori untuk menurunkan berat badan.
Tetapi kajian menunjukkan bahawa minum kopi boleh bantu anda mempercepatkan penurunan berat badan anda.
Kopi telah lama dikaitkan dengan penurunan berat badan dan diet. Sebab utama kopi dapat bantu dalam proses penurunan berat badan kerana ia mempunyai sifat termogenik yang boleh bantu membakar kalori, meningkatkan metabolisme, dan mengurangkan nafsu makan.
Ingin menurunkan berat badan dengan konsumsi kopi? Jom sambung baca.
5 sebab kopi diet untuk turunkan berat badan
Dengan beberapa faktor di bawah, diet kopi adalah salah satu minuman yang bantu menurunkan berat badan dengan efektif. Namun, penting untuk diingat bahawa kopi diet hanya bantu meningkatkan pembakaran lemak. Asas penurunan berat badan masih adalah defisit kalori. Anda boleh tahu cara menurunkan berat badan dengan panduan yang lengkap di pautan ini.
1. Kopi kalori rendah
Faktor utama yang menurukan berat badan adalah dengan kurangkan pengambilan kalori harian anda atau tingkatkan jumlah kalori yang dibakar. Dengan ini, badan anda akan berada dalam keadaan defisit kalori.
Kajian menunjukkan bahawa hanya gantikan 240ml minuman manis yang berkalori tinggi kepada air kosong setiap hari boleh mengakibatkan berat badan turun sebanyak 1.9kg dalam 8 bulan.
Kopi kosong tanpa susu adalah minuman yang sangat rendah kalori. Ia hanya mengandungi 2 calories untuk secawan (240ml).
Tetapi perlu diingatkan bahawa menambah gula dan susu dalam kopi akan meningkatkan kalori. Dan jika anda minum 3 cawan kopi yang bergula dan bersusu, secara tidak langsung pengambilan kalori anda akan meningkat.
Tahukah anda 1 Java Chip Frappuccino di Starbucks lebih kurang 470 calories. Ini bersamaan dengan lebih kurang 2 mangkuk nasi.
2. Kopi bantu meningkatkan metabolisme
Kafein ialah perangsang semula jadi yang biasa ditemui dalam kopi dan teh. Kopi mengandungi jumlah kafein yang tertinggi berbanding dengan teh.
Satu cawan (240ml) kopi mengandungi 95mg kafein.
Kafein bantu meningkatkan kadar metabolisme rehat (resting metabolic rate (RMR)). Semakin tinggi kadar metabolisme, semakin banyak kalori yang anda bakar sehari.
Kajian menunjukkan bahawa kafein boleh meningkatkan RMR sebanyak 3 – 11%.
Tetapi kafein mempunyai kesan yang lebih tinggi pada orang yang kurus berbanding dengan orang yang berlebihan berat. Satu kajian menunjukkan bahawa kafein meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 29% pada orang kurus, manakala peningkatan hanya kira-kira 10% pada individu obes.
3. Kopi bantu memecahkan lemak daripada tisu adiposa
Kopi juga dapat bantu membakar lemak anda dengan lebih efektif.
Kajian menunjukkan bahawa kandungan kafein dalam kopi dapat merangsang sistem saraf untuk menghantar isyarat ke sel-sel lemak, beritahu mereka untuk memecahkan lemak.
Ia meningkatkan pelepasan hormon epinefrin yang menggalakkan pembebasan asid lemak daripada tisu lemak.
Dengan proses ini, badan anda akan mengunakkan lemak sebagai sumber tenaga semasa anda dalam keadaan kalori defisit.
Pendek kata, anda boleh menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
4. Kopi bantu mengurangkan nafsu makan
Kandungan kafein dalam kopi juga boleh bantu mengurangkan selera makan anda.
Kajian menunjukkan bahawa kafein dapat bantu mengurangkan rasa lapar dengan mempengaruhi hormon lapar anda seperti ghrelin dan peptide-yy.
Kajian juga menunjukkan bahawa minum kopi dapat mengurangkan jumlah pengambilan kalori sepanjang hari berbanding dengan orang yang tak minum kopi.
5. Kopi bantu meningkatkan performasi dan intensiti senaman
Kajian menunjukkan bahawa kopi juga dapat bantu meningkatkan performasi serta intensiti senaman.
Pernahkah anda rasa degupan jantung anda lebih laju selepas minum kopi? Inilah disebabkan kandungan kafein dalam kopi.
Kandungan kafein dalam kopi dapat bantu meningkatkan fokus dan energi anda.
Dengan performasi yang lebih baik dan intensiti yang lebih tinggi, badan anda secara tidak langsung juga akan membakar lebih kalori.
Cara minum kopi untuk menurunkan berat badan
Sekarang kita dah tahu kenapa kopi boleh bantu dalam proses menurunkan berat badan. Terdapat beberapa tips minum kopi yang dapat bantu anda memaksimumkan hasil penurunan berat badan.
1. Minum kopi sebagai “Pre-workout”
Anda boleh minum kopi sebagai minuman pre-workout sebelum bersenam. Ia dapat bantu meningkatkan tenaga, fokus dan intensiti senaman anda. Performasi senaman anda akan bertambah baik dan secara tidak langsung anda dapat membakar lebih kalori.
2. Minum kopi tanpa susu dan gula
Gula dan susu dalam kopi akan menanbahkan jumlah kalori. Oleh itu, minum kopi hitam dapat mengelakkan daripada penambahan kalori.
Jika anda tak suka rasa kopi tanpa gula. Boleh juga pilih teh hijau untuk kurus.
3. Minum kopi hitam semasa berasa lapar
Minum kopi hitam semasa anda berasa lapar. Kopi dapat bantu anda mengurangkan nafsu makan.
Saya juga minum kopi hitam pada waktu pagi semasa saya amalkan intermittent fasting. Saya tidak berasa lapar dan boleh berpuasa untuk 16 jam dengan senang.
4. Jangan minum kopi lepas jam 5 petang
Ramai yang susah tidur selepas minum kopi. Jika anda juga mengalami masalah tidur lepas minum kopi. Elakkan daripada minum kopi lepas 5 petang.
5. Minum semasa intermittent fasting
Jika anda mengamalkan “intermittent fasting” untuk menurunkan berat badan. Anda boleh minum kopi hitam semasa under berpuasa. Ia boleh bantu anda mengurangkan nafsu makan.
Kebaikan minum kopi hitam untuk kesihatan lain
- Boleh mengurangkan risiko risiko diabetes jenis 2.
- Boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Boleh mengurangkan risiko kanser.
- Boleh mengurangkan risiko penyakit parkinson.
- Boleh mengurangkan risiko kemurungan (depression.
- Meningkatkan fungsi kognitif. Anda lebih fokus dan jelas fikiran.
- Meningkatkan tahap tenaga
- Boleh bantu dalam kesihatan jantung
- Boleh bantu dalam kesihatan kulit
Kesimpulan
Minum kopi atau kopi diet boleh bantu menurunkan berat badan anda.
Inilah 5 sebab anda perlukan kopi dalam diet anda:
- Kopi kalori rendah
- Kopi bantu meningkatkan metabolisme
- Kopi bantu memecahkan lemak daripada tisu adiposa
- Kopi bantu mengurangkan nafsu makan
- Kopi bantu meningkatkan performasi dan intensiti senaman
Jika artikel ini dapat membantu anda, komen di bawah dan sharekan artikel ini.
Baca tips kurus lain di sini.
Soalan Lazim
Jika anda mempertimbangkan minum kopi atau kopi diet untuk bantu menurunkan berat badan, mungkin anda mempunyai beberapa soalan. Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan dengan kopi dan penurunan berat badan