10 Cara Hilangkan Resdung Paling Berkesan Untuk Nafas Lebih Lega
Mencari cara hilangkan resdung yang berkesan bermula dengan memahami bagaimana sinus bekerja dalam tubuh kita.
Ramai menyangka sinus berada di dalam hidung, tetapi sebenarnya ia terletak di sekeliling hidung kira-kira 10 rongga udara yang berada di sebelah, bawah, atas dan di belakang mata.
Menurut kajian dari Alexandria Engineering Journal, setiap hari, sinus menghasilkan hampir satu liter mukus yang mengalir perlahan ke hidung, tekak, dan paru-paru untuk melindungi tubuh daripada partikel asing serta jangkitan.
Namun apabila berlaku jangkitan atau keradangan seperti sinusitis, mukus akan dihasilkan dengan lebih banyak dan bukaan sinus menjadi sempit atau tersumbat, sekali gus menyebabkan simptom resdung bertambah teruk.
Dalam artikel ini, kami akan menghuraikan 10 cara hilangkan resdung yang berkesan untuk membantu anda bernafas dengan lega dan kembali selesa.
1. Minum Banyak Air

Minum air yang mencukupi adalah cara hilangkan resdung yang paling mudah tetapi sangat berkesan.
Apabila tubuh kekal terhidrat, mukus dalam rongga sinus akan menjadi lebih cair, sekali gus memudahkan ia mengalir keluar. Ini membantu mengurangkan tekanan sinus, mengurangkan sumbatan dan mempercepatkan proses pemulihan.
Pengambilan cecair yang mencukupi juga membantu “membilas” sistem tubuh daripada virus atau bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan.
Sebaiknya, pilih air kosong, jus buah, atau sup jernih yang membantu mengekalkan kelembapan dalam badan.
Anda juga digalakkan minum kira-kira 8 oz air setiap dua jam untuk memastikan hidrasi yang optimum. Elakkan minuman berkafein atau beralkohol kerana kedua-duanya boleh menyebabkan dehidrasi.
Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, alkohol malah boleh memburukkan lagi pembengkakan pada lapisan sinus dan hidung, menjadikan simptom resdung semakin teruk. Untuk hasil terbaik, kekalkan pengambilan air kosong sebagai pilihan utama sepanjang hari.
2. Gunakan Tuam Panas dan Sejuk

Penggunaan tuam sejuk atau suam boleh meredakan tekanan pada sinus, mengurangkan bengkak serta membantu saluran pernafasan.
Kajian dari Journal of Rehabilitation Medicine, tuam suam berfungsi mencairkan mukus yang pekat, sementara tuam sejuk membantu mengurangkan keradangan dan menenangkan kesakitan. Menggunakan kedua-duanya secara bergilir juga boleh memberikan kelegaan yang lebih optimum.
Cara menggunakan tuam suam:
- Letakkan tuala suam dan lembap pada dahi, hidung, pipi, atau sekitar mata
- Biarkan selama 3 minit untuk membantu mencairkan mukus dan membuka laluan sinus
- Boleh juga gunakan pad pemanas atau kain basah yang direndam air panas
Cara menggunakan tuam sejuk:
- Isi kain bersih dengan ketulan ais
- Balut dengan tuala nipis dan ikat supaya kemas
- Tekapkan pada kawasan sinus selama 5-10 minit untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit
Tip tambahan:
- Cuba teknik bergilir. Tuam suam 3 minit, kemudian tuam sejuk 30 saat. Kaedah ini membantu melonggarkan mukus dan membuka saluran hidung dengan lebih efektif.
3. Sedut Wap Air Panas
Menurut Fife Health & Social Care, wap panas dapat melembapkan rongga sinus, menipiskan mukus yang pekat dan melegakan tekanan pada wajah.
Apabila mukus menjadi lebih cair, ia lebih mudah keluar, sekali gus mengurangkan rasa tidak selesa.
Cara melakukan sedut wap air panas di rumah:
- Didihkan air.
- Tuang air panas tersebut ke dalam mangkuk besar.
- Tundukkan muka sehingga berada beberapa inci di atas permukaan air.
- Tutup kepala dengan tuala untuk memerangkap wap.
- Bernafas perlahan-lahan melalui hidung selama beberapa minit.
Jangan sedut wap secara langsung dari cerek yang sedang mendidih atau periuk atas dapur kerana wap yang terlalu panas boleh melecurkan kulit.
Jika tidak mahu menggunakna mangkuk berisi air panas, anda boleh mandi atau berendam dalam air panas. Wap daripada bilik air yang dipenuhi stim akan melembapkan udara dan seterusnya membantu melembapkan saluran sinus.
Ini boleh mengurangkan iristasi serta menjadikan mukus lebih cair dan mudah dikeluarkan.
Menambahkan beberapa titis minyak eucalyptus atau peppermint ke dalam air panas juga sangat disarankan kerana ia membantu membuka saluran pernafasan dengan lebih berkesan.
4. Rawatan OTC (Over-the-Counter)

Berdasarkan kajian dari Sleep and Sinus Centers of Georgia, ubat OTC yang biasa digunakan untuk selesema juga membantu melegakan resdung kerana lebih 80% simptom sinusitis disebabkan oleh virus.
Ubat-ubatan ini dapat mengurangkan kesesakan, mengurangkan keradangan, meredakan kesakitan dan memudahkan pernafasan. Ia sesuai dijadikan cara hilangkan resdung pertama sebelum mendapatkan pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Berikut adalah antara jenis ubat OTC yang boleh membantu:
1. Ubat Tahan Sakit & Demam
Ubat seperti acetaminophen (Tylenol) dan ibuprofen (Advil, Motrin) membantu melegakan sakit kepala, sakit muka dan tekanan sinus.
Ia juga membantu menurunkan suhu badan jika anda mengalami demam.
2. Ubat Dekongestan (Spray & Tablet)
Dekongestan berfungsi mengecutkan salur darah dalam hidung, sekali gus mengurangkan bengkak dan membuka laluan pernafasan.
Contohnya:
- Pseudoephedrine (Sudafed)
- Phenylephrine (Sudafed PE)
Penting:
- Jangan gunakan semburan dekongestan lebih daripada 3 hari, kerana ia boleh menyebabkan rebound congestion (hidung bertambah tersumbat).
- Tidak sesuai untuk semua orang, termasuk pesakit darah tinggi. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
3. Antihistamin
Antihistamin membantu jika resdung berpunca daripada alergi kerana ia mengurangkan keradangan.
Namun, penggunaan berlebihan boleh mengeringkan saluran hidung, menyebabkan ketidakselesaan. Oleh itu, ia tidak digalakkan melainkan benar-benar diperlukan.
4. Semburan Kortikosteroid Hidung
Semburan seperti mometasone (Nasonex) atau fluticasone (Flonase) membantu mengurangkan keradangan di saluran hidung, terutama bagi mereka yang mempunyai alergi.
Kelebihan:
- Boleh digunakan lebih lama berbanding dekongestan.
- Kurang menyebabkan kekeringan berbanding antihistamin.
5. Semburan & Titisan Saline (Air Garam)
Semburan atau titisan saline membantu untuk melembapkan rongga hidung, mencairkan mukus pekat, dan membilas kuman dan habuk.
Ia selamat digunakan berkali-kali dalam sehari dan sangat membantu membuka laluan hidung secara semula jadi.
6. Spray Tekak & Lozenges
Jika anda mengalami post-nasal drip (lendir mengalir ke tekak), spray tekak atau lozenges boleh membantu mengurangkan iritasi.
7. Ubat Kombinasi Untuk Tidur
Jika simptom mengganggu tidur, ubat kombinasi seperti Nyquil boleh membantu kerana ia mengandungi campuran penahan sakit, dekongestan dan antihistamin.
8. Antibiotik
Antibiotik tidak berkesan untuk sinusitis yang disebabkan oleh virus. Ia hanya diberikan jika doktor mengesahkan jangkitan bakteria.
Peringatan penting:
- Ambil mengikut preskripsi.
- Pengambilan tanpa keperluan menyebabkan ketahanan antibiotik, menjadikan ubat kurang berkesan dan memerlukan dos lebih kuat pada masa depan.
5. Rehat Secukupnya

Memberikan tubuh masa untuk berehat adalah cara hilangkan resdung yang paling penting.
Ketika badan berada dalam keadaan rehat, sistem imun akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih, iaitu sel pertahanan yang membantu melawan jangkitan yang menyebabkan tekanan dan keradangan pada sinus.
Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, rehat secukupnya memberi peluang kepada tubuh untuk fokus memulihkan keradangan menurunkan pengeluaran mukus berlebihan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
6. Tidur Berkualiti

