12 Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Ubat & Bahan Semulajadi

Bagaimanakah cara hilangkan sakit tekak dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan ubat-ubatan moden dari doktor?

Umum ketahui, sakit tekak adalah jenis penyakit biasa yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan ia dikategorikan sebagai penyakit yang tidak serius. Menurut Health and Safety Executive (HSE), setiap orang sekurang-kurangnya akan mendapatkan 2-3 kali sakit tekak setiap tahun. 

Kebanyakkan masalah sakit tekak ini boleh hilang dalam beberapa hari. Yang mana 9 daripada 10 pesakit yang mempunyai masalah sakit tekak akan kembali pulih dalam masa kurang dari seminggu.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda 12 cara hilangkan sakit tekak yang paling berkesan untuk anda cuba sendiri di rumah.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah sakit tekak anda berlarutan. Jom kita mula dengan cara hilangkan sakit tekak.

Apa itu Sakit Tekak?

Cara Hilangkan Sakit Tekak Featured image

Sakit tekak atau juga dikenali dengan nama faringitis adalah keadaan di mana tekak berwarna merah, bengkak dan sakit khususnya apabila sedang menelan. Apabila ia berlaku di bahagian belakang tekak, ia dipanggil pharynx, meradang. 

Menurut kajian yang diterbitkan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI), sakit tekak adalah masalah biasa yang berlaku pada golongan kanak-kanak.

Simptom Sakit Tekak

Biasanya, setiap orang akan mendapatkan simptom sakit tekak yang berbeza-beza antara satu sama lain bergantung kepada punca dan penyebabnya. Ada yang boleh mendapat simptom paling ringan seperti rasa tidak selesa di bahagian tekak, dan ada juga yang mendapat simptom teruk sehingga menyebabkan bengkak dan demam tinggi.

Namun berikut adalah antara gejala sakit tekak yang biasa ditemukan menurut Centers of Disease Control and Prevention (CDC):

  • Sakit atau rasa gatal dan kering di tekak
  • Sakit yang bertambah teruk ketika menelan atau bercakap
  • Sukar untuk menelan
  • Tompok putih atau nanah pada tonsil
  • Suara serak atau tersekat-sekat
  • Kurang selera makan
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Gejala selsema seperti hidung berair, hidung tersumbat, dan kerap bersin
  • Loya atau muntah
  • Batuk
  • Suara garau
  • Nodus limfa bengkak di hadapan leher

Punca Sakit Tekak

Terdapat banyak punca sakit tekak boleh berlaku kepada kanak-kanak dan dewasa. Namun tahukah anda, kurang 1 dari 3 kes sakit tekak adalah disebabkan oleh jangkitan kuman. Sesetengah sakit tekak disebabkan oleh bakteria streptokokus pyogenes (strep A) .

Kadangkala sakit tekak boleh disebabkan oleh tonsilitis (keradangan tonsil), ulser mulut, atau alahan. Menurut American Academy of Family Physicians lagi, sakit tekak juga berpunca dari tabiat merokok, pernafasan mulut pada waktu malam, pencemaran, dan anestesia am semasa pembedahan.

Cara Hilangkan Sakit Tekak

Berikut adalah 12 cara hilangkan sakit tekak yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan seharian:

1. Makan ubat

Terdapat beberapa jenis ubat yang biasanya diberikan oleh doktor sebagai cara hilangkan sakit tekak dengan ubat-ubatan moden jika anda ke klinik. Biasanya ia boleh didapati dalam bentuk tablet, cecair, spray dan lozenge.

Orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih dari satu bulan boleh mengambil paracetamol, manakala orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih dari 3 bulan boleh mengambil ibuprofen. Jangan berikan aspirin kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun. 

Doktor akan memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai gejala sakit tekak disebabkan oleh jangkitan bakteria.

2. Minum Air Secukupnya

Minum air yang mencukupi adalah cara hilangkan sakit tekak yang ramai orang pandang remeh. Air membantu memastikan tekak kekal lembap, yang seterusnya dapat mengurangkan rasa sakit atau kerengsaan.

Apabila tekak kering, ia lebih mudah mengalami iritasi, dan ini boleh memburukkan lagi keadaan sakit tekak anda. Alternatif lain selain air kosong, adalah dengan minuman suam seperti teh herba atau sup.

Bukan itu sahaja, teh tanpa kafein seperti teh chamomile atau teh hijau mengandungi antioksidan yang baik untuk kesihatan serta mempunyai sifat anti-radang yang membantu mengurangkan keradagan tekak.

3. Madu Asli Penawar Semulajadi

Cara hilangkan sakit tekak yang seterusnya adalah dengan menggunakan madu. Madu membantu melegakan gejala sakit tekak. Ia mempunyai pelbagai sifat terapeutik, termasuk sebagai antioksidan dan anti-radang.

Hanya campurkan dua sudu besar madu dengan segelas air suam atau teh, anda akan rasakan perubahan dan keselesaan yang lebih baik di bahagian tekak anda.

Walau bagaimanapun, sedikit nasihat untuk anda. Madu tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 1 tahun. Daripada kajian yang dijalankan oleh National Capital Poison Center, kesannya boleh membawa kepada pembiakan bakteria, seperti Clostridium botulinum yang berbahaya kepada nyawa bayi anda.

4. Gunakan Bawang Putih

Bawang putih mempunyai sifat antiseptik yang boleh membantu jika anda mempunyai jangkitan bakteria dan berkesan dijadikan salah satu cara hilangkan sakit tekak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI), apabila bawang putih mentah dihancurkan, ia akan mengeluarkan bahan kimia aktif utama iaitu allicin yang mempunyai ciri-ciri antibakteria, antikulat, dan antivirus. 

Cara hilangkan sakit tekak menggunakan bawang putih yang terbaik adalah dengan memakannya secara mentah. Tetapi jika anda tidak suka dengan baunya yang kuat, anda boleh campurkannya ke dalam makanan berkuah seperti sup.

5. Menggunakan Teknik Stim (Wap)

cara hilangkan sakit tekak dengan wap

Udara kering boleh memburukkan sakit tekak, terutamanya jika disebabkan oleh cuaca sejuk atau penggunaan penghawa dingin. Oleh itu, menambah kelembapan dalam udara boleh membantu mengurangkan kekeringan yang menyebabkan iritasi pada tekak.

Ada boleh menggunakan pelembap udara (humidifier) di bilik tidur atau ruang tamu untuk menambah kelembapan udara. Selain itu, teknik stim atau wap juga boleh dijadikan salah satu cara hilangkan sakit tekak yang berkesan.

Caranya adalah dengan mendidihkan air dan menyedut wap yang terhasil. Tutup kepala dengan tuala agar wap lebih fokus ke muka dan tekak. Ini boleh membantu melembapkan saluran pernafasan dan mengurangkan rasa sakit.

6. Halia dan Lemon

Menurut National Center for Biotechnology Information (NCBI), halia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk sebagai cara hilangkan sakit tekak. Halia mengandungi sifat anti-radang dan anti-bakteria yang boleh mengurangkan keradangan di kawasan tekak.

Sementara itu, lemon pula kaya dengan vitamin C yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh untuk  melawan jangkitan.

Gabungan halia dan lemon dalam bentuk teh boleh memberi kelegaan yang baik untuk merawat sakit tekak. Untuk cara penyediaannya, mudah sahaja. Rebus beberapa hirisan halia segar dalam air selama 10 minit, kemudian tambahkan perahan lemon dan sedikit madu untuk mendapatkan rasa yang seimbang.

7. Berkumur Dengan Air Garam

cara hilangkan sakit tekak berkumur dengan air garam

Berkumur dengan air garam adalah salah satu rawatan semulajadi yang paling berkesan digunakan sebagai cara hilangkan sakit tekak. Rawatan ini telah dibuktikan sendiri dalam kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI).

Garam membantu menarik keluar cecair dari tisu tekak yang bengkak, sekaligus mengurangkan keradangan dan kesakitan.

Selain itu, ia juga boleh membantu membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan di kawasan tekak. Cara terbaik untuk berkumur dengan air garam adalah dengan melarutkan satu sudu teh garam biasa dalam 240 ml air suam. Kumur selama beberapa saat, lalu ludahkannya. Ulangi langkah tersebut tiga kali dalam sehari untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

8. Daun Pudina

Mungkin ramai yang tidak tahu, daun pudina selain digunakan untuk  menyegarkan nafas, ia juga berkesan sebagai cara hilangkan sakit tekak. Hal ini kerana, pudina mengandungi mentol yang membantu menipiskan lendir dan melegakan sakit tekak serta batuk.

Selain itu, pudina juga sangat dikenali dengan sifat istimewanya yang anti-radang, antibakteria dan antivirus sehingga mampu untuk mempercepatkan penyembuhan sakit.

9. Minum Cuka Epal

Cuka epal juga merupakan bahan semula jadi yang selalu digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan sakit tekak. Hal ini kerana menurut kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI), ia mengandungi asid asetik yang bertindak sebagai antibakteria.

Kesannya kepada anda, cuka epal boleh membantu membunuh kuman dan bakteria yang membiak di kawasan tekak yang boleh menyebabkan jangkitan jika dibiarkan lama. Untuk mendapatkan khasiat dari cuka epal ini mudah sahaja. 

Anda hanya perlu berkumur dengan campuran satu sudu besar cuka epal dalam segelas air suam. Atau boleh juga diminum begitu sahaja dalam dos kecil, tetapi pastikan cairkan sedikit terlebih dahulu dengan air kerana kandungan asidnya yang tinggi mungkin boleh memberi risiko kepada kerosakan enamel gigi.

10. Dapatkan Tidur dan Rehat Secukupnya

cara hilangkan sait tekak tidur

Setiap manusia memerlukan 7-8 jam tidur setiap hari bagi dewasa, manakala 9-10 jam sehari untuk kanak-kanak.

Jadi apa kaitannya tidur yang cukup dengan sakit tekak? Seseorang yang tidak mendapatkan kualiti dan tempoh waktu tidur yang cukup akan mengurangkan keupayaan antibodi dan sel tertentu yang bertanggungjawab untuk melawan jangkitan sakit. 

Sebaliknya apabila badan anda berada dalam keadaan rehat, sistem imun dapat berfungsi dengan lebih efektif untuk melawan virus atau bakteria yang disebabkan oleh sakit tekak.

11. Sapu Minyak Kayu Putih

Minyak kayu putih atau juga dikenali dengan panggilan Minyak Eucalyptus diyakini sangat bermanfaat kerana keupayaannya untuk merangsang sistem imun, memberikan perlindungan antioksidan dan meningkatkan peredaran pernafasan. 

Satu kajian yang diterbitkan dalam Pharmaceutical Biology Journal menunjukkan bahawa minyak kayu putih digunakan sebagai antiseptik dan untuk melegakan gejala sakit tekak, batuk, selsema dan jangkitan lain.

Cara hilangkan sakit tekak dengan minyak kayu putih mudah sahaja. Hanya sapukan minyak tersebut satu hingga tiga titik di bahagian bawah tekak dan dada anda, lalu biarkan ia meresap seketika.

12. Minum Minyak Kelapa

Minyak kelapa adalah sejenis minyak yang diekstrak dari isirung buah kelapa yang telah masak sepenuhnya. Terdapat kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI), menunjukkan bahawa minyak kelapa dapat membantu melawan jangkitan dan mengurangkan keradangan di bahagian yang terdedah seperti tekak.

Selain itu, ia juga sangat boleh membantu melincirkan selaput lendir di kerongkong tekak. Ada beberapa cara hilangkan sakit tekak dengan menggunakan minyak kelapa. Antaranya:

  • Tambah satu sudu minyak kelapa ke dalam teh panas atau koko panas
  • Masukkan satu sudu minyak kelapa ke dalam sup
  • Minum satu sudu minyak kelapa dan telan secara perlahan-lahan

Anda dinasihatkan untuk mengehadkan pengambilan minyak kelapa kira-kira 2 sudu besar (30 ml) setiap hari.

Cara Mencegah Sakit Tekak Berulang

Untuk mencegah sakit tekak kembali berulang, anda mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat khususnya dari segi penjagaan diri dan persekitaran. Berikut adalah antara tips yang boleh dilakukan:

  • Basuh tangan dengan kerap terutamanya selepas bersin dan batuk
  • Elakkan menyentuh hidung atau mulut
  • Elakkan berkontak rapat dengan orang yang bergejala batuk dan selsema
  • Ikut pelan diet dan senaman yang sihat
  • Lakukan segera ujian Covid-19 sekiranya simptom yang ditunjukkan adalah disebabkan oleh jangkitan SARS-CoV-2

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara hilangkan sakit tekak menggunakan bahan semulajadi dan ubat-ubatan moden yang boleh anda dapatkan dengan preskripsi doktor di klinik. 

Namun sekiranya, sakit tekak yang anda rasakan tidak hilang, berterusan serta diikuti dengan simptom lain yang lebih serius, segeralah dapatkan rawatan perubatan di hospital.

Berikut adalah cara hilangkan sakit tekak:

  1. Makan ubat
  2. Minum Air Secukupnya
  3. Madu Asli Penawar Semulajadi
  4. Gunakan Bawang Putih
  5. Menggunakan Teknik Stim (Wap)
  6. Halia dan Lemon
  7. Berkumur Dengan Air Garam
  8. Daun Pudina
  9. Minum Cuka Epal
  10. Dapatkan Tidur dan Rehat Secukupnya
  11. Sapukan Minyak Kayu Putih
  12. Minum Minyak Kelapa

Anda juga boleh baca tentang informasi sakit tekak yang lain di sini:

Similar Posts

Leave a Reply