15 Kesan Sembelit Yang Boleh Menggangu Kehidupan Seharian
Apakah kesan sembelit yang berisiko untuk mengganggu kehidupan manusia?
Sembelit merupakan masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh ramai orang. Ia merujuk kepada keadaan di mana seseorang mengalami kesukaran untuk membuang air besar atau kurang kerap membuang air besar daripada biasa.
Menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diaseases, seseorang dianggap mengalami sembelit jika mereka membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu atau jika proses tersebut disertai dengan rasa sakit, najis yang keras, atau perasaan tidak puas selepas buang air besar. Walaupun sembelit sering dianggap sebagai masalah biasa, kesannya terhadap kehidupan seharian tidak boleh dipandang ringan.
Artikel dalam kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan 15 kesan sembelit yang perlu anda tahu.
1. Ketidakselesaan Pada Perut
Kesan sembelit menyebabkan ketidakselesaan perut yang berpanjangan kerana najis yang terkumpul dalam usus besar menekan dinding usus dan organ sekitarnya.
Apabila najis tidak bergerak dengan lancar, ia menyebabkan tekanan dan regangan pada usus, yang menimbulkan rasa kembung, kenyang dan kadangkala rasa sakit yang berterusan. Ketidakselesaan ini bukan sahaja menganggu tumpuan seseorang terhadap tugas harian seperti bekerja, belajar, atau bersosial, malah ia juga boleh menyebabkan seseorang menjadi kurang produktif dan mudah letih.
Rasa tidak selesa yang berpanjangan ini boleh membuatkan seseorang merasa tidak bermotivasi untuk melakukan aktiviti fizikal atau sosial, seterusnya kualiti hidup secara menyeluruh.
2. Sakit Semasa Buang Air Besar
Najis yang keras dan kering kesan sembelit boleh menyebabkan kesakitan yang teruk ketika melalui rektum dan dubur. Hal ini berlaku kerana najis yang terlalu kering mengakibatkan geseran pada dinding usus dan dubur, yang mungkin menyebabkan luka atau fisur.
Kesakitan ini bukan sahaja menjadikan proses buang air besar sebagai pengalaman yang tidak menyenangkan, malah ia juga boleh menyebabkan seseorang berasa takut untuk membuang air besar. Ketakutan ini seterusnya memburukkan lagi keadaan sembelit kerana najis yang tertahan menjadi semakin keras dan kering.
Kesakitan yang berulang-ulang juga boleh menyebabkan trauma psikologi, di mana seseorang mungkin mengelak daripada membuang air besar walaupun mereka berasa perlu, yang seterusnya memburukkan lagi keadaan.
3. Kembung Perut
Kesan sembelit yang berikutnya adalah ia boleh menyebabkan gas terperangkap dalam usus kerana najis yang tidak bergerak dengan lancar. Gas ini terkumpul dan menyebabkan perut kembung, yang boleh membuatkan seseorang berasa tidak selesa dan kurang bertenaga.
Kembung juga menjejaskan penampilan fizikal, membuatkan pakain terasa ketat dan menambah rasa tidak selesa. Selain itu, kembung perut sering disertai dengan bunyi-bunyi yang memalukan atau rasa ingin sendawa, yang boleh menjejaskan keyakina diri dalam situasi sosial.
Kembung yang berterusan juga boleh menyebabkan rasa mual atau tidak selesa yang berpanjangan, yang seterusnya mengganggu aktiviti harian.
4. Keletihan dan Kurang Tenaga
Apabila toksin dari najis yang terkumpul tidak dikeluarkan dengan betul, ia boleh diserap semula ke dalam aliran darah. Proses ini, dikenali sebagai autointoxication, kesannya ia boleh menyebabkan keletihan dan kekurangan tenaga.
Tubuh terpaksa bekerja lebih keras untuk memproses toksin, yang mengurangkan keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap. Keletihan ini juga boleh menjejaskan mood dan bermotivasi, membuatkan seseorang berasa lesu dan tidak berminat untuk melakukan aktiviti yang biasa dinikmati.
Keletihan yang berpanjangan boleh menyebabkan penurunan prestasi di tempat kerja atau sekolah, serta menjejaskan hubungan interpersonal kerana kurangnya tenaga untuk berinteraksi dengan orang lain.
5. Masalah Tidur
Ketidakselesaan perut dan kembung kesan sembelit boleh mengganggu kualiti tidur seseorang. Seseorang mungkin sukar untuk tidur lena atau kerap terjaga kerana rasa tidak selesa.
Kurang tidur seterusnya boleh menjejaskan mood, tumpuan, dan produktiviti pada keesokan harinya. Selain itu, masalah tidur yang berpanjangan boleh menyebabkan kitaran tidur yang tidak teratur, yang seterusnya menjejaskan kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhan.
Kurang tidur juga boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, dan sistem imun yang lemah.
6. Kurang Selera Makan
Kesan sembelit juga boleh menyebabkan kurang selera makan kerana perut terasa penuh dan tidak selesa. Apabila najis terkumpul dalam usus, ia memberi isyarat kepada otak bahawa perut masih “penuh”, walaupun anda sebenarnya sedang lapar.
Ini boleh mengakibatkan pengambilan nutrien yang tidak mencukupi dan menjejaskan kesihatan secara keseluruhan. Penurunan selera makan juga boleh menyebabkan penurunan berat badan yang tidak sihat dan kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.
Kekurangan nutrien yang diperlukan oleh badan boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti anemia, kelemahan otot, dan sistem imun yang lemah.
7. Mood Tidak Stabil
Di samping itu, kesan sembelit boleh menjejakan emosi dan mood seseorang. Ketidakselesaan fizikal, sakit, dan tekanan untuk membuang air besar boleh menyebabkan rasa frustasi, mudah marah, atau murung.
Selain itu, sembelit yang berpanjangan boleh menyebabkan stres dan kebimbangan, yang seterusnya memburukkan lagi keadaan.
Perubahan mood ini boleh menjejaskan hubungan interpersoal dan membuatkan seseorang berasa tertekan atau terasing. Keadaan ini juga boleh menyebabkan seseorang berasa tidak berdaya atau putus asa, yang seterusnya menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan.
8. Masalah Kulit
Toksin yang tidak dikeluarkan melalui najis boleh diserap semula ke dalam badan dan menjejaskan kesihatan kulit. Sembelit sering dikaitkan dengan masalah kulit seperti jerawat, ruam, atau kulit kusam.
Ini berlaku kerana tubuh cuba mengeluarkan toksin melalui kulit apabila sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik. Beberapa kajain sebelum ini menunjukkan kesan sembelit kepada masalah kulit seperti ekzema.
Kajian pada tahun 2014 yang dijalankan oleh Journal Alimentary Pharmacology & Therapeutics, ke atas 23,000 orang di United Kingdom pada tahun 2014 mendapati bahawa, orang yang mengalami sembelit berkemungkinan mendapat ekzema dua kali ganda berisiko berbanding yang tidak mempunyai masalah pencernaan.
Kemudian, kajian yang dijalankan pada tahun 2021 oleh National Center for Biotechnology Information, juga merekodkan lebih 170,000 orang dari Taiwan yang sembelit berkemungkinan dua kali ganda menghidap ekzema berbanding mereka yang tidak mengalami sembelit.
Kajian lain pada tahun 2023 dari National Center for Biotechnology Information, turut menunjukkan hasil yang sama, dimana lebih 67,000 bayi di Jepun iaitu kanak-kanak berumur 1 tahun yang mengalami sembelit mempunyai risiko ekzema lebih tinggi sehingga mereka berumur 3 tahun.
Masalah kulit ini boleh menjejaskan keyakinan diri dan membuatkan seseorang berasa tidak selesa dalam situasi sosial. Bukan itu sahaja, malah masalah kulit yang berterusan boleh menyebabkan parut atau pigmentasi yang sukar dirawat, yang seterusnya menjejaskan penampilan fizikal.
9. Bau Mulut
Sembelit boleh menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan. Menurut Dr. Ruhi Fadzlyana Jailani (Consultant General and Colorectal Surgeon dari Columbia Asia Hospital), pencernaan dan nafas berbau sangat berkait rapat. Hal ini kerana proses penghadaman bermula di dalam mulut, di mana enzim dalam air liur mula memecahkan zarah makanan.
Kemudian, proses diteruskan pula di perut, di mana makanan dipecahkan lagi kepada zarah yang lebih kecil dan kemudian ke dalam usus kecil. Dalan usus kecil, nutrien diserap ke dalam aliran darah, manakala serat yang tidak dicerna masuk ke dalam usus besar dan dikeluarkan sebagai najis. Jika penghadaman terjejas pada mana-mana peringkat, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan bakteria dalam usus dan rongga mulut, seterusnya mengakibatkan nafas berbau busuk.
Keadaan ini boleh menjejakan keyakinan diri dan interaksi sosial seseorang. Bau mulut yang berterusan juga boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang lebih serius, seperti gangguan pencernaan atau jangkitan dalam usus.
Bau mulut yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah interpersonal, di mana seseorang mungkin dielakkan oleh orang lain kerana bau yang tidak menyenangkan.
10. Sakit Belakang
Najis yang terkumpul dalam usus besar boleh memberi tekanan pada saraf dan otot di bahagian belakang. Ini boleh menyebabkan sakit belakang, terutamanya di bahagian bawah.
Kesakitan ini boleh menjejaskan postur, pergerakan, dan keupayaan untuk melakukan aktiviti fizikal. Sakit belakang yang berpanjangan juga boleh menyebabkan ketegangan otot dan masalah tulang belakang yang lebih serius.
Sakit belakang yang teruk boleh menjejaskan kualiti tidur dan membuatkan seseorang berasa tidak selesa sepanjang hari.
11. Masalah Buang Air Kecil
Kesan sembelit yang teruk boleh memberi tekanan pada pundi kencing, menyebabkan masalah seperti kerap kencing, sukar mengawal kencing, atau rasa tidak puas selepas membuang air kecil.
Ini berlaku kerana usus yang penuh dengan najis menekan pundi kencing, mengganggu fungsinya. Masalah ini boleh menjejaskan kualiti hidup dan membuatkan seseorang berasa tidak selesa atau malu.
Masalah buang air kecil yang berterusan boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing atau masalah buah pinggang yang lebih serius.
12. Buasir
Tekanan yang berlebihan semasa meneran untuk membuang air besar boleh menyebabkan pembuluh darah di sekitar dubur membengkak, mengakibatkan buasir. Menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Disease, buasir boleh menyebabkan gatal-gatal, sakit, dan pendarahan, yang seterusnya menjejaskan kualiti hidup seseorang.
Kesakitan dan ketidakselesaan akibat buasir boleh membuatkan seseorang sukar untuk duduk atau bergerak dengan selesa. Buasir yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi seperti trombosis atau jangkitan, yang memerlukan rawatan perubatan yang lebih intensif.
13. Fisur Anal
Menurut National Center for Biotechnology Information, najis yang keras boleh menyebabkan luka kecil atau fisur pada lapisan dubur. Fisur anal adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan pendarahan semasa buang air besar.
Kesakitan ini boleh membuatkan seseorang mengelak daripada membuang air besar, yang memburukkan lagi sembelit. Fisur anal yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan jangkitan dan komplikasi kesihatan yang lebih serius.
Kesakitan yang berterusan boleh menyebabkan trauma psikologi, di mana seseorang mungkin berasa takut atau cemas setiap kali perlu membuang air besar.
14. Kesan Psikologi
Kesan sembelit yang berpanjangan boleh menyebabkan kesan psikologi seperti rasa malu, rendah diri, atau kebimbangan. Seseorang mungkin berasa tertekan atau terasing kerana masalah ini, terutamanya jika ia mengganggu rutin harian atau hubungan sosial.
Kesan psikologi ini boleh menjejaskan kualiti hidup dan membuatkan seseorang berasa tidak berdaya atau putus asa. Tekanan dan kebimbangan yang berterusan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental yang lebih serius seperti kemurungan atau gangguan kebimbangan.
Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, pesakit yang mengalami sembelit mempunyai risiko (20.9%) lebih besar untuk mengalami kemurungan berbanding mereka yang tidak sembelit.
15. Mengganggu Aktiviti Harian
Sembelit boleh mengganggu aktiviti harian seperti bekerja, bersenam, atau bersosial. Rasa tidak selesa, sakit, atau keperluan untuk kerap ke tandas boleh menjejaskan produktiviti dan kualiti hidup.
Sembelit yang teruk mungkin memerlukan rawatan perubatan, yang boleh mengganggu jadual harian.
Keadaan ini juga boleh menyebabkan seseorang berasa tidak selesa atau malu dalam situasi sosial, yang seterusnya menjejaskan hubungan interpersonal. Sembelit yang berterusan juga boleh menyebabkan seseorang berasa tidak berdaya atau putus asa, yang seterusnya menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kesan sembelit bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal tetapi juga mental dan emosi.
Oleh itu, penting untuk menjaga pemakanan, minum air yang cukup, dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala untuk mengelakkan masalah ini. Jika sembelit berterusan, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sesuai.
Berikut adalah kesan sembelit yang perlu anda tahu:
- Ketidakselesaan Pada Perut
- Sakit Semasa Buang Air Besar
- Kembung Perut
- Keletihan dan Kurang Tenaga
- Masalah Tidur
- Kurang Selera Makan
- Mood Tidak Stabil
- Masalah Kulit
- Bau Mulut
- Sakit Belakang
- Masalah Buang Air Kecil
- Buasir
- Fisur Anal
- Kesan Psikologi
- Mengganggu Aktiviti Harian
Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah sembelit di sini:
- Ubat Sembelit
- Punca Sembelit
- Buah Untuk Sembelit
- Cara Hilangkan Sembelit
- Cara Mengatasi Sembelit
- Makanan Untuk Sembelit
- Tanda Sembelit
- Petua Hilangkan Sembelit
- Sembelit Selepas Bersalin
- Cara Tradisional Hilangkan Sembelit
- Sembelit Semasa Mengandung
- Sembelit Ketika Hamil
- Sembelit Berdarah
- Petua hilangkan berak berdarah
- Makanan untuk berak berdarah
- Cara merawat berak berdarah
- Punca Berak Berdarah
- Kesan Sembelit
- Probiotik Untuk Sembelit