10 Jenis Ubat Batuk Yang Terdapat Di Pasaran
Bila kita batuk, biasanya kita akan makan ubat batuk untuk mengurangkan atau melegakan sakit tersebut.
Ubat batuk adalah satu rawatan yang paling biasa digunakan untuk meredakan simptom batuk, sama ada batuk kering, atau batuk berkahak. Ubat ini hadir dalam pelbagai bentuk seperti tablet, kapsul, sirup, semburan, dan sebagainya.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda dengan lebih terperinci satu per satu jenis ubat batuk yang boleh anda gunakan untuk merawat masalah batuk anda.
Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan untuk merawat masalah batuk anda. Jom kita mula denga ubat batuk penahan (Suppressant).
1. Ubat Batuk Penahan (Suppressant)
Suppressant atau Antitussive , adalah sejenis ubat yang direka untuk mengurangkan atau menahan refleks batuk yang berlebihan. Refleks batuk berlaku apabila terdapat iritasi dalam saluran pernafasan, seperti tekak, trakea, atau bronkus.
Ia banyak digunakan untuk mengurangkan batuk kering yang menganggu, terutama pada waktu malam. Menurut Journal of Pediatric Health Care, ubat batuk penahan ini bertindak dengan menyekat pusat batuk dalam otak, khususnya medulla, yang mengawal refleks batuk.
Contoh bahan aktif alam ubat batuk jeni ini ialah dextromethorphan (DM) dan codeine. Menurut National Center for Biotechnology Information, dextromethorphan adalah bahan yang biasa digunakan dan boleh didapati dalam formulasi ubat batuk tanpa preskripsi.
Sebaliknya, codeine adalah ubat batuk penahan yang lebih kuat dan memerlukan preskripsi doktor. Penggunaan codeine biasanya terhad kepada kes-kes tertentu, seperti batuk yang teruk dan menganggu kualiti hidup pesakit.
Mereka yang mengalami batuk kering yang teruk selepas mengalami radang paru-paru mungkin diberi preskripsi codeine untuk membantu mereka tidur dan berehat dengan lebih baik.
Namun begitu berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, ubat batuk jenis ini tidak sesuai digunakan untuk batuk berkahak. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan lendir terkumpul dalam paru-paru yang berisiko menyebabkan jangkitan saluran pernafasan yang lebih serius.
Kesan Sampingan :
- Mengantuk atau keletihan
- Pening
- Loya dan muntah
- Sembelit
- Mulut kering
- Penglihatan kabur
- Reaksi alergi
Contoh ubat batuk penahan yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
- Sedilix-DM Syrup
- Tussidex Forte
- Cough-En Syrup
- Copastin Tablet
2. Ubat Batuk Ekspektoran
Ekspektoran adalah sejenis ubat yang membantu melonggarkan dan menipiskan lendir atau kahak dalam saluran pernafasan. Dengan cara itu, proses batuk akan lebih mudah mengeluarkan lendir dari paru-paru anda.
Ubat ini sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mengalami batuk berkahak, kerana ia membantu tubuh membersihkan saluran pernafasan dengan lebih berkesan.
Bahan aktif yang sering digunakan dalam ubat batuk ekspektoran adalah guaifenesin. Menurut National Center for Biotechnology Information, guaifenesin adalah sejenis ekspektoran yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk sirap, tablet, dan kapsul.
Sebagai comtoh, seseorang yang mengalami batuk berkahak akibat jangkitan saluran pernafasan seperti bronkitis boleh menggunakan ubat yang mengandungi guaifenesin untuk membantu mencairkan kahak dan membersihkannya daripada saluran pernafasan.
Namun begitu ubat batuk jenis ini bukanlah bertujuan untuk menghentikan batuk sepenuhnya. Sebaliknya ia digunakan untuk memastikan batuk menjadi lebih berkesan dalam membersihkan saluran pernafasan.
Justeru itu, ubat batuk ekspektoran bisasanya tidak disyorkan untuk batuk kering yang tidak menghasilkan kahak, kerana ia tidak akan memberikan manfaat kepada keadaan tersebut.
Kesan Sampingan :
- Loya dan muntah
- Sakit perut
- Pening atau sakit kepala
- Ruam kulit
Contoh ubat batuk ekspektoran yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
- Xepa Bena Expectorant
- Rhinathiol Syrup
- Mucolix Elixir
- Breacol Expectorant
- Uphadyl Forte Expectorant
- Three Legs Cough Relief
- Prospan Cough Syrup
3. Ubat Batuk Mukolitik
Mukolitik adalah sejenis ubat yang bertujuan untuk mencairkan kahak yang pekat dan likat dalam saluran pernafasan, bagi memudahkan ia keluar dengan lancar melalui batuk.
Menurut National Center for Biotechnology Information, ubat ini berfungsi untuk memecahkan struktur protein atau ikatan kimia dalam lendir, menjadikannya lebih cair dan kurang melekit. Hal ini penting kerana kahak tebal biasanya boleh menyekat saluran pernafasan sehinga menganggu pernafasan dan memperlahankan proses penyembuhan.
Bukan itu sahaja, ubat batuk jenis ini juga membantu anda untuk menghilangkan kahak yang degil dengan lebih mudah, yang seterusnya mengurangkan risiko jangkitan sekunder di paru-paru, seperti pneumonia.
Salah satu contoh bahan aktif yang biasa digunakan dalam ubat mukolitik ialah acetylcysteine. Acetylcysteine berfungsi dengan memecahkan ikatan disulfida dalam protein mukus, yang menjadikan kahak lebih cair dan mudah untuk batuk keluar.
Kajian dari National Center for Biotechnology Information juga mendapati bahawa, ubat ini biasanya diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, asma, atau penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).
Sebagai contoh, pesakit bronkitis kronik yang menghasilkan kahak tebal dan sukar dikeluarkan mungkin diberi acetylcysteine untuk membantu melonggarkan kahak dan meningkatkan keberkesanan batuk mereka.
Kesan Sampingan :
- Loya dan muntah
- Sakit perut
- Reaksi alahan
- Bronkospasme
- Mulut berbau atau rasa pahit
Contoh ubat batuk mukolitik yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
- Mucolix Elixir
- Rhinathiol Syrup
- Fluimucil
- Bisolvon
- Mucopect
4. Ubat Batuk Antihistamin
Ubat batuk antihistamin adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat batuk yang berkaitan dengan alahan atau gejala yang disebabkan oleh tindak balas alergi.
Menurut kajian dari Annals of Allergy, Asthma & Immunology, antihistamin berfungsi untuk menyekat kesan histamin, iaitu bahan kimia yang dilepaskan oleh sistem imun semasa tindak balas alahan. Histamin bertanggungjawab menyebabkan gejala seperti bersin, hidung tersumbat, gatal-gatal, mata berair, dan batuk.
Apabila seseorang mengalami alahan, seperti rinitis alergi atau alergi terhadap habuk atau debunga, histamin boleh menyebabkan keradangan dan iritasi dalam saluran pernafasan, yang mencetuskan batuk.
Dalam kes ini, antihistamin membantu mengurangkan gejala tersebut, termasuk batuk, dengan menyekat tindakan histamin dalam tubuh.
Namun begitu, ubat batuk jenis ini tidak sesuai digunakan untuk batuk yang disebabkan oleh jangkitan saluran pernafasan biasa seperti selesema, kerana mereka tidak merawat punca utama batuk tersebut.
Kesan Sampingan :
- Mengantuk
- Mulut kering
- Sembelit
- Pening dan kesukaran menumpukan perhatian
Contoh ubat batuk antihistamin yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
- Cough-en® Linctus
- Pabron Cough-D Syrup
- Benadryl Cough Syrup
- Copastin Tablet
- Chlorpheniramine
5. Ubat Batuk Decongestan
Ubat batuk decongestan adalah ubat yang digunakan untuk melegakan kesesakan hidung dan saluran pernafasan yang disebabkan oleh selsema, alahan, atau jangkitan sinus.
Dapatan kajian dari Immunology and Allergy Clinics of North America mendapati bahawa, decongestan berfungsi dengan mengecilkan saluran darah yang bengkak di dalam rongga hidung, mengurangkan pembengkakan tisu dan membolehkan aliran udara yang lebih lancar.
Contoh bahan aktif dalam ubat batuk decongestan termasuk pseudoephedrine dan phenylephrine. Pseudoephedrine adalah decongestan yang kuat dan sering terdapat dalam ubat seperti Sudafed. Ia sangat berkesan untuk mengurangkan kesesakan hidung dan membantu bernafas dengan lebih baik.
Kesan Sampingan :
- Peningkatan tekanan darah
- Peningkatan kadar jantung (palpitasi)
- Insomnia
- Mulut kering
- Pening kepala
Contoh ubat batuk decongestan yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
- Clarinase
- Benadryl Allergy Plus Congestion
- Carinox
- Simtec
- Claritin-D Non-Drowsy
- Hurix’s Cool Inhaler
- Breathe Right Nasal Strip
- Hurix’s 600 Fluaway Capsule
- Cough-en Linctus
- Sudafed PE Sinus Pressure + Pain
6. Ubat Batuk Herba & Semula Jadi
Ubat batuk herba dan semula jadi adalah alternatif kepada ubat batuk sintetik yang menggunakan bahan-bahan dari sumber semula jadi untuk melegakan batuk dan menenangkan saluran pernafasan.
Ubat jenis ini sesuai untuk mereka yang tidak mahu menggunakan bahan kimia dalam perubatan sebaliknya memilih rawatan yang lebih lembut, terutamanya untuk batuk ringan hingga sederhana yang tidak memerlukan rawatan perubatan intensif.
Ubat batuk herba biasanya didatangkan dalam pelbagai bentuk seperti sirap batuk herba, minyak pati, teh, dan sebagainya.
Ubat batuk berasaskan tumbuhan, madu, atau minyak pati juga sering digunakan untuk mengurangkan keradangan, melonggarkan kahak, dan menenangkan tekak yang merengsa.
Kesan Sampingan :
- Reaksi alahan
- Gangguan pencernaan
- Interaksi dengan ubat lain
Contoh ubat batuk herba dan semulajadi yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
- Halaqi Sirap Ubat Batuk
- Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak
- Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika
- Hurix’s Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus
- Zecuf Herbal Cough Remedy Syrup
7. Lozenges Untuk Melegakan Tekak
Lozenges adalah sejenis tablet kecil yang larut perlahan-lahan di dalam mulut, memberikan kelegaaan kepada tekak yang merengsa, kering atau sakit.
Ia dirumuskan dengan bahan aktif dan tambahan seperti mentol, ekstrak herba, atau antiseptik yang membantu melegakan keradangan dan memberi rasa sejuk serta keselesaan pada tekak yang teriritasi.
Apabila lozenges larut, ia menyebarkan bahan aktif secara beransur-ansur ke seluruh tekak, menghasilkan lapisan pelindungan yang melegakan rasa sakit dan mengurangkan rasa gatal yang memacu kepada masalah batuk.
Namun begitu, ubat ini hanya sekadar rawatan simptomatik iaitu ia boleh melegakan gejala tetapi tidak sesuai untuk merawat punca utama jangkitan atau keradangan.
Kesan Sampingan :
- Iritasi mulut
- Gangguan perut
- Reaksi alahan
Contoh ubat lozenges yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
- Strepsils
- Difflam Anti-Inflammatory Lozenges with Cough Suppressant
- Herbion Linkus Cough Lozenges
- Zecuf Herbal Lozenges
- Melsilogen Cough Lozenges
- Nutrinlife Lundazs Orange & Vitamin C Lozenges
8. Ubat Batuk Dengan Semburan Tekak
Ubat batuk dalam bentuk semburan tekak adalah sejenis rawatan yang digunakan untuk memberikan kelegaan segera kepada tekak yang merengsa atau sakit akibat batuk, jangkitan, atau keradangan.
Semburan tekak ini dirumuskan dengan bahan aktif yang berfungsi secara langsung pada kawasan tekak yang teriritasi, memberikan kelegaan dengan pantas.
Berdasarkan kajian dari The Journal of Allergy and Clinical Immunology, semburan tekak mempunyai kelebihan kerana ia boleh disasarkan terus ke bahagian tekak yang sakit berbanding dengan ubat batuk dalam bentuk sirap atau tablet.
Bahan aktif yang biasa terdapat dalam semburan tekak termasuk antiseptik, anestetik tempatan, atau agen anti-radang
Semburan tekak juga boleh mengandungi bahan semula jadi seperti ekstrak chamomile atau minyak kayu putih, yang mempunyai sifat anti-radang dan menenangkan.
Sama seperti lozenges, semburan tekak juga hanya bertindak sebagai rawatan simptomatik iaitu ia boleh melegakan gejala tetapi tidak sesuai untuk merawat punca utama jangkitan atau keradangan.
Kesan Sampingan :
- Rasa pedih atau iritasi di tekak
- Reaksi alahan
- Perubahan rasa
- Mulut kering atau rasa kesemutan
Contoh ubat batuk semburan tekak yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
- Betadine Sore Throat Spray
- Difflam Sore Throat Spray
- Strepsils Sore Throat & Blocked Nose Spray
- Oral7 Moisturising Mouth Spray
- A.Vogel Echinaforce Sore Throat Spray
9. Sirap Batuk Gabungan
Sirap batuk gabungan adalah formulasi ubat batuk yang mengandungi dua atau lebih bahan aktif yang bekerja secara sinergi untuk merawat pelbagai simptom batuk dan selesema secara serentak.
Sirap ini diformulasikan khusus untuk memberi kelegaan komprehensif, terutamanya bagi mereka yang mengalami beberapa gejala sekaligus, seperti batuk kering, batuk berkahak, kesesakan hidung, dan sakit tekak.
Bahan-bahan aktif dalam sirap batuk gabungan biasanya merangkumi ekspektoran, dekongestan, antihistamin, dan kadangkala agen penahan batuk (suppressant) atau antipiretik (penurun demam).
Dengan menggabungkan beberapa bahan aktif, sirap ini dapat memberikan kelegaan yang lebih luas, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pesakit yang memerlukan rawatan menyeluruh.
Kesan Sampingan :
- Mengantuk atau keletihan
- Mulut dan tekak kering
- Pening atau sakit kepala
- Kesukaran tidur
- Masalah penghadaman
- Penglihatan kabur
Contoh sirap batuk gabungan yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
- Hurix’s Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus
- Xepa Bena Expectorant
- Rhinathiol Syrup
- Difflam Anti-Inflammatory Lozenges with Cough Suppressant
- Woods’ Peppermint Cough Syrup
- Prospan Cough Syrup
- Mucolix Elixir
- Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak
10. Antibiotik
Pengambilan antiobiotik untuk batuk tidak selalu diperlukan dan bergantung kepada punca batuk tersebut.
Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, dan ia tidak berkesan terhadap jangkitan virus, yang merupakan penyebab paling biasa bagi batuk, seperti selesema biasa atau jangkitan saluran pernafasan atas.
Biasanya, doktor akan memberikan antibiotik jika terdapat bukti atau tanda-tanda bahawa batuk itu disebabkan oleh jangkitan bakteria, seperti bronkitis bakteria, pneumonia, atau batuk kokol (pertussis).
Pesakit juga akan menunjukkan gejala jangkitan bakteria seperti demam yang tinggi dan berpanjangan, batuk yang disertai dengan kahak berwarna kuning kehijauan atau berdarah.
Dalam kes ini, antibiotik diperlukan untuk membunuh bakteria dan mencegah komplikasi yang lebih serius.
Kesan Sampingan :
- Gangguan pencernaan
- Reaksi alergi
- Ruam
- Jangkitan kulat atau yis
- Sakit kepala
Contoh antiobiotik untuk batuk adalah seperti berikut:
- Amoxicillin
- Azithromycin (Zithromax)
- Clarithromycin (Biaxin)
- Cefuroxime (Ceftin)
- Doxycycline
Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap ubat batuk memainkan fungsi dan peranan yang tersendiri untuk melegakan dan memulihkan jenis-jenis batuk tertentu. Justeru itu, anda perlu bijak dalam memilih dan menentukan ubat batuk yang sesuai.
Perlu diingatkan, sebelum mengambil mana-mana ubat batuk yang disenaraikan di atas, adalah penting untuk anda membaca label dan mengikuti dos yang disarankan.
Sekiranya batuk berterusan lebih dari seminggu dan disertai dengan gejala lain seperti demam tinggi, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan.
Berikut adalah senarai ubat batuk yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk melegakan masalah batuk:
- Ubat Batuk Penahan (Suppressant)
- Ubat Batuk Ekspektoran
- Ubat Batuk Mukolitik
- Ubat Batuk Antihistamin
- Ubat Batuk Decongestan
- Ubat Batuk Herba & Semula Jadi
- Lozenges Untuk Melegakan Tekak
- Ubat Batuk Dengan Semburan Tekak
- Sirap Batuk Gabungan
- Antibiotik
Anda juga boleh baca informasi tentang batuk yang lain di sini: