18 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Berkesan

Bagaimanakah cara hilangkan ulser mulut dengan bahan semulajadi dan ubat-ubatan di farmasi?

Ulser mulut, atau lebih dikenali sebagai mata ikan, adalah luka kecil yang muncul di dalam mulut, bibir, pipi, atau lidah. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan yang signifikan, terutamanya semasa makan, minum, atau bercakap.

Walaupu ulser mulut biasanya tidak berbahaya dan akan sembuh sendiri dalam beberapa hari, kesakitan yang dialami boleh menganggu aktiviti harian.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan ulser, termasuk kecederaan kecil dalam mulut, tekanan, kekurangan nutrisi, atau tindak balas alahan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi 18 cara hilangkan ulser mulut, dari rawatan di rumah hingga pendekatan perubatan, agar anda dapat meredakan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

1. Serbuk Tawas

cara hilangkan ulser mulut serbuk tawas

Serbuk tawas, atau potassium alum, adalah bahan semula jadi yang telah lama digunakan sebagai astrigen dalam rawatan luka. Berdasarkan kajian oleh Caspian Journal of Internal Medicine, ia membantu mengecutkan tisu mukosa dalam mulut, mempercepatkan proses pengeringan ulser dan mengurangkan kesakitan.

Sifat astrigen tawas sebenarnya berfungsi dengan mengestrak cecair daripada tisu yang terjejas, seterusnya mengurangkan bengkak dan mempercepatkan pemulihan luka kecil.

Untuk merawat ulser mulut, campurkan serbuk tawas dengan beberapa titis air untuk membentuk pes pekat. Sapukan pes ini secara langsung pada ulser selama satu hingga dua minit. Kemudian bilas mulut dengan air bersih untuk mengelakkan iritasi tisu sekeliling.

2. Berkumur dengan Air Garam

cara hilangkan ulser mulut air garam

Cara hilangkan ulser mulut yang berikutnya adalah berkumur dengan air garam. Air garam suam berfungsi sebagai antiseptik semula jadi yang membantu membersihkan kawasan ulser dan mengurangkan risiko jangkitan.

Kajian dalam National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, larutan garam mampu mengurangkan beban bakteria dalam rongga mulut, seterusnya mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan tisu yang rosak.

Untuk menggunakan kaedah ini, anda hanya perlu melarutkan satu sudu besar garam dalam segelas air suam dan berkumur selama 30 saat, dua hingga tiga kali sehari.

3. Ais Batu

cara hilangkan ulser mulut ais batu

Menghisap ketulan ais kecil adalah cara hilangkan ulser mulut yang mudah untuk melegakan ketidakselesaan di kawasan yang sakit. Terapi sejuk ini membantu mengecutkan saluran darah di sekitar kawasan ulser, mengurangkan aliran darah, dan seterusnya mengurangkan keradangan serta kesakitan.

Kajian dalam Pain and Therapy menunjukkan bahawa, cryotherapy (terapi sejuk) berkesan dalam mengurangkan sensitiviti saraf dan memberikan kelegaan sementara dari kesakitan oral.

Caranya, letakkan ketulan ais kecil di mulut dan biarkan ia larut perlahan-lahan untuk mendapatkan kelegaan.

4. Soda Bikarbonat

cara hilangkan ulser mulut soda bikarbonat

Sodium bikarbonat, atau lebih dikenali sebagai soda penaik turut berfungsi sebagai agen penimbal yang membantu menyeimbangkan pH dalam mulut. Ini menjadikan persekitaran mulut kurang sesuai untuk pertumbuhan bakteria yang boleh memperburuk ulser.

Kajian dalam National Journal of Maxillofacial Surgery mendapati bahawa, soda penaik boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan pada ulser mulut.

Cara hilangkan ulser mulut dengan sodium bikarbonat adalah dengan mencampurkan satu sudu teh soda penaik dengan sedikit air untuk membentuk pes pekat. Sapurkan pes ini pada ulser dan biarkan sehingga kering sebelum membilas mulut dengan air bersih.

5. Yogurt Probiotik

Menggunakan yogurt probiotik sebagai cara hilangkan ulser mulut mungkin agak asing didengar oleh sesetengah orang. Untuk pengetahun anda, yogurt probiotik mengandungi bakteria baik seperti Lactobacillus yang membantu memulihkan keseimbangan mikroflora dalam mulut.

Kajian dalam National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, pengambilan probiotik secara konsisten boleh mengurangkan kejadian ulser mulut dengan menghalang pertumbuhan bakteria patogen dan meningkatkan sistem imun mukosa.

Makan yogurt probiotik setiap hari bukan sahaja membantu dalam penyembuhan ulser, tetapi juga memperbaiki kesihatan keseluruhan mulut.

6. Madu

cara hilangkan ulser mulut madu

Madu terkenal dengan sifat antimikrob dan anti-radang yang kuat. Kajian menunjukkan bahawa madu boleh mempercepatkan proses penyembuhan ulser mulut dengan menggalakkan regenerasi tisu dan mengurangkan keradangan.

Selain itu, madu juga membantu melindungi kawasan ulser daripada jangkitan sekunder. Sapukan madu asli secara langsung pada ulser beberapa kali sehari untuk hasil yang optimum. Namun, pastikan anda menggunakan madu asli yang tidak diproses untuk keberkesanan maksimum.

7. Cuka Epal

Cuka epal mengandungi asid asetik yang mempunyai sifat antibakteria dan anti-jangkitan. Kajian dalam Kufa Journal of Nursing Sciences mendapati bahawa, cuka epal boleh membantu membasmi bakteria penyebab ulser dan mempercepatkan penyembuhan.

Walau bagaimanapun, penggunaan cuka epal harus dilakukan dengan berhati-hati kerana sifat asidiknya boleh menyebabkan iritasi jika digunakan secara berlebihan.

Untuk pesakit yang ingin menggunakan cuka epal untuk rawatan, anda hanya perlu campurkan satu sudu teh cuka epal dengan setengah cawan air suam dan berkumur selama 30 saat. Bilas mulut dengan air bersih selepas berkumur untuk mengelakkan iritasi.

8. Minyak Kelapa

cara hilangkan ulser mulut minyak kelapa

Cara hilangkan ulser mulut yang seterusnya adalah dengan menggunakan minyak kelapa. Minyak kelapa mengandungi asid laurik yang dikenali dengan sifat antimikrob dan anti-radangnya.

Minyak kelapa dikatakan amat berkesan dalam mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka, termasuk ulser mulut.

Anda hanya perlu sapukan beberapa titis minyak kelapa pada kawasan ulser dan biarkan ia meresap selama beberapa minit sebelum membilas. Selain itu, minyak kelapa juga membantu melembapkan tisu mulut yang terjejas, mengurangkan ketidakselesaan dan mempercepatkan proses pemulihan.

9. Serbuk Kunyit

cara hilangkan ulser mulut serbuk kunyit

Kunyit mengandungi kurkumin, sebatian aktif dengan sifat antimikrob dan anti-radang yang kuat. Kajian dalam National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, kurkumin boleh membantu mengurangkan kesakitan, keradangan, dan mempercepatkan penyembuhan ulser mulut.

Untuk menggunakan kunyit sebagai rawatan ulser, campurkan serbuk kunyit dengan sedikit air untuk membentuk pes tebal. Sapukan pes ini pada ulser dua kali sehari dan bilas selepas beberapa minit untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

10. Minyak Cengkih

Minyak cengkih mengandungi eugenol, sebatian yang bertindak sebagai anestetik semula jadi dan mempunyai sifat antimikrob.

Kajian dalam National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, eugenol berkesan dalam mengurangkan kesakitan ulser denan menghalang penghantaran isyarat saraf kesakitan. Sapukan minyak cengkih yang telah dicairkan dengan sedikit air pada kawasan ulser menggunakan kapas.

Pastikan anda tidak menggunakan minyak cengkih secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kawasan yang sakit.

11. Ubat OTC (Over-The-Counter)

Gel dan salap topikal seperti Orajel yang mengandungi benzocaine boleh membantu mengurangkan kesakitan dengan mematikan saraf di kawasan ulser.

Ubat ini bukan sahaja membantu dalam mengurangkan ketidakselesaan, tetapi juga mempercepatkan penyembuhan dengan melindungi kawasan ulser daripada iritasi lanjut.

Jika ulser disertai dengan tanda jangkitan seperti demam, nanah, atau kemerahan yang berlebihan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

12. Tablet Tums

Tablet tums yang mengandungi kalsium karbonat bertindak sebagai agen penetral asid dalam mulut.

Penggunaan tablet ini dikatakan mampu untuk merendahkan kadar keasidan mulut yang sekaligus mempercepatkan penyembuhan ulser dan mengurangkan kesakitan.

Cara penggunaanya pun mudah. Anda hanya perlu biarkan tablet tums larut perlahan-lahan di dalam mulut untuk meneutralkan asid dan mempercepatkan pemulihan.

13. Oralmedic

Cara hilangkan ulser mulut yang seterusnya adalah dengan menggunakan Oralmedic. Oralmedic mengandungi bahan aktif sulfonamida yang membantu membakar tisu mati di sekitar ulser, mempercepatkan pembentukan tisu baru, dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Oralmedic dikatakan boleh memberikan kelegaan kesakitan dengan pantas walaupun penggunaannya mungkin menyebabkan rasa pedih sementara. Untuk keberkesanan yang maksimun, anda perlu memastikan kawasan ulser kering sebelum menggunakan Oralmedic.

14. Bonjela

cara hilangkan ulser mulut bonjela

Bonjela mengandungi salisilat, sejenis agen anti-radang dan analgesik yang membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan ulser.

Kajian dalam National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, penggunaan salisilat boleh mempercepatkan penyembuhan ulser mulut dan membantu mengurangkan risiko jangkitan sekunder.

15. Ubat Kumur Antibakteria

Ubat kumur yang mengandungi bahan antimikrob seperti chlorhexidine juga boleh dijadikan cara hilangkan ulser mulut kerana ia membantu mengurangkan beban bakteria dalam mulut dan mempercepatkan penyembuhan ulser.

Penggunaan secara berkala ubat kumur ini boleh mengurangkan risiko jangkitan sekunder dan mempercepatkan proses pemulihan. Walau bagaimanapun, penggunaan pada kanak-kanak di bawah dua tahun harus dielakkan.

16. Milk of Magnesia

cara hilangkan ulser mulut milk of magnesia

Magnesium hidroksida, atau milk of magnesia, bertindak sebagai penampan asid yang membantu menyeimbangkan pH mulut dan mengurangkan iritasi pada kawasan ulser.

Penggunaan milk of magnesia dikatakan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan ulser dengan mengurangkan keasidan yang boleh memperburuk keadaan ulser.

17. Zink

Kekurangan zink sering dikaitkan dengan kekerapan ulser mulut yang tinggi. Kajian dalam National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, pengambilan suplemen zink boleh menguatkan sistem imun, mengurangkan kejadian ulser, dan mempercepatkan penyembuhan tisu.

Sebelum mengambil suplemen zink, adalah penting untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan dos yang sesuai.

18. Vitamin B

cara hilangkan ulser mulut vitamin b

Kekurangan vitamin B12 telah dikenalpasti sebagai salah satu punca utama ulser mulut yang berulang.

Kajian dalam National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, pengambilan suplemen vitamin B12 boleh mengurangkan kekerapan ulser dan mempercepatkan penyembuhan.

Oleh kerana suplemen vitamin B kompleks boleh memberi kesan sampingan jika diambil secara berlebihan, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan pengambilan suplemen ini.

Kesimpulan

Kesimpulannya, ulser mulut sememangnya boleh mendatangkan ketidakselesaan, tetapi dengan penjagaan yang betul dan rawatan yang sesuai, kesakitannya boleh dikurangkan dan penyembuhan dapat dipercepatkan.

Dari penggunaan bahan semula jadi seperti garam dan madu, hinggalah kepada ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi, terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah ini. Penting juga untuk mengenal pasti punca ulser supaya ia tidak berulang.

Jika ulser mulut tidak sembuh dalam tempoh dua minggu atau disertai simptom lain seperti demam, bengkak teruk, atau kesukaran menelan, segeralah berjumpa doktor. Dengan perhatian yang tepat, anda boleh memastikan mulut kekal sihat dan bebas daripada ulser yang menyakitkan.

Berikut adalah cara hilangkan ulser mulut yang perlu anda tahu:

  1. Serbuk Tawas
  2. Berkumur dengan Air Garam
  3. Ais Batu
  4. Soda Bikarbonat
  5. Yogurt Probiotik
  6. Madu
  7. Cuka Epal
  8. Minyak Kelapa
  9. Serbuk Kunyit
  10. Minyak Cengkih
  11. Ubat OTC (Over-The-Counter)
  12. Tablet Tums
  13. Oralmedic
  14. Bonjela
  15. Ubat Kumur Antibakteria
  16. Milk of Magnesia
  17. Zink
  18. Vitamin B

Anda juga boleh baca tentang informasi ulser mulut yang lain di sini:

Similar Posts

Leave a Reply