Probiotik untuk Sembelit: Bagaimana Ia Berfungsi dan Cara Pengambilan Terbaik
Apakah perkara penting yang perlu anda faham berkenaan probiotik untuk sembelit sebelum menggunakannya?
Sembelit adalah masalah pencernaan yang biasa dialami oleh ramai orang, menyebabkan ketidakselesaan, perut kembung, dan kesukaran membuang air besar.
Pada 2002, Yayasan International Foundation for Functional Gastrointestinal Disorders (IFFGD) membuat satu kajian untuk mendalami beban simptom Sindrom Usus Rengsa atau Irritable Bowel Syndrome (IBS) dalam kalangan orang dewasa. Dianggarkan dalam lingkungan 15-19% rakyat Malaysia menghidapi IBS di mana ia setanding dengan beberapa negara lain termasuk Amerika Barat, Amerika Selatan dan Rusia.
Justeru bagi membendung masalah ini, alah satu penyelesaan semula jadi yang semakin mendapat perhatian ramai ialah probiotik untuk sembelit. Probiotik untuk sembelit adalah sejenis bakteria baik yang membantu dapat memperbaiki pergerakan usus dengan menggalakkan keseimbangan bakteria dalam sistem pencernaan.
Namun, bagaimana sebenarnya probiotik berfungsi untuk merawat sembelit? Dan bilakah waktu terbaik untuk mengambilnya bagi kesan maksimum?
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan mekanisme probiotik dalam membantu masalah sembelit serta panduan pengambilan yang berkesan.
Apa itu Probiotik?
Menurut Journal of Functional Foods, probiotik adalah mikroorganisma hidup, terutamanya bakteria dan yis, yang memberikan manfaat kesihatan apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi.
Ia biasanya terdapat dalam makanan fermentasi seperti yogurt, kimchi, tempe, serta dalam bentuk suplemen.
Probiotik membantu melapisi dinding dalam usus kita dan membantu dalam sistem penghadaman dan penyerapan nutrisi daripada makanan dan membantu dalam melawan jangkitan kuman jahat atau pathogenik.
Beza Probiotik dan Prebiotik
Aspek | Probiotik | Prebiotik |
---|---|---|
Definisi | Mikroorganisma hidup seperti bakteria dan yis yang memberi manfaat kepada kesihatan usus | Serat yang tidak boleh dicerna oleh manusia tetapi menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus |
Fungsi | Menambah bakteria baik dalam usus untuk keseimbangan mikrobiota | Menyuburkan dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus |
Sumber Makanan | Yogurt, kimchi, tempe, kombucha, kefir, sauerkraut | Bawang, bawang putih, pisang, asparagus, oat, epal, akar chicory |
Cara Bertindak | Meningkatkan jumlah bakteria baik dalam sistem pencernaan | Memberi makanan kepada bakteria baik supaya mereka dapat berkembang |
Manfaat Kesihatan | Membantu pencernaan, meningkatkan sistem imun, mengurangkan masalah usus seperti IBS dan cirit-birit | Meningkatkan kesihatan usus, membantu penyerapan nutrien, dan mengurangkan risiko gangguan usus |
Contoh dalam Produk | Yakult, Vitagen, Bio-K Plus, Culturelle, Florajen, Align | Inulin, FOS (frukto-oligosakarida), GOS (galakto-oligosakarida), Prebiotin, Fiber Choice |
Adakah Probiotik Membantu Mengatasi Masalah Sembelit?
Probiotik telah menjadi pilihan popular dalam usaha merawat masalah sembelit, namun keberkesanannya bergantung kepada pelbagai faktor. Beberapa kajian mencadangkan bahawa probiotik boleh membantu, tetapi kesannya berbeza bergantung pada punca sembelit, jenis dan dos probiotik yang diambil, serta komposisi mikrobiom usus individu.
Satu kajian oleh Department of Nutrition, Faculty of Health Science, University of Brasilia, Brazil pada tahun 2022 yang dijalankan kepada haiwan mendapati bahawa, probiotik tertentu dapat mengurangkan simptom sembelit pada tikus. Walau bagaimanapun, penemuan dalam kajian haiwan tidak semestinya memberikan kesan yang sama kepada manusia.
Kajian oleh Microbiology and Immunology, mencadangkan bahawa jenis probiotik tertentu, seperti Lactobacillus casei Shirota (L. casei Shirota) dan Bifidobacterium lactis, boleh meningkatkan kekerapan pergerakan usus. L. casei Shirota juga menunjukkan kesan positif terhadap beberapa gejala sembelit, termasuk konsistensi najis.
Namun begitu, kajian lain pada tahun 2022 yang mengkaji kesan probiotik terhadap sembelit kronik tanpa punca yang diketahui dalam kalangan kanak-kanak mendapati bahawa, bukti yang ada masih tidak mencukupi untuk mengesahkan keberkesanan probiotik secara menyeluruh.
Oleh itu, walaupun terdapat indikasi positif, penggunaan probiotik untuk sembelit masih memerlukan lebih banyak kajian bagi menentukan jenis dan dos yang paling berkesan untuk situasi tertentu.
Berapa Lama Probiotik Bertindak?
Tidak seperti ubat yang mempunyai tempoh keberkesanan yang jelas, probiotik memerlukan masa untuk menunjukkan kesan, dan tempoh ini bergantung kepada beberapa faktor seperti:
- Jenis probiotik yang diambil
- Dos yang digunakan
- Punca sembelit
- Kelajuan pergerakan probiotik dalam saluran pencernaan
Menurut kajian dari National Center fot Biotechnology Information, kebanyakkan ujian klinikal yang melibatkan manusia menunjukkan bahwa probiotik diambil sekurang-kurangnya 28 hari sebelum perubahan positif dapat dilihat.
Satu kajian oleh National Center for Biotechnology Information juga mendapati simptom sembelit mula berkurang selepas 4 minggu pengambilan probiotik secara konsisten. Namun, terdapat juga kajian yang melaporkan manfaat dalam tempoh kurang daripada 28 hari.
Secara amnya, garis panduan mencadangkan penggunaan probiotik selama 2 minggu hingga 2 bulan untuk melihat sama ada ia memberikan manfaat yang ketara.
Sesetengah individu. mendapati bahawa mengambil probiotik pada waktu pagi ketika perut kosong boleh meningkatkan keberkesanannya, walaupun kesannya mungkin berbeza bagi setiap individu.
Waktu Terbaik Makan Probiotik
Waktu terbaik untuk mengambil probiotik bergantung kepada jenis bakteria yang terkandung dalam suplemen probiotik yang anda ambil. Berikut adalah perincian mengenai waktu yang disyorkan:
1. Probiotik dengan Strain Lactobacillus dan Bifidobacterium
- Kajian oleh National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa strain ini bertahan dengan lebih baik jika diambil 30 minit sebelum makan.
- Ini mungkin kerana persekitaran perut sebelum makan kurang berasid, membolehkan lebih banyak bakteria probiotik sampai ke usus dengan selamat.
2. Probiotik dengan Strain Saccharomyces boulardii
- Mikroorganisma ini boleh bertahan dalam jumlah yang sama sama ada diambil dengan atau tanpa makanan.
- Oleh itu, tiada waktu tertentu yang lebih baik untuk pengambilannya.
3. Kepentingan Konsistensi
- Kajian oleh World Journal of Gastroenterology juga menunjukkan bahawa pengambilan probiotik secara konsisten lebih penting berbanding waktu pengambilannya.
- Ini bermakna, sama ada anda mengambilnya sebelum atau selepas makan, yang paling utama adalah memastikan anda mengambilnya secara berkala untuk mendapatkan manfaatnya.
Manfaat Minum Minuman Probiotik
1. Melancarkan Sistem Pencernaan
Minuman probiotik membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam usus yang memainkan peranan penting dalam sistem pencernaan.
Dengan meningkatkan jumlah bakteria baik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium, minuman ini boleh membantu mencegah gangguan seperti sembelit dan cirit-birit.
2. Mengurangkan Masalah Sembelit
Beberapa kajian menunjukkan bahawa probiotik tertentu boleh meningkatkan kekerapan pergerakan usus dan memperbaiki konsistensi najis.
Strain seperti Lactobacillus casei Shirota dan Bifidobacterium lactis didapati berkesan dalam mengurangkan gejala sembelit.
3. Meningkatkan Kesihatan Usus
Minuman probiotik membantu meningkatkan kepelbagaian mikrobiota dalam usus, yang boleh mengurangkan risiko sindorm usus iritasi (IBS) dan penyakit berkaitan usus lain.
Usus yang sihat juga dikaitkan dengan peningkatan imuniti dan penyerapan nutrien yang lebih baik.
4. Menyokong Sistem Imun
Sebahagian besar sistem imun manusia terletak di dalam usus. Dengan mengekalkan keseimbangan bakteria baik, probiotik dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan, termasuk selesama dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan imuniti lemah.
5. Mengurangkan Kembung dan Gas Berlebihan
Sesetengah individu yang mengalami masalah kembung perut akibat ketidakseimbangan bakteria dalam usus.
Minuman probiotik membantu mengurangkan pembentukan gas dalam usus, sekali gus memberikan rasa selesa dan mengurangkan ketidakselesaan perut.
6. Menyokong Kesihatan Mental
Kajian telah menunjukkan hubungan antara kesihatan usus dan kesihatan mental.
Minuman probiotik boleh membantu mengurangkan sismptom kebimbangan dan kemurungan dengan meningkatkan komunikasi antara mikrobiota usus dan otak, yang dikenali sebagai gut-brain axis.
7. Menggalakkan Penyerapan Nutrien yang Lebih Baik
Dengan sistem pencernaan yang lebih sihat, tubuh dapat menyerap nutrien penting seperti vitamin dan mineral dengan lebih cekap.
Ini memastikan tubuh menerima nutrisi yang mencukupi untuk fungsi optimum.
Adakah Probiotik Akan Menyebabkan Sembelit Menjadi Lebih Teruk?
Walaupun probiotik bertujuan untuk menyeimbangkan mikrobiom usus, bagi sesetengah individu, ia boleh memperburuk masalah sembelit. Salah satu punca utama ialah Small Intestinal Bacterial Overgrowth (SIBO), iaitu keadaan di mana terdapat pertumbuhan berlebihan bakteria dalam usus kecil yang boleh menyebabkan kembung perut, gas, cirit-birit atau sembelit.
Bagi individu yang mengalami SIBO, pengambilan probiotik boleh membantu dalam sesetengah kes, tetapi ada juga yang melaporkan bahawa gejala mereka menjadi lebih teruk.
Selain itu, terdapat bukti kajian oleh National Center for Biotechnology Information yang mendapati bahawa probiotik berpotensi menyebabkan SIBO, terutamanya jika diambil dalam jumlah besar ketika sistem pencernaan mengalami kelembapan.
Oleh itu, mereka yang mengalami sembelit kronik perlu berhati-hati dan mendapatkan nasihat perubatan sebelum mengambil probiotik.
Kesan dan Risiko Probiotik
Secara umumnya, probiotik dianggap selamat untuk individu yang sihat, Namun , seperti mana-mana suplemen lain, terdapat risiko tertentu yang perlu dipertimbangkan. Kesan sampingan yang biasa yang dinyatakan oleh National Center fo Complementary and Intregrative Health, termsuklah seperti
- Kembung perut
- Penghasilan gas berlebihan
- Rasa tidak selesa dalam perut
Biasanya, kesan sampingan ini bersifat ringan dan boleh diatasi dengan mengurangkan dos atau menghentikan pengambilan probiotik buat sementara waktu.
Namun, bagi individu yang mempunyai sistem imun yang lemah atau mengalami penyakti serius, pengambilan probiotik boleh meningkatkan risiko jangkitan kerana bakteria dalam suplemen mungkin menjadi oportunistik dan menyebabkan komplikasi kesihatan.
Oleh itu, sebelum menambah probiotik dalam diet harian, amat disarankan untuk berunding dengan profesional kesihatan, terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit kronik atau mengambil ubat-ubatan lain.
Langkah ini penting bagi memastikan bahawa probiotik yang diambil adalah sesuai dan selamat berdasarkan keadaan kesihatan individu.
Kesimpulan
Kesimpulannya, probiotik untuk sembelit boleh menjadi penyelesaian semula jadi yang berkesan untuk meningkatkan keseimbangan mikrobiota usus dan merangsang pergerakan najis.
Walaupun kesan probiotik berbeza bergantung pada jenis strain yang digunakan, kajian menunjukkan bahawa Lactobacillus dan Bifidobacterium adalah antara yang paling berkesan dalam mengurangkan gejala sembelit.
Untuk hasil terbaik, pengambilan probiotik secara konsisten lebih penting berbanding waktu pengambilan tertentu. Dengan memilih probiotik yang sesuai dan mengamalkannya secara berkala, anda boleh menikmati sistem pencernaan yang lebih sihat dan melegakan masalah sembelit dengan cara yang lebih semula jadi.
Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah sembelit di sini:
- Ubat Sembelit
- Punca Sembelit
- Buah Untuk Sembelit
- Cara Hilangkan Sembelit
- Cara Mengatasi Sembelit
- Makanan Untuk Sembelit
- Tanda Sembelit
- Petua Hilangkan Sembelit
- Sembelit Selepas Bersalin
- Cara Tradisional Hilangkan Sembelit
- Sembelit Semasa Mengandung
- Sembelit Ketika Hamil
- Sembelit Berdarah
- Petua hilangkan berak berdarah
- Makanan untuk berak berdarah
- Cara merawat berak berdarah
- Punca Berak Berdarah
- Kesan Sembelit
- Probiotik Untuk Sembelit