13 Punca Kaki Kejang Semasa Tidur Pada Waktu Malam

Apakah punca kaki kejang semasa tidur pada waktu malam?

Kejang kaki yang berlaku secara tiba-tiba ketika sedang lena tidur adalah pengalaman yang bukan sahaja menyakitkan, malah boleh mengganggu kualiti rehat seseorang. Rasa mencucuk atau menegang di betis, tapak kaki, atau paha sering membuatkan individu terjaga di tengah malam dalam keadaan panik dan tidak selesa.

Walaupun kejang kaki biasanya bersifat sementara, ia boleh menjadi petanda kepada pelbagai isu kesihatan dari gaya hidup seharian hingga masalah saraf yang lebih serius.

Dalam artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda 13 punca kaki kejang semasa tidur, bagi membantu anda memahami bagaimana ia boleh mengganggu tidur lena anda.

1. Gaya Hidup yang Tidak Aktif

punca kaki kejang semasa tidur gaya hidup tidak aktif

Apabila seseorang terlalu banyak duduk dan kurang bergerak sepanjang hari, otot-otot kaki tidak menerima rangsangan atau regangan yang mencukupi. Ini boleh menyebabkan otot menjadi tegang, tidak anjal, dan lebih mudah mengalami kekejanga pada waktu malam.

Menurut National Center for Biotechnology Information, otot-otot, terutama di bahagian betis dan peha, memerlukan regangan dan aktiviti ringan secara berkala untuk mengekalkan fungsi normal dan keseimbangan elektrolit.

Jika otot dibiarkan dalam keadaan rehat terlalu lama, contohnya duduk terlalu dalam di pejabat atau menonton TV berjam-jam, otot boleh menjadi lemah dan mudah mengecut secara tiba-tiba ketika badan sedang berehat, terutamanya semasa tidur.

Selain itu, aliran darah ke kaki juga mungkin berkurang akibat duduk terlalu lama, menyebabkan kurang oksigen dan nutrien sampai ke otot dan menyebabkan punca kaki kejang semasa tidur.

2. Pengunaan Otot yang Berlebihan

punca kaki kejang semasa tidur guna otot berlebihan

Punca kaki kejang semasa tidur juga boleh berlaku disebabkan oleh otot yang terlebih guna atau terlalu letih akibat aktiviti fizikal yang berlebihan.

Apabila anda melakukan senaman yang berat, seperti berlari jauh, mendaki bukit, melakukan senaman kaki intensif di gim atau berdiri terlalu lama tanpa rehat, otot-otot kaki boleh menjadi sangat tegang dan mudah mengalami keletihan otot (muscle fatigue).

Keletihan ini akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam isyarat saraf dan tindak balas otot. Ketika anda sedang berehat atau tidur, otot yang penat ini mungkin tiba-tiba mengecut dengan sendiri secara tidak terkawal sehingga menyebabkan kekejangan yang menyakitkan.

Selain itu, aktiviti berat tanpa pemanasan atau regangan secukupnya juga akan meningkatkan risiko kejang malam. Kajian oleh National Center for Biotechnology Information juga mendapati bahawa, atlet dan individu yang baru mula bersenam juga cenderung mengalami keadaan ini jika otot mereka belum cukup terlatih untuk beban yang diberi.

3. Posisi Duduk yang Tidak Betul

punca kaki kejang semasa tidur posisi duduk

Mungkin ramai orang terlepas pandang, yang cara atau posisi duduk mereka juga memainkan peranan punca kaki kejang semasa tidur.

Posisi duduk yang tidak betul adalah seperti duduk bersilang kaki (cross-legged) atau membiarkan jari kaki dalam posisi menegak ke bawah (pointed toes) untuk tempoh yang lama. Kedudukan ini secara tidak langsung memendekkan otot betis (calf muscles) dan menyebabkan ketegangan yang berpanjangan pada bahagian tersebut.

Apabila otot-otot ini berada dalam posisi yang tidak neutral terlalu lama, ia boleh menjadi kaku dan tidak fleksibel. Ketika anda tidur, perubahan posisi atau pergerakan kecil boleh mencetuskan pengecutan otot secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kekejangan malam.

4. Berdiri Terlalu Lama

Kajian dari National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, individu yang bekerja dalam sektor seperti runcit, hospitaliti, kilang, atau penjagaan kesihatan yang perlu berdiri berjam-jam tanpa rehat lebih cenderung mengalami nocturnal leg cramps.

Apabila anda berdiri terlalu lama, terutamanya di atas permukaan yang keras tanpa rehat mencukupi, tekanan berlebihan dikenakan ke atas otot kaki, terutama bahagian betis dan tapak kaki.

Ini menyebabkan otot menjadi tegang, letih, dan kekurangan aliran darah yang lancar. Keadaan ini boleh mengganggu keseimbangan elektrolit serta merangsag pengecutan otot yang tidak terkawal semasa waktu rehat atau tidur.

Lebih memburukkan, jika kasut yang dipakai tidak menyokong tapak kaki dengan baik, risiko kekejangan malam menjadi lebih tinggi.

5. Aktiviti Saraf yang Tidak Normal

Satu lagi punca kaki kejang semasa tidur yag lebih teknikal tetapi penting untuk difahami ialah aktiviti saraf yang tidak normal, iaitu abnormal nerve firing di bahagian otot kaki.

Kajian oleh American Family Physician menggunakan electromyography (EMG), satu kaedah untuk mengukur aktiviti elektrik otot mendapati bahawa kekejangan kaki semasa tidur sering berlaku apabila terdapat tembakan isyarat saraf yang berlebihan dan luar biasa ke otot.

Biasanya, sistem saraf menghantar isyarat yang teratur dan seimbang untuk mengawal pergerakan otot, sama ada untuk mengecut atau meregang. Namun, menurut kajian oleh Journal of Applied Physiology dalam keadaan tertentu, sistem saraf boleh menjadi terlalu sensitif atau “teruja” (hyperexcitable), lalu menghantar isyarat secara tiba-tiba kepada otot walaupun tiada keperluan untuk bergerak.

Ini menyebabkan otot mengecut secara paksa, lalu menghasilkan kekejangan yang menyakitkan, terutamanya semasa badan sedang rehat seperti ketika tidur.

6. Pemendekan Tendon

punca kaki kejang semasa tidur tendon

Tendon ialah tisu yang menghubungkan otot kepada tulang, dan ia memainkan peranan penting dalam kestabilan serta pergerakan otot.

Apabila usia meningkat, tendon secara semula jadi akan kurang fleksibel dan perlahan-lahan memendek. Keanjalan yang menurun ini menyebabkan otot sukar untuk meregang dengan sempurna seperti dahulu. Akibatnya, otot menjadi lebih tegang dan mudah mengalami kekejangan, terutamanya ketika rehat panjang seperti semasa tidur malam.

Masalah ini juga boleh menjadi lebih ketara jika seseorang kurang melakukan senaman regangan, atau mengalami perubahan biomekanikal seperti postur tidak seimbang dan gaya berjalan yang tidak betul.

7. Kehamilan

punca kaki kejang semasa tidur kehamilan

Menurut National Center for Biotechnology Information, kekejangan kaki pada waktu malam adalah masalah biasa dalam kalangan wanita hamil, terutamanya pada trimester kedua dan ketiga. Terdapat beberapa sebab mengapa kehamilan boleh mencetuskan kekajangan otot kaki ketika tidur.

Pertama, ketika janin besar, berat badan ibu juga akan bertambah. Ini memberikan tekanan tambahan kepada otot kaki dan saluran darah, terutamanya di bahagian betis dan tapak kaki. Akibat tekanan ini, peredaran darah menjadi kurang lancar dan otot menjadi lebih mudah letih serta cenderung untuk kejang.

Kedua, perubahan hormon semasa hamil turut memberi kesan kepada keseimbangan elektrolit dalam badan seperti kalsium dan magnesium iaitu dua nutrien penting yang diperlukan oleh otot untuk berfungsi secara normal. Kekurangan mineral ini akan meningkatkan risiko otot mengecut secara tiba-tiba semasa tidur.

Selain itu, perubahan posisi tidur, pembesaran rahim yang menekan saraf dan saluran darah, serta gaya hidup kurang aktif semasa hamil juga menyumbang kepada kekejangan otot malam.

8. Masalah Hati, Buah Pinggang dan Tiroid

Punca kaki kejang semasa tidur yang berikutnya adalah disebabkan masalah hati, buah pinggang dan tiroid. Ketiga-tiga organ ini memainkan peranan penting dalam mengawal keseimbangan cecair, elektrolit, dan fungsi saraf dalam tubuh yang semuanya berkait rapat dengan kesihatan otot.

Penyakit buah pinggang, terutama pada peringkat kronik, boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit seperti magnesium, kalium, dan kalsium. Ketiga-tiga mineral ini penting untuk untuk fungsi otot yang normal. Bila terasnya terganggu, saraf yang mengawal otot boleh menghantar isyarat yang tidak stabil, lalu mencetuskan kejang.

Pesakit yang mengalami kegagalan hati, seperti dalam kes sirosis, sering melaporkan kekejangan otot terutama waktu malam. Ini kerana hati yang tidak berfungsi dengan baik akan gagal menyimpan dan mengagihkan nutrien penting seperti glikogen dan elektrolit yang diperlukan otot. Selain itu, toksin yang gagal disingkirkan dengan berkesan boleh merosakkan fungsi saraf dan otot.

Kelenjar tiroid yang terlalu aktif (hyperthyroidism) atau kurang aktif (hypothyroidism) juga boleh menyebabkan gangguan kepada sistem saraf dan otot. Hipotiroidisme khususnya boleh menyebabkan otot menjadi lemah, kaku, dan lebih mudah mengalami kekejangan, terutama semasa tidur.

9. Gangguan Metabolik

Dalam diabetes, paras gula dalam darah yang tinggi untuk tempoh masa yang lama boleh merosakkan saraf dan salur darah, satu keadaan yang dikenali sebagai neuropati diabetes.

Apabila saraf-saraf terjejas, terutama di bahagian kaki dan betis, isyarat yang dihantar ke otot boleh menjadi tidak seimbang atau terganggu. Ini boleh menyebabkan otot mengecut secara tiba-tiba tanpa kawalan, lalu menghasilkan kejang yang menyakitkan terutamanya waktu malam ketika badan sedang rehat.

Selain itu, individu yang menghidap diabetes juga sering mengalami kekurangan elektrolit seperti magnesium dan kalium, sama ada disebabkan oleh diet yang tidak seimbang atau kehilangan mineral melalui kencing yang kerap. Kekurangan elektrolit ini menjadikan otot lebih mudah mengalami kekejangan.

10. Kesan Sampingan Ubat-Ubatan

punca kaki kejang semasa tidur ubat-ubatan

Pengambilan sesetengah jenis ubat juga boleh menjadi punca kaki kejang semasa tidur, khususnya ubat statin dan diuretik.

Ubat-ubatan ini biasanya digunakan untuk merawat masalah jantung, kolesterol tinggi, atau tekanan darah, namun ia boleh memberi kesan kepada keseimbangan otot dan saraf dalam badan.

Contohnya, statin (ubat kolesterol). Statin digunakan untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah, tetapi antara kesan sampingan yang paling biasa ialah sakit otot (myalgia), kelemahan otot, dan kekejangan otot terutamanya pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, statin boleh mengganggu metabolisme otot dan menyebabkan keradagan otot, menjadikan otot lebih mudah mengalami kejang ketika sedang rehat.

Ubat diuretik pula membantu membuang lebihan air dan garam dari tubuh. Ia biasa digunakan oleh pesakit tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Namun, diuretik juga boleh menyebabkan kehilangan elektrolit penting seperti kalium, magnesium dan natrium melalui air kencing. Kajian oleh The Journal of Clinical Hypertension mendapati bahawa, kekurangan mineral ini mengganggu fungsi normal saraf dan otot, lalu mencetuskan kekejangan kaki semasa tidur.

11. Senaman yang Berlebihan

punca kaki kejang semasa tidur senama berlebihan

Walaupun senaman baik untuk kesihatan, melakukan senama secara berlebihan terutama tanpa pemanasan, tanpa rehat mencukupi, atau tanpa hidrasi yang baik boleh menyebabkan kaki kejang semasa tidur.

Ini berlaku kerana otot yang terlalu banyak bekerja (overused muscles) menjadi penat, terhidrat, dan kekurangan elektrolit penting seperti magnesium, kalsium dan kalium

Ketika anda bersenam secara intensif, otot mengalami tekanan dan mikro-kecederaan. Jika tidak diberi masa yang cukup untuk pulih, otot yang keletihan akan lebih mudah kejang. Keadaan ini lebih kerap berlaku dalam kalangan individu yang baru memulakan rutin senaman berat atau mereka yang cuba meningkatkan intensiti senaman secara mendadak.

Bahkan, senaman berlebihan tanpa regangan boleh memendekkan otot dan tendon, menjadikannya tegang dan sensitif terhadap rangsangan kecil yang boleh mencetuskan kekejangan.

12. Dehidrasi dan Penurunan Paras Garam dalam Badan

Apabila tubuh kekurangan air, ia juga akan kehilangan elektrolit penting seperti natrium (garam), kalium, magnesium, dan kalsium. Menurut National Center for Biotechnology Information, tanpa paras air dan garam yang mencukupi, otot tidak dapat berfungsi dengan normal.

Saraf-saraf yang mengawal otot boleh menjadi lebih sensitif dan mudah “terpicu”, menyebabkan otot mengecut secara tiba-tiba pada waktu malam.

13. Keadaan Neurologi

punca kaki kejang semasa tidur neurologi

Keadaan neurologi seperti penyakit neuron motor (motor neuron disease atau MND) adalah satu kumpulan penyakit progresif yang menyerang sel saraf yang mengawal pergerakan otot secara sedar. Antara jenis yang paling terkenal ialah Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).

Dalam penyakit seperti ini, isyarat dari otak dan saraf tunjang yang sepatutnya mengawal pengecutan dan kelonggaran otot terganggu atau merosot secara perlahan. Akibatnya, otot menjadi lemah, mudah letih, dan sangat sensitif terhadap isyarat elektrik abnormal.

Berbanding kejang biasa yang berlaku sekali-sekala, kejang akibat penyakit saraf biasanya lebih kerap, lebih menyakitkan, dan mungkin disertai simptom lain seperti:

  • Kelemahan otot berpanjangan
  • Kesukaran bercakap, menelan, atau bernafas (pada peringkat lebih serius)
  • Otot berkedut secara spontan (fasciculations)

Diagnosis awal penyakit neuron motor oleh pakar neurologi boleh bantu melambatkan perkembangan dan memulakan rawatan sokongan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kejang kaki waktu malam bukanlah sesuatu yang perlu dipandang ringan, jika ia berlaku secara kerap dan mengganggu tidur anda. Dari punca kaki kejang semasa tidur yang ringan seperti dehidrasi atau posisi duduk yang tidak betul, sehinggalah kepada isu kesihata yang lebih kompleks seperti gangguan saraf atau penyakit kronik.

Dengan mengenal pasti punca yang mungkin berkaitan dengan rutin harian atau keadaan kesihatan anda, langkah pencegahan boleh diambil lebih awal.

Amalan seperti regangan sebelum tidur, minum air yang cukup, dan mendapatkan nasihat doktor jika perlu, boleh membantu mengurangkan risiko kejang dan memastikan tidur anda kembali lena dan berkualiti.

Berikut adalah punca kaki kejang semasa tidur yang perlu anda tahu:

  1. Gaya Hidup yang Tidak Aktif
  2. Pengunaan Otot yang Berlebihan
  3. Posisi Duduk yang Tidak Betul
  4. Berdiri Terlalu Lama
  5. Aktiviti Saraf yang Tidak Normal
  6. Pemendekan Tendon
  7. Kehamilan
  8. Masalah Hati, Buah Pinggang dan Tiroid
  9. Gangguan Metabolik
  10. Kesan Sampingan Ubat-Ubatan
  11. Senaman yang Berlebihan
  12. Dehidrasi dan Penurunan Paras Garam dalam Badan
  13. Keadaan Neurologi

Anda juga boleh baca informasi lain tentang masalah tidur malam di sini:

Similar Posts

Leave a Reply