10 Makanan Untuk Sakit Tekak Yang Terbaik & Boleh Melegakan

Apakah makanan untuk sakit tekak yang sesuai dimakan untuk melegakan rasa perit dan ketidakselesaan dengan segera?

Individu yang mengalami sakit tekak atau mempunyai simptom sakit tekak biasanya akan berasa kurang selesa dan sakit ketika menelan makanan atau minuman. “Odynophagia” adalah istilah perubatan untuk kesakitan tekak ketika menelan.

Ia boleh dirasai di bahagian mulut, tekak, atau kerongkong. Anda akan mengalami sakit tekak ketika menelan makanan ataupun ketika minum. Justeru, mengubah tekstur makanan dan mengelak beberapa jenis makanan akan membuatkan anda lebih mudah untuk menelan.

Apa yang penting, pastikan setiap makanan yang diambil mempunyai kalori dan protein yang tinggi untuk mengembalikan tenaga ketika sakit.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda 10 makanan untuk sakit tekak yang terbaik dan contoh-contoh jenis makanan yang perlu dielakkan.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah sakit tekak anda berlarutan. Jom kita mula dengan jenis makanan untuk sakit tekak yang sesuai.

Makanan Untuk Sakit Tekak Yang Boleh Dimakan

Fokus utama ciri-ciri makanan untuk sakit tekak mestilah mempunyai tekstur yang lembut, tidak terlalu sarat dengan rempah ratus, dan hangat ketika di makan.

Berikut adalah antara makanan untuk sakit tekak yang terbaik dan sesuai untuk dimakan:

1. Sup Ayam

makanan untuk sakit tekak

Sup ayam hangat merupakan salah satu makanan klasik ketika sakit tekak. Ia bukan sahaja mudah ditelan tetapi juga memberikan kelembapan dan nutrien yang diperlukan untuk menyokong pemulihan.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI) mendapati bahawa menghirup sup ayam panas membantu membersihkan hidung tersumbat.

Sup ini membantu mengurangkan kesesakan hidung kerana ia menggalakkan pergerakan lendir hidung dan memastikan anda terhidrat, dan garam membantu tisu anda mengekalkan cecair.

Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information (NCBI) juga, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindak balas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response). Mereka mendapati bahawa terdapat beberapa komponen dalam sup ayam yang dapat menghentikan kesan keradangan dalam tubuh, dengan itu mempercepatkan proses penyembuhan.

Kuah sup ayam membantu menghalang pergerakan sel darah putih yang dipanggil neutrofil, yang membantu sistem imun melawan jangkitan.

2. Kentang Lenyek (Mashed Potatoes)

makanan untuk sakit tekak mashed potato

Kentang sarat dengan kalium, magnesium, vitamin B dan pelbagai nutrien dan antioksidan lain yang boleh meningkatkan sistem imun anda. Ia juga tinggi serat untuk membantu sistem penghadaman lebih lancar.

Kentang lenyek yang lembut dan tidak pedas adalah makanan yang mudah dihadam dan lembut untuk tekak.

Ia boleh disediakan dengan sedikit susu untuk memberi tekstur lembut tambahan, tetapi elakkan ramuan pedas atau berminyak yang boleh merengsakan tekak.

3. Puding / Jelly

Setiap kanak-kanak mesti sukakan puding dan jelly. Makanan yang mengandungi gelatin ini walaupun tidak menyumbang khasiat yang tinggi pada tubuh badan seperti kebanyakkan makanan untuk sakit tekak yang lain, tetapi ia mempunyai tekstur yang mudah ditelan.

Ia sangat sesuai dijadikan makanan ringan atau pencuci mulut sekiranya anda tidak mempunyai selera untuk makan.

4. Telur Rebus / Telur Hancur

Siapa yang tidak suka makan telur? Kalau tidak sakit tekak sekalipun, kebanyakkan dari anda pasti mempunyai rutin makan telur setiap hari.

Telur hancur atau telur rebus adalah sumber protein yang baik, lembut, dan mudah ditelan sesuai untuk makanan untuk sakit tekak kerana ia memberikan tenaga tanpa membebankan tekak atau sistem pencernaan.

Malah, telur bukan sahaja kaya dengan protein tetapi juga mengandungi komponen pemakanan lutein, zeaxanthin, kolin , vitamin D, selenium dan vitamin A.

Menurut National Center for Biotechnology Information (NCBI), telur membantu meningkatkan sistem imun anda dan membina kekuatan apabila tubuh lemah kerana virus.

Namun sebaiknya jika anda membuat telur hancur, pastikan elak dari meletakkan bahan perasa atau garam kerana ia boleh memburukkan lagi keradangan tekak anda.

5. Oatmeal

makanan untuk sakit tekak oatmeal

Sekiranya anda tidak berselera untuk makan buah-buahan atau sayur-sayuran, sebaiknya gantikan dengan oatmeal. Oatmeal mempunyai tekstur yang lembut dan mudah dimakan.

Ia kaya dengan serat dan nutrien yang membantu meningkatkan sistem imun. Anda boleh tambahkan sedikit pisang atau madu untuk menambah rasa dan meningkatkan khasiatnya.

6. Yogurt Tanpa Perisa

Yogurt adalah probiotik semula jadi yang boleh membersihkan bakteria dari usus serta melindungi sistem imun anda.

Ia juga makanan untuk sakit tekak yang mudah ditelan kerana teksturnya yang lembut dan ringan. Pastikan anda memilih yogurt tanpa gula tambahan, perisa tambahan dan tidak terlalu masam.

Boleh juga cuba tambahkan buah-buahan lembut seperti avokado, kiwi dan buah beri untuk meningkatkan rasanya.

7. Sayur-Sayuran Yang Dimasak Lembut

Sayur-sayuran yang dikukus lembut seperti lobak merah, bayam, brokoli, dan kacang panjang mudah ditelan dan memberikan vitamin serta mineral yang penting untuk pemulihan tubuh.

Sayur-sayuran ini membantu menguatkan sistem imun tanpa menyebabkan ketidakselesaan pada tekak.

8. Pisang

Pisang adalah buah lembut yang tidak memerlukan banyak tenaga untuk anda kunyah sebelum menelannya. Justeru ia sesuai dijadikan makanan untuk sakit tekak.

Pisang juga kaya dengan potasium, vitamin B6, vitamin C, serat dan mineral yang menyokong kesihatan keseluruhan.

Selain dimakan begitu sahaja, anda juga boleh hancurkan pisang lalu ditambah ke dalam oatmeal atau yogurt kosong untuk menambah rasa.

9. Ais Krim atau Sorbet

Umumnya, ais krim atau sorbet sesuai menjadi makanan untuk sakit tekak bagi memberikan kelegaan sementara kerana teksturnya yang lembut dan sejuk. Hal ini dibuktikan dari kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI) kepada sekumpulan kanak-kanak selepas pembedahan tonsilektomi.

Dan bahkan ramai juga yang percaya akan teori tentang “ais krim vanilla boleh memulihkan sakit tekak”.

Namun tahukah anda, ais krim vanila sebenarnya mempunyai banyak kandungan gula yang akan lebih melambatkan proses penyembuhan? Apa yang lebih mengejutkan lagi, ia juga mengandungi banyak ramuan penyedap lain seperti pewarna tiruan, pengawet dan banyak lagi.

Ada beberapa pilihan jenis ais krim yang sesuai untuk anda makan bila sakit tekak. Berikut adalah cadangan yang terbaik:

  • Kandungan Gula Yang Rendah: Kandungan gula yang tinggi berpotensi untuk memburukkan keradangan dan merengsakan sakit tekak. Memilih ais krim dengan kandungan gula yang lebih rendah atau tanpa gula adalah pilihan yang bijak.
  • Bukan Tenusu: Individu yang mempunyai alahan kepada produk tenusu mungkin mengalami tekanan tambahan pada sistem imun mereka. Untuk menggantikannya, anda boleh cuba alternatif lain seperti ais krim yang dibuat dengan santan, atau susu badam.
  • Sorbet Buah-Buahan: Buah-buahan biasanya lebih rendah lemak, bebas tenusu, dan tanpa gula tambahan, menjadikannya pilihan yang lebih ringan untuk sakit tekak. Ia selalunya dibuat dengan buah-buahan sebenar, yang boleh memberikan beberapa vitamin dan antioksidan penting bagi membantu melegakan sakit tekak.
  • Tekstur Licin: Pilih ais krim dengan tekstur licin dan berkrim. Elakkan ais krim yang bercampur dengan bahan ranggup atau keras seperti kekacang kerana ia boleh merengsakan tekak yang sakit.

10. Tauhu Lembut

Tauhu lembut adalah sumber protein nabati yang baik dan mudah ditelan. Ia juga rendah kalori dan mengandungi nutrisi penting untuk tubuh.

Menurut U.S. Department of Agriculture, setengah cawan tauhu mengandungi 21.8 gram protein, 181 kalori dan 11 gram lemak. Kebanyakan lemak itu adalah daripada jenis tak tepu yang sihat.

Kandungan protein yang tinggi menjadikan tauhu alternatif terbaik kepada golongan vegeterian yang tidak boleh makan daging haiwan.

Bahkan Dietary Guidelines for American menyatakan bahawa tauhu termasuk dalam sebahagian corak pemakanan vegetarian yang sihat dan bagus untuk kesihatan jantung.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Bila Sakit Tekak

Dalam masa yang sama anda juga perlu elak dari makan makanan berikut bila sakit tekak:

1. Makanan Pedas

makanan untuk sakit tekak pedas

Makanan yang mengandungi lada atau rempah pedas seperti cili, lada hitam, atau sos pedas boleh menyebabkan keradangan tambahan pada tekak yang sudah meradang.

Pedasnya rempah ini merangsang selaput lendir dan memburukkan lagi rasa sakit atau ketidakselesaan.

2. Makanan Berasid

Buah-buahan sitrus seperti oren, limau, dan lemon serta jus berasid boleh menyebabkan iritasi pada tekak yang sakit kerana tahap keasidannya.

Keasidan ini boleh memburukkan lagi rasa pedih di tekak, walaupun ia kaya dengan vitamin C.

3. Makanan Bergoreng atau Berlemak

makanan untuk sakit tekak bergoreng

Makanan yang digoreng seperti ayam goreng, kentang goreng, atau makanan berlemak lain boleh menjadi sukar untuk ditelan ketika tekak sakit.

Lemak juga memperlambat pencernaan, menyebabkan rasa tidak selesa pada perut dan menyulitkan pemulihan.

4. Makanan Kering dan Kasar

Makanan seperti keropok, biskut, roti keras, atau kacang-kacangan bersifat kasar dan boleh melukakan atau merengsakan lagi tekak.

Tekstur makanan ini memerlukan lebih banyak kunyahan dan boleh menyakitkan ketika ditelan.

5. Minuman Beralkohol atau Berkafein

Minuman beralkohol seperti bir, wain, atau minuman berkafein seperti kopi dan teh hitam boleh menyebabkan dehidrasi.

Kedua-dua jenis minuman ini mengurangkan kelembapan pada tekak, memperburuk keradangan dan kekeringan tekak yang sudah berlaku.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis makanan untuk sakit tekak yang boleh anda makan untuk melegakan rasa sakit dan tidak selesa.

Dalam usaha merawat sakit tekak, pastikan anda menjaga makan dan makan makanan yang bernutrisi tinggi setiap hari. Makanan yang mempunyai tekstur lembut dan ringan adalah pilihan yang terbaik, kerana ia mudah untuk ditelan dan tidak memerlukan anda untuk kunyah terlalu lama.

Elakkan juga makan makanan yang pedas, berasid, berminyak, kering, dan beralkohol untuk mempercepatkan proses pemulihan sakit tekak.

Dengan pilihan makanan untuk sakit tekak yang tepat, anda boleh makan seperti biasa dan seterusnya membantu tubuh pulih dengan lebih pantas.

Namun, jika anda telah makan makanan untuk sakit tekak yang disenaraikan tadi tetapi sakit masih belum sembuh, dinasihatkan untuk terus berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan yang sesuai.

Berikut adalah makanan untuk sakit tekak yang sesuai dimakan:

  1. Sup Ayam
  2. Kentang Lenyek (Mashed Potatoes)
  3. Puding / Jelly
  4. Telur Rebus / Telur Hancur
  5. Oatmeal
  6. Yogurt Tanpa Perisa
  7. Sayur-Sayuran Yang Dimasak Lembut
  8. Pisang
  9. Ais Krim atau Sorbet
  10. Tauhu Lembut

Anda juga boleh baca tentang informasi sakit tekak yang lain di sini:

Similar Posts

Leave a Reply