17 Cara Hilangkan Bisul Dengan Berkesan dan Jimat!
Apakah cara hilangkan bisul dengan berkesan dan terbaik boleh anda lakukan?
Bisul adalah benjolan merah berisi nanah yang terbentuk di bawah kulit dan boleh menjadi menyakitkan sehingga doktor mengeluarkan nanah tersebut. Walaupun bisul biasanya memerlukan rawatan perubatan, anda boleh mencuba rawatan rumah seperti menggunakan haba dan minyak pokok teh.
Bisul boleh membesar sehingga sebesar bola besbol. Justeru, jangan sekali-kali memicit atau memerah bisul kerana ia boleh menyebabkan jangkitan merebak.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda 17 cara hilangkan bisul yang boleh membantu melegakan kesakitan dan menghalang penyebaran jangkitan, membolehkan bisul sembuh dengan lebih baik.
Namun, anda masih disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor kerana dalam banyak kes, rawatan rumah sahaja mungkin tidak mencukupi untuk menyembuhkan bisul.
1. Bawang Putih Mentah

Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semula jadi kerana kandunga aliicin, sebatian sulfur yang bersifat antibakteria, dan antikulat, dan anti-radang. Menurut kajian dari Journal of Pharmacy & BioAllied Sciences, bawang putih membantu membunuh bakteria penyebab bisul serta mempercepatkan pematangan nanah supaya ia cepat keluar.
Cara penggunaannya adalah dengan menghancurkan bawang putih mentah dan menyapunya terus pada bisul. Biarkan selama 10-15 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
Selain itu, anda juga boleh menelan satu atau dua ulas bawang putih mentah setiap hari untuk meningkatkan imuniti badan bagi melawan jangkitan dari dalam. Namun, bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, elakkan menyapu bawang putih terus pada kulit kerana ia boleh menyebabkan iritasi atau rasa terbakar.
2. Minyak Pokok Teh (Tea Tree Oil)

Minyak pokok teh atau tea tree oil adalah antiseptik semula jadi yang sangat kuat dan sering digunakan untuk merawat jerawat serta jangkitan kulit, termasuk bisul. Kajian dari National Center for Biotechnology menunjukkan bahawa, ia mempunyai sifat anti-mikrob, anti-radang, dan anti-kulat yang membantu membunuh bakteria penyebab bisul serta mengurangkan kesakitan dan bengkak.
Untuk menggunakannya, campurkan beberapa titis minyak pokok teh dengan minyak pembawa seperti minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum menyapukannya pada bisul menggunakan kapas bersih.
Gunakan dua hingga tiga kali sehari sehingga bisul mengecut. Jangan sapu minyak pokok teh terus pada kulit tanpa mencairkannya kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit yang sensitif.
3. Garam Bukit
Garam bukit mengandungi pelbagai mineral semula jadi yang bersifat antibakteria dan anti-radang. Ia membantu mengeringkan bisul dengan cepat serta mengurangkan risiko jangkitan.
Cara hilangkan bisul dengan garam bukit adalah anda boleh mencampurkan satu sudu garam bukit ke dalam air suam, kemudian gunakan kain bersih untuk menekap bisul selama 10-15 minit.
Kaedah ini bukan sahaja membantu mengurangkan keradangan tetapi juga meningkatkan peredaran darah ke kawasan yang terjejas, mempercepatkan pematangan bisul supaya nanah keluar dengan lebih cepat.
Mandi air garam bukit juga membantu mencegah jangkitan kulit dan menyegarkan tubuh.
4. Serbuk Kunyit

Berdasarkan kajian oleh National Center for Biotechnology Information, kunyit adalah herba yang sering digunakan dalam rawatan tradisional kerana mengandungi curcumin, sebatian aktif yang mempunyai sifat anti-radang, antibakteria, dan antioksidan.
Kunyit membantu mengurangkan bengkak pada bisul serta membunuh bakteria penyebab jangkitan. Anda boleh membuat pes kunyit dengan mencampurkan serbuk kunyit dengan sedikit air atau minyak kelapa, kemudian sapukan pada bisul dan biarkan selama 20-30 minit sebelum dibilas dengan air suam.
Untuk rawatan dalaman, kunyit boleh dicampurkan dengan air suam dan diminum setiap malam sebelum tidur bagi membantu meningkatkan daya tahan badan serta mempercepatkan penyembuhan dari dalam.
5. Halia

Halia mengandungi sebatian aktif seperti gingerol, yang bersifat anti-radang dan antibakteria. Ia boleh membantu mengecutkan bisul dan mengurangkan kesakitan.
Cara menggunakannya ialah dengan menumbuk halia segar dan menyapukannya pada bisul, kemudian biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Selain itu, anda juga boleh menbuat teh halia dengan merebus beberapa hirisan halia dalam air panas dan meminumnya.
Teh halia membantu meningkatkan sistem imun serta mempercepatkan proses penyembuhan bisul dari dalam.
6. Madu
Madu asli seperti madu tualang dan madu manuka mempunyai sifat antibakteria yang kuat serta membantu dalam proses penyembuhan luka. Madu melembapkan kulit dan mengurangkan risiko parut selepas bisul sembuh. Manfaat ini dibuktikan sendiri oleh kajian dari National Center for Biotechnology Information.
Anda boleh menyapu madu terus pada bisul dan biarkan selama 30 minit sebelum membilasnya dengan air suam. Bukan itu sahaja, malah madu juga boleh diminum bersama air suam atau teh herba untuk meningkatkan imuniti dan membantu penyembuhan dari dalam.
7. Minyak Pati Jintan Manis (Caraway Essential Oil)

Menurut kajian dari National Center of Biotechnology Information, minyak pati jintan manis terkenal dengan sifat anti-radang dan analgesiknya. Ia membantu melegakan kesakitan serta mempercepatkan pematangan bisul.
Campurkan beberapa titis minyak pati jintan manis dengan minyak kelapa sebelum menyapukannya pada bisul dua kali sehari. Minyak ini juga mempunyai bau yang menyegarkan dan boleh membantu mengurangkan rasa tidak selesa akibat bisul.
8. Minyak Kayu Putih (Eucalyptus)

Seterusnya, minyak kayu putih juga boleh digunakan sebagai cara hilangkan bisul yang berkesan. Minyak kayu putih mengandungi eucalyptol, sebatian antiseptik semula jadi yang berkesan dalam membunuh bakteria serta mengurangkan bengkak dan kesakitan pada bisul.
Campurkan minyak kayu putih dengan sedikit air atau minyak kelapa sebelum menyapukannya pada bisul menggunakan kapas bersih. Penggunaan secara konsisten akan membantu bisul mengecut dengan lebih cepat.
9. Minyak Semambu (Neem Oil)

Minyak semambu atau neem oil sangat popular dalam perubatan Ayurveda kerana sifat antibakteria dan anti-kulatnya yang kuat.
Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, ia membantu membunuh bakteria penyebab bisul serta mengurangkan bengkak dan kesakitan. Minyak semambu boleh disapu terus pada bisul dua hingga tiga kali sehari.
10. Tekap Dengan Air Suam
Tekapan air suam adalah cara hilangkan bisul yang paling mudah dan berkesan. Apabila kain suam diletakkan pada bisul, haba yang dihasilkan akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut, yang seterusnya membantu sistem imun badan melawan bakteria dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Untuk melakukan rawatan ini, rendam kain bersih dalam air suam (pastikan suhu tidak terlalu panas bagi mengelakkan kulit melecur), kemudian perah kain tersebut sebelum menekapkannya pada bisul selama 10-15 minit.
Ulang proses ini sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali sehari bagi mendapatkan hasil yang optimum. Setelah bisul mula membesar dan mengumpul nanah, ia akan pecah dengan sendiri dan mengeluarkan kandungannya. Selepas itu, pastikan kawasan tersebut dibersihkan dengan sabun antibakteria dan air suam untuk mengelakkan jangkitan merebak ke kawasan lain.
Alternatif lain, anda juga boleh menggunakan botol air panas yang dibalut dengan tuala sebagai alternatif untuk memberikan haba kepada bisul dengan lebih konsisten.
11. Kapur Sireh
Cara hilangkan bisul yang seterusnya adalah dengan menggunakan kapur sireh. Kapur sireh adalah bahan tradisional yang sering digunakan dalam rawatan luka dan masalah kulit kerana sifat antibakterianya yang kuat.
Kapur sireh boleh membantu mengeringkan bisul dengan lebih cepat serta menghalang pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan semakin merebak.
Cara penggunaannya adalah dengan mencampurkan sedikit kapur sireh dengan air sehingga membentuk pes pekat, kemudian sapukan terus pada bisul. Biarkan pes ini mengering selama 30-60 minit sebelum mencucinya dengan air bersih. Anda boleh mengulanginya dua kali sehari untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Namun, pastikan anda tidak menggunakan kapur sireh secara berlebihan atau membiarkannya terlalu lama di kulit kerana ia boleh menyebabkan iritasi, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Sebagai tambahan, kapur sireh boleh dicampurkan dengan kunyit atau madu untuk memberikan kesan yang lebih baik. Kombinasi ini membantu mengurangkan keradangan serta mempercepatkan bisul untuk matang dan pecah dengan sendiri.
12. Makan Ubat Homeopati
Rawatan homeopati semakin popular kerana ia dianggap sebagai cara hilangkan bisul yang lebih lembut berbanding ubat moden. Dalam kes bisul, terdapat beberapa ubat homeopati yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan serta mengurangkan risiko bisul berulang. Antaranya ialah:
- Hepar Sulphuris Calcareum – Berkesan untuk bisul yang sakit dan bernanah. Ubat ini membantu mempercepatkan proses pematangan bisul supaya nanah keluar dengan lebih mudah.
- Silicea – Sesuai untuk bisul yang lambat sembuh atau yang sering berulang. Silicea membantu badan mengeluarkan nanah secara semula jadi tanpa perlu ditekan atau dicucuk.
- Belladonna – Sesuai untuk bisul yang masih dalam peringkat awal dan berwarna merah serta membengkak. Ia membantu mengurangkan radang dan kesakitan.
Rawatan homeopati ini biasanya diambil dalam bentuk tablet kecil yang diletakkan dibawah lidah. Walaupun kaedah ini mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding antibiotik moden, ia lebih lembut kepada badan dan mengurangkan risiko kesan sampingan seperti alahan atau ketahanan antibiotik.
13. Makan Antibiotik

Jika bisul anda besar, sangat menyakitkan, atau berulang kali terjadi, doktor mungkin akan mengesyorkan antibiotik oral untuk membantu melawan jangkitan bakteria. Antibiotik berfungsi dengan membunuh bakteria Staphylococcus aureus, yang merupakan penyebab utama bisul.
Antara antibiotik yang sering diberikan termasuk:
- Amoxicillin – Sesuai untuk jangkitan ringan hingga sederhana.
- Clindamycin – Digunakan jika pesakit mempunyai alahan terhadap Amoxicillin atau jika jangkitan lebih serius.
- Cephalexin – Diberikan untuk jangkitan kulit yang tidak terlalu teruk tetapi memerlukan rawatan antibiotik.
Rawatan antibiotik biasanya mengambil masa 5 hingga 7 hari bergantung kepada tahap keseriusan bisul. Namun, penting untuk menghabiskan keseluruhan dos antibiotik seperti yang ditetapkan oleh doktor bagi mengelakkan bakteria menjadi kebal terhadap ubat tersebut.
14. Sapu Dengan Krim Untuk Bisul

Krim antibiotik boleh digunakan sebagai cara hilangkan bisul untuk membunuh bakteria dan mempercepatkan penyembuhan bisul. Krim ini boleh digunakan secara langsung pada bisul dan sekelilingnya bagi mengelakkan jangkitan semakin melarat.
Antara krim yang sering disarankan oleh doktor termasuk:
- Fucidin (Fusidic Acid) – Berkesan untuk membunuh bakteria penyebab bisul.
- Mupirocin (Bactroban) – Digunakan jika bisul berulang atau jika terdapat jangkitan sekunder.
Gunakan krim ini dua hingga tiga kali sehari selepas mencuci kawasan bisul dengan sabun antibakteria. Pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas menyapu krim bagi mengelakkan penyebaran bakteria.
15. Kapas dan Cuka
Cuka epal atau cuka putih adalah bahan semula jadi yang mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik yang boleh membantu mengeringkan bisul dengan lebih cepat.
Cara menggunakannya ialah:
- Rendam sehelai kapas bersih dalam cuka epal atau cuka putih.
- Tekapkan kapas tersebut pada bisul selama 5-10 minit.
- Ulangi dua hingga tiga kali sehari sehingga bisul mula mengecut dan nanah keluar dengan sendiri.
Cuka bukan sahaja membantu membasmi bakteria tetapi juga mengurangkan kesakitan dan bengkak.
16. Daun Sireh
Daun sireh telah lama digunakan dalam perubatan tradisional kerana sifat antibakteria dan anti-radang yang membantu dalam rawatan luka dan jangkitan kulit.
Cara menggunakannya ialah:
- Ambil beberapa helai daun sireh dan rebus dalam air selama 5-10 minit.
- Gunakan air rebusan itu untuk mencuci kawasan bisul.
- Ambil satu helai daun sireh yang masih hangat, tekapkan pada bisul dan balut dengan kain bersih.
Rawatan ini membantu mengeluarkan nanah dari bisul dengan lebih cepat serta mengurangkan bengkak dan kesakitan.
17. Pembedahan Minor

Jika bisul terlalu besar atau tidak sembuh, doktor mungkin akan melakukan incision and drainage untuk mengeluarkan nanah secara pembedahan kecil.
Dalam prosedur ini:
- Doktor akan membersihkan kawasan bisul dan memberi bius setempat untuk mengelakkan kesakitan.
- Sebuah hirisan kecil akan dibuat untuk membolehkan nanah keluar sepenuhnya.
- Kawasan tersebut akan dibersihkan dan dibalut untuk mencegah jangkitan.
Proses ini hanya mengambil 10-15 minit dan pesakit boleh pulang selepas prosedur. Namun, selepas pembedahan, pesakit perlu menjaga kebersihan luka dan mungkin perlu mengambil antibiotik jika ada jangkitan yang teruk.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dengan memahami cara hilangkan bisul yang sesuai dan mengambil langkah pencegahan yang betul, bisul boleh diatasi dengan lebih mudah tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Namun, jika bisul semakin membesar, berulang kali terjadi, atau disertai dengan simptom seperti demam dan sakit teruk, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Berikut  adalah cara hilangkan bisul yang boleh anda cuba sendiri di rumah:
- Bawang Putih Mentah
- Minyak Pokok Teh (Tea Tree Oil)
- Garam Bukit
- Serbuk Kunyit
- Halia
- Madu
- Minyak Pati Jintan Manis (Caraway Essential Oil)
- Minyak Kayu Putih (Eucalyptus)
- Minyak Semambu (Neem Oil)
- Tekap Dengan Air Suam
- Kapur Sireh
- Makan Ubat Homeopati
- Makan Antibiotik
- Sapu Dengan Krim Untuk Bisul
- Kapas dan Cuka
- Daun Sireh
- Pembedahan Minor
Anda juga boleh baca informasi lain tentang bisul di sini:

