10 Punca Kencing Tak Lawas Bagi Perempuan dan Cara Mengatasinya

Mengetahui punca kencing tak lawas bagi perempuan penting kerana masalah ini boleh menjejaskan kualiti hidup harian.

Pelbagai faktor, daripada masalah kesihatan hingga gaya hidup, boleh menjadi penyebabnya.

Memahami punca dan cara mengatasinya penting untuk membantu wanita mengawal pundi kencing dengan lebih baik.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda 10 punca kencing tak lawas bagi perempuan yang perlu anda tahu.

1. Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

punca kencing tak lawas bagi perempuan UTI

Salah satu punca kencing tak lawas bagi perempuan adalah Jangkitan Saluran Kencing (UTI).

Menurut National Center for Biotechnology Information, UTI berlaku apabila bakteria memasuki saluran kencing, termasuk buah pinggang, pundi kencing, atau uretra.

Saluran kencing bertanggungjawab untuk menghasilkan dan menyimpan air kencing, yang merupakan sisa tubuh.

Air kencing terhasil di buah pinggang, bergerak melalui ureter ke pundi kencing, dan akhirnya keluar melalui uretra. Pada wanita, lubang uretra terletak di atas vagina.

Biasanya, air kencing bebas daripada bakteria, dan aliran satu hala membantu mencegah jangkitan. Namun jika bakteria masuk, lapisan pundi kencing dan uretra akan meradang.

Ini menyebabkan rasa sakit di bahagian bawah perut atau pelvis, kerap terasa ingin kencing, dan rasa terbakar semasa buang air kecil. Kadang-kadang, pundi kencing yang teriritasi membuatkan wanita terasa perlu kencing walaupun air kencing sedikit, malah boleh berlaku kebocoran. Air kencing juga mungkin berbau busuk dan keruh.

Jika jangkitan merebak ke buah pinggang, simptom seperti demam, sakit belakang, loya, dan muntah boleh berlaku. Keadaan ini perlu dirawat segera kerana ia boleh merebak ke dalam darah dan membahayakan nyawa.

Menurut National Center for Biotechnology Information, kebanyakan UTI pada pada wanita adalah jangkitan mudah dan boleh sembuh dengan antibiotik dalam beberapa hari. Tetapi jika jangkitan lebih serius atau tidak sembuh, rawatan tambahan seperti ujian air kencing atau pengambilan antibiotik dengan tempoh yang lebih lama mungkin diperlukan.

2. Menghidap Kencing Manis

punca kencing tak lawas bagi perempuan kencing manis

Selain jangkitan, kencing manis (diabetes) juga boleh menyebabkan punca kencing tak lawas bagi perempuan.

Kajian dari National Center for Biotechnology Information mendapati, diabetes boleh merosakkan saraf yang mengawal pundi kencing dan uretra, menyebabkan pundi kencing sukar mengawal air kencing.

Akibatnya, kaum wanita khususnya mungkin sering terasa ingin kencing walaupun pundi kencing hanya mengandungi sedikit air kencing, atau mengeluarkan air kencing terlalu banyak dalam sehari (polyuria).

Masalah lain termasuk bangun kerap pada waktu malam untuk membuang air kecil (nocturia) dan kebocoran air kencing secara tidak sengaja (inkontinens).

Bukan itu sahaja, pesakit kencing manis juga berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing tak lawas yang kronik jika mereka mempunyai tahap gula yang tinggi dalam darah.

Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, gula yang tinggi dalam darah akan membuatkan tubuh menarik lebih banyak air dari tisu untuk membuang gula berlebihan melalui ginjal. Proses ini sekaligus akan meningkatkan pengeluaran air kencing dan menambah tekanan pada pundi kencing.

Untuk mencegah masalah ini, pesakit diabetes disarankan untuk mengawal paras gula dalam darah dengan konsisten, mengamalkan pemakanan seimbang, melakukan aktiviti fizikal secara berkala, dan memantau kesihatan secara rutin bagi menguranhkan risiko komplikasi jangka panjang.

3. Kecederaan Pada Saraf

Punca kencing tak lawas bagi perempuan yang seterusnya adalah kecederaan pada saraf.

Menurut National Center for Biotechnology Information, saraf yang rosak atau terganggu boleh menyebabkan pundi kencing tidak berfungsi dengan baik, sama ada gagal mengosongkan sepenuhnya atau terlalu sensitif sehingga menimbulkan rasa ingin kencing yang mendadak.

Kecederaan saraf ini boleh berlaku akibat kemalangan, pembedahan pelvis, atau keadaan perubatan tertentu seperti diabetes dan multiple sclerosis.

Apabila saraf tidak dapat menghantar isyarat dengan betul, wanita mungkin mengalami pelbagai masalah kencing tak lawas termasuk kebocoran air kencing, kerap kencing, atau ketidakupayaan menahan air kencing pada waktu tertentu.

Rawatan bergantung pada punca dan tahap kerosakan saraf. Kadangkala terapi fizikal, latihan otot lantai pelvis, atau penggunaan alat sokongan boleh membantu mengawal pundi kencing.

Dalam kes yang lebih serius, rawatan perubatan atau pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki kawalan pundi kencing.

4. Berat Badan Berlebihan

punca kencing tak lawas bagi perempuan obesiti

Berat badan berlebihan memberi tekanan pada pundi kencing dan boleh melemahkan atau merosakkan uretra, iaitu saluran yang membawa air kencing keluar dari badan.

Selain itu, lemak berlebihan di perut juga boleh melemahkan otot lantai pelvis, menjadikan simptom pundi kencing terlebih aktif (OAB) seperti kebocoran air kencing lebih mudah berlaku.

Otot lantai pelvis yang lemah juga meningkatkan risiko stress incontinence, iaitu kebocoran air kencing semasa bersin, batuk, atau ketawa.

Beberapa kajian menunjukkan hubungan jelas antara obesiti dan OAB. Contohnya, kajian pada tahun 2020 mendapati wanita dengan kandungan lemak badan lebih 32% dimana 95% darinya lebih berisiko mengalami simptom OAB berbanding wanita dengan lemak badan lebih rendah.

Kajian lain pada 2018 pula menunjukkan obesiti meningkatkan risiko kencing tak lawas pada wanita, termasuk mereka yang mengalami obesiti pusat (lemak berlebihan di abdomen).

Selain itu, individu dengan BMI melebihi 30 lebih cenderung mengalami kencing malam (nocturia) tanpa mengira umur atau jantina.

Untuk mencegah atau mengurangkan simptom, wanita yang berlebihan berat badan disarankan menurunkan berat badan melalui pemakanan sihat dan senaman, terutamanya senaman kardio.

5. Kehamilan dan Bersalin

punca kencing tak lawas bagi perempuan mengandung

Semasa hamil, tubuh mengalami perubahan yang memudahkan pertumbuhan janin tetapi menjejaskan kawalan pundi kencing.

Dianggarkan sekitar 40% hingga lebih separuh wanita mengalami masalah kawalan pundi kencing semasa kehamilan, terutama pada trimester ketiga apabila janin paling berat dan memberi tekanan paling besar pada pundi kencing.

Masalah kencing tak lawan juga biasa berlaku selepas bersalin, terutamanya selepas kelahiran secara normal.

Proses bersalin boleh menyebabkan kerosakan pada saraf pelvis, otot lantai pelvis, atau otot sfingter anal, terutamanya jika kelahiran memerlukan forceps atau tempoh meneran terlalu lama.

Keadaan seperti prolaps organ pelvis, di mana otot tidak lagi mampu menyokong pundi kencing sehingga ia jatuh atau menonjol (cystocele), juga boleh berlaku dan menyumbang kepada kebocoran air kencing.

Tanda-tanda masalah ini termasuk dribbling semasa batuk, bersin, ketawa atau bersenam, rasa ingin kencing mendadak yang sukar ditahan, perlu ke tandas lebih kerap, atau kebocoran di antara waktu tandas.

Untuk membantu mengurangkan risiko dan memperbaiki kawalan pundi kencing, wanita digalakkan melakukan senaman kegel, yang menguatkan otot lantai pelvis dan membantu proses pemulihan selepas bersalin.

Namun, bagi wanita yang mengalami koyakan atau kecederaan semasa bersalin, latihan ini perlu dilakukan selepas pulih sepenuhnya dan mengikut nasihat pakar perubatan.

6. Penyakit Batu Karang

punca kencing tak lawas bagi perempuan batu karang

Jika batu karang terbentuk di ureter, iaitu saluran antara buah pinggang dan pundi kencing, pesakit selalunya mengalami sakit belakang yang teruk.

Namun, jika batu terbentuk di pundi kencing, ia boleh menyebabkan sakit semasa membuang air kecil dan air kencing berdarah.

Menurut National Center for Biotechnology Information, batu karang juga boleh menyebabkan kencing tak lawas kerana ia merangsang reseptor di pundi kencing, membuatkan tubuh berasa seolah-olah pundi kencing masih penuh walaupun sebenarnya hanya terdapat batu.

Rawatan bergantung pada saiz dan lokasi batu. Batu kecil biasanya boleh dipecahkan menggunakan ubat seperti potassium citrate, yang mengalkalikan air kencing dan melemahkan struktur batu supaya lebih mudah pecah.

Jika ubat tidak berkesan, laser khas boleh digunakan untuk memecahkan batu. Bagi batu yang bersaiz besar, pembedahan mungkin diperlukan untuk mengeluarkannya.

7. Sindrom Pundi Kencing Terlebih Aktif

Sindrom Pundi Kencing Terlebih Aktif (OAB) adalah masalah biasa yang sering menyebabkan
gejala yang tidak selesa dan merisaukan.

Keadaan ini menyebabkan wanita mengalami rasa ingin kencing secara tiba-tiba yang sukar dikawal, perlu membuang air kecil berkali-kali sepanjang hari dan malam, serta kadang-kadang berlaku kebocoran air kencing secara tidak sengaja.

Gejala OAB termasuk rasa ingin kencing yang mendesak, kebocoran air kecil selepas rasa mendesak, kekerapan membuang air kecil (lebih daripada lapan kali dalam 24 jam), dan bangun lebih dua kali pada waktu malam untuk membuang air kecil (nocturia).

Terdapat pelbagai rawatan untuk OAB, tetapi perubahan gaya hidup juga sangat membantu. Kurangkan minuman berkafein seperti kopi, teh, kola, minuman bergas, jus buah, dan alkohol. Catat diari pundi kencing untuk kenal pasti minuman yang memburukkan simptom.

Minum air, teh herba, atau minuman bebas kafein, dan pastikan jumlah cecair dalam badan mencukupi, sekitar 1.5–2 liter sehari.

8. Dehidrasi

punca kencing tak lawas bagi perempuan dehidrasi

Apabila tubuh kekurangan air, air kencing menjadi lebih pekat dan pundi kencing mudah meradang, menyebabkan rasa tidak selesa dan sering ingin kencing.

Dehidrasi juga boleh menjejaskan fungsi otot lantai pelvis dan kawalan pundi kencing, meningkatkan risiko kencing tak lawas atau kebocoran air kencing.

Selain itu, kurang minum air mendorong tubuh menahan air lebih lama, yang boleh menyebabkan tekanan tambahan pada pundi kencing dan membuat wanita sukar mengawal kencing dengan baik.

Untuk mencegah masalah ini, wanita digalakkan minum air secukupnya setiap hari, sekitar 1.5 hingga 2 liter, bergantung pada aktiviti harian dan cuaca.

Mengamalkan pengambilan air yang mencukupi membantu mengekalkan pundi kencing yang sihat, mengurangkan risiko iritasi, dan memudahkan kawalan kencing.

9. Perubahan Hormon (Menopaus)

punca kencing tak lawas bagi perempuan menopaus

Punca kencing tak lawas bagi perempuan yang berikutnya adalah disebabkan perubahan hormon atau menopaus. Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, apabila wanita mengalami menopaus, paras estrogen dalam tubuh mereka akan menurun.

Penurunan hormon ini boleh melemahkan otot dan tisu di kawasan pelvis, termasuk otot yang menyokong pundi kencing dan uretra, sekali gus menyebabkan kebocoran air kencing secara tidak sengaja (urinary incontinence).

Masalah ini turut meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) dan atrofi faraj, yang boleh menjejaskan saluran kencing.

Untuk mengawal masalah ini, lakukan senaman Kegel, ubah gaya hidup dengan mengehadkan kafein, alkohol dan makanan pedas, serta minum air secukupnya.

Sesetengah wanita boleh menggunakan estrogen faraj, dan dalam kes tertentu, rawatan perubatan atau pembedahan mungkin diperlukan.

10. Sembelit

punca kencing tak lawas bagi perempuan sembelit

Sembelit juga boleh menjadi punca kencing tak lawas bagi wanita. Apabila rektum penuh dengan najis, ia akan menekan pundi kencing, mengurangkan kapasiti simpanannya dan menyebabkan anda kerap atau terdesak untuk membuang air kecil.

Kajian oleh National Center for Biotechnology Information juga mendapati bahawa, sembelit yang kronik juga boleh melemahkan otot lantai pelvis, yang penting untuk mengawal pundi kencing dan usus, sekali gus meningkatkan risiko kebocoran air kencing.

Masalah sembelit berlaku apabila najis kering dan sukar dikeluarkan, biasanya kurang daripada tiga kali seminggu.

Sembelit juga boleh menyebabkan pundi kencing terlalu aktif (overactive bladder, OAB), iaitu keadaan di mana wanita sering merasa ingin kencing secara mendadak.

Tekanan fizikal daripada najis yang terkumpul bukan sahaja menekan pundi kencing tetapi juga menyempitkan uretra, menjadikan tubuh sukar menahan air kencing.

Untuk mengatasi masalah ini, anda digalakkan memastikan pengambilan serat yang mencukupi, minum air secukupnya, dan bersenam secara berkala untuk melancarkan pergerakan usus.

Kesimpulan

Kesimpulannya, punca kencing tak lawas bagi perempuan boleh dicegah atau dikurangkan dengan mengenal pasti puncanya dan mengamalkan langkah pencegahan yang sesuai, termasuk senaman lantai pelvis, perubahan gaya hidup, rawatan perubatan, atau terapi hormon jika perlu.

Penjagaan awal membantu meningkatkan keselesaan dan keyakinan diri wanita.

Berikut adalah punca kencing tak lawas bagi perempuan yang perlu anda ambil tahu:

  1. Jangkitan Saluran Kencing (UTI)
  2. Menghidap Kencing Manis
  3. Kecederaan Pada Saraf
  4. Berat Badan Berlebihan
  5. Kehamilan dan Bersalin
  6. Penyakit Batu Karang
  7. Sindrom Pundi Kencing Terlebih Aktif
  8. Dehidrasi
  9. Perubahan Hormon (Menopaus)
  10. Sembelit

Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah kencing tak lawas di sini:

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *