Sakit Tekak Bila Menelan: Punca, Simptom dan Cara Merawat

Apakah punca sakit tekak bila menelan yang perlu anda tahu?

Sakit bila menelan adalah sebarang bentuk kesakitan atau ketidakselesaan semasa menelan. Anda akan cenderung merasakannya di bahagian leher dan belakang tulang dada.

Selalunya juga rasa sakit ini diikuti dengan sensasi yang kuat seperti terbakar atau tajam. Sakit tekak bila menelan boleh menjadi petanda berlakunya gejala gangguan yang serius.

Justeru, artikel pada kali ini  kami akan berkongsi kepada anda 12 punca sakit tekak bila menelan yang berkemungkinan boleh berlaku.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah sakit tekak anda berlarutan. Jom kita mula dengan punca sakit tekak bila menelan.

Masalah Menelan

sakit tekak bila menelan masalah

Menelan makanan merupakan aktiviti yang kompleks melibatkan banyak saraf dan otot di dalam mulut, bahagian tekak dan esophagus (saluran yang membawa makanan ke perut).

Sebahagian daripada menelan adalah secara sukarela yang bermaksud anda sedar dan mampu untuk mengawalnya.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan proses penelanan adalah tidak disengajakan sebaik sahaja ia bermula. Masalah rasa sakit semasa menelan juga boleh berlaku pada bila-bila masa termasuklah semasa mengunyah, mengalihkan makanan ke belakang mulut, atau mengalihkannya ke perut

Punca Sakit Tekak Bila Menelan

Berikut adalah antara punca sakit tekak bila menelan berserta penjelasan lengkapnya:

1. Jangkitan Bakteria

Jangkitan bakteria dan virus adalah antara punca utama sakit tekak. Penyakit seperti tonsilitis, faringitis, dan selesema biasa sering menyebabkan keradangan pada tekak, menjadikannya sukar dan menyakitkan untuk menelan.

Menurut National Center for Biotechnology Information, jangkitan bakteria seperti Streptococcus adalah penyebab utama radang tekak, yang dikenali sebagai “strep throat”.

Simptom biasanya termasuk sakit tekak yang teruk, bengkak pada tonsil, demam, dan kadang-kadang bintik-bintik putih pada tonsil.

2. Jangkitan Virus

Selain bakteria, virus juga menjadi punca sakit tekak bila menelan. Contohnya, virus seperti influenza, adenovirus, dan virus Epstein -Bar menyebabkan mononukleosis boleh menyebabkan keradangan tekak yang menyakitkan.

Influenza atau selesema sering diiringi dengan simptom lain seperti batuk, hidung tersumbat, dan demam. Manakala mononukleosis boleh menyebabkan keletihan yang melampau serta bengkak pada nodus limfa di leher.

2. Refluks Asid (Gastroesophageal Reflux Disease – GERD)

sakit tekak bila menelan gerd

GERD adalah keadaan di mana asid dari perut naik semula ke esofagus dan tekak, menyebabkan iritasi pada lapisan tekak.

Bahkan menurut American Family Physician, keadaan ini bukan sahaja menyebabkan sakit tekak, tetapi juga gejala seperti rasa terbakar di dada (heartburn), kesukaran menelan, dan batuk kronik.

Apabila asid perut terus naik ke tekak, ia boleh menyebabkan lapisan tekak menjadi merah dan meradang, yang menjadikannya lebih sensitif ketika menelan.

Keadaan ini juga dikenali sebagai laryngopharyngeal reflux (LPR) apabila asid menjalar ke bahagian tekak yang lebih tinggi. Faktor-faktor seperti makanan berlemak, pedas, serta kopi dan alkohol boleh meningkatkan risiko refluks asid.

3. Alergi

Alahan terhadap habuk, debunga, atau bulu haiwan boleh menyebabkan saluran udara menjadi radang, yang turut melibatkan tekak.

Reaksi alergi biasaya mengakibatkan pembengkakan pada saluran pernafasan, yang boleh menyebabkan sakit tekak dan sukar menelan.

4. Udara Kering

sakit tekak bila menelan udara kering

Iritasi daripada udara yang kering, bahan kimia, atau asap rokok juga boleh mengakibatkan tekak menjadi kering dan sakit.

Orang yang tinggal di kawasan dengan kualiti udara yang rendah atau yang sering terdedah kepada asap rokok lebih cenderung mengalami sakit tekak.

5. Kecederaan atau Ketegangan Tekak

Kadang-kala, kecederaan fizikal pada tekak juga boleh menyebabkan sakit ketika menelan. Tindakan seperti menjerit atau menyanyi dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan otot tekak tegang, menyebabkan kesakitan apabila digunakan, termasuk ketika menelan.

Tersedak objek tajam seperti tulang ikan atau bahan keras yang lain boleh menyebabkan luka kecil pada tekak yang juga mengakibatkan rasa sakit yang tajam ketika menelan.

6. Kekeringan (Dehidrasi dan Mulut Kering)

sakit tekak bila menelan dehidrasi

Mulut yang kering boleh menyebabkan tekak menjadi kasar dan mudah meradang. Ini sering terjadi apabila seseorang tidak minum cukup air atau berada di persekitaran yang terlalu panas dan kering.

Apabila kelembapan di dalam tekak berkurangan, lapisan mukosa menjadi kering dan iritasi, yang mengakibatkan sakit tekak terutama ketika menelan. Mulut kering juga boleh berpunca dari penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti antihistamin, yang menyebabkan pengeluaran air liur berkurang.

7. Jangkitan Kulat (Candidiasis)

sakit tekak bila menelan kulat

Sakit tekak bila menelan juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat, terutamanya dalam kes candidiasis oral yang disebabkan oleh kulat Candida albicans.

Jangkitan ini biasanya berlaku pada individu dengan sistem imun yang lemah atau mereka yang mengambil antibiotik jangka panjang.

Candidiasis oral menyebabkan lapisan putih di dalam mulut dan tekak, yang sering menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan apabila menelan. Penghidap diabetes dan pengguna gigi palsu juga lebih cenderung mendapat jangkitan ini.

8. Tumor atau Ketumbuhan di Tekak

Walaupun jarang berlaku, ketumbuhan di tekak atau esofagus boleh menyebabkan sakit tekak yang kronik dan berterusan, terutamanya ketika menelan.

Tumor ini boleh menyebabkan bengkak yang menghalang laluan tekak dan menyebabkan kesakitan yang tajam.

Simptom lain termasuk suara serak, batuk berdarah, dan penurunan berat badan tanpa sebab. Sekiranya sakit tekak tidak hilang selepas beberapa minggu, pemeriksaan perubatan adalah disyorkan untuk menolak kemungkinan tumor atau ketumbuhan.

9. Sinusitis Kronik

Sinusitis atau jangkitan sinus yang kronik boleh menyebabkan mukus berlebihan mengalir ke belakang tekak, yang dikenali sebagai “postnasal drip.”

Kajian dari National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, gejala sinusitis biasanya akan menyebabkan tekak merasa sakit, gatal, atau bengkak apabila mukus tersebut mengiritasi tekak.

Pesakit dengan sinusitis biasanya juga mengalami hidung tersumbat, sakit pada wajah, dan sakit kepala yang berulang.

10. Tonsilitis

sakit tekak bila menelan tonsilitis

Tonsilitis ialah keradangan pada tonsil yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.

Menurut National Center for Biotechnology Information (NCBI), gejala tonsilitis termasuk sakit tekak, kesukaran menelan, demam, dan pembengkakan tonsil yang boleh disertai dengan tompok-tompok putih atau nanah.

Tonsil yang membengkak akan menyebabkan kesakitan yang kuat ketika menelan, disertai dengan demam, sakit kepala, dan kadangkala kesukaran bernafas. Tonsilitis biasanya mudah dikenali dengan melihat tonsil yang merah atau terdapat bintik-bintik putih pada permukaannya.

11. Sistem Imun Tubuh Lemah

Kekebalan tubuh yang lemah menyebabkan seseorang lebih mudah terkena jangkitan. Ini boleh berlaku apabila seseorang kekurangan nutrisi, kurang tidur, atau dalam keadaan tertekan.

12. Tekanan (Stres)

sakit tekak bila menelan stress

Tekanan psikologi yang berpanjangan juga boleh mengurangkan fungsi sistem imun, menjadikan tubuh lebih rentan terhadap pelbagai jangkitan, termasuk jangkitan tekak.

Malah, tekanan boleh menyebabkan sakit tekak secara tidak langsung kerana tubuh cenderung menjadi lebih lemah dan tidak mampu melawan infeksi dengan berkesan.

Bukan itu sahaja menurut National Center for Biotechnology Information juga, tekanan atau kebimbangan (anxiety) boleh menyebabkan sesetengah orang berasa sesak di kerongkong atau seolah-olah sesuatu yang tersekat di kerongkong.

Terma yang tepat dalam perubatan dipanggil sebagai “globus” atau masalah untuk menelan.

Tanda dan Gejala

Sakit tekak bila menelan biasanya menunjukkan keradangan atau iritasi pada bahagian tekak atau tonsil. Berikut adalah tanda dan gejala umum yang sering dialami:

1. Kesakitan Ketika Menelan

Rasa sakit atau perit terutama sekali ketika menelan makanan atau air. Kesakitan ini mungkin lebih kuat di satu sisi tekak atau terasa di keseluruhan tekak.

2. Rasa Gatal atau Kering

Tekak boleh terasa kering atau gatal, menyebabkan ketidakselesaan sepanjang hari, terutama pada waktu pagi atau malam.

3. Tonsil Membengkak atau Kemerahan

Jika sakit tekak disebabkan oleh jangkitan seperti tonsillitis, tonsil mungkin kelihatan bengkak, merah, dan kadang-kala ditutup dengan lapisan putih atau nanah.

4. Suara Serak atau Hilang Suara

Keradangan di tekak boleh memberi tekanan kepada pita suara, menyebabkan suara menjadi serak atau hilang.

5. Demam atau Sakit Kepala

Demam dan sakit kepala adalah gejala biasa sekiranya jangkitan adalah penyebab sakit tekak. Suhu badan mungkin meningkat, terutama jika sakit tekak berpunca dari jangkitan bakteria atau virus.

6. Kelenjar Limfa Bengkak

Kelenjar limfa di leher boleh membengkak dan terasa sakit apabila disentuh. Ini adalah respons badan terhadap jangkitan atau keradangan.

7. Batuk atau Bersin

Kadangkala, batuk dan bersin turut menemani sakit tekak, terutama jika ia disebabkan oleh jangkitan virus seperti selesema atau flu.

8. Bau Nafas Kurang Menyenangkan

Tekak yang bengkak atau tonsil yang dijangkiti boleh menyebabkan bau nafas kurang menyenangkan, disebabkan oleh bakteria atau nanah yang terkumpul.

9. Rasa Lemah dan Lesu

Kesakitan dan ketidakselesaan boleh menyebabkan tubuh terasa letih dan tidak bertenaga, terutama jika keadaan ini berlarutan.

Cara Hilangkan Sakit Tekak Bila Menelan

Untuk mengurangkan sakit tekak ketika menelan, terdapat beberapa cara yang boleh membantu melegakan ketidakselesaan ini. Berikut adalah beberapa petuanya:

1. Berkumur Dengan Air Garam

Kajian dari National Center for Biotechnology Information (NCBI) menunjukkan bahawa berkumur dengan air garam adalah rawatan semulajadi yang berkesan.

Hal ini kerana air garam membantu mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria di dalam tekak.

Apa yang perlu anda buat hanya campurkan setengah sudu teh garam dalam segelas air suam, kemudian berkumur selama beberapa saat sebelum meludahkannya.

2. Minum Banyak Air dan Cecair Hangat

Pastikan badan terhidrasi dengan meminum air secukupnya. Air dan teh herba yang hangat (seperti chamomile atau peppermint) membantu melembapkan tekak dan mengurangkan rasa sakit.

Elakkan minuman yang terlalu panas kerana boleh merengsakan tekak.

3. Guna Lozeng Untuk Sakit Tekak

Lozeng atau gula-gula pelega tekak seperti Difflam AB Sore Throat Lozenges, Strepsils, atau Woods Lozenges boleh memberikan kelegaan segera.

Kebanyakkan lozeng mengandungi bahan antibakteria atau anti-radang untuk mengurangkan kesakitan atau keradangan.

4. Ambil Madu dan Lemon

Madu bersifat anti-bakteria dan anti-radang. Campurkan sesudu madu dan sedikit jus lemon dalam air suam, dan minum. Ia boleh melegakan sakit tekak dan membantu melawan jangkitan.

5. Gunakan Pelembap Udara (Humidifier)

Udara yang kering boleh memburukkan sakit tekak. Menggunakan pelembap udara membantu menambahkan kelembapan dalam bilik, yang boleh mengurangkan iritasi di tekak terutama waktu tidur.

6. Elakkan Bahan Perengsa

Asap rokok, pencemaran udara, atau bau kuat boleh memperburukkan keadaan tekak. Kurangkan pendedahan kepada bahan perengsa ini untuk mempercepatkan pemulihan.

7. Dapatkan Rehat Yang Cukup

Badan yang cukup rehat akan membantu sistem imun bekerja dengan lebih baik dan dapat berfungsi dengan lebih efektif untuk melawan virus atau bakteria yang disebabkan oleh sakit tekak.

8. Minuman Panas Berubat atau Sup Panas

Sup ayam atau herba boleh memberikan kelegaan kepada tekak yang sakit. Minuman seperti teh halia atau kunyit juga boleh membantu kerana kedua-dua bahan ini bersifat anti-radang.

9. Gunakan Ubat Anti-radang Tanpa Preskripsi

Ubat seperti ibuprofen atau paracetamol boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan jika diperlukan. Namun, pastikan mengikuti dos yang disarankan atau mendapat nasihat dari doktor.

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Sakit tekak bila menelan biasanya boleh hilang dalam masa beberapa hari terutamanya jika ia berlaku disebabkan oleh selesema.

Walau bagaimanapun dalam beberapa kes, bantuan perubatan profesional diperlukan untuk menentukan punca dan menyediakan rawatan yang sesuai.

Adalah lebih baik untuk anda mempertimbangkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya punca sakit tekak bila menelan masih tidak diketahui atau telah berlarutan lebih dari seminggu atau semakin teruk sehingga terdapat tompokan bintik putih di bahagian belakang tekak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca sakit tekak bila menelan yang berpotensi untuk berlaku.

Jika sakit tekak tidak hilang dalam beberapa hari atau disertai dengan gejala seperti demam tinggi, kesukaran bernafasa, atau keluar darah ketika batuk, adalah disarankan untuk anda mendapatkan rawatan perubatan segera kerana ia mungkin menandakan jangkitan serius atau keadaan kesihatan lain yang memerlukan perhatian.

Dengan langkah pencegahan yang tepat dan rawatan yang sesuai, sakit tekak bila menelan boleh dikurangkan dan dicegah daripada berulang.

Berikut adalah punca sakit tekak bila menelan:

  1. Jangkitan Bakteria
  2. Jangkitan Virus
  3. Alergi
  4. Udara Kering
  5. Kecederaan atau Ketegangan Tekak
  6. Kekeringan (Dehidrasi dan Mulut Kering)
  7. Jangkitan Kulat (Candidiasis)
  8. Tumor atau Ketumbuhan di Tekak
  9. Sinusitis Kronik
  10. Tonsilitis
  11. Sistem Imun Tubuh Lemah
  12. Tekanan (Stres)

Anda juga boleh baca tentang informasi sakit tekak yang lain di sini:

Similar Posts

Leave a Reply