Menurut kajian dari Sleep and Sinus Centers of Georgia, untuk mendapatkan tidur yang lebih selesa dan berkesan semasa mengalami resdung, pastikan kepala ditinggikan menggunakan beberapa biji bantal supaya posisinya lebih tinggi daripada jantung.
Kedudukan ini penting kerana ia membantu mengurangkan pengumpulan mukus di dalam rongga hidung dan sinus, sekali gus memudahkan pernafasan sepanjang malam.
Tidur yang cukup memberi masa kepada tubuh untuk membaiki tisu, mengurangkan keradangan dan menghasilkan hormon yang menyokong sistem imun.
Hasilnya, tubuh menjadi lebih kuat untuk melawan jangkitan dan mempercepatkan pemulihan.
7. Senaman Berimpak Rendah
Berdasarkan kajian dari American Physiological Society, senaman ringan seperti yoga, berjalan kaki, atau regangan ringkas boleh membantu melegakan tekanan sinus dengan meningkatkan peredaran darah.
Apabila aliran darah menjadi lebih lancar, ia membantu mengurangkan kesesakan dan membuka sedikit laluan pernafasan.
Aktiviti berimpak rendah juga membantu tubuh mengekalkan stamina tanpa memberi tekanan berlebihan yang boleh memburukkan simptom.
Untuk kesan lebih baik, gabungkan senaman ringan dengan teknik pernafasan dalam dan meditasi yang membantu melegakan ketegangan di sekitar muka dan sinus, sekali gus mengurangkan kesakitan dan rasa tidak selesa.
8. Tambah Pengambilan Vitamin C

Vitamin C berperanan sebagai antioksidan yang membantu menguatkan sistem imun sekaligus sebagai cara hilangkan resdung.
Apabila daya tahan tubuh lebih kuat, badan dapat melawan jangkitan sinus dengan lebih cepat dan pada masa yang sama mengurangkan keradangan yang menyebabkan hidung tersumbat dan tekanan sinus.
Anda boleh mendapatkan vitamin C secara semula jadi melalui makanan seperti buah sitrus, beri, tomato, dan kentang, yang sememangnya kaya dengan nutrien ini.
Sumber semula jadi bukan sahaja mudah diserap, tetapi juga datang bersama vitamin, mineral dan serat lain yang menyokong kesihatan keseluruhan.
Jika perlu, vitamin C juga tersedia dalam bentuk suplemen seperti kapsul atau tablet kunyah.
Namun, manfaatnya mungkin tidak setanding dengan vitamin C yang diperoleh daripada makanan segar.
9. Teknik Urutan Sinus

Urutan sinus merupakan teknik menggunakan tekanan lembut dan haba daripada jari untuk membantu mencairkan mukus, melegakan rasa sesak dan membuka laluan pernafasan.
Teknik urutan ini menyasarkan empat titik sinus utama pada wajah, dan hanya mengambil beberap aminit untuk memberi kelegaan.
Dengan melakukan urutan secara perlahan dan konsisten, anda boleh melancarkan aliran mukus, mengurangkan tekanan pada wajah dan mengurangkan rasa hidung tersumbat.
Menurut Allergy & Ent Associates, berikut langkah-langkah urutan yang boleh anda lakukan sendiri di rumah:
1. Bahagian Dahi
Frontal sinus terletak di tengah dahi, betul-betul di atas setiap mata.
Cara melakukannya:
- Gosok kedua-dua tangan untuk memanaskan tapak tangan.
- Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di atas kening, pada bahagian tengah dahi.
- Urut perlahan dalam gerakan bulat ke arah luar, menuju ke pelipis.
- Lakukan selama 30 saat.
2. Bahagian Pipi
Maxillary sinus berada di kedua-dua sisi hidung, di bawah tulang pipi tetapi di atas gigi—dan merupakan sinus terbesar.
Cara melakukannya:
- Letakkan jari telunjuk dan jari tengah pada kawasan antara tulang pipi dan rahang atas, di sisi hidung.
- Urut kawasan tersebut dalam gerakan bulat selama 30 saat.
- Untuk tekanan lebih kuat, gunakan ibu jari.
3. Belakang Hidung & Antara Mata
Sphenoid sinus berada jauh di belakang hidung, manakala ethmoid sinus terletak di antara mata.
Cara melakukannya:
- Letakkan jari telunjuk pada batang hidung (bridge of the nose).
- Cari titik antara tulang hidung dan penjuru mata.
- Tekan kawasan tersebut dengan tekanan yang kukuh selama 15 saat.
- Kemudian, dengan jari telunjuk, luncurkan urutan secara perlahan ke bawah sepanjang sisi batang hidung.
- Ulangi gerakan turun ini selama 30 saat.
10. Pembedahan

