20 Cara Hilangkan Migrain Paling Efektif – No. 8 Ramai Tak Tahu!
Cara hilangkan migrain bukan sahaja bergantung kepada ubat semata-mata, malah turut melibatkan gabungan teknik semula jadi, rawatan moden dan perubahan gaya hidup harian.
Ramai yang mengaitkan migrain dengan sakit kepala yang teruk, tetapi hakikatnya ia turut disertai gejala lain seperti loya, muntah, sensitiviti terhadap cahaya, bunyi dan bau.
Malah, ada juga yang mengalami gangguan sementara pada penglihatan, deria rasa atau pergerakan tubuh. Serangan ini boleh berlaruta sehingga 72 jam dan mengganggu rutin harian dengan ketara.
Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda 20 cara hilangkan migrain paling efektif yang boleh anda cuba segera.
1. Lakukan Tuam Sejuk

Menggunakan pek ais atau kain basah yang sejuk di kepala atau tengkuk ketika migrain menyerang boleh membantu mengurangkan kesakitan secara drastik.
Terapi suhu sejuk dipercayai mampu menyempitkan salur darah serta memperlahankan isyarat saraf yang menyebabkan kesakitan.
Walaupun belum ada bukti saintifik yang benar-benar kukuh, beberapa kajian seperti National Center for Biotechnology Information dan Hawai’i Journal of Medicine & Public Health mendapati bahawa, meletakkan pek ais di sekitar leher atau kepala boleh mengurangkan persepsi terhadap sakit.
Kaedah ini amat berkesan terutama jika migrain berpunca daripada cuaca panas atau terdedah kepada cahaya matahari.
2. Cari Tempat Gelap dan Sunyi

Fotofobia (sensitiviti terhadap cahaya) dan fonofobia (sensitiviti terhadap bunyi) adalah dua simptom utama yang sering dialami penghidap migrain.
Individu yang diserang migrain biasanya sangat sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Oleh itu, cara hilangkan migrain ketika dalam keadaan ini adalah dengan menenangkan diri di tempat yang gelap dan sunyi.
Berbaring sambil menarik nafas perlahan dan dalam dari diafragma juga mampu menenangkan sistem saraf dan mengurangkan tekanan.
Suasana yang tenang membantu meredakan gejala dan memberi peluang kepada tubuh untuk kembali pulih secara semula jadi.
3. Kekalkan Pengambilan Air Yang Cukup
Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan dehidrasi, salah satu pencetus utama migrain.
Kajian dari Journal of Clinical Neuroscience mendapati bahawa, individu yang sentiasa terhidrasi mengalami sakit kepala yang lebih ringan, pendek dan jarang berlaku.
Minum air secukupnya setiap hari bukan sahaja mencegah migrain, malah menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh.
4. Ambil Kafein dalam Jumlah Sederhana
Kajian dari National Center for Biotechnology Information mendapati, segelintir individu mendapati kafein seperti kopi atau teh membantu menghentikan migrain pada peringkat awal.
Hal ini kerana, kafein mempunyai kesan vasokonstriktor dan boleh membantu mengurangkan bengkak pada salur darah otak yang menjadi penyebab sakit kepala.
Namun, penggunaan berlebihan atau tidak konsisten boleh menyebabkan sakit kepala akibat ketagihan atau penarikan kafein.
Adalah disarankan agar pengambilan kafein tidak melebihi 200mg sehari dan kekal pada kadar yang tetap setiap hari.
5. Kurangkan Tabiat Mengunyah atau Mengetap Gigi
Aktiviti seperti mengunyah gula-gula getah secara berlebihan atau tabiat mengetap gigi waktu tidur boleh menyebabkan tekanan pada otot temporomandibular (rahang), yang seterusnya mencetuskan migrain.
Kajian menunjukkan individu yang kerap mengunyah gula-gula getah lebih cenderung mengalami sakit kepala.
Jika anda mendapati tabiat ini berkait dengan migrain anda, pertimbangkan untuk menghentikannya dan berbincang dengan doktor gigi mengenai kemungkinan bruksisme.
6. Amalkan Meditasi dan Relaksasi

Teknik meditasi seperti pernafasan sedar, yoga pernafasan dan relaksasi otot progresif boleh membantu meredakan tekanan dan menstabilkan emosi.
Stress yang berpanjangan merupakan antara faktor pencetus migrain. Dengan meditasi harian, anda dapat mengurangkan frekuensi dan keterukan serangan migrain.
7. Dapatkan Urutan Terapi Profesional

Berdasarkan kajian dari International Journal of Therapeutic Massage & Bodywork, urutan terapeutik terbukti dapat mengurangkan ketegangan otot, memperbaiki peredaran darah dan merangsang pelepasan hormon endorfin yang mengurangkan kesakitan.
Urutan pada leher, bahu, kepala dan juga refleksologi kaki atau tangan boleh memberikan kelegaan segera kepada pesakit migrain.
8. Makan Halia

Halia terkenal kerana ia mengandungi gingerol yang bersifat anti-radang dan antioksidan.
Kajian dari The American Journal of Emergency Medicine menunjukkan, pengambilan halia, sama ada dalam bentuk serbuk, teh atau kapsul, mampu mengurangkan kesakitan migrain dalam tempoh dua jam.
Ia juga berkesan mengurangkan loya dan muntah yang kerap mengiringi serangan migrain.
9. Ambil Ubat Mengikut Cadangan Doktor
Rawatan farmakologi untuk migrain terbahagi kepada dua kategori utama: ubat untuk merawat serangan (abortive treatment) dan ubat pencegahan (preventive treatment).
Antara ubat yang biasa digunakan termasuk triptan seperti sumatriptan dan rizatriptan, NSAIDs seperti ibuprofen, serta ubat moden seperti gepants dan ditans.
Bagi mereka yang mengalami serangan lebih daripada 15 kali sebulan, ubat pencegahan seperti propranolol, topiramate, atau suntikan botulinum toksin (Botox) boleh dipertimbangkan
Setiap ubat mempunyai kesan sampingan tersendiri, jadi adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.
10. Kenalpasti dan Elakkan Pencetus Migrain
Pencetus migrain berbeza antara individu. Antara pencetus migrain yang paling biasa termasuk makanan tertentu (coklat, keju matang, MSG), perubahan hormon, tidur tidak teratur, cahaya terang, bau kuat dan tekanan emosi.
Menyimpan jurnal migrain selama sekurang-kurangnya tiga bulan boleh membantu anda mengesan pola serangan dan mengenal pasti pencetus utama.
Mengelakkan pencetus ini boleh mengurangkan risiko serangan berulang.
11. Lakukan Aktiviti Fizikal Ringan
Cara hilangkan migrain yang seterusnya adalah dengan melakukan aktiviti fizikal ringan.
Walaupun senaman berat tidak digalakkan semasa migrain menyerang, aktiviti ringan seperti berjalan kaki atau yoga lembut boleh membantu mengurangkan kekerapan dan keterukan serangan.
Senaman meningkatkan pengaliran darah dan membantu melegakan tekanan dalaman.
12. Bina Pelan Rawatan Komprehensif

Bekerjasama dengan doktor untuk membangunkan pelan rawatan yang menyeluruh adalah langkah penting dalam pengurusan migrain.
Pelan ini merangkumi pengenalan jenis migrain, pencetus, strategi pencegahan, pilihan ubat dan garis panduan bila perlu mendapatkan rawatan lanjut.
Pemantauan berkala meningkatkan keberkesanan rawatan
13. Cuba Suplemen Yang Sesuai
Suplemen seperti magnesium, vitamin B2 (riboflavin), CoQ10 dan melatonin dipercayai membantu mengurangkan kekerapan migrain.
Walaupun tidak semua individu akan merasai kesan yang sama, pengambilan suplemen di bawah seliaan doktor boleh menjadi tambahan berguna dalam rawatan migrain.
14. Amalkan Akupresur Sendiri atau Dengan Pakar

Akupresur adalah teknik dari perubatan tradisional Cina yang melibatkan tekanan di titik tertentu badan untuk melegakan kesakitan.
Titik LI-4 di antara ibu jari dan jari telunjuk tangan dipercayai dapat membantu melegakan sakit kepala dan migrain.
Amalkan dengan tekanan lembut secara berputar selama beberapa minit, atau dapatkan rawatan daripada pakar akupresur.
15. Guna Minyak Pati
Minyak pati seperti lavender, peppermint dan chamomile mempunyai kesan aromaterapi yang menenangkan dan boleh membantu mengurangkan tekanan serta sakit kepala.
Minyak ini boleh dihidu dengan diffuser atau disapu secara luaran dengan minyak pembawa.
Namun, pastikan minyak tersebut tulen, tidak dicampur bahan kimia, dan digunakan dengan betul, sama ada melalui penyedutan atau sapuan selepas dicairkan..
16. Amalkan Yoga Secara Konsisten
Yoga bukan sekadar senaman fizikal, malah ia satu bentuk terapi minda dan badan yang membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan aliran darah dan menstabilkan hormon.
Amalan yoga seperti Hatha atau Yin yoga, digabungkan dengan pernafasan berirama, dapat mengurangkan kekerapan dan tempoh serangan migrain.
Kajian dari International Journal of Yoga menunjukkan bahawa, yoga boleh mengurangkan bilangan dan tempoh serangan migrain serta meningkatkan kualiti hidup pesakit.
17. Kurangkan Tekanan Luaran Pada Kepala
Cara hilangkan migrain yang berikutnya adalah dengan mengurangkan tekanan luaran pada kepala.
Memakai aksesori yang terlalu ketat seperti topi, getah rambut atau cermin mata renang boleh memberikan tekanan pada kulit kepala dan mencetuskan sakit kepala.
Elakkan mengenakan tekanan luaran yang tidak perlu di bahagian kepala untuk mencegah serangan.
18. Pertimbangkan Terapi Neuromodulasi

Neuromodulasi ialah teknologi yang menggunakan arus elektrik ringan untuk merangsang saraf trigeminal iaitu saraf utama yang terlibat dalam kesakitan migrain.
Menurut Neurology Journals, peranti seperti CEFALY diluluskan oleh FDA dan digunakan pada dahi untuk mengganggu isyarat sakit.
Ia adalah pilihan tanpa ubat yang menjanjikan kelegaan segera bagi ramai pesakit migrain.
19. Rawat Seawal Mungkin
Menurut American Migraine Foundation, rawatan awal semasa fasa prodromal (peringkat amaran) boleh menghentikan serangan migrain sebelum menjadi teruk.
Tanda-tanda prodromal termasuk perubahan mood, keletihan, loya, dan keinginan makanan tertentu.
Mengambil ubat sebaik sahaja tanda ini muncul meningkatkan peluang untuk memendekkan tempoh dan mengurangkan intensiti migrain.
20. Tidur yang Cukup dan Berkualiti
Tidur yang tidak mencukupi atau pola tidur yang terganggu adalah antara salah satu punca migrain.
Kajian dari National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, kekurangan tidur boleh meningkatkan sensitiviti otak terhadap isyarat sakit.
Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam, iaitu antara 7 hingga 9 jam bagi orang dewasa.
Tidur yang berkualiti membantu otak untuk berehat dan mengawal keseimbangan hormon yang berkait rapat dengan migrain.
Amalkan rutin tidur yang tetap, elakkan penggunaan skrin sebelum tidur, dan pastikan bilik tidur dalam keadaan gelap serta sejuk untuk kualiti tidur yang optimum.
Kesimpulan
Kesimpulannya, migrain bukan sekadar sakit kepala biasa, ia boleh menjejaskan kualiti hidup dan produktiviti harian anda.
Namun begitu, dengan mengenal pasti pencetus, merawat simptom seawal mungkin, dan mencuba pelbagai kaedah yang sesuai dengan keadaan anda, anda boleh mengawal migrain dengan lebih baik.
Walaupun terdapat pelbagai cara hilangkan migrain yang boleh dicuba, tidak semua rawatan berkesan untuk setiap individu. Kuncinya ialah memahami badan sendiri, menyesuaikan rawatan, dan konsisten dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Jika anda sering mengalami migrain atau simptomnya semakin teruk, jangan abaikan. Dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar sakit kepala untuk mendapatkan pelan rawatan yang sesuai dan berkesan untuk jangka panjang.
Dengan rawatan yang betul dan pendekatan yang sistematik, anda boleh mengurangkan kekerapan serangan dan meningkatkan kualiti hidup anda.
Berikut adalah cara hilangkan migrain yang boleh anda cuba di rumah:
- Lakukan Tuam Sejuk
- Cari Tempat Gelap dan Sunyi
- Kekalkan Pengambilan Air Yang Cukup
- Ambil Kafein dalam Jumlah Sederhana
- Kurangkan Tabiat Mengunyah atau Mengetap Gigi
- Amalkan Meditasi dan Relaksasi
- Dapatkan Urutan Terapi Profesional
- Makan Halia
- Ambil Ubat Mengikut Cadangan Doktor
- Kenalpasti dan Elakkan Pencetus Migrain
- Lakukan Aktiviti Fizikal Ringan
- Bina Pelan Rawatan Komprehensif
- Cuba Suplemen Yang Sesuai
- Amalkan Akupresur Sendiri atau Dengan Pakar
- Guna Minyak Pati
- Amalkan Yoga Secara Konsisten
- Kurangkan Tekanan Luaran Pada Kepala
- Pertimbangkan Terapi Neuromodulasi
- Rawat Seawal Mungkin
- Tidur yang Cukup dan Berkualiti
Anda juga boleh baca tentang informasi migrain yang lain di sini: