11 Cara Merawat Bisul yang Belum Pecah Dengan Betul

Bagaimanakah cara merawat bisul yang belum pecah dengan teknik yang betul serta selamat dari mendapat jangkitan berulang?

Bisul merupakan jangkitan kulit berbentuk benjolan yang dipenuhi nanah, biasanya berpunca daripada bakteria Staphylococcus aureus. Ia berlaku apabila folikel rambut atau kelenjar minyak tersumbat akibat kotoran, peluh, atau geseran kulit, seterusnya menyebabkan inflamasi dan jangkitan.

Bisul sering muncul di kawasan yang cenderung berpeluh atau mengalami geseran seperti paha, ketiak, leher, dan punggung.

Pada peringkat awal, bisul biasanya belum pecah dan memerlukan rawatan tepat bagi mengurankan kesakitan serta mempercepatkan proses penyembuhan. Jika tidak dirawat dengan betul, bisul boleh melarat, merebak, atau menimbulkan komplikasi serius.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda secara terperinci berkenaan dengan cara merawat bisul yang belum pecah dengan betul untuk rujukan anda.

1. Tuam Panas Secara Berkala

cara merawat bisul yang belum pecah tuam hangat

Tuam panas merupakan rawatan paling asas dan efektif untuk bisul yang belum pecah. Ia berfungsi dengan cara meningkatkan peredaran darah setempat di kawasan yang terjejas, seterusnya mempercepatkan proses pematangan bisul.

Apabila aliran darah meningkatkan, antibodi serta sel-sel darah putih akan dihantar dengan lebih banyak ke kawasan jangkitan, yang seterusnya membantu melawan bakteria penyebab bisul iaitu Staphylococcus aureus.

Cara penggunaan kompres hangat adalah dengan mengambil kain bersih atau tuala kecil, rendam dalam air suam sekitar 40 hingga 45 darjah Celsius, perah supaya tidak terlalu basah, kemudian letakkan pada bisul selama 15 hingga 20 minit.Ulang proses ini tiga hingga empat kali sehari secara konsisten.

Menurut kajian klinikal oleh National Center for Biotechnology Information, penggunaan tuam hangat terbukti mempercepatkan proses pematangan bisul daripada sekitar seminggu kepada tiga hingga empat hari sahaja.

2. Bersihkan dengan Antiseptik

Seterusnya, cara merawat bisul yang belum pecah adalah dengan menggunakan antiseptik. Menurut National Institute for Health and Care Excellence Clinical Guidelines, penggunaan antiseptik seperti chlorhexidine atau povidone-iodine pada permukaan kulit yang terdapat bisul sangat penting untuk mencegah jangkitan sekunder.

Antiseptik berfungsi membunuh atau mengurangkan pertumbuhan bakteria pada permukaan kulit, terutamanya bakteria penyebab bisul.

Membersihkan bisul secara berkala, misalnya dua hingga tiga kali sehari, dengan antiseptik membantu memastikan kawasan tersebut bebas daripada kontaminasi bakteria tambahan yang boleh memperlahankan penyembuhan.

Menurut National Center for Biotecnology Information, rawatan antiseptik yang teratur terbukti mampu mengurangkan risiko jangkitan lanjut secara signifikan dalam kebanyakan kes bisul ringan hingga sederhana.

3. Elakkan Memicit atau Menekan Bisul

cara merawat bisul yang belum pecah picit bisul

Tindakan memicit atau menekan bisul yang belum matang sangat berisiko tinggi. Ini kerana tindakan tersebut boleh memaksa bakteria masuk lebih dalam ke dalam lapisan kulit dan tisu lembut yang lebih dalam, menyebabkan bisul menjadi lebih besar, sakit dan meningkatkan risiko komplikasi serius seperti jangkitan darah (septisemia).

Selain itu, memicit bisul secara pramatang boleh menyebabkan parut kekal pada kulit akibat kerosakan tisu.

Justeru, cara merawat bisul yang belum pecah adalah dengan mengelakkan sama sekali perbuatan memicit atau memecahkan bisul sendiri tanpa nasihat atau bantuan profesional perubatan.

4. Sapukan Krim Antibiotik Topikal

Berdasarkan kajian oleh National Center for Biotechnology Information, krim antibiotik topikal seperti mupirocin atau fusidic acid membantu mempercepat penyembuhan bisul dengan cara membunuh atau mengurangkan pertumbuhan bakteria di kawasan terjejas.

Krim antibiotik ini biasanya digunakan dua hingga tiga kali sehari secara nipis ke atas bisul dan kawasan sekelilingnya.