Dalam kes di mana resdung menjadi terlalu teruk, berulang-ulang, atau tidak bertindak balas terhadap rawatan biasa, prosedur pakar atau pembedahan mungkin diperlukan.
Ini terutamanya berlaku jika terdapat masalah anatomi seperti polip hidung atau septum menyimpang (deviated septum) yang menyebabkan simptom resdung tidak pernah pulih sepenuhnya.
Prosedur ini bertujuan membuka laluan sinus, meningkatkan pengaliran mukus dan melegakan simptom secara lebih kekal.
Berikut beberapa pilihan rawatan pakar yang biasa digunakan sebagai cara hilangkan resdung:
1. Balloon Sinuplasty
Prosedur ini adalah minimally invasive, tanpa pembedahan besar.
Cara ia dilakukan:
- Sebuah tiub kecil (balloon catheter) dimasukkan melalui lubang hidung ke dalam sinus.
- Bahagian hujung tiub kemudian dikembungkan untuk membuka laluan sinus.
- Ini membantu meningkatkan pengaliran mukus dan mengurangkan tekanan sinus.
Ia biasanya sembuh cepat dan sesuai untuk pesakit yang mempunyai sumbatan sinus sederhana tanpa komplikasi besar.
2. Septoplasty
Jika sinusitis berpunca daripada septum menyimpang, septoplasty membantu membetulkan kedudukan septum (dinding pemisah dalam hidung).
Dalam prosedur ini:
- Doktor akan membentuk semula atau membuang sedikit tulang atau rawan yang menyebabkan halangan.
- Ia dilakukan di bawah bius setempat atau umum.
- Insisi dibuat di dalam hidung, jadi tiada parut luar.
Rawatan ini membantu melancarkan aliran udara dan mengurangkan keradangan sinus jangka panjang.
3. Endoscopic Sinus Surgery (ESS)
Ini adalah pembedahan yang lebih menyeluruh dan biasa dilakukan untuk sinusitis kronik.
Prosedur ini melibatkan:
- Kamera nipis berlampu dimasukkan melalui lubang hidung untuk melihat ke dalam sinus.
- Alat khas yang halus digunakan untuk membuang punca sumbatan, seperti polip hidung atau tisu yang meradang.
- Membesarkan lubang sinus supaya mukus boleh mengalir dengan lebih lancar.
ESS biasanya dilakukan di bawah bius penuh dan sangat berkesan dalam mengurangkan kesesakan, sakit sinus, dan sakit kepala resdung.
4. Adenoidectomy
Jika adenoid yang membesar menjadi punca sinusitis kronik, doktor mungkin mencadangkan pembedahan membuang adenoid.
Ciri-ciri prosedur:
- Dilakukan melalui mulut (tiada luka luar).
- Biasanya dilakukan di bawah bius penuh.
- Ia sama seperti prosedur tonsillectomy.
Prosedur ini lebih biasa dilakukan pada kanak-kanak tetapi juga boleh dilakukan pada orang dewasa jika perlu.
Kesimpulan
Kesimpulannya, 10 cara hilangkan resdung yang dibincangkan tadi boleh membantu melegakan simptom dan menjaga kesihatan sinus anda.
Namun, jika keadaan tidak pulih selepas satu hingga dua minggu, semakin teruk, atau kerap berulang, dapatkan bantuan pakar ENT.
Mereka mempunyai rawatan khusus yang boleh memperbaiki simptom dengan lebih berkesan dan mengenal pasti punca sebenar masalah sinus.
Antara cara hilangkan resdung yang biasa berlaku dan perlu anda periksa pada diri adalah seperti berikut:
- Minum Banyak Air
- Gunakan Tuam Panas dan Sejuk
- Sedut Wap Air Panas
- Rawatan OTC (Over-the-Counter)
- Rehat Secukupnya
- Tidur Berkualiti
- Senaman Berimpak Rendah
- Tambah Pengambilan Vitamin C
- Teknik Urutan Sinus
- Pembedahan
Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah resdung di sini:

