13 Hilangkan Selsema dan Hidung Tersumbat Yang Efektif

Apakah cara terbaik dan berkesan untuk hilangkan selsema dan hidung tersumbat yang boleh anda lakukan?

Selsema dan hidung adalah masalah kesihatan biasa yang sering dialami oleh semua orang, terutamanya semasa musim hujan dan perubahan cuaca yang tidak menentu.

Walaupun ia bukanlah penyakit yang serius dan menjadi perhatian ramai orang, namun tidak dinafikan gejala seperti kesesakan hidung, bersin berterusan, dan rasa tidak selesa boleh mengganggu aktiviti harian kita.

Selsema biasanya disebabkan oleh jangkitan virus, seperti rhinovirus, yang menyerang saluran pernafasan atas.

Selain makan ubat yang diberikan oleh doktor, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk melegakan simptom dan mempercepatkan proses pemulihan.

Artikel ini akan mengupas secara mendalam 13 cara berkesan hilangkan selsema dan hidung tersumbat.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan untuk merawat masalah selsema anda sekiranya semakin teruk dan tidak sembuh dalam tempoh yang sepatutnya. Jom kita mula dengan cara pertama untuk hilangkan selsema dan hidung tersumbat.

1. Minum Air Secukupnya

Pertama, pastikan anda minum air yang secukupnya. Menurut National Center for Biotechnology Information, penghidratan yang mencukupi memainkan peranan penting dalam membantu tubuh melawan selsema dan hidung tersumbat.

Apabila badan terhidrasi dengan baik, mukus di saluran pernafasan menjadi lebih cair, memudahkan proses pengeluarannya. Ini secara tidak langsung juga membantu mencegah mukus daripada menjadi pekat, yang boleh menyumbat saluran hidung dan sinus.

Kajian oleh National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, hidrasi yang baik menyokong sistem imun dengan meningkatkan peredaran darah dan memastikan sel-sel imun bergerak dengan lancar ke kawasan yang memerlukan perhatian.

Hal ini dibuktikan dengan fakta bahawa darah mengandungi 90 peratus air dan darah membawa oksigen ke bahagiain badan yang lain.

Minuman seperti air kosong, teh herba tanpa kafein, atau sup panas adalah pilihan terbaik kerana ia tidak menyebabkan dehidrasi.

2. Menggunakan Saline Nasal Spray

hilangkan selsema dan hidung tersumbat saline

Saline nasal spray, atau semburan hidung air garam, adalah cara yang selamat dan berkesan untuk hilangkan selsema dan hidung tersumbat.

Menurut Rhinology Online, larutan ini bekerja dengan mencuci keluar kotoran, alergen, dan mukus yang terkumpul di dalam rongga hidung, sekali gus mengurangkan keradangan. Ia membantu melembapkan saluran hidung yang mungkin menjadi kering akibat persekitaran atau jangkitan.

Kajian perubatan oleh The University of Edinburgh menyarankan penggunaan semburan saline sebagai rawatan sokongan untuk pesakit sinusitis atau selsema kerana ia tidak mempunyai kesan sampingan yang merbahaya dan boleh digunakan dengan kerap, termasuk oleh kanak-kanak dan bayi.

3. Penyedutan Wap

Menyedut wap adalah salah satu cara semula jadi yang berkesan untuk hilangkan selsema dan hidung tersumbat. Hal ini jelas kerana, wap air panas membantu melembapkan saluran hidung, melonggarkan mukus, dan mengurangkan keradangan.

Berikut adalah proses untuk melakukan penyedutan wap atau stim:

  1. Panaskan air sehingga mendidih.
  2. Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam mangkuk.
  3. Letakkan tuala di belakang kepala anda seperti selubung.
  4. Hidupkan pemasa.
  5. Tutup mata anda dan perlahan-lahan tundukkan kepala ke arah air panas sehingga jaraknya kira-kira 8 hingga 12 inci dari permukaan air. Berhati-hati agar tidak bersentuhan langsung dengan air.
  6. Tarik nafas perlahan dan dalam melalui hidung selama sekurang-kurangnya dua hingga lima minit.

Anda boleh menambahkan minyak pati seperti eucalyptus atau peppermint untuk kesan tambahan. Kajian oleh National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, penyedutan wap boleh mengurangkan tempoh gejala selsema.

4. Menggunakan Pelembap Udara (Humidifier)

hilangkan selsema dan hidung tersumbat humidifier

Cara hilangkan selsema dan hidung tersumbat yang seterusnya adalah dengan menggunakan humidifier atau pelembap udara.

Penyelidikan dari Respiratory Medicine mendapati bahawa, persekitaran yang lembap boleh membantu mengurangkan simptom selsema dengan ketara.

Udara kering, terutamanya semasa musim sejuk atau di bilik berhawa dingin, boleh memperburuk hidung tersumbat dengan menyebabkan membran mukus menjadi kering dan iritasi.

Pelembap udara meningkatkan kelembapan dalam ruang udara, yang membantu mencegah pengeringan saluran pernafasan dan mukus.

Udara yang lembap membantu mukus kekal cair dan mudah dikeluarkan. Pelembap udara juga sangat berguna untuk mereka yang kerap mengalami hidung berdarah akibat kekeringan atau ketika sukar bernafasa pada waktu malam.

5. Berkumur dengan Air Garam

Berkumur dengan air garam suam adalah salah satu cara terbaik untuk hilangkan selsema dan hidung tersumbat. Kedua-dua kajian oleh  Institute for Clinical Systems Improvement dan American Cancer Society (ACS) menyatakan bahawa, air garam membantu membasmi bakteria dan virus yang mungkin berada di belakang tekak serta melonggarkan mukus yang melekat di kawasan tersebut.

Larutan air garam juga dapat melonggarkan mukus yang melekat di belakang tekak. Kajian klinikal menunjukkan bahawa teknik ini boleh mengurangkan keradangan dan mencegah komplikasi selsema seperti sinusitis.

Anda boleh tambahkan setengah sudu teh garam ke dalam 8 auns air suam, dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Sesetengah resepi mengesyorkan kepada anda untuk menambah 1 sudu teh baking soda atau serbuk penaik.

Untuk menggunakan larutan berkumur air garam:

  1. Ambil larutan secukupnya ke dalam mulut mengikut keselesaan.
  2. Kumur air garam di bahagian belakang tekak.
  3. Bilas di sekitar mulut, gigi, dan gusi.
  4. Luahkan larutan tersebut.

Anda disarakan untuk berkumur larutan air garam selama mungkin. Walaupun larutan air garam ini selamat untuk ditelan, tetapi lebih baik untuk anda luahkannya.

Untuk kesan yang maksimum, dicadangkan untuk anda berkumur dengan air garam sekali atau dua kali sehari.

6. Menggunakan Bantal Tambahan

hilangkan selsema dan hidung tersumbat bantal

Tidur dengan kepala yang sedikit terangkat menggunakan bantal tambahan adalah teknik mudah tetapi sangat efektif untuk hilangkan selsema dan hidung tersumbat terutamanya pada waktu malam.

Berdasarkan kajian oleh National Center for Biotechnlogy Information, dengan posisi kepala yang lebih tinggi, graviti membantu mengalirkan mukus keluar dari rongga hidung, sekali gus mengelakkan pengumpulan mukus yang boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat sepenuhnya.

Teknik ini juga meningkatkan pernafasan semasa tidur dan membantu mendapatkan rehat yang lebih berkualiti.

7. Menggunakan Madu dan Lemon

hilangkan selsema dan hidung tersumbat lemon madu

Kombinasi madu dan lemon bukan sahaja melegakan tekak yang sakit tetapi juga memberi kesan anti-bakteria dan anti-radang.

Madu, yang kaya dengan sifat antibakteria dan anti-radang, membantu melembapkan saluran pernafasan dan melegakan tekak yang sakit. Lemon pula kaya dengan vitamin C, yang dikenali sebagai penguat sistem imun.

Menurut kajian oleh Primary Care Respiratory Medicine, madu bukan sahaja membantu mengurangkan batuk, tetapi juga mempercepatkan pemulihan daripada simptom selsema. Pengambilan madu dengan air suam dan perahan lemon boleh menjadi pilihan yang selamat dan menyenangkan untuk semua peringkat umur.

8. Mengamalkan Sup Ayam Panas

hilangkan selsema dan hidung tersumbat sup ayam

Sup ayam bukan sahaja makanan yang selesa tetapi juga berfungsi sebagai anti-radang ringan yang membantu meredakan kesesakan hidung.

Ia juga mengandungi nutrien penting yang membantu pemulihan. Kajian oleh National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, sup ayam boleh mengurangkan keradangan dengan menghalang pergerakan neutrofil, iaitu sel darah putih yang memainkan peranan dalam tindak balas keradangan.

Wap dari sup panas juga membantu membuka saluran hidung yang tersumbat, memberikan kelegaan segera.

9. Menggunakan Essential Oils

Minyak pati seperti peppermint dan eucalyptus terkenal dengan sifat decongestant yang membantu membuka saluran hidung yang tersumbat. Minyak ini mengandungi komponen aktif seperti menthol dan cineole yang mempunyai sifat dekongestan dan anti-radang.

Anda boleh menyedut wap minyak pati ini atau mencampurkannya dengan minyak pembawa untuk disapukan pada dada. Komponen aktif sepert menthol dalam peppermint membantu meningkatkan pernafasan dengan merangsang reseptor hidung.

Kajian dari Asian Pasific Journal of Tropical Biomedicine menunjukkan bahawa, minyak pati ini juga membantu merangsang reseptor hidung, memberikan sensasi pernafasan yang lebih lega.

10. Mengambil Suplemen Zink

Suplemen zink dapat mempercepatkan pemulihan dari selsema jika diambil sebaik sahaja simptom bermula. Ia bekerja dengan menghalang virus selsema daripada mereplikasi, sekali gus mengurangkan tempoh penyakit.

Kajian oleh The Journal of Family Practice mendapati bahawa, lozenge zink atau suplemen zink boleh memendekkan tempoh selsema hingga 33%.

11. Rehat yang Cukup

hilangkan selsema dan hidung tersumbat rehat

Rehat adalah faktor penting dalam proses pemulihan hilangkan selsema dan hidung tersumbat. Tidur membantu tubuh fokus pada pemulihan dengan meningkatkan aktiviti sistem imun. Apabila tubuh kurang tidur, sistem imun melemah, menyebabkan jangkitan bertahan lebih lama.

Kajian oleh National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari membantu meningkatkan aktiviti sel pembunuh semula jadi (NK cells), yang penting untuk melawan virus.

12. Mengambil Makanan Kaya Vitamin C

hilangkan selsema dan hidung tersumbat vitamin c

Vitamin C dikenali untuk meningkatkan imuniti dan membantu melawan jangkitan. Ia berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Sumber vitamin C yang baik termasuk buah sitrus, kiwi, strawberi, dan sayur-sayuran hijau adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan imuniti.

Penyelidikan mencadangkan bahawa walaupun vitamin C tidak dapat sepenuhnya mencegah selsema, ia boleh mengurangkan keparahan simptom dan tempoh pemulihan.

13. Mengelakkan Makanan Pencetus Mukus

Akhir sekali, cara hilangkan selsema dan hidung tersumbat adalah dengan mengelakkan diri dari makan makanan yang berisiko memacu kepada penyakit ini.

Makanan seperti susu dan produk tenusu dipercayai oleh sesetengah orang boleh meningkatkan pengeluaran mukus, walaupun ini masih menjadi perdebatan dalam komuniti saintifik.

Produk ini dipercayai meningkatkan kelikatan mukus, menjadikannya sukar untuk dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan iritasi seperti makanan pedas atau berminyak dapat membantu mengurangkan simptom selsema.

Kesimpulan

Kesimpulannya, selsema dan hidung tersumbat mungkin dianggap sebagai masalah kesihatan ringan, tetapi ia juga boleh memberi kesan ketara kepada keselesaan dan produktiviti harian.

Dengan mengamalkan cara hilangkan selsema dan hidung tersumbat yang dinyatakan tadi, gejala selsema dapat dikurangkan dengan efektif. Kaedah-kaedah ini bukan sahaja mampu membantu meredakan ketidakselesaan tetapi juga menyokong tubuh untuk melawan jangkitan dengan lebih cepat.

Namun, jika simptom berlarutan lebih dari seminggu atau disertai dengan tanda-tanda yang lebih serius seperti demam tinggi atau sakit dada, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan segera.

Dengan menggabungkan langkah-langkah ini dan menjaga kesihatan tubuh secara menyeluruh, anda dapat menghadapi selsema dengan lebih tenang dan kembali kepada rutin harian dengan lebih cepat.

Berikut adalah tips berkesan untuk hilangkan selsema dan hidung tersumbat yang boleh anda cuba:

  1. Minum Air Secukupnya
  2. Menggunakan Saline Nasal Spray
  3. Penyedutan Wap
  4. Menggunakan Pelembap Udara (Humidifier)
  5. Berkumur dengan Air Garam
  6. Menggunakan Bantal Tambahan
  7. Menggunakan Madu dan Lemon
  8. Mengamalkan Sup Ayam Panas
  9. Menggunakan Essential Oils
  10. Mengambil Suplemen Zink
  11. Rehat yang Cukup
  12. Mengambil Makanan Kaya Vitamin C
  13. Mengelakkan Makanan Pencetus Mukus

Anda boleh baca segala informasi berkenaan masalah selsema di sini:

Similar Posts

Leave a Reply