Penggunaan krim antibiotik telah terbukti secara klinikal dalam jurnal American College of Clinical Pharmacy dapat mengurangkan saiz bisul secara signifikan dalam tempoh tiga hingga lima hari rawatan, serta mengurangkan risiko komplikasi seperti bisul menjadi abses atau merebak ke kawasan kulit lain.

5. Tutup dengan Pembalut atau Plaster Bersih

Menutup bisul yang belum pecah menggunakan pembalut steril atau plaster boleh dijadikan sebagai cara merawat bisul yang belum pecah. Hal ini kerana, ia membantu melindungi bisul daripada kontaminasi tambahan oleh kuman dari luar serta mengurangkan geseran dengan pakaian yang boleh menyebabkan iritasi lanjut.

Selain itu, kaedah ini membantu memastikan bakteria penyebab bisul tidak tersebar kepada individu lain melalui sentuhan atau persekitaran.

Menurut Harvard Health Publishing, menutup bisul dengan pembalut bersih terbukti dapat mengurangkan risiko penularan jangkitan, di samping mempercepatkan proses pemulihan kerana menggurangkan risiko trauma terhadap bisul

6. Gunakan Minyak Tea Tree (Minyak Pokok Teh)

cara merawat bisul yang belum pecah minyak tea tree

Berdasarkan kajian oleh National Center for Biotechnology Information, minyak tea tree adalah minyak pati semula jadi yang dikenali dengan sifat antibakteria, antikulat dan anti-inflamasinya. Apabila disapu pada bisul yang belum pecah (dicairkan terlebih dahulu dengan minyak pembawa seperti minyak zaitun atau minyak kelapa bagi mengelakkan iritasi kulit), ia membantu mengurangkan keradangan serta mengawal pertumbuhan bakteria penyebab bisul.

Menurut kajian dalam National Center for Biotechnology Information, minyak tea tree mempunyai kesan antibakteria yang kuat terhadap Staphylococcus aureus, seterusnya membantu mengecilkan bisul secara berkesan dalam masa beberapa hari penggunaan konsisten.

7. Tingkatkan Kebersihan Diri

cara merawat bisul yang belum pecah kebersihan diri

Di samping itu, memastikan kebersihan diri yang sempurna juga merupakan salah satu cara merawat bisul yang belum pecah dengan berkesan. Hal ini kerana, faktor kebersihan diri memainkan peranan penting dalam rawatan dan pencegahan bisul.

Mandi secara kerap dengan sabun antibakteria, menukar pakaian dan sarung tilam dengan lebih kerap, serta memastikan kawasan kulit yang berpeluh sentiasa bersih, dapat membantu mencegah bisul daripada menjadi semakin teruk.

Menurut Infectious Diseases Society of America, menjaga kebersihan diri secara konsisten dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit sebanyak 50-70%, selain mempercepatkan proses penyembuhan bagi bisul sedia ada.

8. Pengambilan Ubat Penahan Sakit dan Anti-inflamasi

Pengambilan ubat penahan sakit dan anti-inflamasi seperti paracetamol atau ibuprofen adalah langkah penting bagi mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh bisul.

Selain melegakan kesakitan, ubat anti-inflamasi seperti ibuprofen juga mampu mengurangkan bengkak dan kemerahan bisul. Penggunaan ubat anti-inflamasi secara terkawal dapat meningkatkan keselesaan pesakit semasa rawatan bisul, sekaligus memudahkan pesakit menjalani rawaran lain seperti kompres hangat atau sapuan krim antibiotik.

9. Gunakan Bahan Semula Jadi

cara merawat bisul yang belum pecah bahan semulajadi

Bagi anda yang lebih gemar dengan kaedah tradisional, anda boleh gunakan bahan semula jadi seperti kunyit sebagai salah satu cara merawat bisul yang belum pecah.

Menurut National Center for Biotechnology Information, kunyit mengandungi sebatian aktif yang dikenali sebagai kurkumin yang memiliki sifat anti-radang, antimikrob, dan antioksidan. Sapuan pes kunyit pada bisul yang belum pecah membantu mengurangkan inflamasi serta mempercepatkan proses pematangan dan penyembuhan bisul.

Kajian dalam International Journal of Molecular Sciences, menunjukkan bahawa kurkumin mempercepatkan penyembuhan luka serta mengurangkan inflamasi secara signifikan apabila disapukan pada kulit yang mengalami jangkitan bakteria.

10. Tingkatkan Imuniti Badan Dengan Diet dan Suplemen

Selain daripada rawatan luaran, cara merawat bisul yang belum pecah dari dalam badan juga amat penting dalam merawat bisul yang belum pecah dengan berkesan. Mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan vitamin C, zink, protein, dan antioksidan sangat membantu memperkukuhkan sistem imun tubuh.

Vitamin C merupakan nutrien penting yang berperanan dalam meningkatkan aktiviti sel darah putih, sekali gus mempercepatkan penyembuhan luka serta melawan jangkitan bakteria dengan lebih efisien.

Sumber vitamin C seperti limau, oren, kiwi, brokoli, dan sayur-sayuran hijau sangat disarankan dalam diet harian. Zink pula membantu dalam regenerasi tisu kulit serta meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan bakteria, manakala protein penting untuk pembinaan semula tisu yang rosak akibat inflamasi dan jangkitan.

Menurut kajian oleh National Center for Biotechnology Information, diet tinggi vitamin C, zink, dan protein secara signifikan mempercepatkan penyembuhan jangkitan kulit serta memperkuat sistem imun untuk mencegah pembentukan bisul baru.

Selain itu, pengambilan suplemen tambahan seperti vitamin C, multivitamin, dan probiotik juga boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan lagi ketahanan badan dalam melawan jangkitan bakteria yang menjadi punca bisul.

Dengan memperbaiki diet dan menambah baik daya tahan badan, bisul yang belum pecah bukan sahaja akan sembuh dengan lebih pantas, malah risiko jangkitan berulang turut dapat diminimumkan secara berkesan.

11. Dapatkan Nasihat atau Rawatan Doktor Jika Bisul Tidak Surut

cara merawat bisul yang belum pecah jumpa doktor

Jika bisul tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan atau semakin membesar dan menyakitkan selepas lima hingga tujuh hari rawatan di rumah, rawatan profesional oleh doktor adalah penting.

Menurut American Academy of Dermatology, seseorang individu disarankan untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala tertentu seperti bengkak atau kesakitan yang semakin teruk selepas beberapa hari, kemunculan bisul atau ketumbit tambahan, demam, atau masalah penglihatan.

Selain itu, jika seseorang kerap mengalami bisul berulang atau mempunyai beberapa bisul pada satu masa, mereka juga patut mendapatkan pemeriksaan lanjut. Ini kerana keadaan tersebut mungkin menandakan adanya masalah kesihatan lain yang mendasari, seperti sistem imun yang lemah.

Doktor boleh melakukan prosedur kecil seperti insisi dan drainase untuk mengeluarkan nanah secara steril serta memberikan antibiotik oral jika jangkitan serius atau merebak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara merawat bisul yang belum pecah yang boleh anda lakukan dengan selamat di rumah.

Merawat bisul yang belum pecah dengan betul adalah langkah penting bagi memastikan penyembuhan yang pantas serta mencegah komplikasi serius.

Rawatan seperti tuam panas, antiseptik, antibiotik topikal, perlindungan luka, dan penjagaan kebersihan diri merupakan asas penting dalam pengurusan bisul secara efektif.

Penggunaan bahan semula jadi seperti minyak tea tree and kunyit juga memberikan menfaat tambahan yang disokong oleh kajian santifik. Sekiranya bisul berterusan atau bertambah buruk, intervensi doktor diperlukan untuk memastikan rawatan yang lebih efektik dan mencegah komplikasi yang lebih serius.

Pengurusan awal dan efektif terhadap bisul bukan hanya mempercepatkan penyembuhan tetapi juga membantu mengurangkan kesakitan, mencegah penyebaran jangkitan, dan memastikan kesihatan kulit yang lebih baik dalam jangka panjang.

Berikut  adalah cara merawat bisul yang belum pecah dengan selamat:

  1. Tuam Panas Secara Berkala
  2. Bersihkan dengan Antiseptik
  3. Elakkan Memicit atau Menekan Bisul
  4. Sapukan Krim Antibiotik Topikal
  5. Tutup dengan Pembalut atau Plaster Bersih
  6. Gunakan Minyak Tea Tree (Minyak Pokok Teh)
  7. Tingkatkan Kebersihan Diri
  8. engambilan Ubat Penahan Sakit dan Anti-inflamasi
  9. Gunakan Bahan Semula Jadi
  10. Tingkatkan Imuniti Badan Dengan Diet dan Suplemen
  11. Dapatkan Nasihat atau Rawatan Doktor Jika Bisul Tidak Surut

Anda juga boleh baca informasi lain tentang bisul di sini:

Similar Posts

Leave a Reply