14 Ubat Sembelit Dewasa Di Farmasi (Awas! Bahaya Jika Salah Guna)
Apakah ubat sembelit dewasa yang berkesan dan boleh anda beli di farmasi berdekatan?
Nak cari alternative ubat sembelit untuk selesaikan masalah sembelit? Cuba Flush – Minuman Fiber & Probiotik.
Sembelit adalah salah satu masalah pencernaan yang kerap dihadapi oleh masyarakat Malaysia, terutama dalam kalangan individu dengan gaya hidup dan pola pemakanan yang tidak seimbang.
Masalah ini bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan tetapi juga boleh menjadi punca kepada komplikasi kesihatan lain seperti buasir atau rasa kembung yang kronik.
Mengambil kira senario ini, pasaran farmasi di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan ubat sembelit yang boleh membantu melegakan masalah ini. Dari pilihan julap ringan hingga suplemen yang membantu pergerakan usus, terdapat pelbagai produk yang boleh disesuaikan dengan keperluan individu.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda dengan lebih terperinci tentang 14 jenis ubat sembelit yang mudah didapati di farmasi, termasuk cara penggunaannya, keberkesanannya, dan perkara yang perlu anda tahu sebelum mencubanya.
Kesan Sampingan dan Risiko Penggunaan Ubat Sembelit

Penggunaan ubat sembelit seperti laksatif dan julap perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan dan risiko kepada kesihatan, terutamanya jika digunakan secara berlebihan atau tanpa pengawasan doktor.
Salah satu kesan sampingan yang biasa ialah cirit-birit, di mana usus menjadi terlalu aktif sehingga menyebabkan kekerapan buang air besar yang tidak terkawal. Ini boleh membawa kepada dehidrasi akibat kehilangan air dan elektrolit yang banyak, yang seterusnya menyebabkan rasa lemah, pening, atau tekanan darah rendah.
Selain itu, penggunaan laksatif dalam jangka masa panjang juga boleh menyebabkan “dependensi laksatif” di mana usus menjadi kurang berfungsi secara semula jadi tanpa bantuan ubat.
Keadaan ini boleh menyukarkan bagi proses buang air besar apabila ubat dihentikan. Risiko lain termasuk kerosakan pada lapisan usus, terutamanya bagi mereka yang menggunakan laksatif rangsangan secara kerap. Ia boleh menyebabkan keradangan atau kecederaan pada dinding usus, meningkatkan risiko komplikasi seperti diverticulitis atau sindrom usus malas (lazy bowel syndrome).
Tambahan pula, ubat sembelit tertentu seperti laksatif osmotik yang mengandungi magnesium atau fostat boleh memberi kesan kepada buah pinggang, terutamanya bagi individu dengan fungsi buah pinggang yang terjejas. Penggunaan dos tinggi juga boleh menganggu keseimbangan mineral dalam darah, menyebabkan hipernatremia (kandungan natrium tinggi) atau hiperkalemia (kandungan kalium tinggi), yang boleh membahayakan jantung dan sistem saraf.
Sesetengah individu juga mungkin mengalami reaksi alahan terhadap bahan aktif dalam ubat sembelit, seperti ruam kulit, gatal-gatal, atau kesukaran bernafas.
Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, penggunaan ubat tertentu boleh membawa kepada pendarahan gastrousus, yang memerlukan rawatan perubatan segera. Oleh itu, penggunaan ubat sembelit harus dilakukan dengan berhati-hati dan hanya apabila diperlukan, disertai dengan panduan doktor untuk meminimumkan kesan sampingan dan risiko kesihatan.
Alternatif Selain Ubat Sembelit
Selain ubat sembelit yang biasa didapati di farmasi, terdapat juga alternatif lain yang lebih mesra tubuh dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Produk-produk ini tidak bertindak sebagai julap segera, tetapi membantu menyokong kesihatan usus secara semula jadi.
1. Suplemen Serat (Fiber Supplement)
Produk berasaskan serat larut seperti psyllium husk, guar gum, dan polydextrose membantu melembutkan najis dan melancarkan pergerakan usus.
- Contoh: Fybogel (Psyllium husk), Metamucil, atau serbuk serat tambahan lain.
- Kelebihan: Sesuai untuk penggunaan harian, selamat untuk jangka panjang, dan membantu mengawal paras kolesterol serta gula darah.
2. Probiotik (Probiotic Supplement)
Probiotik menyeimbangkan bakteria baik dalam usus, sekali gus meningkatkan fungsi pencernaan dan mengurangkan risiko sembelit berulang.
- Contoh: Lactobacillus reuteri, Bifidobacterium lactis, atau gabungan multi-strain dalam bentuk kapsul/serbuk.
- Kelebihan: Selain melancarkan usus, probiotik juga menyokong sistem imun dan mengurangkan kembung perut.
3. Minuman Fiber + Probiotik (Gabungan)

Jika sebelum ini ramai bergantung pada ubat sembelit yang hanya memberi kelegaan sementara, kini ada pilihan lebih moden dan menyeluruh — iaitu minuman fiber yang digabungkan dengan probiotik.
Gabungan ini dianggap lebih efektif kerana:
- Fiber larut berfungsi melembutkan najis dengan menyerap air, menjadikannya lebih mudah dikeluarkan.
- Probiotik pula menyeimbangkan bakteria baik dalam usus, membantu pergerakan usus jadi lebih teratur dan mengurangkan risiko sembelit berulang.
Dengan dua manfaat ini digabungkan dalam satu sachet, anda bukan sahaja mendapat kelegaan sementara, tetapi juga sokongan kesihatan usus untuk jangka panjang.
- Contoh: Flush – Minuman Fiber & Probiotik dengan 15g fiber + 20 bilion CFUs probiotik dalam setiap sachet, tanpa julap, rasa blueberry semula jadi.
- Mengandungi 15g fiber dalam setiap sachet, bersamaan dengan lebih kurang 1kg sayur-sayuran.
- Diperkaya dengan 20 bilion CFUs probiotik aktif (Lactobacillus reuteri) untuk menyokong keseimbangan flora usus.
- Tanpa julap – ia tidak memaksa usus, tetapi membantu secara semula jadi.
- Rasa blueberry semula jadi, sesuai untuk orang dewasa dan mudah diminum setiap hari.
- Kelebihan utama:
- Bertindak natural: Tidak menyebabkan ketagihan usus atau cirit-birit seperti sesetengah julap.
- Rutin harian mudah: Hanya larutkan 1 sachet ke dalam air dan minum, sama seperti minuman biasa.
- Selamat jangka panjang: Sesuai untuk diamalkan setiap hari, termasuk individu dengan gaya hidup sibuk, kurang makan sayur, atau mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.
- Lebih menyeluruh: Bukan sekadar kelegaan, tetapi membantu memperbaiki sistem pencernaan secara menyeluruh.
Ringkasnya, Flush bukanlah “ubat sembelit” tetapi lebih kepada suplemen harian untuk menjaga usus kekal sihat. Inilah yang menjadikannya alternatif terbaik untuk mereka yang mencari penyelesaian semula jadi, selamat, dan moden.
Ubat Sembelit Yang Mengandungi Julap
1. Duphalac Laktulosa

Duphalac mengandungi laktulosa, sejenis disakarida sintetik yang tidak diserap dalam usus kecil. Ia bertindak sebagai agen osmotik di usus besar dengan menarik air ke dalam lumen usus, melembutkan najis dan memudahkan pergerakan usus.
Kajian dalam Journal Frontiers in Endocrinology pada tahun 2022, menunjukkan bahawa laktulosa selamat untuk penggunaan jangka panjang, termasuk pada kanak-kanak dan orang tua.
Dos biasa adalah 15-30 ml sehari, bergantung pada tahap sembelit. Ia boleh diambil bersama atau selepas makan, dengan air. Keberkesanannya boleh dilihat dalam masa 24-48 jam.
2. Lactul Solution

Lactul adalah jenama ubat sembelit yang mempunyai fungsi sama seperti Duphalac. Ia sangat berguna untuk sembelit kronik dan kadang kala digunakan juga untuk merawat ensefalopati hepatik kerana ia mengurangkan tahap amonia dalam darah.
Cara makan dan dos adalah serupa dengan Duphalac. Penyelidikan dari Frontiers in Nutrition mendapati laktulosa juga membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus, menyokong kesihatan pencernaan secara keseluruhan.
3. Dulcolax (Bisacodyl)

Dulcolax adalah sejenis ubat sembelit yang mengandungi bisacodyl, dan bertindak pada lapisan usus untuk meningkatkan kontraksi usus. Ia biasanya digunakan untuk sembelit akut.
Dos yang disyorkan ialah 5-10 mg pada waktu malam untuk menghasilkan kesan dalam 6-12 jam.
4. Dulcolactol (Laktulosa)

Dulcolactol juga berasaskan laktulosa dan sesuai dijadikan ubat sembelit kronik. Ia bekerja melalui mekanisme osmosis yang sama seperti Duphalac dan Lactul.
Dos yang disyorkan adalah antara 15-45 ml sehari, bergantung pada keperluan. Keberkesanannya disokong oleh kajian klinikal yang menunjukkan laktulosa selamat untuk semua peringkat umur.
5. Bisacodyl Suppositories

Suppositori bisacodyl digunakan untuk sembekit akut, memberikan kelegaan cepat dalam 15-600 minit.
Suppositori ini dimasukkan secara rektum, di mana ia merangsang reseptor di usus besar untuk meningkatkan pergerakan usus.
Ia sesuai untuk mereka yang memerlukan kelegaan segera atau tidak boleh menelan ubat oral. Penggunaan jangka panjang tidak digalakkan.
6. Forlax

Forlax mengandungi macrogol 4000, sejenis polietilena glikol (PEG) yang tidak diserap dalam usus. Ia menarik air ke usus besar, melembutkan najis , dan merangsang peristalsis.
Forlax sering digunakan untuk sembelit konik, dengan dos biasa 1-2 sachet sehari. Kajian dari The Journal of Nutrition, Health & Aging menunjukkan bahawa, ia selamat untuk penggunaan jangka panjang tanpa menyebabkan ketagihan.
7. Hovid Liquid Paraffin

Hovid Liquid Paraffin adalah ubat sembelit jenis pelincir usus yang melembutkan najis dengan melapisinya, serta memudahkan pengeluarannya.
Ia sering digunakan untuk sembelit jangka pendek. Dos biasa adalah 10-30 ml sebelum tidur. Kajian dari Proceedings of the Nutrition Society mendapati bahawa, ia kurang sesuai untuk penggunaan jangka panjang kerana boleh menganggu penyerapan vitamin larut lemak.
8. Laxodyl

Laxodyl adalah produk berasaskan laktulosa, dengan keberkesanan yang serupa dengan Duphalac. Ia membantu sembelit kronik dan mengekalkan keseimbangan usus. Dos biasanya antara 15-30 ml sehari.
9. Fleet Enema

Fleet Enema adalah mengandungi sodium phospahate, digunakan untuk membersihkan usus dengan cepat. Ia berfungsi dengan menarik air ke dalam usus besar, melembutkan najis dan merangsang pergerakan usus.
Kesan biasanya berlaku dalam masa 1–5 minit selepas penggunaan dan biasanya digunakan sebelum prosedut perubatan seperti kolonoskopi. Penggunaannya harus berhati-hati pada pesakit dengan masalah buah pinggang.
Ubat sembelit ini sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak, tetapi dos dan arahan penggunaan harus diikuti dengan teliti.
10. Senokot (Daun Senna)
Senokot adalah ubat sembelit herba yang menggunakan daun senna sebagai bahan utama, dikenali kerana keberkesanannya sebagai julap perangsang. Daun senna mengandungi bahan aktif semula jadi yang dipanggil sennosides, yang bertindak dengan merangsang lapisan otot licin usus besar.
Proses ini meningkatkan kontraksi usus, mempercepatkan pergerakan najis ke rektum, dan memberikan kelegaan sembelit. Ubat sembelit ini sesuai untuk mereka yang mengalami sembelit sementara, dengan dos yang biasa ialah 1-2 tablet diambil sebelum tidur, memberikan kesan dalam masa 6-12 jam.
Senokot tidak digalakkan untuk penggunaan jangka panjang kerana boleh menyebabkan ketergantungan julap atau kerengsaan pada usus, serta risiko ketidakseimbangan elektrolit.
Kajian klinikal menyokong keberkesanan daun senna, tetapi penggunaan perlu berhati-hari jika mengalami sakit perut atau keadaan kesihatan yang berkaitan dengan saluran gastrointestinal.
11. Fybogel (Ispaghula Husk)
Fybogel adalah produk serat tambahan yang mengandungi ispaghula husk, juga dikenali sebagai psyllium. Ia adalah serat larut yang mampu menyerap air, membentuk bahan seperti gel dalam usus, meningkatkan isipadu najis, dan melembutkannya.
Kesan ini merangsang peristalsis semula jadi usus dan membantu pengeluaran najis dengan mudah. Fybogel sangat berguna untuk mereka yang mengalami sembelit kronik atau sembelit ketika hamil.
Ia juga sesuai untuk pesakit yang mengalami sindrom iritasi usus (IBS). Serbuk ini perlu dicampur dengan segelas air dan diminum segera selepas penyediaan. Menurut National Center for Biotechnology Information, psyllium membantu memperbaiki kesihatan usus, mengurangkan risiko buasir, dan menyokong kawalan gula darah pada pesakit diabetes.
Walau bagaimanapun, pengambilan serat tambahan harus disertai dengan pengambilan air yang mencukupi untuk mengelakkan komplikasi seperti halangan usus.
12. Beacolux Laxative

Beacolux Laxative adalah ubat sembelit yang direka untuk memberikan kelegaan cepat bagi sembelit akut. Ia mengandungi bahan aktif seperti bisacodyl, yang bertindak dengan merangsang lapisan otot licin usus untuk meningkatkan peristalsis.
Produk ini biasanya digunakan sebelum prosedur perubatan atau untuk sembelit yang sukar dikawal dengan julap osmotik atau serat tambahan. Dos yang disyorkan bergantung pada keparahan sembelit, dan kesannya boleh dirasai dalam masa 6-12 jam.
Kajian menyokong keberkesanan julap perangsang seperti Beacolux, tetapi penggunaannya tidak digalakkan untuk jangka panjang kerana boleh menyebabkan ketagihan usus dan ketidakseimbangan elektrolit.
13. Nophalac Solution

Nophalac adalah larutan oral yang mengandungi laktulosa, sejenis disakarida sintetik yang bertindak sebagai julap osmotik. Ia membantu menarik air ke dalam lumen usus besar, melembutkan najis, dan meningkatkan peristalsis semula jadi.
Ubat sembelit ini sangat berguna untuk sembelit kronik serta untuk pesakit dengan ensefalopati hepatik, kerana ia juga mengurangkan tahap amonia dalam darah. Dos harian biasanya antara 15-30 ml, diambil dengan air, bergantung pada keperluan individu.
Untuk pengetahuan anda, laktulosa adalah pilihan yang selamat untuk semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak dan orang tua, serta untuk penggunaan jangka panjang.
14. Novolax Laxative

Novolax adalah ubat sembelit yang mengandungi bisacodyl sebagai bahan aktif utama. Ia bertindak dengan merangsang lapisan usus untuk mempercepatkan pergerakan najis, menjadikannya sesuai untuk sembelit akut.
Produk ini biasanya diambil sebelum tidur, dengan dos antara 5-10 mg, dan memberikan kelegaan dalam masa 6-12 jam. Novolax adalah pilihan yang baik untuk mereka yang memerlukan kelegaan segera, tetapi penggunaannya perlu dihadkan kerana risiko ketagihan usus dan ketidakseimbangan elektrolit.
Kesimpulan
Sebelum mengambil mana-mana ubat sembelit yang disenaraikan di atas, adalah penting untuk membaca arahan penggunaan pada label dan, jika perlu, berunding dengan ahli farmasi atau doktor untuk memastikan ia sesuai dengan keadaan kesihatan anda.
Walaupun semua ubat ini boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi, penting untuk menggunakan ubat sembelit mengikut dos yang disyorkan. Penggunaan berlebihan atau berpanjangan boleh membawa kepada ketergantungan atau komplikasi lain seperti ketidakseimbangan elektrolit.
Jika sembelit berterusan lebih daripada dua minggu atau disertai gejala lain seperti sakit perut teruk, pendarahan, atau penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, dapatkan nasihat doktor segera.
Kombinasi ubat sembelit dengan perubahan gaya hidup seperti peningkatan pengambilan serat, air, dan aktiviti fizikal boleh memberikan hasil yang lebih berkesan.
Berikut adalah senarai ubat sembelit yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk melegakan masalah sembelit:
- Duphalac (Laktulosa)
- Lactul Solution
- Dulcolax (Bisacodyl)
- Dulcolactol (Laktulosa)
- Bisacodyl Suppositories
- Forlax
- Hovid Liquid Paraffin
- Laxodyl
- Fleet Enema
- Senokot (Daun Senna)
- Fybogel (Ispaghula Husk)
- Beacolux Laxative
- Nophalac Solution
- Novolax Laxative
Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah sembelit di sini:
- Ubat Sembelit
- Punca Sembelit
- Buah Untuk Sembelit
- Cara Hilangkan Sembelit
- Cara Mengatasi Sembelit
- Makanan Untuk Sembelit
- Tanda Sembelit
- Petua Hilangkan Sembelit
- Sembelit Selepas Bersalin
- Cara Tradisional Hilangkan Sembelit
- Sembelit Semasa Mengandung
- Sembelit Ketika Hamil
- Sembelit Berdarah
- Petua hilangkan berak berdarah
- Makanan untuk berak berdarah
- Cara merawat berak berdarah
- Punca berak berdarah

