11 Makanan Pantang untuk Sakit Lutut, No. 4 Paling Ramai Tak Sedar!
Makanan pantang untuk sakit lutut merupakan faktor penting yang ramai abaikan, sedangkan pemilihan makanan harian sangat mempengaruhi tahap keradangan dan kesakitan sendi.
Berdasarkan kajian dari Mediterranean Journal of Rheumatology, sakit lutut adalah masalah biasa, tetapi dengan menjaga diet, banyak gejala boleh dikawal.
Jom ketahui semuanya dalam artikel ini terutamanya makanan pantang untuk sakit lutut No. 4 yang ramai tidak sedar menjadi punca!
1. Makanan Tinggi Kandungan Gula

Makanan tinggi kandungan gula antara makanan pantang untuk sakit lutut yang paling penting, kerana gula diproses terbukti menjadi pencetus utama keradangan dalam tubuh.
Gula daripada makanan seperti gula-gula , pastri, kek, bijirin pra-manis, dan minuman bergula seperti soda boleh menjadi faktor pelepasan sitokin, iaitu protein yang meningkatkan keradangan sendi.
Kita sering tidak menyedari hakikat ini kerana gula sudah menjadi bahan asas dalam diet harian.
Hal ini kerana, gula wujud dalam pelbagai nama seperti fruktosa, sukrosa atau apa sahaja yang berakhir dengan “-ose,”, termasuk sirap jantung, menyebabkan kita tidak menyedari jumlah gula yang diambil setiap hari.
Untuk mengurangkan keradangan dan menjaga kesihatan lutut, elakkan makanan manis seperti aiskrim, soda, kek dan bijirin pra-manis.
Tips dari Arthritis Foundation, pilihlah alternatif yang lebih seperti madu, gula kelapa, atau maple syrup, atau gunakan pemanis tanpa gula seperti sucralose dan aspartame.
2. Minuman Beralkohol

Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, pengambilan alkohol yang berlebihan boleh mencetuskan tindak balas keradangan, menyebabkan lutut semakin sakit, bengkak dan tidak stabil.
Alkohol juga mengganggu keupayaan tubuh menyerap nutrien penting untuk kesihatan sendi seperti kalsium, di samping menyebabkan dehidrasi yang menjadikan cecair sendi berkurang dan memperhebatkan rasa sakit.
Kesan ini lebih ketara bagi pesakit artritis atau osteoartritis, di mana alkohol terbukti boleh memburukkan lagi simptom serta meningkatkan risiko serangan gout yang lebih kerap dan lebih sakit.
Malah, pengambilan alkohol secara berlebihan turut membebankan hati, melemahkan fungsinya dan seterusnya meningkatkan keradangan dalam pelbagai organ.
Menurut Arthritis Foundation, pengambilan alkohol wajar dihadkan atau dielakkan sepenuhnya kerana ia bukan sahaja memburukkan keradangan, tetapi juga memberi kesan kepada tidur, penyembuhan, dan keseluruhan kesihatan.
Sebagai alternatif, pilih minuman yang menghidratkan seperti air kosong atau teh herba untuk memastikan sendi kekal lembap, berfungsi dengan baik dan kurang terdedah kepada kesihatan.
3. Makanan yang Diproses

Makanan seperti sosej, bacon, hot dog, daging proses, makanan dalam tin, makanan segera dan snek berbungkus biasanya tinggi dengan lemak tepu, gula tambahan, garam, bahan kimia, serta bahan pengawet yang semuanya boleh meningkatkan keradangan dalam tubuh.
Salah satu punca keradangan daripada makanan diproses ialah kewujudan Advanced Glycation End Products (AGEs), iaitu sebatian yang terbentuk apabila protein atau lemak bergabung dengan gula dalam aliran darah.
AGEs menyebabkan tekanan oksidatif dan keradangan, dan pengambilannya dalam jumlah yang tinggi boleh membawa kepada keradangan kronik, seterusnya meningkatkan sakit lutut, kekakuan sendi dan melambatkan proses penyembuhan.
Jika anda membaca label makanan dan mendapati kebanyakan ramuan adalah bahan diproses atau bahan kimia yang sukar dikenali, makanan tersebut wajar dielakkan.
4. Daging Merah

Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, daging merah seperti daging lembu, kambing dan babi boleh memburukkan sakit lutut kerana ia tinggi lemak tepu, trans fat dan bahan pencetus keradangan yang menyebabkan bengkak serta kesakitan pada sendi.
Selain menjejaskan kesihatan sendi, pengambilan daging merah secara berlebihan juga dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan strok.
Sebaliknya, individu yang mengamalkan diet berasaskan tumbuhan sering mendapati simptom sakit sendi mereka semakin baik kerana diet ini rendah keradangan dan lebih kaya nutrien.
Untuk menjaga kesihatan lutut, disarankan untuk mengurangkan jumlah daging merah dalam diet harian, mengehadkan pengambilan daging terproses, dan menggantikannya dengan pilihan yang lebih sihat seperti ikan, ayam tanpa kulit, kekacang, tofu, sayur-sayuran serta bijiran penuh.
5. Makanan Dengan Asid lemak Omega-6
Omega-6 banyak terdapat dalam pelbagai jenis minyak masak seperti minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak safflower, minyak grapeseed, minyak sayuran dan minyak kacang tanah.
Ia juga tersembunyi dalam pelbagai makanan diproses serta perasa seperti salad dressing, mayonis dan sos berbungkus.
Apabila diet seseorang tinggi omega-6 tetapi rendah omega-3, ketidakseimbangan ini akan menggalakkan keradangan berpanjangan, sekali gus memburukkan sakit lutut dan menyukarkan pergerakan.
6. Makanan Tinggi Kandungan Garam

Makanan yang tinggi kandungan garam adalah antara makanan pantang untuk sakit lutut yang perlu diberi perhatian.
Menurut kajian dari The Journal of Clinical Investigation, garam mempunyai sifat menarik air ke dalam sel badan, menyebabkan pengekalan cecair yang boleh menambah bengkak pada lutut dan keradangan sendi.
Selain garam, bahan tambahan seperti monosodium glutamate (MSG) juga dikenal pasti sebagai pencetus keradangan kronik. MSG banyak terdapat dalam makanan segera, sup segera, sos, makanan dalam tin, pizza, salad dressing, daging deli, dan sesetengah produk keju.
Bahan ini boleh mengaktifkan dua laluan penting yang menyebabkan keradangan berpanjangan serta memberi kesan kepada kesihatan hati.
Lebihan natrium juga menyebabkan kehilangan kalsium melalui air kencing, sedangkan kalsium amat penting untuk kesihatan tulang dan sendi.
Sebagai alternatif, gunakan herba segar dan rempah ratus untuk menambah rasa pada masakan, atau pilih versi rendah natrium jika membeli makana berbungkus.
7. Makanan Bergoreng

Makanan bergoreng mengandungi lemak tepu yang tinggi dan sangat rendah asid lemak omega-3. Gabungan ini boleh meningkatkan keradangan dalam seluruh tubuh, sekali gus memburukkan lagi sakit dan bengkak pada sendi lutut.
Proses menggoreng pada suhu tinggi menyebabkan makanan menjadi terlalu masak sehingga nutriennya hilang atau musnah sepenuhnya. Lebih membimbangkan, makanan bergoreng juga mengandungi bahan karsinogen dan pelbagai bahan diproses seperti tepung diproses, perasa tambahan serta minyak masak yang digunakan berulang kali.
Justeru, mereka yang mengalami sakit lutut, lebih baik memilih kaedah masakan yang lebih sihat seperti memanggang, mengukus atau membakar kerana ia mengekalkan nutrien tanpa mencetuskan keradangan.
Sebagai contoh, menggantikan ayam goreng dengan ayam bakar atau ayam panggang memberikan rasa yang tetap enak dan lebih sihat.
8. Produk Tenusu

Produk tenusu seperti susu, keju, yogurt, mentega, dan aiskrim dan krim masam juga termasuk dalam makanan pantang untuk sakit lutut, terutamanya jika tubuh anda sensitif terhadap komponen tertentu dalam makanan ini.
Produk tenusu mengandungi Advanced Glycation End Products (AGEs), iaitu bahan yang diketahui menyebabkan keradangan dan menyumbang kepada kesakitan sendi.
Selain itu, tenusu juga mengandungi protein casein, yang bagi sesetengah individu boleh mengiritasi tisu di sekitar sendi. Iritasi ini boleh meningkatkan keradangan, menyebabkan lutut menjadi lebih sakit dan tidak selesa, terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai masalah sendi seperti artritis.
Sebagai alternatif yang lebih mesra sendi, pilihan seperti susu soya, susu badam, susu oat atau produk bebas tenusu lain boleh diambil untuk menggantikan tenusu tradisional.
9. Organ Dalaman Binatang
Makanan pantang untuk sakit lutut yang seterusnya adalah organ dalaman binatang.
Pengambilan organ dalaman dalam jumlah yang berlebihan mengandungi paras kolesterol tidak baik (LDL) yang tinggi, dan kolesterol jenis ini boleh mencetuskan keradangan serta memburukkan keadaan sendi, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah lutut kering atau dry knee joints.
Selain itu, organ dalaman juga mengandungi pelbagai toksin semula jadi yang boleh menjejaskan kesihatan tulang dan mengganggu penyerapan kalsium iaitu mineral penting untuk kekuatan sendi dan ketahanan tulang rawan.
Apabila tubuh tidak dapat menyerap kalsium dengan baik, sendi menjadi lebih lemah, mudah terasa sakit, dan proses keradangan menjadi lebih aktif.
Disebabkan sifatnya yang tinggi purin, organ dalaman turut meningkatkan risiko serangan gout, yang boleh menyebabkan sendi menjadi bengkak, panas dan sangat sakit.
Justeru, pilihlah sumber protein yang lebih sihat seperti ayam tanpa kulit, ikan, telur, kekacang atau tauhu yang lebih mesra sendi dan tidak meningkatkan risiko keradangan.
10. Makanan Tinggi Gluten

Gluten ialah sejenis protein yang terdapat dalam gandum, barli, dan rai. Bagi sesetengah individu, pengambilan gluten boleh mencetuskan tindak balas imun yang menyebabkan keradangan dalam badan, termasuk pada sendi lutut.
Mereka yang sensitif terhadap gluten atau mempunyai penyakit seliak (coeliac disease) sering mengalami simptom seperti keradangan, sakit sendi, kekejangan dan ketidakselesaan apabila mengambil makanan yang mengandungi gluten.
Dalam kes penyakit seliak, gluten boleh mencetuskan tindak balas autoimun yang bukan sahaja merosakkan usus kecil, tetapi juga boleh menyebabkan sakit sendi yang berulang.
Sebuah kajian dalam Oxford Journal of Rheumatology melaporkan bahawa 41% pesakit RA menunjukkan peningkatan simptom selepas mengikuti diet bebas gluten. Ini menunjukkan bahawa sesetengah individu dengan masalah sendi mungkin turut mempunyai sensitiviti terhadap gluten tanpa disedari.
Oleh itu, pesakit disarankan memilih alternatif bebas gluten seperti beras, quinoa, oat bebas gluten, ubi dan bijirin lain yang lebih selamat untuk kesihatan sendi.
11. Makanan Tinggi Lemak Trans

Kajian dari Pakistan Journal of Medical Sciences, lemak trans sangat tidak baik untuk kesihatan sendi dan kardiovaskular, malah ia meningkatkan bengkak, kekakuan dan kesakitan pada lutut.
Lemak ini banyak ditemui dalam makanan terproses seperti biskut, kerepek, donat, pastri, makanan bergoreng dan makanan segera.
Dalam label makanan, ia biasanya disenaraikan sebagai “partially hydrogenated vegetable oils”, jadi penting untuk memeriksa label sebelum membeli.
Untuk diet lebih sihat, anda boleh tukarkan kepada sumber lemak sihat seperti minyak zaitun, avokado dan kekacang.
Kesimpulan
Kesimpulannya, menguruskan sakit lutut memerlukan pendekatan menyeluruh, dan diet memainkan peranan penting dalam mengawal keradangan.
Dengan mengelakkan makanan pantang untuk sakit lutut, anda dapat mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan bengkak, menyokong fungsi sendi dan memperbaiki pergerakan, sekaligus meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.
Berikut adalah makanan pantang untuk sakit lutut yang perlu anda elakkan:
- Makanan Tinggi Kandungan Gula
- Minuman Beralkohol
- Makanan yang Diproses
- Daging Merah
- Makanan Dengan Asid lemak Omega-6
- Makanan Tinggi Kandungan Garam
- Makanan Bergoreng
- Produk Tenusu
- Organ Dalaman Binatang
- Makanan Tinggi Gluten
- Makanan Tinggi Lemak Trans
Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah sakit lutut di sini:

