7 Ubat Sakit Tekak Yang Berkesan Untuk Anda Ambil
Apakah ubat sakit tekak yang efektif dan berkesan untuk anda ambil bagi mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan?
Sakit tekak adalah masalah biasa yang dengan simptom demam dan selesema. Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information (NCBI), sakit tekak adalah penyakit keenam di mana rakyat di negera Jerman paling rama datang untuk berjumpa dengan doktor.
Puncanya boleh disebabkan jangkitan bakteria, jangkitan virus, pencemaran dari persekitaran, atau sebagainya. Biasanya sakit tekak boleh pulih dalam masa beberapa hari sahaja bergantung kepada ubat yang diambil.
Kebanyakkan ubat sakit tekak melegakan simptom sakit tekak itu sendiri atau melawan jangkitan yang menyebabkan rasa tidak selesa di bahagian kerongkong.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda 7 jenama ubat sakit tekak yang terbaik untuk anda ambil.
Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah sakit tekak anda berlarutan. Jom kita mula dengan jenis ubat sakit tekak yang sesuai.
Jenis Ubat Sakit Tekak
Untuk sakit tekak, terdapat beberapa pilihan ubat termasuk lozeng (gula sakit tekak), semburan tekak, ubat kumur, dan ubat analgesik oral. Berikut adalah penjelasan lengkapnya:
1. Lozeng
Lozeng adalah pilihan yang selamat untuk melegakan kesakitan pada individu yang mengalami sakit tekak. Ia biasanya mengandungi bahan yang melegakan kerengsaan tekak seperti mentol atau benzokain.
Lozeng biasanya serupa dengan gula-gula keras, yang larut dengan air liur seseorang. Dengan menghisap lozeng, seseorang melepaskan bahan aktif yang membantu menenangkan dan melincirkan tekak.
2. Semburan Tekak
Semburan tekak menawarkan kelegaan dengan antiseptik atau anestetik, berfungsi untuk mengurangkan kesakitan secara setempat. Selalunya ia akan membuatkan tekak berasa kebas.
3. Ubat Kumur Antiseptik
Ubat kumur antiseptik adalah cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersih mulut. Ia biasanya disyorkan oleh doktor untuk melegakan dan mengurangkan kekeringan tisu mulut mengandungi perlindungan berasaskan enzim, biasanya diberi untuk pesakit yang mengalami keradangan tisu mulut selepas rawatan kanser.
Ubat kumur mempunyai tindakan dan kesan yang berbeza bergantung pada bahan aktif yang terkandung di dalamnya. Contoh, ubat kumur yang mengurangkan sakit mengandungi anti-radang dan agen mengurangkan kesakitan (benzydamine hydrochloride).
Bukan itu sahaja malah sesetengah ubat kumur mengandungi hyaluronan membantu mempercepatkan penyembuhan luka tisu mulut
4. Analgesik
Analgesik oral selalunya berkesan sebagai rawatan awal untuk sakit tekak. Dua contoh analgesik adalah seperti asetaminofen dan ibuprofen.
Ia biasanya tersedia tanpa preskripsi dan boleh memberi kelegaan daripada simptom sakit tekak. Ia sering hadir dalam pelbagai bentuk, seperti tablet atau sebagai bahan aktif dalam produk lain.
Walaupun ubat sakit tekak jenis ini dapat mengurangkan simptom saki tekak, tetapi ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan termasuklah seperti sakit kepala, gangguan pencernaan, loya, atau cirit-birit.
5. Antibiotik
Sekiranya doktor mendapati sakit tekak anda berpunca dari jangkitan bakteria, doktor biasanya akan memberikan antibiotik. Antibiotik terbaik untuk merawat sakit tekak adalah penisilin atau amoksisilin.
Jenis ubat sakit tekak ini mampu meredakan simptom sakit anda dalam 1 hingga 3 hari selepas memulakan rawatan antibiotik.
6. Rawatan Di Rumah
Selain menggunakan ubat sakit tekak dari bahan kimia, anda juga boleh cuba merawat sakit tekak di rumah dengan kaedah perubatan semulajadi seperti berikut:
- Berkumur dengan air garam
- Campurkan madu ke dalam minuman hangat
- Tambahkan jus lemon asli ke dalam minuman
- Minum teh herba, seperti teh pudina, chamomile, atau teh hijau
- Menggunakan teknik stim (wap)
- Sapu minyak kayu putih di bahagian bawah tekak dan dada
- Minum minyak kelapa
Jenama Ubat Sakit Tekak Terbaik
Terdapat beberapa pilihan ubat sakit tekak yang efektif untuk mengatasi pelbagai simptom sakit tekak. Setiap ubat ini mempunyai kandungan, cara penggunaan, dan tahap keberkesanannya yang tersendiri.
1. Avosil Lozenge
Avosil Lozenge merupakan lozeng yang diformulasi khusus untuk melegakan keradangan tekak dan mengurangkan rasa sakit.
Mengandungi bahan anti-radang dan antiseptik yang membantu membunuh bakteria di kawasan tekak, lozeng ini sesuai diambil dengan menghisapnya perlahan-lahan sehingga larut.
Ubat sakit tekak ini berkesan mengatasi simptom sakit tekak ringan hingga sederhana, serta memberi kelegaan sementara.
2. Betadine Sore Throat Spray
Betadine Sore Throat Spray pula mengandungi povidone-iodine, yang berfungsi sebagai antiseptik kuat untuk membunuh bakteria dan virus di tekak.
Penggunaannya melibatkan semburan langsung ke bahagian tekak, yang boleh diulang beberapa kali sehari, mengikut keperluan.
Spray ini amat berkesan bagi kes jangkitan tekak yang lebih serius kerana kandungan povidone-iodine yang dapat membasmi patogen dengan cepat.
3. KPLASS Cough Relief Patch
KPLASS Cough Relief Patch adalah pelekat yang memberikan kelegaan dari batuk dan sakit tekak tanpa melibatkan bahan kimia langsung ke tekak. Ia menggunakan ekstrak herba semulajadi dan minyak pati yang meresap melalui kulit apabila dilekatkan di kawasan dada.
Pelekat ini sesuai digunakan oleh individu yang tidak mahu mengambil ubat melalui mulut, dan ia memberikan kelegaan secara berterusan melalui aroma terapi yang dihasilkan, membantu melegakan batuk dan ketidakselesaan di tekak.
4. Difflam Ab Sore Throat Lozenges
Difflam AB Sore Throat Lozenges mengandungi benzidamin, sejenis agen anti-radang dan antiseptik yang membantu mengurangkan kesakitan serta menghilangkan bakteria di tekak.
Lozeng ini perlu dihisap perlahan-lahan, memberi kelegaan yang segera serta membantu mengatasi keradangan pada kawasan tekak yang teriritasi. Keberkesanannya sangat baik dalam merawat sakit tekak yang berkaitan dengan pembengkakan tisu akibat jangkitan.
5. Difflam Sore Throat Gargle With Iodine Concentrate
Difflam Sore Throat Gargle With Iodine Concentrate adalah ubat kumur yang menggabungkan benzidamin dan iodine, bertujuan memberi kesan anti-radang serta antiseptik yang lebih menyeluruh.
Kumuran ini digunakan dengan mencairkan cecair pekat dalam air dan berkumur selama beberapa minit sebelum dibuang.
Produk ini efektif untuk meredakan simptom sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus, menghalang penyebaran patogen lebih jauh di kawasan mulut dan tekak.
6. Betadine Antiseptic Sore Throat Gargle
Betadine Antiseptic Sore Throat Gargle pula adalah pilihan ubat kumur antiseptik yang menggunakan povidone-iodine untuk membersihkan tekak daripada patogen.
Kajian dari National Center for Biotechnolgy Information menunjukkan bahawa, satu kumur povidone-iodin boleh membunuh 99.99% virus korona dan virus lain dalam masa 30 saat selepas bersentuhan.
Seperti kebanyakkan ubat sakit tekak jenis kumur yang lain, produk Betadine juga mampu memberikan perlindungan menyeluruh terhadap bakteria dan virus.
Kumuran ini efektif dalam mengatasi sakit tekak akibat jangkitan virus atau bakteria kerana povidone-iodine berperanan sebagai pembasmi patogen yang kuat.
7. Coflix Syrup
Coflix Syrup adalah sirap yang mengandungi gabungan ekstrak herba seperti madu dan lemon, membantu memberikan kelegaan pada tekak yang sakit sambil mengatasi masalah batuk yang berkaitan.
Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, madu diyakini boleh menambahbaik gejala jangkitan saluran pernafasan atas. Ia menyediakan alternatif yang semulajadi dan lebih murah juga berbanding antibiotik.
Lemon pula mengandungi vitamin C untuk meningkatkan sistem imun dan dan melawan jangkitan.
Sirap ini biasanya diminum dalam dos tertentu mengikut arahan pada botol, dan sesuai untuk mereka yang mengalami sakit tekak akibat batuk berterusan atau rasa iritasi di saluran pernafasan.
Keberkesanannya terletak pada sifat herba yang melembapkan tekak dan mengurangkan kekerapan batuk.
Cara Makan Ubat Sakit Tekak Yang Betul
Berikut adalah cara makan ubat sakit tekak yang betul, bergantung kepada jenis ubat yang digunakan. Setiap jenis ubat memiliki cara pengambilan yang berbeza untuk memastikan keberkesanan maksimum dan mengurangkan kesan sampingan.
1. Lozenges (Tablet Hisap)
- Contoh: Avosil Lozenge, Difflam AB Sore Throat Lozenges, Strepsils.
- Cara Pengambilan:
- Hisap lozenges sehingga larut sepenuhnya di dalam mulut. Elakkan mengunyah atau menelannya terus kerana ini mengurangkan keberkesanan bahan aktif untuk melegakan tekak.
- Biarkan lozenges larut secara perlahan-lahan di tekak untuk membantu melapisi dan melembapkan tekak.
- Jangan makan atau minum selama 15-30 minit selepas menghisap lozenge untuk memberi masa ubat bertindak.
2. Semburan Tekak (Throat Spray)
- Contoh: Betadine Sore Throat Spray.
- Cara Pengambilan:
- Goncang botol sebelum digunakan.
- Arahkan muncung semburan ke dalam mulut dan tekak, kemudian sembur dengan jumlah dos yang disarankan.
- Tahan nafas seketika semasa menyembur untuk mengelakkan penyedutan bahan aktif ke dalam saluran pernafasan.
- Jangan makan atau minum selama sekurang-kurangnya 15-20 minit selepas menggunakan semburan tekak.
3. Gargle atau Kumur Tekak
- Contoh: Difflam Sore Throat Gargle with Iodine, Betadine Antiseptic Sore Throat Gargle.
- Cara Pengambilan:
- Larutkan cecair kumur dengan air jika perlu (mengikut arahan pada label).
- Masukkan cecair ke dalam mulut, dan kumur di bahagian belakang tekak selama 20-30 saat tanpa menelannya.
- Luahkan cecair selepas berkumur dan elakkan makan atau minum selama 15-20 minit untuk kesan maksimum.
4. Sirap Tekak (Syrup)
- Contoh: Coflix Syrup.
- Cara Pengambilan:
- Goncang botol sebelum digunakan untuk mencampurkan bahan aktif.
- Gunakan sudu pengukur atau penutup dos untuk mengambil jumlah yang tepat.
- Minum sirap perlahan-lahan, dan elakkan makan atau minum seketika selepas pengambilan agar bahan aktif dapat menyelaputi tekak dengan baik.
5. Patch Tekak atau Pelekat (Relief Patch)
- Contoh: Kplass Cough Relief Patch.
- Cara Penggunaan:
- Bersihkan kawasan kulit sebelum menampal pelekat.
- Tampal pada bahagian yang disarankan, biasanya di leher atau dada, untuk melegakan kesakitan tekak.
- Elakkan mandi atau basah semasa memakai patch untuk kesan yang lebih tahan lama.
Jika ragu-ragu mengenai dos atau cara makan ubat, adalah terbaik untuk merujuk kepada arahan pada pembungkusan atau berunding dengan ahli farmasi atau doktor.
Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis ubat sakit tekak yang boleh anda ambil untuk melegakan rasa sakit dan tidak selesa.
Bagi memastikan keberkesanan setiap ubat yang diambil, pastikan anda mengikut arahan pengambilan dan cara makan yang betul seperti yang tertera di kotak ubat atau nasihat doktor.
Dengan pilihan ubat sakit tekak yang tepat, anda boleh mendapatkan kelegaan yang cepat dan membantu tubuh anda pulih dengan lebih pantas.
Namun sekiranya, sakit tekak yang anda rasakan tidak hilang, berterusan serta diikuti dengan simptom lain yang lebih serius, segeralah dapatkan rawatan perubatan di hospital.
Berikut adalah ubat sakit tekak yang berkesan untuk anda ambil:
- Avosil Lozenge
- Betadine Sore Throat Spray
- KPLASS Cough Relief Patch
- Difflam Ab Sore Throat Lozenges
- Difflam Sore Throat Gargle With Iodine Concentrate
- Betadine Antiseptic Sore Throat Gargle
- Coflix Syrup
Anda juga boleh baca tentang informasi sakit tekak yang lain di sini: