15 Punca Selsema Yang Ramai Tak Tahu

Apakah punca selsema yang menyumbang kepada masalah penyebaran dan jangkitan selsema lebih teruk dalam sesebuah komuniti?

Selsema adalah antara penyakit yang paling biasa dialami oleh ramai orang, tidak kira usia atau latar belakang. Walaupun ia sering dianggap sebagai masalah kesihatan yang ringan, selsema boleh menyebabkan ketidakselesaan yang ketara, seperti hidung tersumbat, bersin tanpa henti, sakit kepala, dan keletihan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda 15 punca selsema terhadap kesihatan diri dan kehidupan, dari aspek fizikal hingga psikologi.

Dengan memahami punca-punca ini, anda boleh mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai untuk melindungi kesihatan anda. Jom kita mula dengan punca selsema yang pertama.

1. Jangkitan Virus Rhinovirus

punca selsema virus

Menurut National Center for Biotechnology Information, punca utama selsema ialah jangkitan oleh rhinovirus, iaitu virus yang mudah merebak melalui udara atau sentuhan. Virus ini menyerang saluran pernafasan atas dan menyebabkan simptom seperti hidung berair, bersin, dan sakit tekak.

Virus ini mudah tersebar melalui titisan sentuhan langsung dengan permukaan yang tercemar, seperti pemegang pintu atau telefon bimbit. Apabila seseorang menyentuh hidung, mata, atau mulut selepas terdedah kepada virus ini, memasuki badan dan menyerang sel-sel dalam mukosa hidung.

Menariknya lagi, ia mampu untuk menggandakan diri dengan cepat, menyebabkan keradangan pada lapisan saluran pernafasan. Proses ini mencetuskan tindak balas imun badan, menyebabkan gejala seperti hidung berair, bersin, dan batuk.

2. Sistem Imun Lemah

Sistem imun yang lemah merupakan salah satu punca selsema. Menurut National Center for Biotechnology Information, sistem imun bertindak balas sebagai barisan pertahanan badan terhadap serangan patogen seperti virus dan bakteria. Apabila sistem ini lemah, keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan menjadi terhad, sehingga membolehkan virus menyerang dengan lebih mudah.

Berdasarkan kajian oleh National Center for Biotechnology Information, menyatakan bahawa sistem imun yang lemah boleh berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk kekurangan nutrisi seperti vitamin C dan zink, kurang tidur, tekanan kronik, penyakit kronik seperti diabetes, atau kesan sampingan rawatan seperti kemoterapi.

Ketika sistem imun melemah, tubuh akan menjadi kurang cekap untuk menghasilkan antibodi dan sel-sel imun yang diperlukan untuk menghalang penyebaran virus. Akibatnya, individu dengan sistem imun yang lemak lebih mudah dijangkiti, mengalami gejala yang lebih teruk, dan mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih.

3. Perubahan Cuaca

Perubahan cuaca, terutamanya daripada panas kepada sejuk atau sebaliknya, sering dikaitkan dengan peningkatan risiko selsema. Apabila suhu persekitaran turun secara mendadak, saluran pernafasan atas, seperti hidung dan tekak, cenderung menjadi lebih sensitif terhadap virus dan bakteria.

Menurut Journal of Biological Physics, udara yang lebih sejuk dan kering juga boleh mengeringkan lapisan mukosa dalam hidung, melemahkan keupayaan semula jadi mukosa untuk menapis patogen seperti virus.

Selain itu, semasa cuaca sejuk, individu lebih cenderung menghabiskan masa di dalam rumah dalam ruang tertutup, yang meningkatkan kemungkinan penyebaran virus melalui udara atau sentuhan permukaan.

Bagi sesetengah orang, perubahan cuaca juga mencetuskan tindak balas alahan yang boleh menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan, menjadikannya lebih mudah dijangkiti virus penyebab selsema.

4. Sentuhan dengan Permukaan Tercemar

Punca selsema berikutnya adalah bersentuhan dengan permukaan tercemar yang mengandungi virus. Permukaan seperti pemegang pintu, telefon bimbit, meja, atau butang lif sering menjadi tempat virus bertahan, terutama jika telah disentuh oleh individu yang dijangkiti.

Virus ini mampu hidup di permukaan selama beberapa jam hingga beberapa hari, bergantung pada jenis bahan dan keadaan persekitaran.

Berdasarkan kajian oleh National Center for Biotechnology Information, apabila seseorang menyentuh permukaan tersebut dan kemudian menyentuh hidung, mulut, atau mata tanpa mencuci tangan, virus boleh memasuki tubuh melalui membran mukosa dan mula menjangkiti sel-sel saluran pernafasan atas.

5. Kurang Pengambilan Vitamin C

punca selsema vitamin c

Kajian dari National Center for Biotechnology Information, menyatakan bahawa kurang pengambilan vitamin C boleh menjadi salah satu punca selsema kerana vitamin ini memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun tubuh.

Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan kuat yang membantu melindungi sel-sel imun daripada kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan keupayaan sel-sel imun daripada kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk melawan patogen, termasuk virus seperti rhinovirus.

Apabila tubuh kekurangan vitamin C, fungsi sistem imun menjadi lemah, mengurangkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih yang diperlukan untuk melawan jangkitan.

Menurut kajian oleh National Center for Biotechnology Information lagi, kekurangan vitamin C juga mengurangkan keupayaan tubuh menghasilkan kolagen, yang penting untuk mengekalkan kekuatan dan integriti tisu, termasuk lapisan mukosa dalam saluran pernafasan.

Lapisan mukosa yang lemah lebih mudah dijangkiti dan kurang efektif sebagai penghalang kepada virus. Individu yang tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran kaya vitamin C dalam diet harian mereka, seperti oren, kiwi, atau brokoli, lebih berisiko untuk mengalami selsema berulang atau pulih lebih perlahan selepas dijangkiti.

Oleh itu, pengambilan vitamin C yang mencukupi adalah penting untuk menjaga daya tahan tubuh terhadap selsema.

6. Penularan Melalui Bersin dan Batuk

punca selsema batuk

Virus punca selsema seperti rhinovirus boleh tersebar dengan pantas melalui titisan udara yang dihasilkan oleh bersin dan batuk. Titisan ini mengandungi virus yang boleh melayang di udara atau jatuh ke permukaan, di mana ia boleh bertahan selama beberapa jam.

Apabila seseorang menyedut titisan ini atau menyentuh permukaan tercemar dan kemudian menyentuh hidung, mata, atau mulut, virus akan memasuki tubuh, menyebabkan jangkitan.

7. Tekanan atau Stres Berlebihan

punca selsema stres

Tekanan atau stres berlebihan boleh menjadi punca selsema kerana ia secara langsung melemahkan imun tubuh. Menurut American Psychological Association, apabila seseorang mengalami stres kronik, tubuh menghasilkan hormon stres seperto kortisol dalam jumlah yang tinggi.

Walaupun kortisol bermanfaat dalam jangka pendek untuk mengatasi stres, pengeluaran berlebihan secara berterusan boleh menganggu fungsi sistem imun, menjadikannya kurang efektif dalam melawan jangkitan virus. Stres juga boleh mengurangkan jumlah sel darah putih yang bertanggungjawab melawan patogen, sekaligus meningkatkan risiko jangkitan.

Oleh itu, mengurus stres dengan baik melalui teknik relaksasi, senaman, atau sokongan sosial bukan sahaja penting untuk kesihatan mental tetapi juga untuk mengurangkan risiko mendapat selsema.

8. Tidak Mengamalkan Kebersihan Tangan

punca selsema basuh tangan

Tidak mengamalkan kebersihan tangan adalah salah satu punca selsema, terutamanya dalam persekitaran yang padat atau kerap disentuh oleh orang ramai. Tangan sering menjadi medium utama penyebaran virus, yang boleh bertahan selama beberapa jam di permukaan tercemar seperti pemegang pintu, meja, atau telefon bimbit.

Apabila seseorang tidak mencuci tangan dengan betul selepas menyentuh permukaan ini, virus boleh berpindah ke hidung, mata, atau mulut apabila tangan menyentuh bahagian muka tersebut, membolehkan virus memasuki tubuh dan menjangkiti sel-sel saluran pernafasan atas.

Amalan seperti tidak mencuci tangan selepas menggunakan tandas, sebelum makan, atau selepas bersin dan batuk meningkatkan risiko penyebaran virus. Lebih-lebih lagi, kebiasaan berkongsi barang peribadi seperti tuala, alat tulis, atau peralatan dapur tanpa membersihkannya turut menyumbang kepada jangkitan.

Oleh itu, mencuci tangan dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat, atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkoho, adalah langkah mudah tetapi sangat penting untuk mencegah penyebaran selsema dan melindungi diri daripada jangkitan.

9. Udara Tercemar atau Berhabuk

Udara tercemar atau berhabuk adalah salah satu punca selsema yang sering diabaikan. Menurut Journal of Clinical Medicine, pencemaran udara yang mengandungi partikel halus seperti debu, asap kenderaan, bahan kimia, atau alergen boleh merengsakan saluran pernafasan atas, menjadikan hidung dan tekak lebih terdedah kepada jangkitan virus.

Habuk yang terkumpul di rumah, pejabat, atau tempat awam juga boleh menjadi medium yang membawa bakteria dan virus, meningkatkan risiko selsema apabila ia disedut ke dalam saluran pernafasan.

Justeru, memastikan persekitaran bersih, menggunakan penapis udara, dan mengelakkan pendedahan kepada habuk serta pencemaran adalah langkah penting untuk mengurangkan risiko selsema.

10. Penggunaan Penghawa Dingin yang Berlebihan

punca selsema aircond

Penggunaan penghawa dingin secara berlebihan boleh menyebabkan punca selsema kerana ia mengurangkan kelembapan udara, mengeringkan lapisan mukosa hidung dan tekak. Lapisan mukosa ini adalah penghalang penting untuk melindungi saluran pernafasan daripada virus seperti rhinovirus.

Apabila mukosa menjadi kering, keupayaannya untuk menangkap dan menyingkirkan virus berkurangan, meningkatkan risiko jangkitan.

Tambahan pula, peralihan mendadak antara suhu sejuk dan panas, seperti keluar masuk dari bilik berhawa dingin, memberi tekanan pada tubuh dan melemahkan sistem imun, menjadikan tubuh lebih mudah terdedah kepada selsema.

11. Dehidrasi atau Kurang Air

Dehidrasi atau kurang pengambilan air boleh menjadi punca selsema kerana ia secara langsung mempengaruhi fungsi sistem imun dan keadaan saluran pernafasan. Air adalah komponen penting untuk memastikan tubuh kekasl terhidrat, termasuk menjaga kelembapan lapisan mukosa dalam hidung dan tekak yang bertindak sebagai penghalang pertama terhadap virus atau bakteria.

Apabila tubuh kekuragan air, lapisan mukosa ini menjadi kering dan kurang efektif dalam menangkap serta menghalang patogen seperti rhinovirus, yang menyebabkan selsema.

Selain itu, dehidrasi boleh mengurangkan pengeluaran cairan mukus, yang membantu membersihkan saluran pernafasan daripada korotan dan mikroorganisma. Tubuh yang kurang air juga mengalami gangguan dalam penghantaran nutrien penting kepada sel-sel imun, melemahkan tindak balas imun terhadap jangkitan.

Keadaan ini membuatkan seseorang lebih mudah dijangkiti virus serta mengalami gejala selsema yang lebih teruk. Oleh itu, pengambilan air yang mencukupi, terutamanya semasa cuaca panas atau ketika tidak sihat, adalah penting untuk mengekalkan daya tahan tubuh terhadap selsema.

12. Kurang Tidur

punca selsema tidur

Kurang tidur juga dikatan punca selsema. Ketika tidur, tubuh memperbaiki dan memperkuat sistem imun, menghasilkan protein penting seperti sitokin yang membantu melawan jangkitan dan keradangan.

Berdasarkan kajian oleh National Center for Biotechnology Information, apabila seseorang tidak mendapat tidur yang mencukupi atau berkualiti, pengeluaran sitokin dan sel imun seperti limfosit menjadi terhad, menyebabkan sistem imun lemah dan kurang mampu melawan virus.

Oleh itu, memastikan tidur yang mencukupi—sekitar 7 hingga 9 jam sehari untuk orang dewasa—adalah penting untuk mengekalkan sistem imun yang kuat dan mengurangkan risiko terkena selsema.

13. Pendedahan kepada Persekitaran Sejuk Basah

Pendedahan kepada persekitaran yang sejuk dan basah, seperti hujan atau angin kencang, boleh menurunkan suhu badan dan melemahkan sistem imun. Dalam keadaan ini, tubuh lebih sukar melawan virus punca selsema, yang mudah menyerang apabila sistem imun menjadi kurang efektif.

Selain itu, cuaca basah juga meningkatkan risiko individu terdedah kepada virus melalui kontak dengan orang lain yang sakit, terutamanya di kawasan perlindungan sementara seperti pondok atau stesen bas. Keadaan lembap dan sejuk mencipta persekitaran yang ideal untuk virus berkembang.

14. Berada di Tempat Sesak

Tempat sesak seperti pengangkutan awam, bilik mesyuarat, atau pusat membeli-belah meningkatkan risiko penularan virus punca selsema. Di ruang tertutup, udara kurang bergerak, menyebabkan virus yang dilepaskan melalui batuk atau bersin mudah tersebar dan dihirup oleh individu lain.

Hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti juga mempercepatkan penyebaran virus, terutamanya jika langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka atau menjaga jarak tidak diambil.

15. Tabiat Merokok

punca selsema merokok

Punca selsema yang terakhir adalah tabiat merokok. Kajian oleh National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, asap rokok mengandungi bahan kimia toksik yang merosakkan lapisan mukosa saluran pernafasan atas, termasuk hidung dan tekak, yang berfungsi sebagai penghalang semula jadi tubuh terhadap virus dan bakteria.

Apabila lapisan perlindungan ini terjejas, saluran pernafasan menjadi lebih mudah dijangkiti oleh virus seperti rhinovirus. Selain itu, merokok melemahkan sistem imun dengan mengurangkan keupayaan sel darah putih untuk melawan jangkitan.

Kesan sampingan lain merokok, seperti pengurangan penghasilan cilia—struktur kecil dalam saluran pernafasan yang membantu menyingkirkan partikel asing—menjadikan tubuh lebih sukar untuk menyingkirkan virus yang telah memasuki saluran pernafasan.

Perokok juga sering mengalami keradangan kronik pada saluran pernafasan, yang meningkatkan kerentanan terhadap jangkitan. Bukan sahaja perokok aktif yang berisiko, tetapi pendedahan kepada asap rokok oleh perokok pasif juga boleh menyebabkan kerengsaan saluran pernafasan, seterusnya meningkatkan risiko selsema.

Menghentikan tabiat merokok adalah langkah penting untuk melindungi kesihatan saluran pernafasan dan mengurangkan risiko selsema berulang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat banyak punca selsema yang boleh membawa kepada masalah kesihatan melibatkan pernafasan dan tekak.

Biarpun ia nampak remeh, tetapi selsema boleh menjadi sangat mengganggu jika dibiarkan tanpa pencegahan atau rawatan yang betul. Dengan mengetahui punca-punca selsema, anda boleh lebih bersedia untuk mengelakkannya, sama ada melalui menjaga kebersihan diri, meningkatkan imuniti badan, atau menghindari faktor-faktor risiko tertentu.

Berikut adalah punca selsema yang perlu anda tahu:

  1. Jangkitan Virus Rhinovirus
  2. Sistem Imun Lemah
  3. Perubahan Cuaca
  4. Sentuhan dengan Permukaan Tercemar
  5. Kurang Pengambilan Vitamin C
  6. Penularan Melalui Bersin dan Batuk
  7. Tekanan atau Stres Berlebihan
  8. Tidak Mengamalkan Kebersihan Tangan
  9. Udara Tercemar atau Berhabuk
  10. Penggunaan Penghawa Dingin yang Berlebihan
  11. Dehidrasi atau Kurang Air
  12. Kurang Tidur
  13. Pendedahan kepada Persekitaran Sejuk Basah
  14. Berada di Tempat Sesak
  15. Tabiat Merokok

Anda boleh baca segala informasi berkenaan masalah selsema di sini:

Similar Posts

Leave a Reply