10 Cara Menghilangkan Sakit Lutut Dengan Cepat

Cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat menjadi topik yang semakin mendapat perhatian kerana masalah ini bukan hanya dialami oleh warga emas, tetapi juga golongan muda yang aktif bekerja dan bersukan.

Sepanjang hidup kita, lutut menanggung tekanan yang sangat besar seperti setiap langkah, pergerakan, dan aktiviti fizikal memberi beban kepada sendi ini. Faktor seperti jenis pekerjaan, gaya hidup, tahap aktiviti fizikal, serta keadaan sosial dan ekonomi turut mempengaruhi tahap kesihatan lutut seseorang.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Indian Journal of Community Medicine, lebih daripada 50% individu berusia 50 tahun ke atas di India mengalami sakit lutut.

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan pergerakan, malah turut menurunkan kualiti hidup. Sakit lutut lazimnya berpunca daripada haus dan lusuh pada sendi yang melemahkan otot serta ligamen di sekelilingnya.

Artikel ini akan membincangkan 10 cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat dan selamat.

1. Rehatkan Lutut

cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat rehatkan lutut

Antara cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat ialah dengan memberi masa kepada lutut untuk berehat sepenuhnya.

Elakkan daripada melakukan aktiviti yang memberi tekanan berlebihan seperti berjalan jauh, menaiki tangga, atau berdiri terlalu lama kerana ia boleh memburukkan lagi kesakitan. Jika lutut terasa sakit, itu mungkin isyarat bahawa sendi anda memerlukan rehat.

Kajian dari National Center for Biotechnology Information mencadangkan untuk anda cuba letakkan bantal di bawah lutut ketika berbaring untuk mengurangkan tekanan pada sendi. Sekiranya anda tidur mengiring pula, letakkan bantal di antara kedua-dua lutut untuk mengelakkan berat kaki atas menekan lutut yang sakit.

Bagi yang tidur menelentang pula, posisi bantal di bawah lutut boleh membantu mengurangkan ketegangan, terutamanya bagi mereka yang mengalami sakit di bahagian tempurung lutut (patella).

Selain itu, ketika duduk, elakkan membengkokkan lutut pada sudut 90 darjah terlalu lama kerana ini menyebabkan tempurung lutut menekan ke dalam alur tulang paha dan boleh menimbulkan rasa sakit.

Cuba luruskan kaki setiap lima minit bagi mengurangkan tekanan pada sendir. Elakkan juga duduk bersila kerana pergerakan berpintal dalam posisi ini boleh menambah keradangan dan kesakitan.

Dengan rehat, yang mencukupi, sakit lutut biasanya akan beransur pulih dalam masa dua hari. Namun, jika kesakitan berterusan, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk rawatan lanjut.

2. Letakkan Ais pada Lutut yang Sakit

cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat letak ais

Penggunaan ais merupakan antara cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat dan berkesan untuk mengurangkan sakit serta bengkak pada lutut, terutamanya jika kesakitan baru berlaku akibat kecederaan seperti terseliuh atau tekanan berlebihan.

Prinsip asasnya mudah. Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, ais untuk kecederaan baru (akut), manakala haba untuk sakit kronik atau artritis. Ais membantu mengecutkan salur darah kecil di bahagian yang cedera, sekali gus mengurangkan radang dan rasa sakit.

Cara terbaik ialah tuam lutut dengan pek ais yang dibalut tuala nipis selama kira-kira 20 minit setiap kali, dan ulang beberapa kali sehari. Jangan sesekali meletakkan ais secara langsung pada kulit kerana ia boleh menyebabkan iritasi atau luka akibat suhu sejuk melampau.

Selain pek ais biasa, anda juga boleh menggunakan balutan gel khas yang boleh dibekukan dan dipakai mengelilingi lutut selama 20 minit bagi kesan sejuk yang lebih sekata.

Ingat, rawatan ais tidak menyembuhkan punca sakit lutut, tetapi ia berkesan mengurangkan bengkak dan memberi kelegaaan segara pada sendi yang tercedera.

3. Balut Lutut

cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat balut lutut

Cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat yang berikutnya adalah dengan membalut lutut.

Anda boleh menggunakan pembalut elastik atau compression sleeve bagi memberikan sokongan pada lutut yang tercedera. Balutan ini membantu melancarkan aliran darah, mengurangkan tekanan pada sendi, serta melegakan kesakitan.

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati. Jangan membalut lutut terlalu ketat kerana ia boleh menghalang peredaran darah dan menyebabkan kebas atau rasa tidak selesa.

Balut lutut dengan kemas tetapi pastikan masih ada ruang untuk pergerakan ringan, dan periksa agar jari kaki tidak menjadi sejuk atau pucat.

Anda juga boleh menggunakan pendakap lutut (knee brace) bagi memberi sokongan tambahan dan memastikan tekanan diagihkan secara sekata di sekitar sendi.

Dengan cara ini, lutut yang sakit akan lebih stabil, bengkak akan berkurangan, dan proses penyembuhan menjadi lebih cepat serta berkesan.

4. Pengambilan Suplemen

Ramai yang tidak sedar bahawa pengambilan suplemen tertentu sebenarnya boleh dijadikan sebagai cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat.

Kajian dari International Journal of Rheumatology mendapati bahawa, suplemen sendi yang mengandungi bahan aktif seperti glucosamine dan chondroitin sangat bermanfaat untuk melindungi sendi kerana kedua-dua bahan ini secara semula jadi terdapat dalam rawan (cartilage) yang berfungsi sebagai pelindung antara tulang.

Rawan inilah yang memastikan sendi kekal licin dan mengelakkan tulang bergesel antara satu sama lain.

Namun, apabila usia meningkat, lapisan rawan ini akan menipis atau rosak, menyebabkan rasa sakit, ketidakselesaan, dan pergerakan menjadi terhad.

Justeru, apa jua suplemen yang diambil, konsistensi adalah kunci utama. Amalkan pada waktu yang sama setiap hari selama sekurang-kurangnya tiga bulan untuk melihat kesan yang ketara pada kesihatan lutut anda.

5. Urutan

cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat urutan

Urutan lutut atau paha, termasuk urutan sendiri, boleh membantu mengurangkan kesakitan lutut dan melancarkan peredaran darahh di kawasan sendi.

Menurut saranan American Massage Therapy Association (AMTA), terdapat beberapa teknik mudah yang boleh dilakukan di rumah.

  1. Pertama, genggam tangan secara longgar menjadi penumbuk, kemudian ketuk bahagian atas, bawah dan tengah paha sebanyak 10 kali dengan kedua-dua tangan, dan ulang tiga kali.
  2. Kedua, dalam posisi duduk dengan tapak kaki rata di lantai, letakkan bahagian bawah tapak tangan di atas paha dan gerakkan ke arah lutut, kemudian lepaskan. Ulang lima kali dan lakukan juga pada bahagian luar serta dalam paha.
  3. Ketiga, tekan tisu di sekitar lutut menggunakan empat jari dan gerakkan ke atas dan ke bawah sebanyak lima kali, kemudian ulang di sekeliling lutut.
  4. Akhir sekali, letakkan tapak tangan di atas paha, gelongsorkan ke bawah melalui lutut, kemudian gerakkan semula ke bahagian luar paha.

Urutan pada otot paha ini dapat memberi kesan positif kepada lutut kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan aliran darah ke kawasan sendi.

6. Aktiviti Fizikal

Walaupun sakit lutut boleh menyukarkan pergerakan pada awalnya, aktiviti fizikal yang konsisten sebenarnya membantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan keupayaan sendi.

Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, senaman merangsang penghasilan endorfin, iaitu bahan semula jadi tubuh yang bertindak sebagai painkiller, serta meningkatkan kekuatan otot, fleksibiliti dan daya tahan.

Pilih aktiviti ringan yang tidak membebankan lutut seperti berjalan, berbasikal statik, berenang, water aerobics, tai chi, atau yoga.

Jika perlu, dapatkan bimbingan ahli fisioterapi bagi menentukan jenis senaman yang selamat dan sesuai dengan keadaan lutut anda.

Kajian dari  American College of Rheumatology (ACR) and the Arthritis Foundation (AF) menunjukkan, senaman juga boleh melambatkan perkembangan osteoartritis (OA), membantu mengawal berat badan dan meningkatkan kesihatan jantung serta paru-paru.

Untuk hasil terbaik, amalkan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti sederhana seminggu, dan pastikan anda kekal aktif serta tidak duduk terlalu lama bagi mengekalkan kelancaran sendi dan mengurangkan sakit lutut.

7. Pakai Kasut yang Menyokong

cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat pakai kasut yang menyokong

Pemilihan kasut yang sesuai memainkan peranan penting sebagai cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat.

Ramai menganggap kasut bertapak lembut atau squishy lebih selesa, namun sebenarnya jenis ini tidak memberi sokongan yang baik kepada pergelangan kaki, lutut, pinggul dan tulang belakang.

Setiap langkah yang diambil menghasilkan hentakan yang bermula dari tapak kaki, naik ke lutut, kemudian ke pinggul dan belakang badan. Jika kasut tidak mempunyai sokongan dan penyerapan hentakan yang mencukupi, tekanan ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi sakit lutut.

Menurut kajian dari Northeast Knee and Joint Institute, kasut yang tidak sesuai saiz atau mengubah postur dan gaya berjalan juga boleh menjejaskan penjajaran lutut.

Untuk memilih kasut yang sesuai, pertimbangkan beberapa perkara penting:

  • Fleksibiliti: Pastikan kasut boleh dibengkokkan sedikit; kasut yang terlalu keras boleh menjejaskan langkah dan meningkatkan sakit lutut.
  • Ketinggian tumit: Pilih kasut dengan perbezaan tinggi tumit dan hujung jari yang tidak terlalu ketara.
  • Tapak kasut: Gunakan kasut dengan tapak bersaiz dan ketebalan sederhana bagi kestabilan optimum.
  • Keselesaan: Elakkan kasut yang menekan atau mencubit kaki; pilih yang benar-benar selesa dipakai.
  • Bentuk kasut: Pilih kasut yang sepadan dengan bentuk kaki anda. Boleh cuba menjejak kaki di atas lakaran bentuk kasut untuk memastikan kesesuaian.

Sebaiknya beli kasut pada waktu petang atau malam kerana kaki akan sedikit mengembang selepas seharian berjalan.

Bawa juga stoking yang biasa dipakai dan cuba berjalan di dalam kedai untuk menilai keselesaan serta sokongan kasut tersebut.

Jangan lupa menukar kasut setiap 300–500 batu penggunaan atau kira-kira setiap 9 bulan, terutamanya jika tapak kasut sudah haus.

8. Perubahan Diet

cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat perubahan diet

Cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat yang seterusnya adalah dengan mengamalkan perubahan diet.

Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti ikan salmon, sardin, dan biji chia terbukti membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi.

Dalam masa yang sama, berat badan berlebihan memberi tekanan tambahan kepada lutut dan meningkatkan risiko artritis.

Oleh itu, menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal dapat mengurangkan beban pada sendi serta memperbaiki kesihatan lutut.

Dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar diet untuk menentukan jumlah berat yang perlu dikurangkan dan jenis diet yang sesuai agar kesakitan lutut dapat diurus dengan lebih berkesan.

9. Ubat-Ubatan

Mengambil ubat-ubatan tertentu boleh membantu sebagai cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat, terutama jika puncanya berkaitan dengan keradangan atau artritis.

Antara pilihan yang biasa digunakan ialah ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen dan naproxen, yang boleh diambil secara makan atau disapu secara luaran (topikal).

Ubat ini membantu mengurangkan bengkak dan rasa sakit pada sendi, dan kebanyakannya boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi.

Selain itu, krim atau gel capsaicin yang diperbuat daripada ekstrak cili juga boleh digunakan untuk melegakan kesakitan dengan menyekat isyarat saraf yang menghantar rasa sakit.

Untuk kes lutut yang lebih teruk, doktor mungkin akan menyarankan suntikan steroid terus ke dalam sendi bagi mengurangkan dengan lebih cepat dan berkesan.

Walaupun sesetengah ubat boleh diambil memastikan rawatan yang dipilih sesuai dengan keadaan kesihatan anda. Dengan penggunaan ubat yang betul dan teratur, rasa sakit lutut dapat dikurangkan dengan cepat dan membantu anda kembali bergerak dengan lebih selesa.

10. Kawal Berat Badan

Berat badan berlebihan memberi tekanan tambahan pada lutut dan meningkatkan risiko sakit sendi artritis.

Berdasarkan kajian dari The Journal of Rhematology, menurunkan berat badan dapat membantu mengurangkan beban pada lutut, menurunkan tahap keradangan dalam badan, dan memperbaiki pergerakan sendi.

Mengekalkan berat badan ideal bukan sahaja mengurangkan kesakitan tetapi juga mencegah kerosakan jangka panjang pada lutut.

Untuk hasil yang selamat, dapatkan nasihat doktor atau pakar diet bagi menentukan sasaran berat dan pelan pemakanan yang sesuai.

Kesimpulan

Kesimpulannya, menjaga kesihatan lutut memerlukan perhatian berterusan melalui gaya hidup sihat, rawatan yang sesuai, dan langkah pencegahan yang konsisten.

Setiap individu mungkin memerlukan pendekatan berbeza bergantung pada tahap kesakitan dan puncanya. Namun begitu, jika sakit lutut tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan atau semakin teruk, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

Doktor mungkin akan merujuk agar masalah lutut dapat ditangani sebelum menjadi lebih serius.

Dengan rawatan awal dan penjagaan yang betul, kesakitan lutut dapat dikawal serta fungsi sendi dapat dikembalikan dengan lebih baik.

Berikut adalah cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat yang boleh anda lakukan:

  1. Rehatkan Lutut
  2. Letakkan Ais pada Lutut yang Sakit
  3. Balut Lutut
  4. Ambil Suplemen Vitamin untuk Mencegah atau Mengurus Sakit Lutut
  5. Urutan
  6. Aktiviti Fizikal
  7. Pakai Kasut yang Menyokong
  8. Perubahan Diet
  9. Ubat-Ubatan
  10. Kawal Berat Badan

Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah sakit lutut di sini:

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *