Gula Sakit Tekak: Jenis, Jenama & Kesan Sampingannya

Rawatan yang paling biasa adalah gula sakit tekak atau lozeng. Namun adakah dengan menghisap gula sakit tekak ini benar-benar boleh memberi kesan melegakan dan menyembuhkan sakit tekak anda?

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan jenis-jenis gula sakit tekak dan keberkesannya dalam melegakan tekak yang sakit.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah sakit tekak anda berlarutan. Jom kita mula dengan apa itu gula sakit tekak?

Apa Itu Gula Sakit Tekak?

gula sakit tekak maksud

Gula sakit tekak atau lozeng adalah sejenis ubat pepejal yang perlu dihancurkan secara perlahan-lahan di dalam mulut agar ia meliputi semua rongga mulut.

Ia merupakan manisan yang mengandungi ubat dan dapat memberikan kelegaan sementara serta mengurangkan rasa gatal yang berlaku disebabkan sakit tekak.

Bagaimana Gula Sakit Tekak Bertindak?

Gula sakit tekak bertindak dengan melarut secara perlahan-lahan bila dihisap di dalam mulut atau dikunyah dan ditelan.

Ia juga sering digunakan untuk memberi kesan setempat di dalam mulut, dan ini membantu mengurangkan ketidakselesaan dengan lebih cepat berbanding ubat yang perlu diproses dalam sistem pencernaan terlebih dahulu.

Setiap gula sakit tekak ini mengandungi bahan yang berbeza-beza fungsinya. Ada yang mengandungi bahan aktif yang dapat mengurangkan kesakitan, mengubati jangkitan dan boleh melegakan batuk.

Jenis Gula Sakit Tekak

Menurut kajian dari Materials Science and Materials Engineering, terdapat tiga jenis gula sakit tekak yang boleh anda temukan.

Setiap jenis lozeng ini mempunyai kelebihan dan penggunaan yang tersendiri bergantung kepada sifat ubat dan keperluan klinikal.

1. Lozeng Keras

Lozeng keras dihasilkan menggunakan sukrosa atau gula lain dengan proses yang sama dengan pembuatan gula-gula keras.

Tujuan utama lozeng keras adalah untuk perlahan-lahan larut dalam mulut, membolehkan ubat dibebaskan secara beransur-ansur di kawasan oral. Lozenges jenis keras akan larut dalam tempoh masa 5 – 10 minit di dalam mulut.

Bahan asas tablet ini terdiri daripada dextrose, MCC (Microcrystalline Cellulose), dan povidone.

2. Lozeng Lembut

Lozeng lembut biasanya dibuat menggunakan PEG dengan berat molekul yang mencukupi untuk memastikan pelarutan perlahan dalam air liur. Ia mudah dikompaun dan berwarna serta berperisa.

Lozeng jenis ini memberikan sensasi yang lebih lembut berbanding lozeng keras dan cenderung larut dengan lebih perlahan.  Ia boleh dikunyah, ditelan atau dibiarkan cair dalam mulut secara perlahan-lahan.

3. Lozeng Kunyah

Lozeng kunyah berbeza daripada lozeng keras dan lembut kerana ia direka untuk dikunyah sebelum akhirnya larut.

Lozeng jenis ini biasanya dihasilkan menggunakan asas gelatin gliserin yang terdiri daripada campuran gliserin, gelatin, dan air.

Lozeng kunyah sesuai untuk mereka yang mungkin mempunyai kesukaran membiarkan lozeng larut dengan sendirinya di dalam mulut, sambil memberikan pelepasan ubat yang lebih cepat melalui kunyahan.

Jenama Gula Sakit Tekak Yang Berkesan

Setiap jenis gula sakit tekak ini mempunyai bahan aktif yang berbeza-beza. Justeru anda perlu perhatikan jenama dan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya dahulu sebelum dimakan.

1. Difflam AB Sore Throat Lozenges

gula sakit tekak Difflam

Gula sakit tekak ini mengandungi bahan aktif benzydamine dan antiseptik yang berfungsi untuk melegakan sakit tekak dengan cepat dan mengurangkan keradangan dalam kerongkong.

Ia sesuai untuk pesakit yang mengalami tekak bengkak atau keradangan kerana kesan anti-radang yang efektif.

2. Ricola Swiss Herb Candy

Ricola terkenal dengan campuran herba semula jadi dari Swiss. Gula sakit tekak ini bukan sahaja memberikan kelegaan kepada sakit tekak, tetapi juga melembapkan tekak kering.

Rasanya yang menyegarkan berasal dari ramuan seperti peppermint dan thyme.

3. Strepsils Lozenges

Strepsils mengandungi antiseptik seperti amylmetacresol dan dichlorobenzyl alcohol yang membantu membunuh bakteria atau virus yang mungkin menyumbang kepada sakit tekak, memberikan kelegaan yang lebih cepat.

Ia tersedia dalam pelbagai perisa, termasuk madu dan lemon yang menenangkan, menjadikannya pilihan popular untuk rawatan segera.

4. Woods Lozenges

Diformulasi untuk mengurangkan batuk dan sakit tekak, Woods Lozenges mengandungi bahan seperti mentol dan eucalyptus yang memberi kesan melegakan dengan cepat.

Ia juga membantu membersihkan saluran pernafasan untuk rasa lega yang lebih tahan lama.

5. Hudson’s Eumenthol Jujubes Classic

Gula sakit tekak klasik ini menggabungkan mentol dan eucalyptus untuk untuk memberikan kelegaan segera kepada tekak yang gatal dan batuk.

Ia juga memberikan sensasi sejuk yang menyegarkan boleh mengebaskan kerongkong untuk mengurangkan rasa sakit, sesuai untuk kegunaan harian ketika menghadapi masalah pernafasan.

6. Dequadin Pastilles Lemon

Mengandungi dequalinium chloride yang bertindak sebagai antiseptik, Dequadin sangat baik untuk rawatan tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Perisa lemon menambah rasa yang menyenangkan sambil melegakan tekak yang sakit.

7. Comvita Soothing Manuka Honey Lozenges

gula sakit tekak comvita

Lozenges ini menggunakan madu Manuka, yang terkenal dengan sifat antibakteria semula jadinya.

Ia memberikan kelegaan kepada sakit tekak sambil menyokong pemulihan dengan ciri penyembuhan madu yang kuat.

8. Fisherman’s Friend Lozenges

gula sakit tekak fisherman

Menurut National Center for Biotechnology Information, lozenges ini mempunyai kandungan mentol yang tinggi, memberikan kelegaan yang sangat berkesan untuk tekak yang perit serta membantu membuka saluran pernafasan yang tersumbat.

Ia juga terkenal dengan rasa yang kuat, menjadikannya efektif untuk mereka yang mengalami kesesakan hidung.

9. Sobenz Anti-inflammatory Lozenges

Sobenz mengandungi bahan anti-radang yang membantu mengurangkan bengkak dan keradangan di tekak.

Ini sangat berkesan untuk mereka yang menghadapi sakit tekak yang kronik atau tekak bengkak.

10. Coflix Lozenge

Coflix diformulasi dengan ramuan semula jadi yang memberikan kelegaan kepada batuk dan sakit tekak.

Kandungan mentolnya membantu memberikan sensasi sejuk dan menyegarkan, sambil melegakan iritasi di tekak.

Apa yang lagi menarik, Coflix Lozenge ini  sesuai untuk semua orang khususnya mereka yang mempunyai masalah diebetes kerana ia mengandungi kandungan gula yang kurang daripada 25%.

11. Avosil Lozenge

Lozenges ini membantu melegakan sakit tekak dengan formula antiseptik yang membantu melawan bakteria di dalam mulut dan tekak. Ia sesuai untuk mereka yang mencari rawatan berkesan terhadap jangkitan bakteria ringan.

12. Manuka Honey Drops Lemon

Diformulasi dengan madu Manuka dan lemon, lozenge ini memberi manfaat tambahan daripada sifat antibakteria dan antioksidan semula jadi.

Menurut Journal of Research in Pharmacy, kandungan madu di dalamnya mampu menenangkan tekak yang sakit sambil menguatkan sistem imun dengan nutrien semula jadi.

Selain itu, Manuka Honey juga mempunyai tiga sebatian kuat– Methylglyoxal (MGO), Leptosperin dan Dihydroxyacetone (DHA).

Ia adalah produk keluaran New Zealand yang popular dan mengandungi tahap bioflavonoid aktif yang tinggi.

13. Himalaya Koflet Lozenges

Mengandungi herba semula jadi seperti licorice dan tulasi, Himalaya Koflet memberikan kelegaan yang lembut kepada sakit tekak dan membantu mengurangkan keradangan.

Madu terkenal dengan sifat anti-bakteria dan antioksidan yang memberikan kelegaan semula jadi. Ia juga berkesan untuk melegakan batuk kering dan iritasi tekak.

14. Herbion Linkus Nova Lozenges

Menurut National Center for Biotechnology Information, lozenges ini diformulasi dengan ekstrak tumbuhan semula jadi seperti thyme dan licorice, yang berfungsi melegakan sakit tekak dan batuk sambil menyokong kesihatan pernafasan.

Ia adalah pilihan yang baik untuk mereka yang ingin mengelakkan bahan kimia sintetik, sesuai untuk mereka yang ingin rawatan lebih semula jadi.

15. SAMBUCOL Soothing Candy Black

gula sakit tekak sambuccol

SAMBUCOL Soothing Candy Black merupakan salah satu produk elderberry yang paling banyak dikaji di dunia selama hampir 20 tahun oleh pakar virologi yang terkenal di dunia.

Lozenges ini mengandungi elderberry hitam, yang terkenal dengan sifat antivirus dan antioksidannya.

Kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa elderberry yang kaya dengan antioksidan untuk membantu mempercepat pemulihan tubuh dari jangkitan virus yang boleh menjadi penyebab sakit tekak.

Selain melegakan sakit tekak, ia juga membantu meningkatkan sistem imun dan melawan gejala selsema.

16. VICKS VapoDrops

Lozenges ini terkenal dengan kelegaan segera kepada tekak dan hidung yang tersumbat. Kandungan mentol yang kuat bukan sahaja melegakan sakit tekak tetapi juga membantu membuka saluran pernafasan yang tersumbat akibat selesema atau alergi.

Kesan Sampingan

Seperti kebanyakkan ubat, gula sakit tekak juga boleh mempunyai kesan sampingan bagi sesetengah individu.

Walaupun begitu, kesan sampingan yang biasa berlaku tidak serius seperti hipersensitiviti dan iritasi pada mulut.

Cara Makan Gula Sakit Tekak

Biarkan gula sakit tekak itu larut perlahan-lahan di dalam mulut anda dan telan cecair terlarut bersama air liur anda. Jangan kunyah atau telan keseluruhannya.

Ubat ini biasanya digunakan setiap 2 jam mengikut keperluan. Jika doktor anda telah mengarahkan anda untuk menggunakannya, ikut arahan doktor anda tentang cara menggunakannya.

Jangan tambahkan dos anda atau gunakan ubat ini lebih kerap atau lebih lama daripada yang diarahkan.

Baca dan ikut semua arahan yang diberikan pada kotak ubat sebelum menggunakan ubat tersebut. Jika anda mempunyai sebarang soalan, rujuk ahli farmasi anda.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis gula sakit tekak yang boleh anda makan untuk memberikan kelegaan yang cepat dan efisien, terutamanya apabila dipilih mengikut bahan yang sesuai dengan keperluan sakit tekak yang dihadapi.

Ia menawarkan kelegaan segera melalui bahan-bahan aktif yang melembutkan, menyejukkan, dan kadang-kadang membasmi kuman pada tekak. Dengan pelbagai pilihan bahan seperti anti-radang, pelembut semulajadi, mentol, atau madu, lozeng boleh membantu mengurangkan gejala seperti keradangan, gatal, dan pedih tekak.

Walau bagaimanapun, lozeng memberikan kelegaan sementara. Jadi jika sakit tekak yang anda rasakan tidak hilang, berterusan serta diikuti dengan simptom lain yang lebih serius, segeralah dapatkan rawatan perubatan di hospital.

Berikut adalah gula sakit tekak yang sesuai dimakan:

  1. Difflam AB Sore Throat Lozenges
  2. Ricola Swiss Herb Candy
  3. Strepsils Lozenges
  4. Woods Lozenges
  5. Hudson’s Eumenthol Jujubes Classic
  6. Dequadin Pastilles Lemon
  7. Comvita Soothing Manuka Honey Lozenges
  8. Fisherman’s Friend Lozenges
  9. Sobenz Anti-inflammatory Lozenges
  10. Coflix Lozenge
  11. Avosil Lozenge
  12. Manuka Honey Drops Lemon
  13. Himalaya Koflet Lozenges
  14. Herbion Linkus Nova Lozenges
  15. SAMBUCOL Soothing Candy Black
  16. VICKS VapoDrops

Anda juga boleh baca tentang informasi sakit tekak yang lain di sini:

Similar Posts

Leave a Reply