13 Cara Menghilangkan Rasa Letih Dan Lesu Yang Patut Anda Tahu

Artikel ini bincang tentang cara menghilangkan rasa letih dan lesu. Bila badan Rasa letih dan lesu, sudah pastilah ia akan membuat merasa malas untuk melakukan sebarang kerja dan seterusnya akan mengganggu kualiti kerja kita.

Cara Menghilangkan Rasa Letih Dan Lesu Yang Boleh Kita Lakukan

Cara Menghilangkan Rasa Letih Dan Lesu featured image

Mungkin ada yang beranggapan masalah rasa letih dan lesu ini adalah bukan satu perkara yang serius. Tetapi ia sebenarnya boleh mengganggu kecergasan tubuh kita dan seterusnya kita tidak dapat melakukan segala aktiviti harian dengan baik.

Bagi yang bekerja pula, bila badan mula menjadi lesu sudah pastilah kita tidak dapat melakukan segala tugasan yang diberikan dengan sempurna.Buat anda yang selalu mengalami masalah sebegini, Jom kami kongikan beberapa cara menghilangkan rasa letih dan lesu. Antaranya:

1. Makan Dengan Cukup

Cara Menghilangkan Rasa Letih Dan Lesu cukup makan

Ramai antara kita yang sangat menjaga pemakanan mereka kerana mahu menjaga kesihatan diri dan mahu mendapatkan berat badan yang ideal

Tetapi, dalam pada masa yang sama jangan sesekali langsung tidak makan terutama sekali tidak mengambil sarapan pagi.Ini kerana, tubuh badan kita sangat memerlukan nutrisi dan vitamin yang mencukupi.

Seeloknya kita mengambil sarapan pagi dan jangan sesekali tinggal sarapan pagi. Kerana, pada waktu pagi kita memerlukan lebih banyak tenaga terutama sekali jika kita melakukan kerja yang berat.

Pada waktu pagi perut kita akan kosong dan kita tidak mempunyai tenaga untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal. Jadi, kita sangat memerlukan sarapan pagi untuk mengisi tenaga kita.

Selain itu, dengan cara kita tidak makan dengan cukup dan tidak mengambil pemakanan yang sihat, ia juga akan menyebabkan badan kita tidak bermaya dan menjadi lesu.

Dalam masa yang sama ia akan mengganggu untuk kita melakukan tugasan dengan sebaiknya.

2. Minum Air Yang Mencukupi

Selain daripada badan perlukan makanan yang mencukupi, badan kita juga memerlukan air yang mencukupi untuk berikan kita bertenaga. Ini kerana, jika badan tidak mempunyai air yang mencukupi, ia boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi.

Bila berlakunya dehidrasi, badan secara secara tidak langsung akan menjadi tidak bertenaga dan akan menyebabkan kita hilang fokus. Dalam pada masa yang sama badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Berdasarkan kajian dari pakar juga, mereka yang kurang minum air mudah merasa penat dan lesu kerana badan mereka kekurangan tenaga 

Tetapi banyakan minum air masak atau air mineral kerana ia dapat memberikan kita tenaga dan dalam pada masa yang sama dapat menyihatkan lagi tubuh badan kita berbanding jika kita ambil minuman bergula atau bergas

3. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Cara Menghilangkan Rasa Letih Dan Lesu tidur

Ramai antara kita yang gemar tidur lambat sehinggakan kita tidak dapat waktu tidur yang mencukupi. 

Untuk orang dewasa, kita memerlukan waktu tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari. Ini kerana, dengan waktu tidur yang mencukupi, ia akan berikan badan kita menjadi lebih segar dan bertenaga untuk buat kerja.

Tetapi, jika kita suka mengamalkan waktu tidur yang lewat atau tidak tidur langsung, ia akan membuatkan badan kita menjadi kurang bertenaga dan seterusnya akan menjadi cepat lesu.

Petua lain untuk tidur yang lebih baik termasuk:

  • Amalkan relaksasi berpandu, meditasi atau yoga untuk membantu anda tertidur
  • Beli tilam, bantal dan selimut yang selesa
  • Pakai fabrik yang longgar dan semula jadi
  • Pergi tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari
  • Gunakan penyumbat telinga dan penutup mata

4. Jaga Berat Badan

Setiap dari kita sangat digalakkan untuk menjaga berat badan kita untuk mengelakkan dari berlakunya obesiti dan seterusnya untuk mengelakkan dari terkena dari sebarang penyakit yang serius.

Selain dari boleh terkena obesiti dan penyakit yang serius, kita juga digalakkan untuk menjaga berat badan adalah kerana berat badan berlebihan akan menyebabkan kita menggunakan lebih banyak tenaga dan beban

Secara tidak langsung, akan menyebabkan badan menjadi tidak bertenaga. Di tambah pula, dengan berat badan yang berlebihan, biasanya akan menyukarkan kita untuk melakukan aktiviti fizikal.

Bila menyukarkan melakukan aktiviti fizikal, badan kita secara tidak langsung akan menjadikan kita malas melakukan senaman atau aktiviti yang menyihatkan badan dan badan akan menjadi letih dan lesu.

5. Elakkan Pengambilan Kafein

Siapa dekat sini yang suka merokok atau mengambil minuman berkafein? Boleh dikatakan kebanyakan dari kita gemar mengambil minuman berkafein

Mungkin ada yang beranggapan dengan minum minuman berkafein dapat menghilangkan rasa mengantuk terutama sekali apabila mahu berjaga sehingga lewat malam

Sebenarnya, pengambilan kafein boleh menyumbang kepada salah satu sebab kenapa badan menjadi letih dan lesu.

Ini kerana, ia bersifat untuk tahan mengantuk. Jika badan tidak dapat tidur yang cukup, sudah tentulah badan kita akan jadi penat dan lesu

6. Berhenti Merokok

Cara Menghilangkan Rasa Letih Dan Lesu berhenti merokok

Tips yang seterusnya ini sudah pastilah ramai antara kita yang mungkin tidak percaya/kurang percaya.

Boleh dikatakan hampir 80% rakyat Malaysia merupakan seorang perokok dan perokok tegar.

Mungkin ada yang beranggapan, merokok dapat hilangkan penat setelah seharian bekerja berat.

Sebenarnya, rokok mempunyai banyak kesan buruk terhadap tubuh badan kita. Seperti terkena penyakit dan sebagainya. Bukan sahaja boleh terkena penyakit tetapi juga boleh menjadi salah satu punca badan letih dan lesu.

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang merokok, dalam saluran mereka terdapat lebih banyak carbon monoxide berbanding dengan oksigen.

Akibatnya, jantung memerlukan lebih banyak tenaga untuk mengepam saluran darah ke jantung kita. Disebabkan itu, ia memberi kesan kepada penurunan tenaga dalam tubuh badan kita dan buatkan kita mudah letih serta lesu. 

7. Uruskan Stress Dengan Sebaiknya

Setiap dari kita pasti pernah stress sama ada stres di tempat kerja atau stres dengan kehidupan seharian kita. Sebenarnya, stress juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah badan letih dan lesu.

Ada yang beranggapan, dengan stress dan tekanan ia akan kita menjadi lebih baik dan akan buatkan kita terus berusaha membuat yang terbaik. Terutama sekali apabila bekerja dalam stress ia akan buatkan kita melakukan kerja dengan memberikan hasil yang terbaik.

Walaupun ia akan buatkan kita bagi hasil yang terbaik, tetapi ia sebenarnya membuatkan kita menggunakan lebih banyak tenaga. Secara tidak langsung, ia akan membuatkan badan menjadi letih dan lesu.

Justeru itu, jika kita mengalami stress sewaktu bekerja atau dalam kehidupan seharian, perkara pertama sekali yang perlu kita lakukan ialah dengan uruskan stres tersebut sebaiknya.

Jika stress, rehat dahulu kemudian buat apa-apa aktiviti yang boleh buatkan melupakan seketika mengenai stress yang sedang kita hadapi dan sekaligus dapat kembalikan tenaga dan segarkan badan.

8. Lakukan Senaman Ringan

Cara Menghilangkan Rasa Letih Dan Lesu senaman

Bagi yang bekerja dalam suasana pejabat atau bagi mereka yang sewaktu bekerja banyak duduk, sudah pastilah badan akan merasa cepat penat dan lesu kerana kurang pergerakkan dalam tempoh masa yang lama.

Bila badan letih dan lesu, sudah pastilah kita akan hilang tumpuan untuk melakukan tugasan atau kerja yang telah diberikan. 

Jadi, untuk elakkan dari badan menjadi letih dan lesu, ada beberapa senaman ringan yang boleh kita lakukan. Seperti, berjalan, aktiviti regangan badan dan sebagainya.

Senaman ringan sebegini, bukan sahaja akan buatkan badan kita kembali segar tetapi juga akan buatkan kita kembali fokus untuk melakukan tugasan yang diberikan. Secara tidak langsung kita dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.

Selain  itu, seeloknya, seminggu sekali luangkan sedikit masa untuk melakukan senaman sama ada berlari, berjalan dan sebagainya. Cara sebegini dapat menjadikan badan bertenaga dan dapat mengelakkan daripada badan lesu.

Bukan itu sahaja, satu lagi cara yang boleh digunakan ialah dengan banyakkan berjalan kaki dan menaiki tangga berbanding dengan menaiki lift dan sebagainya. Bukan sahaja badan segar dan bertenaga tetapi juga badan akan bertambah sihat.

Malah, kajian dari pakar juga memberitahu, dengan melakukan senaman dapat mengurangkan badan letih dan lesu

Kajian mendapati bahawa senaman yang kerap boleh mengurangkan gejala keletihan. Dalam kajian itu, 36 orang dewasa muda yang tidak aktif melakukan senaman intensiti rendah atau sederhana dalam tempoh enam minggu. Kedua-dua kumpulan melihat peningkatan dalam tahap tenaga.

9. Jaga Kesihatan Diri

Salah satu sebab kenapa badan rasa letih dan lesu adalah kerana masalah kesihatan yang kita hadapi. Kebanyakkan penyakit yang sering dihadapi menjadi gangguan bagi sistem dalaman badan.

Kebanyakan, ubat-ubatan dan rawatan kesihatan memberi kesan kepada badan lesu dan badan yang letih. Jadi, untuk elakan dari badan lesu dan letih anda perlu menjaga kesihatan mula dari hari ini.

Justeru itu, kita perlu memastikan kesihatan diri kita berada dalam keadaan yang baik supaya kita tidak terkena sebarang penyakit yang boleh memberi kesan buruk kepada diri kita terutama sekali boleh menjadi sebab badan letih dan lesu.

10. Ambil Makanan Yang Sihat dan Seimbang

Cara Menghilangkan Rasa Letih Dan Lesu makanan seimbang

Ramai antara kita yang mungkin tidak sedar atau tidak mengambil berat mengenai pemakanan yang sihat.

Ramai antara kita yang gemar mengambil makanan segera dan minuman bergas. Makanan sebegini sebenarnya bukanlah makanan yang sihat dan ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan diri serta boleh buatkan kita terkena penyakit

Dalam masa yang sama, ia juga boleh menjadi salah satu punca kepada badan letih dan lesu. Jadi, kita perlulah mengambil makanan seimbang dan makanan yang sihat yang mana ia akan berikan kita tenaga dan badan akan menjadi lebih sihat

Kajian Juga menunjukkan faktor pemakanan seimbang mempengaruhi tenaga tubuh badan kita.

Antara makanan sihat yang boleh kita ambil ialah:

  • Sayuran berdaun hijau
  • Ayam, ikan, daging
  • Kekacang
  • Bijirin
  • Buah-buahan

11. Pengambilan Suplemen

Pengambilan suplemen juga merupakan salah satu cara yang boleh kita gunakan untuk mengelakkan badan cepat lesu dan cepat letih.

Ini kerana, suplemen membantu dalam menambah vitamin di dalam badan kita supaya badan kita menjadi lebih bertenaga dan sihat.

Kajian menunjukan vitamin B, Vitamin C, iron, magnesium dan zink berfungsi dalam membekalkan tenaga di dalam badan kita dan dapat mengelakan badan dari menjadi letih dan lesu

12. Amalkan Meditasi Selama 15 Minit Sehari

Selain dari tips di atas, perkongsian yang terakhir ini juga merupakan antara perkongsian yang boleh kita lakukan. 

Kadang- kala badan kita menjadi letih dan lesu disebabkan badan kita tidak dapat rehat kerana terlampau banyak buat kerja. Jadi, ambil masa sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk melakukan meditasi.

Dengan cara ini ia dapat merehatkan badan dan juga minta kita. dalam masa yang sama badan pun akan menjadi lebih bertenaga utk kerja.

Kajian menunjukkan bahawa meditasi dapat mengurangkan keletihan.

13. Bincang dengan doktor jika keletihan anda berlarutan

Cara Menghilangkan Rasa Letih Dan Lesu jumpa doktor

Jika anda merasakan keletihan anda adalah tidak biasa atau termasuk dengan gejala lain, mungkin sudah tiba masanya untuk berjumpa doktor anda. Perasaan kurang tenaga mungkin disebabkan oleh keadaan kesihatan yang lain, dan sebaiknya anda boleh semak secepat mungkin.

Keadaan yang boleh menyebabkan keletihan termasuk:

  • artritis reumatoid
  • keadaan tiroid
  • obesiti
  • penyakit jantung
  • alahan makanan
  • kencing manis
  • keadaan hati atau buah pinggang

Kesimpulan

Kesimpulanya, apabila badan mula rasa letih dan lesu ia sudah pastilah akan memberikan kesan buruk buat tubuh badan kita. Ia bukan sahaja boleh mengganggu emosi dan prestasi kerja kita tetapi ia juga akan mengganggu konsentrasi kita untuk buat kerja.

Akibatnya, kita akan menjadi tidak tidak bersemangat dan pekerjaan yang kita lakukan juga akan dilakukan secara sambil lewa atau tidak sempurna. Sekali gus akan menghasilkan hasil kerja yang tidak berkualiti.

Jadi, untuk memastikan kualiti kerja dan badan sentiasa bertenaga dan segar, kita perlulah menjaga kesihatan diri kita dengan sebaiknya dan banyakan lagi aktiviti-aktiviti yang membantu diri kita kekal hidrat dan bertenaga.

Antara berikut adalah cara menghilangkan rasa letih dan lesu:

  1. Makan Dengan Cukup
  2. Minum Air Yang Mencukupi
  3. Dapatkan Tidur Yang Cukup
  4. Jaga Berat Badan
  5. Elakkan Pengambilan Kafein
  6. Berhenti Merokok
  7. Uruskan Stress Dengan Sebaiknya
  8. Lakukan Senaman Ringan
  9. Jaga Kesihatan Diri
  10. Ambil Makanan Yang Sihat
  11. Pengambilan Suplemen
  12. Amalkan Meditasi Selama 15 Minit Sehari
  13. Bincang dengan doktor jika keletihan anda berlarutan

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Leave a Reply