20 Petua Hilangkan Sakit Tekak Di Rumah Dengan Bahan Semula Jadi

Apakah petua hilangkan sakit tekak yang paling berkesan dan mudah untuk anda lakukan di rumah?

Sakit tekak biasanya menjadi simptom pertama kepada selesema, strep throat, dan tonsilitis. Penyelidikan dari National Center for Biotechnology Information mendapati 85% hingga 95% sakit tekak orang dewasa adalah disebabkan oleh jangkitan virus.

Justeru, apabila anda merasakan sakit tekak datang, adalah penting untuk segera ambil tindakan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan dan bertambah teruk.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda 20 petua hilangkan sakit tekak yang boleh anda lakukan sendiri di rumah dengan mudah.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah sakit tekak anda berlarutan. Jom kita mula dengan petua hilangkan sakit tekak.

1. Berkumur Dengan Air Garam Suam

petua hilangkan sakit tekak air garam

Berkumur dengan air garam adalah salah satu petua hilangkan sakit tekak yang paling mudah tetapi paling berkesan untuk menyembuhkan. Hal ini dibuktikan sendiri dengan kajian yang telah dijalankan oleh  National Center for Biotechnology Information (NCBI). Air garam membantu mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria dalam tekak.

Untuk berkumur dengan air garam, anda hanya perlu larutkan setengah teh garam ke dalam air suam dan kacau sehingga ia larut sepenuhnya. Ambil seteguk larutan garam tersebut, lalu condongkan kepala anda ke belakang dan kumur selama 30 saat sebelum meludahkannya.

Ulang langkah tersebut beberapa kali sehari untuk melegakan sakit tekak anda.

2. Minum Madu Asli

Madu telah diketahui umum dapat melegakan sakit tekak, melembapkan dan melapisi tekak, mengurangkan kegatalan, melegakan batuk malam serta mempercepatkan proses penyembuhan

Malah kajian dari National Center for Biotechnology Information (NCBI). berpendapat bahawa madu adalah sama berkesan dengan dextromethorphan, ubat batuk yang dijual di pasaran dalam merawat batuk.

Anda boleh mengambil satu sudu madu secara terus atau campurkannya dalam teh suam.

3. Berkumur Dengan Baking Soda

Selain berkumur dengan air garam, anda juga boleh berkumur dengan baking soda atau serbuk penaik untuk meneutralkan kembali asid dalam mulut dan tekak.

Ia membantu menghilangkan bakteria yang boleh memburukkan lagi sakit tekak. Kajian dari National Cancer Institute mengesyorkan pesakit kanser yang mengalami sakit mulut atau tekak, agar mencampurkan satu perempat sudu teh baking soda dan satu perlapan daripada satu sudu teh garam ke dalam 1 cawan air suam.

Kaedahnya sama iaitu berkumur selama beberapa saat, kemudian buang. Elakkan dari tertelan kerana ia boleh memberi kesan kepada perut anda.

4. Minum Teh Chamomile

petua hilangkan sakit tekak teh chamomile

Bagi pengemar teh herba, anda boleh cuba minum teh chamomile untuk petua hilangkan sakit tekak.

Chamomile dikenali sebagai herba yang menenangkan. Teh chamomile dapat membantu melegakan tekak yang meradang dan memberikan kelegaan pada tekak.

Kajian dari Molecular Medicine Reports membuktikan bahawa teh chamomile membantu melincirkan kerongkong anda, yang mungkin berguna untuk mengelakkan suara serak dan kesakitan.

Selain itu, ia juga mempunyai sifat antiradang dan antioksidan yang membantu mengurangkan rasa sakit.

5. Makan Bawang Putih

Petua hilangkan sakit tekak yang seterusnya adalah makan bawang putih. Bawang putih mengandungi allicin, iaitu komponen yang berfungsi sebagai antibiotik semula jadi.

Mengunyah bawang putih mentah atau menambahnya dalam makanan harian boleh membantu membasmi kuman dalam tekak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI), apabila bawang putih mentah dihancurkan, ia akan mengeluarkan bahan kimia aktif utama iaitu allicin yang mempunyai ciri-ciri antibakteria, antikulat, dan antivirus. 

Pastikan untuk mengunyahnya dengan perlahan agar enzimnya dilepaskan dengan baik.

6. Serbuk Akar Slippery Elm 

Slippery Elm adalah herba tradisional yang digunakan untuk melegakan sakit tekak kerana ia boleh melapisi tekak.

Serbuk akar slippery elm boleh dicampurkan dengan air suam untuk membentuk gel yang melegakan ketidakselesaan pada tekak.

7. Minyak Aromaterapi

Minyak aromaterapi seperti buah pala, bergamot dan cypress, semuanya mempunyai kesan penyejukan dan menyegarkan.

Ia biasanya boleh digunakan sebagai petua hilangkan sakit tekak dalam tiga cara berbeza iaitu melalui penyedutan, penggunaan topikal atau penggunaan dalaman.

Anda boleh gunakannya dalam alat penyedut wap atau humidifier untuk memberikan kelembapan pada saluran pernafasan. Ia membantu mengurangkan iritasi tekak dan memudahkan pernafasan.

Berikut adalah antara khasiat beberapa minyak pati yang popular:

  • Minyak Pati Pudina : Untuk rawatan selesema biasa, batuk, jangkitan sinus, jangkitan pernafasan, dan keradangan mulut dan tekak, termasuk sakit tekak
  • Minyak Pati Lemon : Untuk membersihkan toksin dari mana-mana bahagian badan dan digunakan secara meluas untuk merangsang saliran limfa, untuk meningkatkan tenaga dan membersihkan kulit.
  • Minyak Pati Oregano : Untuk mencegah dan merawat sakit tekak.
  • Minyak Thyme : Untuk menyokong sistem imun, pernafasan, pencernaan, saraf dan badan yang lain.
  • Minyak Pati Juniper Berry : Untuk sakit tekak serta jangkitan pernafasan, keletihan, sakit otot dan arthritis.

8. Sage dan Echinacea 

Menurut satu kajian dari National Center for Biotechnology Information, Sage dan Echinacea sama-sama berkesan untuk melegakan sakit tekak seperti semburan tekak tradisional yang dijual di pasaran hari ini.

Echinacea  misalnya boleh berguna dalam merawat batuk dari dalam dengan membantu memecahkan batuk berlendir dan merupakan ubat untuk sakit tekak serta hidung berair.

9. Jus Aloe Vera

petua hilangkan sakit tekak aloe vera

Aloe Vera terkenal dengan sifatnya yang menenangkan dan menyembuhkan, menjadikannya petua hilangkan sakit tekak yang sangat baik untuk jangkitan tekak.

Ia boleh membantu mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan daripada rasa sakit dan tidak selesa.

Anda hanya perlu campurkan dua sudu jus aloe vera dengan secawan air dan kumur dengan larutan ini beberapa kali sehari. Boleh juga minum jus aloe vera untuk menyokong sistem imun untuk mengalakkan kesihatan tekak.

10. Sapu Minyak Cengkih

petua hilangkan sakit tekak minyak cengkih

Minyak cengkih mengandungi eugenol, iaitu antiseptik yang kuat. Selain itu, minyak cengkih juga dikaitkan dengan sifat antimikrob, antikulat, antivirus, dan anti-radang.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Phytotherapy Research mendapati bahawa minyak pati cengkih menjalankan aktiviti antimikrob terhadap sejumlah besar Staphylococcus epidermidis.

Untuk menggunakan minyak cengkih sebagai petua hilangkan sakit tekak, anda hanya perlu sapukan beberapa titis minyak cengkih pada tekak atau di sekitar hidung untuk memberikan kelegaan.

11. Minum Susu Kunyit

petua hilangkan sakit tekak susu kunyit

Susu kunyit dikenali ramai dengan gelarannya sebagai “Golden Milk”, kerana ia merupakan ubat tradisional untuk pelbagai jenis penyakit termasuk jangkitan tekak. Kunyit mengandungi curcumin iaitu sebatian dengan ciri antibakteria dan anti-radang yang kuat.

Bukan sahaja ia boleh menjadi petua hilangkan sakit tekak yang berkesan tetapi ia juga menggalakkan tidur malam yang nyenyak. Berikut adalah cara untuk menyediakan susu kunyit:

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan susu
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (kalau ada akar kunyit, parut akarnya hingga dapat 1 sudu kecil)
  • 1 sudu kecil madu mentah
  • 1/2 sudu kecil chai masala (campuran kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam & halia)

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan secawan susu ke dalam periuk lalu panaskan ia di atas api. Anda boleh juga memanaskannya menggunakan ketuhar gelombang mikro selama 45 saat hingga 1 minit. Pastikan air tersebut tidak sampai mendidih.
  2. Masukkan kunyit dan chai masala lalu kacau sehingga sebati. Warnanya akan bertukar menjadi kekuningan.
  3. Teruskan kacau sehingga susu mula menggelegak hingga mendidih, 1-2 minit.
  4. Tutup api dan biarkan susu sejuk sedikit selama beberapa minit.
  5. Tapis susu ke dalam cawan teh atau mug.
  6. Jika anda ingin rasa yang sedikit manis, boleh tambahkan madu secukup rasa.

12. Menggunakan Teknik Stim (Wap)

petua hilangkan sakit tekak wap

Petua hilangkan sakit tekak yang berikutnya adalah menggunakan humidifier untuk melegakan sakit tekak agar ia sentiasa lembap.

Humidifier membantu menghalang udara daripada menjadi terlalu kering dan membantu mengekalkan tekak serta membran mukus sentiasa lembap.

13. Minum Cuka Epal

petua hilangkan sakit tekak cuka epal

Walaupun bukan antara petua hilangkan sakit tekak yang popular tetapi minum cuka epal memang dapat membantu memberi kelegaan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Journal of the Anaerobe Society of the Americas and the Japanese Association for Anaerobic Infection Research, cuka epal mengandungi asid asetik iaitu antimikrobial yang mampu membunuh patogen yang menyebabkan jangkitan kepada batuk.

Campurkan satu hingga dua sudu teh cuka epal dalam secawan air panas dan kumur. Namun sekiranya anda sensitif terhadap cuka, elak dari minum cuka epal kerana ia boleh menyebabkan masalah pencernaan.

14. Sapu Minyak Kayu Putih

Minyak kayu membantu melegakan saluran pernafasan dan memberikan kelegaan pada tekak.

Kenyataan ini disokong oleh kajian dari Pharmaceutical Biology Journal bahawa minyak kayu putih digunakan sebagai antiseptik untuk melegakan gejala sakit tekak, batuk, selsema dan jangkitan lain.

Sapu sedikit minyak kayu putih pada dada atau leher untuk memberikan kehangatan dan membantu melegakan tekak.

15. Minum Minyak Kelapa

Minyak kelapa mempunyai sifat anti-radang dan antimikrob. Hal in dibuktikan oleh kajian dari National Center for Biotechnology Information (NCBI), bahawa minyak kelapa dapat membantu melawan jangkitan dan mengurangkan keradangan di bahagian yang terdedah seperti tekak.

Ambil satu sudu minyak kelapa dan biarkan ia mencair dalam mulut sebelum menelannya perlahan-lahan. Ini akan melapisi tekak dan mengurangkan iritasi.

16. Berkumur Dengan Air Asam Jawa

Bukan sahaja sesuai digunakan dalam masakan, tetapi asam jawa juga bagus dijadikan petua hilangkan sakit tekak.

Menurut National Center for Biotechnology Information, air asam jawa berkhasiat dalam mengurangkan keradangan pada tekak. Larutkan sedikit asam jawa dalam air suam dan berkumur beberapa kali sehari.

Air asam jawa mempunyai rasa yang lebih enak dan boleh membantu mengurangkan rasa sakit dengan membersihkan kuman dalam tekak.

17. Minum Teh Halia

Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Physiology, Pathophysiology, and Pharmacology, kandungan halia mempunyai kesan positif terhadap aktiviti terapeutik dengan mengawal perkembangan penyakit.

Bahkan analisis kimia juga menunjukkan bahawa terdapat lebih 400 sebatian berbeza dalam halia yang sangat bermanfaat seperti karbohidrat, lipid, Terpenes- zingiberene, bisabolene, Asid amino, nikotinik dan vitamin A, serta banyak lagi.

Halia adalah bahan anti-radang yang sangat berkesan untuk melegakan sakit tekak. Minum teh halia suam yang dicampurkan madu boleh membantu mengurangkan iritasi tekak serta merangsang penyembuhan.

Teh halia ini juga membantu meningkatkan peredaran darah dan memberikan kehangatan pada tubuh.

18. Hisap Lozeng Tekak

petua hilangkan sakit tekak lozeng

Lozeng adalah sejenis ubat pepejal yang perlu dihancurkan secara perlahan-lahan di dalam mulut agar ia meliputi semua rongga mulut.

Ia merupakan manisan yang mengandungi ubat dan dapat memberikan kelegaan sementara serta mengurangkan rasa gatal yang berlaku disebabkan sakit tekak.

Lozeng boleh mengurangkan ketidakselesaan kerana ia mengandungi bahan aktif seperti mentol atau madu yang berfungsi untuk melembapkan tekak dan melegakan kegatalan.

Hal ini kerana dengan menghisap lozeng anda boleh menggalakkan pengeluaran air liur. Air liur inilah yang nantinya akan melincirkan tekak dan mengelakkannya daripada kering dan gatal.

19. Mandi Air Panas

petua hilangkan sakit tekak mandi

Mandi air panas adalah salah satu dari petua hilangkan sakit tekak dengan rawatan hangat.

Mandi air panas bukan sahaja memberikan kelegaan kepada badan tetapi juga membantu melembapkan saluran pernafasan melalui wap. Wap yang dihasilkan akan melembapkan tekak yang kering serta mengurangkan batuk.

Kaedah ini juga membantu menenangkan badan dan minda untuk rehat yang lebih berkualiti.

20. Dapatkan Rehat Secukupnya

petua hilangkan sakit tekak rehat

Rehat yang mencukupi adalah petua hilangkan sakit tekak yang setiap orang mungkin terlepas pandang untuk dilakukan. Rehat membolehkan tubuh memulihkan dirinya dengan lebih cepat dan berkesan. Tidur yang berkualiti juga membantu sistem imun menjadi lebih kuat untuk melawan jangkitan.

Oleh itu, elakkan aktiviti yang berat dan pastikan tidur secukupnya bagi mempercepatkan proses penyembuhan sakit tekak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai petua hilangkan sakit tekak yang bermanfaat untuk anda lakukan di rumah.

Jangkitan tekak boleh menjadi sangat tidak selesa dan mengganggu kehidupan harian anda. Walau bagaimanapun dengan 20 petua hilangkan sakit tekak di rumah ini anda boleh dapatkan kelegaan dan menggalakkan penyembuhan secara semula jadi.

Setiap petua di atas menawarkan cara yang semula jadi dan mudak diakses untuk melegakan sakit tekak. Kombinasi dengan beberapa petua ini juga boleh dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan dan membantu anda pulih dengan lebih cepat.

Sama ada dengan minum madu, berkumur dengan air garam atau minum susu kunyit, kebanyakkan petua hilangkan sakit tekak ini telah mendapat sokongan dari kajian para pengkaji terdahulu mengenai keberkesanannya.

Namun, jika sakit tekak tidak hilang dalam beberapa hari atau disertai dengan gejala seperti demam tinggi, kesukaran bernafasa, atau keluar darah ketika batuk, adalah disarankan untuk anda mendapatkan rawatan perubatan segera kerana ia mungkin menandakan jangkitan serius atau keadaan kesihatan lain yang memerlukan perhatian.

Berikut adalah petua hilangkan sakit tekak:

  1. Berkumur Dengan Air Garam Suam
  2. Minum Madu Asli
  3. Berkumur Dengan Baking Soda
  4. Minum Teh Chamomile
  5. Makan Bawang Putih
  6. Serbuk Akar Slippery Elm 
  7. Minyak Aromaterapi
  8. Sage dan Echinacea 
  9. Jus Aloe Vera
  10. Sapu Minyak Cengkih
  11. Minum Susu Kunyit
  12. Menggunakan Teknik Stim (Wap)
  13. Minum Cuka Epal
  14. Sapu Minyak Kayu Putih
  15. Minum Minyak Kelapa
  16. Berkumur Dengan Air Asam Jawa
  17. Minum Teh Halia
  18. Hisap Lozeng Tekak
  19. Mandi Air Panas
  20. Dapatkan Rehat Secukupnya

Anda juga boleh baca tentang informasi sakit tekak yang lain di sini:

Similar Posts

Leave a Reply