Diet Telur Rebus: 6 Sebab Telur Pembakar Lemak Yang Power
Pernah dengar tentang diet telur rebus untuk kurus cepat? Mungkin anda pernah cuba dan tahu kesannya.
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui:
- 6 sebab telur boleh bantu anda kurus dengan cepat (terbukti secara saintifik)
- Lain-lain kebaikan kesihatan makan telur
- Cara masak telur untuk diet
- Soalan lazim tentang diet telur dan pengurusan berat badan
Diet telur juga banyak bantu saya buang lemak daripada 90kg kepada 67kg dalam masa 5 bulan sahaja. Lebih daripada 10kg. Ia memang efektif.
Lepas baca artikel diet telur ini, anda boleh terus amalkan diet telur.
Mari kita mulakan.
Apa kaitan telur dengan penurunan berat badan yang cepat?
Telur sudah lama dikenal sebagai superfood yang sangat menyihatkan. Disebabkan nutrisi ia yang tinggi.
Punca utama telur bantu dalam menurunkan berat badan adalah disebabkan ia sangat mengenyangkan dan juga bantu meningkatkan metabolisme anda.
Anda boleh menjalani diet telur dalam diet rendah karbohidrat, diet protein seperti diet keto. Ia memang sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.
6 Sebab Diet Telur Rebus adalah Pembakar Lemak Yang Hebat
1. Telur kalori rendah dan sangat berkhasiat
Faktor utama yang menurunkan berat badan adalah dengan kurangkan pengambilan kalori harian anda atau tingkatkan jumlah kalori yang dibakar.
Satu telur besar mengandungi hanya kira-kira 71.5 kalori, namun ia sangat tinggi dengan nutrien.
Satu hidangan yang terdiri daripada 3 telur hanya mengandungai lebih kurang 215 kalori.
Telur juga sangat berkhasiat. Inilah nutrisi untuk satu telur besar.
- Calories: 71.5
- Protein: 6.3g
- Lemak: 4.8 g
- Vitamin A: 160 mcg
- Calcium: 56 mg
- Vitamin D: 2 mcg
- Riboflavin: .475 mg
- Vitamin B12: .89 mcg
- Folate: 47 mcg
- Vitamin E: 1.05 mg
- Niacin: .075 mg
- Iron: 1.75 mg
2. Telur sangat mengenyangkan
Telur sangat mengenyangkan. Ini kerana telur mengandungi protein yang tinggi.
Satu telur besar mengandungi lebih kurang 6.3g protein.
Satu hidangan yang terdiri daripada 3 telur hanya mengandungai lebih kurang 19g protein.
Ia adalah bersamaan dengan makan 100g ikan atau ayam.
Kandungan protein yang tinggi memerlukan masa yang lebih lama untuk dicerna oleh badan. Ini salah satu sebab ya lebih mengenyangkan berbanding dengan karbohidrat.
Kajian juga menunjukkan bahawa hidangan berprotein tinggi bantu mengurangkan nafsu makan dan meningkatkan rasa kenyang berbanding dengan hidangan yang kurang protein.
Kajian juga menunjukkan bahawa hidangan yang mengandungi protein tinggi dan serat yang tinggi dapat mengurangkan pengambilan kalori untuk sepanjang hari berbanding dengan hidangan yang rendah protein dan serat.
Selain itu, kajian juga menunjukkan pengambilan diet yang tinggi protein boleh mengurangkan nafsu makan sebanyak 15%. Ia juga banyak membantu anda kurangkan makan lewat malam.
Ia sangat mengenyangkan jika anda makan putih telur tanpa kuning telur. Ia mengandungi tinggi protein tanpa lemak.
Jika ingin menurunkan berat badan, anda memang patut mengamalkan diet 2 biji telur rebus untuk sarapan pagi.
3. Telur bantu mengurangkan nafsu makan lewat malam
Nafsu atau keinginan makan adalah berbeza dengan kelaparan biasa.
Bukan badan anda yang lapar dan memerlukan tenaga. Tetapi otak anda yang ingin makan.
Nafsu dan keinginan makan sukar dikawal. Cara terbaik untuk mengatasi adalah untuk menghalangya.
Satu kajian pada lelaki yang berlebihan berat badan menunjukkan bahawa meningkatkan protein 25% kalori untuk sepanjang hari dapat mengurangkan nafsu makan sebanyak 60% dan keinginan untuk snek pada waktu lewat malam sebanyak 50%.
Ini dapat bantu anda turunkan berat badan.
4. Telur bantu meningkatkan metabolisme
Meningkatkan metabolisme anda adalah salah satu cara untuk bantu menurunkan berat badan.
Metabolisme ialah keupayaan tubuh anda untuk membakar kalori untuk tenaga.
Protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna.
Anda tahu bahawa proses pencernaan juga bantu membakar kalori. Dan ini dipanggil thermic effect of food (TEF).
Berdasarkan kajian, ini adalah termic effect untuk makronutrien:
- Lemak: 2 – 3%
- Karbohidrat: 6 – 8%
- Protein: 25 – 30%
Thermic effect untuk protein adalah jauh tinggi berbanding dengan karbohidrat. Ini bermaksud anda bakar 25% hingga 30% kalori semasa badan mencerna makanan protein.
Selain itu, kajian menunjukkan diet telur juga meningkatkan tahap peptida YY (PYY) dan glukagon-like peptide-1 (GLP-1), dua hormon yang mengawal selera makan dan meningkatkan rasa kenyang.
Satu kajian yang melibatkan 30 lelaki muda yang sihat untuk membandingkan kesan tiga jenis sarapan.
Tiga jenis sarapan ini adalah telur pada roti bakar, bijirin dengan susu dan roti bakar, dan croissant dengan jus oren
Kajian menunjukkan makan telur untuk sarapan pagi menyebabkan lelaki mengurangkan 270–470 kalori semasa makan tengah hari dan makan malam, berbanding dengan dua sarapan pagi yang tidak mengandungi telur.
Satu kajian lagi menunjukkan bahawa kumpulan yang berprotein tinggi membakar 260 lebih kalori setiap hari daripada kumpulan yang protein rendah. Itu bersamaan dengan satu jam senaman intensiti sederhana setiap hari.
5. Telur bantu meningkatkan prestasi sukan
Protein bantu dalam pertumbuhan otot.
Kajian menunjukkan bahawa makan protein yang mencukupi bantu anda mengekalkan jisim otot dan menggalakkan pertumbuhan otot
Badan anda akan membakar lebih kalori dengan jisim otot yang lebih tinggi.
Telur juga mengandungi nutrien seperti vitamin D, yang membantu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko kecederaan pada sukan.
6. Telur adalah murah dan senang dihidangkan
Memasukkan telur dalam diet anda adalah sangat mudah.
Ia murah, mudah didapati di pasaran dan boleh disediakan dalam beberapa minit sahaja.
Banyak cara yang boleh anda masak telur dengan cepat dan lazat.
Lain-lain kebaikan telur untuk kesihatan
- Telur bantu meningkatkan kolesterol baik (HDL)
- Telur bantu mengurangkan risiko penyakit jantung
- Telur bantu dalam kesihatan mata
- Telur bantu dalam kesihatan otak
- Telur dapat menurunkan risiko kanser payudara
- Meningkatkan kadar antioksidan dalam badan
- Bantu meningkatkan keseimbangan hormon
Jadi, pengambilan telur mempunyai banyak kelebihan kesihatan selain daripada membantu menurunkan berat badan. Tetapi, pastikan pengambilan telur adalah dalam jumlah yang bersesuaian dengan keperluan badan anda.
Cara masak telur dan menu untuk diet
Terdapat banyak cara untuk menyediakan telur. Tetapi elakkan daripada menambah sebarang kalori yang tidak diperlukan semasa memasak.
1. Telur rebus
Menu diet telur rebus adalah paling baik. Tiada sebarang minyak yang perlu ditambahkan. Ini bermakana tiada penambahan kalori. Makan telur rebus dengan kicap sahaja.
Untuk merebus telur, isi periuk dengan air dan letakkan beberapa biji telur. Tutup bekas dan letakkan di atas api. Selepas 7 – 8 minit, ia sedia untuk dimakan.
2. “Poached” Eggs
Rebus telur tapa kulit adalah “Poached eggs”. Ia sering disediakan dalam masakan western. Terutamanya dalam sarapan pagi. Poached eggs sangat enak kerana ya masak diluar tetapi telur kuning ia masih berair. Inilah cara masak “Poached eggs”.
- Didihkan periuk besar air, kemudian kecilkan (atau tutup api).
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil
- Masukkan sedikit cuka ke dalam air dan kacau untuk mencipta pusaran.. Ia akan membantu telur putih ditetapkan dengan cepat. Cuka putih adalah baik kerana ia tidak akan mewarnakan telur.
- Tuangkan telur ke tengah vorteks dan tetapkan pemasa selama 3 minit.
- Setelah telur siap, gunakan sudu untuk mengeluarkan telur.
3. Scrambled Eggs
Scrambled eggs antara menu jadi pilihan ramai yang dipadankan dengan roti. Inilah cara masak “Scrambled eggs”
- Pecahkan telur dan masukkan sikit susu segar dalam mangkuk, dan kacau sehingga kuning dan putih digabungkan.
- Panaskan kuali nonstick. Letak sikit minyak zaitun dan cairkan mentega dalam kuali. Panaskan dengan api sederhana.
- Tuangkan campuran telur, dan biarkan ia masak selama beberapa saat, tanpa gangguan.
- Lipat dan kacau telur setiap beberapa saat sehingga texture separuh masuk.
4. Telur goreng
Gunakan kuali nonstick supaya sikit saja minyak yang diperlukan untuk masak. Gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa. Goreng selamat 2 minit sehingga tepinya menjadi rangup dan kuningya yang cair. Telur matahari kita panggilkan.
5. Telur dadar
Telur dadar sangat mudah disediakan. Ia sangat enak dan boleh disediakan dengan pelbagai bahan-bahan lain seperti bawang, cendawan, capsicum dan keju.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacua.
- Panaskan kuali nonstick. Letak sikit minyak zaitun.
- Gorengkan bahan-bahan lain seperti bawang dan capsicum sehingga masak.
- Tuangkan campuran telur, dan biarkan ia masak selama beberapa minit, tanpa gangguan.
- Terbalikkan telur dan masak sebelah lagi.
Kesimpulan
Pengambilan telur dalam diet harian anda adalah perkara yang paling mudah dilakukan untuk penurunan berat badan yang cepat
Inilah 6 sebab anda perlukan telur dalam diet anda:
- Telur kalori rendah dan sangat berkhasiat
- Telur sangat mengenyangkan
- Telur bantu mengurangkan nafsu makan lewat malam
- Telur bantu meningkatkan metabolisme
- Telur bantu meningkatkan prestasi sukan
- Telur adalah murah dan senang dihidangkan
Jika artikel ini dapat membantu anda, komen di bawah dan sharekan artikel ini.
Baca tips kurus lain di sini.
Soalan Lazim
Jika anda mempertimbangkan untuk menjadikan telur sebagai sebahagian daripada diet untuk menurunkan berat badan, mungkin anda mempunyai beberapa soalan. Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan telur dan penurunan berat badan