10 Makanan untuk Cirit Birit (Lembut, Berkhasiat dan Mudah Dicerna)
Apakah makanan untuk cirit birit yang sesuai untuk kita makan apabila penyakit ini menyerang? Soalan ini sering terlintas di fikiran ramai apabila mengalami gangguan perut secara tiba-tiba.
Untuk pengetahuan anda, cirit birit bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan fizikal, malah boleh membawa kepada dehidrasi, kekuarangan tenaga, dan komplikasi kesihatan yang lebih serius jika tidak ditangani dengan betul.
Menurut data terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), cirit birit masih merupakan antara punca utama kematian kanak-kanak di seluruh dunia, dan di Malaysia pula, ia terus menjadi salah satu sebab utama rakyat mendapat rawatan di klinik dan hopsital.
Dalam dunia hari ini yang penuh dengan makanan segera dan kebersihan makanan yang kadang kala terabai, cirit-birit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira usia.
Justeru, mengetahui makanan yang sesuai untuk dimakan semasa cirit-birit adalah sangat penting. Artikel ini akan membincangkan 10 makanan untuk cirit birit untuk membantu meredakan perut yang sensitif.
1. Makanan Bland (Tawar dan Ringan)

Ketika perut anda “meragam”, apa yang paling diperlukan ialah makanan yang tidak membebankan sistem penghadaman.
Menurut National Center for Biotechnology Information, makanan bland merupakan pilihan utama makanan untuk cirit birit yang disarankan. Makanan seperti diet BRAT yang terdiri daripada pisang, nasi putih, sos epal, dan roti bakar sangat terkenal kerana mudah dihadam dan tidak mengganggu sistem penghadaman yang sensitif.
Pisang yang lembut, nasi putih yang tidak beperisa, sos epal tanpa gula, dan roti bakar merupakan antara makanan untuk cirit birit yang sangat mudah dihadam dan tidak menyebabkan tekanan kepada usus yang sedang meradang.
Selain itu, kentang rebus, biskut tawar tanpa perasa, dan bijiran panas seperti bubur oat atau bubur nasi juga amat sesuai. Makanan-makanan ini mempunyai kandungan serat yang rendah dan tekstur lembut, menjadikannya mudah untuk dicerna.
Untuk hasil terbaik, makanlah dalam jumlah kecil tetapi lebih kerap sepanjang hari agar usus tidak ‘terkejut’ dan proses pemulihan berjalan lancar.
2. Probiotik

Menurut National Institutes of Health Ofiice of Dietary Supplements, probiotik merupakan mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kepada sistem penghadaman apabila diambil dalam jumlah yang sesuai. Ketika cirit-birit, keseimbangan bakteria baik dan jahat dalam usus menjadi terganggu.
Probiotik, yang boleh didapati dalam yogurt, kefir, atau makanan fermentasi, membantu memulihkan semula keseimbangan ini. Yogurt yang mengandungi ‘live cultures’ seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium mampu menenangkan usus dan menyokong proses penyembuhan.
Namun begitu, kerana produk tenusu mengandungi laktosa yang boleh mengganggu sistem penghadaman, adalah lebih baik memilih sumber probiotik bukan tenusu seperti yogurt berasaskan tumbuhan atau susu soya yang diperam.
Sebaiknya, berbincanglah dengan doktor sebelum mula mengambil probiotik secara rutin, terutamanya jika cirit-birit disebabkan oleh jangkitan atau penggunaan antibiotik.
3. Minum Banyak Cecair
Penghidratan adalah sangat penting ketika menghadapi cirit birit. Menurut The Journal of Pediatrics, semasa cirit-birit, tubuh kehilangan bukan sahaja air, tetapi juga elektrolit penting seperti natrium, kalium, dan klorida. Ini boleh menyebabkan dehidrasi yang serius jika tidak diatasi dengan segera.
Oleh itu, pengambilan cecair yang mencukupi sangatlah penting. Amalan mudah seperti meminum satu cawan air tambahan setiap kali selepas membuang air besar boleh membuat perbezaan besar.
Selain air kosong, minuman yang kaya dengan elektrolit seperti sup, air kelapa, air ber-elektrolit, dan minuman sukan (yang tidak terlalu manis) dapat membantu menggantikan kehilangan mineral.
Elakkan minuman berkafein, berkarbonat, atau bergula tinggi kerana ia boleh memburukkan keadaan dan menyebabkan lebih banyak kehilangan cecair melalui najis.
4. Makan Sayur-sayuran yang Sesuai

Walaupun sayur-sayuran secara umumnya tinggi serat, tidak semua jenis sesuai untuk dimakan ketika cirit-birit kerana kebanyakkannya tinggi serat dan boleh menyebabkan gas serta kembung perut.
Sayur seperti lobak merah adalah pilihan terbaik kerana teksturnya yang lembut apabila dimasak dan kandungan nutrisinya yang menyokong kesihatan usus.
Lobak merah juga mengandungi pektin, sejenis serat larut yang membantu memadatkan najis. Ia boleh dikukus atau direbus hingga empuk, menjadikannya mudah untuk dihadam.
Sebaliknya, sayur seperti brokoli, bunga kubis, dan lada benggala harus dielakkan buat sementara waktu kerana ia boleh menyebabkan penghasilan gas yang tinggi dan menambah tekanan kepada sistem penghadaman yang sudah sedia terganggu.
5. Telur Rebus

Telur rebus merupakan sumber protein yang mudah dihadam dan sesuai untuk individu yang mengalami cirit birit. Tekstur telur rebus yang lembut menjadikannya mudah dicerna tanpa merengsakan perut.
Kajian dari The Journal of Functional Food mendapati bahawa, protein dalam telur membantu memperlahankan pergerakan usus yang terlalu aktif dan membina semula tisu usus yang mungkin terjejas akibat keradangan.
Telur juga mengandungi nutrien penting seperti vitamin D, B12 dan selenium yang menyokong sistem imun badan semasa tempoh pemulihan.
Namun, penting untuk memastikan telur dimasak sepenuhnya (direbus keras) dan tidak digoreng dengan minyak atau mentega kerana lemak berlebihan boleh memburukkan lagi cirit-birit.
6. Yogurt Rendah Lemak

Walaupun kebanyakan produk tenusu perlu dielakkan ketika cirit birit, yogurt rendah lemak dikecualikan kerana ia mengandungi probiotik semula jadi yang membantu menangkan usus.
Menurut The American Journal of Clinical Nutrition, yogurt jenis ini mengandungi bakteria baik yang boleh membantu melawan mikroorganisma jahat penyebab cirit-birit dan memulihkan flora usus yang sihat. Jika anda sensitif terhadap laktosa, cari yogurt dengan labek “laktosa rendah” atau non-dairy” seperti yogurt kelapa atau yogurt berasaskan badam.
Pengambilan yogurt rendah lemak secara sederhana boleh membantu mengurangkan simptom dan mempercepatkan pemulihan, terutamanya jika digabungkan dengan makanan bland lain.
7. Makanan Berserat Larut
Serat larut adalah jenis serat yang larut dalam air dan membentuk gel dalam usus, membantu memperlahankan pergerakan makanan dalam sistem penghadaman. Ini menjadikan najis lebih padat dan kurang cair.
Serat larut boleh ditemui dalam makanan seperti buah yang dikupas (epal, pisang), sayuran yang dimasak (lobak, labu), oat bran, dan kekacang seperti kacang peas.
Sebaliknya, elakkan serat tidak larut seperti yang terdapat dalam kulit buah, sayur mentah, dan bijirin penuh yang boleh merangsang usus dan menyebabkan najis lebih cair. Pemilihan serat yang tepat bukan sahaja mengurangkan simptom, malah menstabilkan sistem penghadaman secara semula jadi.
8. Teh Halia

Jika perut terasa senak, kembung atau mual, secawan teh halia suam boleh menjadi makanan untuk cirit birit yang tepat.
Halia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional kerana sifat anti-radangnya. Kajian oleh Journal of Ayurvedic and Herbal Medicine mendapati bahawa, membantu mengurangkan kekejangan otot usus, menenangkan perut dan mengurangkan rasa mual yang sering menyertai cirit-birit.
Teh halia yang disediakan sendiri (dengan merebus hirisan halia segar) lebih baik daripada yang komersial kerana bebas daripada kafein dan bahan tambahan.
Minum teh halia tanpa gula beberapa kali sehari, perlahan-lahan, boleh memberi kelegaan yang lembut tetapi berkesan, terutamanya jika anda mengalami simptom seperti muntah atau perut memulas.
9. Makanan Masin
Semasa cirit-birit, badan kehilangan bukan sahaja air, tetapi juga garam mineral penting. Makanan masin seperti biskut tawar, pretzel, atau sup jernih yang sedikit masin boleh membantu menggantikan kehilangan natrium dan klorida iaitu dua elektrolit penting dalam mengekalkan keseimbangan cecair tubuh.
Walaupun kelihatan seperti makanan ringan biasa, ia sebenarnya boleh membantu mencegah simptom seperti pening, letih dan kejang otot akibat dehidrasi. Tambahan pula, makanan ringan seperti ini juga mudah dihadam dan tidak menyebabkan tekanan tambahan pada usus.
Walaupun penting untuk menggantikan garam yang hilang, pastikan jumlahnya dikawal agar tidak berlebihan, terutama bagi individu yang mempunyai tekanan darah tinggi.
10. Barli

Berdasarkan kajian oleh National Center for Biotechnology Information, barli merupakan sejenis bijirin yang kaya dengan nutrien penting dan boleh dijadikan makanan yang sesuai untuk individu yang mengalami cirit-birit, dengan syarat cara penyediaannya perlulah betul.
Salah satu kelebihan utama barli ialah kandungan serat larutnya yang tinggi, khususnya beta-glukan. Kajian oleh National Center for Biotechnology Information, serat larut ini mampu menyerap air dalam usus, menjadikan najis lebih padat dan kurang cair, sekaligus membantu mengurangkan kekerapan buang air besar.
Ini sangat berguna dalam proses pemulihan usus yang terganggu akibat cirit-birit. Apabila disediakan dalam bentuk bubur atau sup barli yang lembut, bijirin ini menjadi mudah dicerna dan tidak membebankan sistem penghadaman.
Selain itu, barli juga membantu mengekalkan hidrasi kerana keupayaannya menahan cecair di dalam usus. Kajian oleh Journal of Agriculture and Food Research, kandungan mineral seperti magnesium dan selenium dalam barli turut menyokong kesihatan sistem imun dan fungsi sel, yang penting semasa proses penyembuhan daripada jangkitan atau keradangan usus.
Walau bagaimanapun, penting untuk mengelakkan barli yang dimasak bersama bahan berlemak, pedas, atau berserat kasar seperti sayuran mentah atau daging berat, kerana ini boleh merengsakan lagi usus.
Kesimpulan
Kesimpulannya, mengalami ciriti birit bukanlah sesuatu yang menyenangkan, namun dengan pendekatan pemakanan yang betul, anda boleh membantu tubuh pulih lebih cepat dan berkesan.
Dalam konteks Malaysia yang beriklim panas dan kaya dengan pelbagai jenis makanan, penting untuk kita lebih berhati-hati terhadap apa yang dimakan ketika perut dalam keadaan sensitif.
Makanan adalah ubat semula jadi yang paling mudah diakses. Dengan memilih makanan untuk cirit birit yang tepat, anda bukan sahaja melegakan simptom, malah menyokong sistem imun dan mempercepatkan pemulihan usus.
Berikut adalah antara makanan untuk cirit birit yang sesuai untuk anda makan ketika sakit:
- Makanan Bland (Tawar dan Ringan)
- Probiotik
- Minum Banyak Cecair
- Makan Sayur-sayuran yang Sesuai
- Telur Rebus
- Yogurt Rendah Lemak
- Makanan Berserat Larut
- Teh Halia
- Makanan Masin
- Barli
Anda juga boleh baca segala informasi tentang masalah cirit birit di sini: