Kisah Pengasas MyPati

Bermula Dengan Satu Ketakutan Seorang Ayah

Saya bukan doktor.
Saya juga bukan superhero.
Saya hanyalah seorang ayah dan insan biasa yang pernah berjuang dengan kesihatan sendiri.

Saya tidak pernah bayangkan akan berada di sini.
Suatu ketika dahulu, saya adalah insan yang tenggelam dalam dunia korporat.

Sebagai seorang Akauntan Bertauliah (CPA) dan ahli MIA, kehidupan saya hanya berkisar tentang angka, mesyuarat dan dateline.
Tekanan dan jam kerja panjang seakan menjadi sebahagian daripada diri saya.

Dulu, saya sihat.
Makan kuat, kerja kuat, hidup macam biasa.
Sampai saya fikir — “Badan aku ni tahan. Aku okay je.”

Tapi hidup ada caranya sendiri untuk buat kita sedar.
Semuanya berubah bila saya jadi ayah.

Bangun tengah malam tukar lampin.
Pagi kejar dateline.
Petang sangkut dalam jem.
Malam sambung kerja sebab esok ada mesyuarat penting.

Hari berganti minggu, minggu bertukar bulan.
Saya mula sedar — baju lama dah tak muat.
Nafas mula pendek bila naik tangga.

Jason masa gemuk dan anak

Sehinggalah satu hari, tubuh saya memberi amaran yang tidak boleh saya abaikan lagi.
Berat badan melonjak.
Rasa letih tiada penghujung.

Dan laporan perubatan saya — cukup untuk membuatkan hati saya jatuh.

👉 Kolesterol tinggi
👉 Hampir menghidap diabetes

Malam itu, saya duduk termenung.
Anak kecil saya sedang tidur lena.
Dalam diam, saya tanya pada diri sendiri,

Kalau aku jatuh sakit… siapa yang akan ada untuk mereka?
Siapa yang akan lihat mereka membesar?
Siapa yang akan melindungi mereka bila aku tiada nanti?”

Air mata hampir menitis.
Saya tahu… saya tidak boleh terus begini.

Saya sedar — ini bukan tentang saya.
Ini tentang keluarga.
Tentang masa depan.

Saya bangkit.
Saya keluar dari zon selesa dan mula melengkapkan diri sebagai Jurulatih Peribadi dan Pakar Pemakanan Bertauliah ISSA.
Saya ubah gaya hidup dan minda saya.

Dan saya berjanji — bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk keluarga dan orang lain yang mungkin melalui nasib sama.
Tetapi satu perkara tetap mengganggu fikiran saya…

Kenapa masih tiada suplemen yang betul-betul sesuai untuk rakyat Malaysia?

Di sinilah MyPati tercipta.
Bukan sekadar produk, tetapi perjuangan peribadi saya —
untuk menyediakan solusi kesihatan yang memahami keunikan rakyat Malaysia.

Pengasas MyPati Jason Lee Wei Yi

Hari ini, saya berdiri sebagai ayah, sebagai insan biasa, dan sebagai pengasas MyPati — membawa harapan untuk membantu lebih ramai orang hidup lebih sihat dan menikmati hidup bersama orang tersayang.

Kerana sihat bukan untuk diri sendiri sahaja.
Ia untuk mereka yang kita sayang.

MyPati — Lebih Sesuai Untuk Malaysian!