20 Jenis Ubat Ulser Mulut Yang Berkesan di Malaysia
Apakah jenis ubat ulser mulut yang berkesan untuk anda guna di Malaysia?
Ulser mulut, atau dikenali sebagai “mata ikan” oleh sesetengah rakyat Malaysia, adalah luka kecil dan menyakitkan yang berlaku dalam rongga mulut. Ia boleh berlaku sama ada pada lidah, bibir dalam, bahagian dalam pipi, atau gusi. Ia boleh berpunca daripada tekanan, trauma (gigitan sendiri), kekurangan vitamin B12 atau zat besi, atau jangkitan virus.
Ulser mulut seringkali menyebabkan ketidakselesaan ketika makan, bercakap, atau menggosok gigi. Walaupun ia biasanya sembuh sendiri dalam beberapa hari, penggunaan ubat yang sesuai boleh mempercepatkan proses penyembuhan dan melegakan kesakitan.
Rawatan yang berkesan bukan sahaja mempercepatkan penyembuhan tetapi juga membantu melegakan kesakitan serta mengurangkan risiko jangkitan sekunder.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis ubat ulser mulut dalam bentuk gel, pes, semburan (spray), lozeng dan kumuran (mouthwash), masing-masing dengan fungsi dan kelebihan tersendiri. Setiap jenis ini memiliki fungsi tersendiri sama ada untuk menenangkan tisu yang meradang, melindungi kawasan luka, atau mempercepatkan pemulihan tisu mulut.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda 20 jenis ubat ulser mulut yang berkesan di Malaysia.
1. Oradex

Oradex ialah ubat ulser mulut jenis kumur berasaskan chlorhexidine gluconate 0.12%, iaitu antispetik yang kuat dan efektif dalam membunuh bakteria penyebab ulser. Ia sangat sesuai digunakan jika ulser berpunca daripada trauma kecil atau kebersihan mulut yang tidak memuaskan.
Menurut Annals of Dentistry University of Malaya, keistimewaan Oradex ialah ia bebas alkohol, menjadikannya tidak pedih dan sesuai untuk digunakan beberapa kali sehari. Ia juga membantu mencegah jangkitan sekunder, mempercepatkan penyembuhan, dan memberikan rasa segar dalam mulut.
Keberkesanannya terbukti dalam kalangan pengguna yang kerap mengalami ulser akibat kebersihan oral yang lemah.
2. Muco Aid
Muco Aid menggunakan sodium hyaluronate dan polyvinylpyrrolidone, dua bahan yang bertindak sebagai pelindung bio-adhesif yang membentuk lapisan pelindung pada permukaan ulser.
Ini bukan sahaja mengurangkan kesakitan ketika makan atau bercakap, tetapi juga mengekalkan kelembapan pada luka, mempercepatkan proses regenerasi tisu.
Kelebihan Muco Aid ialah ia sesuai untuk ulser besar dan berulang, dan pengguna melaporkan kelegaan segera selepas sapuan. Ia juga membantu mencegah iritasi lanjutan akibat geseran makanan.
3. Oral Aid

Oral Aid ialah gel sapuan tempatan yang mengandungi lidocaine (sejenis anestetik) untuk melegakakn kesakitan serta antiseptik ringan untuk membunuh kuman.
Kelebihan utama Oral Aid ialah keberkesanannya dalam memberikan kelegaan serta-merta apabila disapur terus ke ulser. Ia sesuai untuk ulser akut yang menyakitkan, terutama sekali bagi kanak-kanak atau dewasa yang sukar makan akibat kesakitan.
Berbanding gel lain, ubat ulser mulut ini paling digemari kerana ia memberikan kesan antiseptik lokal tanpa menyebabkan rasa terbakar.
4. Bonjela

Bonjela ialah ubat ulser mulut jenis sapuan yang popular di farmasi Malaysia, diformulasi dengan choline salicylate, iaitu bahan anti-radang ringan, dan cetalkonium chloride, sejenis antiseptik.
Ia membantu merawat ulser mulut dan luka kecil dengan cara mengurangkan bengkak dan membasmi bakteria. Kelebihannya adalah tekstur gel yang mudah disapu dan diserap pantas.
Berbanding gel lain, Bonjela sesuai untuk pengguna dewasa yang mengalami ulser akibat stres atau kecederaan (seperti memakai pendakap gigi).
5. Gengigel Gel

Gengigel mengandungi asid hyaluronik semula jadi, bahan yang memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka tisu lembut. Apabila disapur pada ulser, ia membantu satu filem pelindung dan merangsang pembaikan sel.
Kelebihan Gengigel adalah ia 100% bebas alkohol, tidak pedih dan selamat digunakan berulang kali, termasuk oleh wanita hamil atau menyusu.
Ia sangat berkesan untuk ulser yang sering berulang atau disebabkan penyakit gusi.
6. Difflam Forte

Difflam Forte ialah semburan mulut berasaskan benzydamine hydrochloride, yang bertindak sebagai anti-radang dan analgesik. Ia membantu meredakan sakit dan bengkak dengan cepat, sesuai disembur terus ke kawasan yang sakit.
Kelebihannya ialah ia menyasarkan kawasan dalam mulut yang sukar dicapai dengan gel biasa, contohnya pada lelangit atau belakang tekak.
Difflam Forte amat berkesan untuk ulser yang terletak jauh dalam rongga mulut atau yang mengganggu ketika menelan.
7. Oralon

Oralon merupakan gel antiseptik yang mengandungi benzalkonium chloride dan lidocaine, gabungan pembunuh kuman dan bahan bebas ringan.
Ia digunakan secara topikal untuk ulser, luka kecil, dan bengkak dalam mulut. Kelebihannya terletak pada gabungan antiseptik dan anestetik yang menjadikannya pilihan berkesan untuk kes ulser yang sakit teruk dan memerlukan penyembuhan cepat.
8. Hexidin

Hexidine adalah ubat ulser mulut jenis kumur antiseptik yang mengandungi chlorhexidine gluconate, sama seperti Oradex, tetapi dalam formula yang lebih pekat.
Ia sesuai untuk membasmi bakteria dalam mulut secara menyeluruh, termasuk pada permukaan lidah dan gusi. Ia membantu mengurangkan bilangan bakteria yang boleh mencetuskan atau meburukkan ulser, menjadikannya berguna sebagai pencegahan ulser berulang.
9. Bactidol Mouthwash

Bactidol Mouthwash ialah ubat kumur antiseptik yang mengandungi bahan aktif hexetidine 0.1%, berfungsi untuk membunuh bakteria, kulat dan virus yang menyebabkan ulser mulut, sakit tekak, dan jangkitan mulut.
Ia memberikan kesan perlindungan sehingga 12 jam selepas berkumur, membantu mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka dalam mulut.
Kelebihannya berbanding ubat ulser mulut jenis kumur lain ialah spektrum antimikrob yang luas, kesan tahan lama, dan keberkesanan untuk pelbagai jenis masalah mulut seperti ulser, luka kecil, gusi bengkak dan nafas berbau.
Sesuai digunakan 2–3 kali sehari tanpa perlu dicairkan, Bactidol sangat berguna untuk mereka yang mengalami ulser banyak atau terletak di kawasan sukar dicapai. Ia memberikan kelegaan ketara dalam masa 1–2 hari dan membantu luka pulih sepenuhnya dalam beberapa hari dengan penggunaan konsisten.
10. Keno Oral Paste

Keno Oral Paste mengandungi triamcinolone acetonide, sejenis steroid yang digunakan untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan pada ulser.
Ia bertindak mengurangkan pembengkakan dan mempercepat penyembuhan, terutama untuk ulser aftosa major (ulser besar dan dalam). Kelebihannya ialah keberkesanan tinggi, tetapi ia biasanya digunakan dengan pengawasan doktor kerana kandungan steroidnya.
11. AVERA Pain Relieving Gel

AVERA Pain Relieving Gel ialah gel rawatan mulut yang dirumus khas untuk melegakan kesakitan ulser secara pantas. Ia mengandungi bahan lidocaine, iaitu agen anestetik tempatan yang bertindak kebaskan kawasan luka.
Apa yang menjadikan AVERA unik berbanding gel ulser lain ialah teksturnya yang pekat dan mudah melekat pada kawasan luka, sekaligus memberi kesan tahan lama sehingga beberapa jam.
Selain daripada mengurangkan kesakitan, AVERA juga membantu memelihara kelembapan luka, mempercepat proses pembaikan sel tisu, dan memberikan keselesaan sewaktu makan dan bercakap. Ia sangat sesuai digunakan pada ulser yang terlalu sakit atau menyebabkan gangguan tidur.
12. HURIX’S Mouth Ulcer & Sore Throat Powder

Produk unik dari jenama tempatan Hurix’s ini tampil dalam bentuk serbuk larut air, yang boleh ditabur terus ke atas ulser atau dilarutkan untuk berkumur.
Menurut National Center for Biotechnology Information, kandungannya merangkumi bahan herba tradisional seperti menthol, camphor, dan ekstrak akar herba Cina yang memiliki sifat anti-radang dan antimikrob. Kelebihan utama produk ini ialah keupayaannya merawat ulser dan sakit tekak serentak, menjadikannya dua dalam satu.
Rasa sejuk dari menthol memberikan kelegaan segera, manakala bahan semula jadi membantu mempercepatkan pemulihan tanpa menyebabkan pedih atau panas. Ia juga sesuai untuk pengguna yang mengutamakan rawatan berasaskan herba dan tradisional.
13. TIME Oral Ulcer Patch

TIME Oral Ulcer Patch adalah ubat ulser mulut jenis tampalan atau pelekat kecil yang digunakan terus ke atas ulser dalam mulut. Ia membentuk lapisan pelindung kalis air dan air liur, melindungi luka daripada geseran makanan dan mempercepatkan penyembuhan.
Bahan aktifnya terdiri daripada hydrocolloid dan sodium hyaluronate, yang bukan sahaja menjaga kelembapan luka tetapi juga mencipta persekitaran optimum untuk regenerasi sel.
Kelebihan TIME Patch ialah ia tidak menyebabkan kepedihan seperti gel ubat biasa, dan sangat sesuai untuk ulser di kawasan yang sukar dirawat seperti dalam pipi atau bawah lidah. Ia sangat sesuai untuk mereka yang tidak selesa dengan rasa ubat di dalam mulut dan mahu perlindungan yang lebih lama.
14. Difflam Lozenge

Difflam juga tersedia dalam bentuk lozenge (gula-gula hisap) yang mengandungi benzydamine hydrochloride. Lozeng ini bertindak sebagai anti-radang dan anestetik tempatan untuk melegakan kesakitan di kawasan mulut dan tekak.
Kelebihannya adalah keselesaan penggunaan tanpa sapuan, hanya perlu dihisap perlahan untuk melepaskan bahan aktif ke seluruh rongga mulut. Ini menjadikannya sesuai untuk ulser ringan hingga sederhana, atau untuk melegakan banyak ulser kecil serentak. Ia juga sangat berguna untuk pesakit yang mengalami gabungan ulser dan radang tekak.
15. Difflis Herbal Mouth Spray

Difflis ialah semburan mulut herba yang menggunakan kombinasi ekstrak semula jadi seperti ekstrak daun pudina, propolis, dan madu. Ia bertindak sebagai agen anti-bakteria ringan dan membantu menenangkan kawasan luka serta mengurangkan radang.
Kelebihan utama Difflis berbanding semburan lain ialah bau dan rasa yang lebih lembut, sesuai untuk mereka yang tidak tahan semburan ubat kimia yang pedas.
Ia boleh digunakan sekerap yang diperlukan, terutama ketika bercakap atau makan. Keberkesanannya sangat dihargai dalam kes ulser ringan dan berulang yang disebabkan tekanan atau alahan makanan.
16. Aftamed Oral Spray

Aftamed adalah produk Itali yang terkenal dan tersedia dalam bentuk spray dan gel, namun versi spray sangat digemari kerana kemudahannya.
Berdasarkan kajian oleh National Center for Biotecnology Information, kandungan asid hyaluronik molekul tinggi dalam ubat ini membantu mempercepat penyembuhan tisu, mengurangkan kesakitan dan mencegah jangkitan.
Kelebihannya ialah ia tidak beralkohol, tidak menyebabkan pedih, dan sangat sesuai digunakan beberapa kali sehari, termasuk oleh kanak-kanak. Aftamed juga membantu mengekalkan kelembapan luka serta menggalakkan regenerasi epitelium (lapisan sel mulut), menjadikannya antara produk paling komprehensif dalam rawatan ulser.
17. Aloclair Plus Spray

Aloclair Plus Spray merupakan pilihan premium untuk merawat ulser mulut. Ia mengandungi polyvinylpyrrolidone (PVP), hialuronik asid, dan ekstrak aloe vera.
Spray ini membentuk lapisan pelindung pada ulser dan membantu dalam penyembuhan semula jadi. Kelebihan produk ini ialah gabungan sifat pelindung, anti-radang dan penyejuk serentak, menjadikannya sesuai untuk ulser yang sangat menyakitkan atau besar.
Aloe vera dalam formulasi juga membantu mengurangkan rasa panas dan mempercepatkan penumbuhan semula sel. Ia merupakan produk yang sering digunakan oleh pakar pergigian dan pengguna yang mengalami ulser kronik atau disebabkan penyakit autoimun.
18. Oxyfresh Pro Relief Fresh Mint Dental Gel

Oxyfresh ialah gel penjagaan mulut premium dari Amerika Syarikat yang menggunakan zinc compound dan aloe vera sebagai bahan utama. Ia bukan sahaja merawat ulser tetapi juga berfungsi sebagai pelindung dari bau mulut dan masalah gusi.
Kelebihan Oxyfreash ialah kesan perlindungan menyeluruh yang bukan sahaja fokus pada penyembuhan ulser tetapi juga kesihatan keseluruhan mulut.
Formulasi bebas alkohol dan bebas fluorida menjadikan ia sesuai untuk penggunaan jangka panjang serta oleh individu dengan sensitiviti mulut.
19. Himalaya HiOra-SG

Produk dari jenama ayurveda terkenal Himalaya ini diformulasikan dengan licorice (mulethi), spilanthes dan menthol. HiOra-SG berfungsi sebagai anti-radang herba dan anestetik ringan, sesuai untuk ulser disebabkan tekanan atau ketidakseimbangan hormon.
Kelebihannya ialah pendekatan herba yang tidak pedih dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak. Ia juga memberi kesan penyejuk segera dan melegakan rasa pedih sambil menyokong penyembuhan luka secara semula jadi.
20. Hurix’s Cream For Mouth Ulcer

Hurix’s sekali lagi menawarkan produk tempatan yang unik, kali ini dalam bentuk krim sapuan. Ia mengandungi ekstrak herba tradisional seperti akar manis, bunga cengkih, daun pudina.
Krim ini membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan pada ulser mulut. Kelebihan utama Hurix’s Cream ialah ia tidak mengandungi steroid atau bahan kimia keras, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mengutamakan rawatan semula jadi.
Ia juga sesuai digunakan untul ulser ringan hingga sederhana dan sebagai langkah pencegahan untuk ulser berulang.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pelbagai jenis ubat ulser mulut di Malaysia menawarkan keberkesanan tersendiri berdasarkan bentuk, bahan aktif, dan keperluan pengguna.
Ubat seperti gel (Bonjela, AVERA, Gengigel) memberikan keselesaan segera, manakala spray (Aloclair, Aftamed, Difflam) memudahkan penggunaan untuk kawasan sukar. Ubat kumur seperti Oradex dan Hexid pula sesuai untuk pencegahan dan kebersihan mulut secara menyeluruh.
Bagi mereka yang cenderung ke arah perubatan herba, produk seperti Hurix’s dan Himalaya menawarkan rawatan alternatif yang lembut dan selamat. Dengan memilih ubat yang sesuai mengikut simptom dan gaya hidup, rawatan ulser mulut kini menjadi lebih efektif dan selesa.
Berikut adalah antara jenis ubat ulser mulut yang berkesan untuk anda guna:
- Oradex
- Muco Aid
- Oral Aid
- Bonjela
- Gengigel Gel
- Difflam Forte
- Oralon
- Hexid
- Bactidolin Mouthwash
- Keno Oral Paste
- AVERA Pain Relieving Gel
- HURIX’S Mouth Ulcer & Sore Throat Powder
- TIME Oral Ulcer Patch
- Difflam Lozenge
- Difflis Herbal Mouth Spray
- Aftamed Oral Spray
- Aloclair Plus Spray
- Oxyfresh Pro Relief Fresh Mint Dental Gel
- Himalaya HiOra-SG
- Hurix’s Cream For Mouth Ulcer
Anda juga boleh baca tentang informasi ulser mulut yang lain di sini: