20 Buah Yang Tidak Boleh Dimakan Saat Batuk Agar Cepat Sembuh
Apakah buah yang tidak boleh dimakan saat batuk supaya sakit cepat sembuh?
Batuk adalah perkara biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Walaupun doktor mengesyorkan makan buah-buahan untuk memulihkan batuk, tetapi masih terdapat beberapa jenis buah-buahan yang harus dielakkan.
Hal ini kerana, sesetengah buah-buahan seperti buah sitrus boleh menggalakkan jangkitan, kerengsaan di tekak, dan memburukkan gejala, yang menjadikannya sukar untuk pulih.
Justeru, artikel pada hari kali ini kami akan berkongsi kepada anda 20 buah yang tidak boleh dimakan saat batuk untuk anda elakkan.
Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah batuk anda berlarutan. Jom kita mula dengan buah yang tidak boleh dimakan saat batuk.
1. Mangga
Buah yang tidak boleh dimakan saat batuk yang pertama adalah mangga. Mangga adalah buah yang kaya dengan antioksidan dan vitamin A, tetapi kandungan gula dan asid dalam buah mangga boleh merangsang pengeluaran lendir yang lebih banyak dalam kerongkong.
Dianggarkan sebiji buah mangga dengan berat kira-kira 330 gram mengandungi sehingga 45 gram kandungan gula. Gula dalam buah ini terdiri daripada 50% sukrosa diikuti dengan 34% frutoksa dan selebihnya adalah glukosa.
Menurut National Center for Biotechnology Information, pengambilan mangga secara berlebihan boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang, yang boleh menyebabkan gejala tidak selesa seperti batuk yang teruk.
Bahkan dari kajian National Center for Biotechnology Information, makan kulit mangga dianggap lebih berbahaya, kerana ia mengandungi kandungan urushiol yang tinggi iaitu bahan kimia yang boleh menyebabkan tindak balas alahan, terutamanya pada individu yang alah kepada mangga.
2. Nanas
Kajian yang dijalankan oleh National Center for Complementary and Integrative Health, menunjukkan bahawa nanas mengandungi enzim bromelain yang diketahui baik untuk melegakan keradangan.
Namun, jika diambil dalam jumlah yang berlebihan ketika batuk, ia boleh menyebabkan kerengsaan pada tekak kerana sifat asidiknya.
Sensitiviti terhadap asid dalam nanas boleh membuatkan batuk semakin teruk, terutama bagi mereka yang mengalami batuk kering atau tekak yang sudah meradang.
3. Durian
Durian amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran “Raja Buah” atau “Raja Segala Buah” kerana rasa yang unik dan aromanya yang kuat. Malaysia sendiri terkenal dengan pelbagai jenis durian seperti Musang King, D24, Red Prawn, Black Thorn, dan pelbagai lagi.
Menariknya setiap jenis durian ini mempunyai rasa, tekstur dan warna yang berbeza. Menurut National Center for Biotechnology Information, isi durian kaya dengan sumber nutrisi yang sangat baik dari segi protein, lemak, serat dan karbohidrat. Bahkan air rebusan daun durian dan akarnya juga diketahui mempunyai sifat febrifige dan anti-malaria.
Namun demikian, durian dikategorikan sebagai buah yang tidak boleh dimakan saat batuk kerana ia mempunyai kandungan lemak dan gula seperti fruktosa dan glukosa yang tinggi.
Kandungan gulanya antara 8.33 gram hingga 16.9 gram bagi setiap 100 gram. Keadaan ini boleh merangsang pertumbuhan bakteria di dalam tekak sehingga memperlambatkan proses penyembuhan dan membuatkan batuk semakin sukar pulih.
Selain itu, durian juga bersifat “panas”, dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada tekak, meningkatkan kerengsaan yang boleh memperburuk batuk.
Pengambilan durian juga boleh menyebabkan peningkatan lendir dalam kerongkong.
4. Cempedak
Cempedak juga tersenarai sebagai buah yang tidak boleh dimakan saat batuk kerana buah ini mempunyai tekstur yang agak lembut tetapi berserat. Tekstur seperti ini menyebabkan tekak terasa tidak selesa atau gatal, seterusnya merangsang pengeluaran lendir lebih banyak dalam saluran pernafasan sehingga batuk menjadi lebih kerap dan sukar dikawal.
Menurut International Food Research Journal, cempedak mengandungi paras sukrosa yang tinggi diikuti fruktosa dan glukosa. Seperti yang kita ketahui, gula bolehh meningkatkan keradangan dalam badan.
Di mana ia boleh melemahkan sistem imun, menjadikannya lebih sukar untuk melawan jangkitan yang mungkin menyebabkan batuk.
5. Rambutan
Tiada kajian saintifik yang menunjukkan makan rambutan berkait dengan batuk. Namun tidak dinafikan kandungan gula dalam rambutan sebenarnya boleh menyumbang seseorang untuk batuk lebih teruk dan lambat untuk pulih.
Ini kerana sifat buah rambutan tersebut yang boleh meningkatkan pengeluaran lendir dan menambahkan rasa ketidakselesaan.
Ini biasanya berlaku pada isi rambutan yang sedikit tebal. Namun setiap orang mempunyai reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza. Justeru, jika anda batuk, elakkan dari makan rambutan terlebih dahulu.
Jika sekiranya anda benar-benar teringin untuk makan, jangan lupa minum air suam selepas itu untuk mengurangkan ketidakselesaan di tekak.
6. Longan
Longan adalah buah bermusim dan kaya dengan antibiotik dan antioksisan untuk melindungi tubuh dari radikal bebas termasuk batuk.
Namun mereka yang memakannya secara berlebihan boleh menyebabkan batuk bertambah teruk kerana kandungan gulanya yang tinggi mampu merangsang pengeluaran lendir berlebihan di saluran pernafasan yang akan memperburuk batuk.
7. Laici
Buah yang tidak boleh dimakan saat batuk seterusnya adalah laici. Laici adalah sejenis buah tropika yang berasal dari wilayah selatan China dan sekarang ditanam di banyak kawasan Asia Tenggara.
Ia mempunyai kulit luar yang kasar dan berwarna merah apabila masak, sementara isu buahnya berwarna putih, lutsinar, dan berair.
Dapatan kajian dari Nutritional Composition of Fruit Cultivars menunjukkan bahawa buah ini mengandngi vitamin C yang tinggi, baik untuk sistem imun. Ia juga mengandungi kalium, serat, dan antioksidan seperti polifenol.
Walau bagaimanapun, laici juga mempunyai kandungan gula yang agak tinggi, yang perlu diambil kira, terutama ketika mengalami masalah kesihatan seperti batuk.
Makan 10 biji laici atau 100 gram laici bersamaan dengan 66 kalori dan 15 gram gula.
8. Tembikai
Mungkin anda akan terperanjat melihat tembikai dalam senarai buah yang tidak boleh dimakan saat batuk.
Ya, tembikai memang menyegarkan di makan ketika cuaca panas, kerana ia bersifat penghidratan. Ia mengandungi air, yang memastikan sistem kita bersih dan berfungsi.
Walau bagaimanapun, sifat ini boleh melemahkan asid perut sehingga terbentuknya lebih banyak lendir. Jika anda masih ingin makan tembikai, elakkan dari menyimpannya di dalam peti sejuk atau makan ketika masih sejuk.
9. Anggur
Buah anggur, walaupun mengandungi banyak vitamin dan mineral, ia boleh merangsang pengeluaran lendir yang banyak, terutamanya dalam kes batuk berdahak.
Hal ini kerana menurut National Center for Biotechnology Information, anggur mempunyai banyak histamin yang mungkin menjadi tindak balas alahan kepada badan dengan lebih kuat.
Selain itu, kulit anggur yang nipis juga boleh menyebabkan iritasi pada tekak yang sedang sakit terutamanya kepada mereka yang mempunyai alahan kepada buah ini.
10. Kiwi
Kiwi adalah buah yang kaya dengan vitamin C. Namun kandungan asidnya yang tinggi boleh merangsang lapisan tekak yang sudah sensitif akibat batuk sehingga ia tersenarai dalam buah yang tidak boleh dimakan saat batuk.
Kajian dari The Kiwifruit Genome mendapati bahawa kiwi mempunyai kandungan asid askorbik yang lebih tinggi berbanding buah-buahan lain. Jumlah kandungan asidnya agak tinggi iaitu 40%-60% (asid kuinik), 40%-60% (asid sitrik) dan 10% lagi adalah asid malik.
Pengambilan kiwi yang banyak semasa batuk boleh menyebabkan lebih banyak iritasi dan menyebabkan ketidakselesaan yang lebih teruk.
11. Oren
Menurut National Center for Biotechnology Information, buah oren sangat kaya dengan vitamin C, vitamin A, mineral seperti kalsium dan zat besi, serat, dan antioksidan yang bermanfaat.
Salah satu antioksidan ini adalah asid sitrik yang terdapat secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan terutamanya buah-buahan sitrus.
Selain itu, limau mandarin misalnya yang datang dari negara China
juga tersenarai dalam buah yang tidak boleh dimakan saat batuk. Hal ini kerana adanya pengawet yang boleh membuatkan anda berasa sesak nafas.
Walau bagaimanapun, pengambilan yang sederhana seperti minum air panas bersama perahan lemon bermanfaat untuk menyembuhkan batuk dan selesema.
12. Limau Nipis
Sama seperti buah oren juga, limau nipis yang banyak digunakan dalam masakan dan minuman juga tersenarai dalam buah yang tidak boleh dimakan saat batuk.
Hal ini tidak lain kerana, limau nipis bersifat asidik dan tergolong dalam buah sitrus yang berkemungkinan memberi kesan negatif dengan melambatkan proses penyembuhan kepada individu yang batuk.
13. Strawberi
Buah yang tidak boleh dimakan saat batuk yang seterusnya adalah strawberi. Strawberi adalah salah satu contoh buah yang kaya dengan histamin.
Apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak ia boleh menyebabkan sindrom pembebasan histamin yang terlampau sehingga menyebabkan rasa sesak di dada dan hidung kerana lendir yang terkumpul.
Bukan itu sahaja, strawberi juga dikatakan antara buah yang tinggi kandungan sisa racun serangga. Dari ujian yang dijalankan oleh U.S Department of Agriculture, mereka mendapati 99% strawberi yang diuji mempunyai sekurang-kurangnya satu sisa racun perosak.
Apabila buah ini dimakan tanpa dicuci dan dibersihkan terlebih dahulu, ia justeru akan memberi kesan yang teruk kepada batuk anda.
14. Delima
Buah delima dimasukkan dalam kategori buah yang tidak boleh dimakan saat batuk kerana ia mengandungi tannin yang boleh menyebabkan ketidakselesaan apabila dimakan semasa batuk.
Tannin adalah sejenis sebatian yang memberikan rasa sedikit kesat dan pahit pada buah delima, dan ia boleh merangsang kerengsaan pada tekak, seterusnya memperburuk batuk.
Selain itu, buah delima juga bersifat agak asidik yang mungkin boleh menyebabkan kerengsaan pada kerongkong yang sudah meradang kepada sesetengah individu yang mengalami batuk kering atau tekak yang sensitif.
Oleh itu adalah lebih baik mengelakkan buah delima ketika batuk, terutama jika ia menyebabkan kerengsaan pada tekak.
15. Belimbing
Belimbing adalah sejenis buah tropika yang datang dalam dua variasi utama iaitu belimbing manis dan belimbing buluh.
Belimbing manis berbentuk bintang apabila dipotong melintang, dikenali sebagai “starfruit” dan rasanya yang manis. Manakala belimbing buluh pula rasanya lebih masam dan banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sambal, acar, dan bahan untuk mencuci ikan.
Belimbing juga perlu dielakkan semasa batuk kerana sifatnya yang masam dan astringen. Rasa masam ini boleh merangsang penghasilan lendir berlebihan dalam tekak, yang boleh memperburuk gejala batuk.
Belimbing juga mengandungi asid oksalat yang boleh menyebabkan rasa kering pada tekak. Bagi sesetengah orang, ini boleh menyebabkan ketidakselesaan tambahan ketika mengalami batuk atau sakit tekak. Oleh itu, bagi mereka yang mengalami batuk atau sebarang masalah pernafasan, lebih baik untuk mengelakkan makan belimbing buluh sehingga batuk sembuh sepenuhnya.
16. Buah Plum
Buah plum adalah sejenis buah yang berasal daripada pokok dalam keluarga Rosaceae, yang juga termasuk ceri, aprikot, dan pic. Plum mempunyai kulit luar yang halus dan licin, dengan isi buah yang manis atau sedikit masam bergantung jenisnya.
Kajian yang dijalankan oleh Polish Journal of Food and Nutrition Sciences, plum sangat tinggi dengan nutrien dan mengandungi lebih dari 15 vitamin serta mineral yang pelbagai sebagai tambahan kepada serat dan antioksidan.
Namun, buah plum tersenarai dalam buah yang tidak boleh dimakan saat batuk kerana ia bersifat asidik dan boleh menyebabkan kerengsaan pada tekak yang sudah sensitif.
Apabila batuk, pengambilan plum boleh membuatkan tekak menjadi lebih gatal dan merangsang pengeluaran lendir berlebihan.
17. Ceri
Buah ceri yang kaya dengan antioksidan, juga bersifat asid. Kandungan asid yang tinggi boleh menyebabkan iritasi pada tekak, meningkatkan risiko keradangan dan memperburukkan keadaan batuk yang sedang dialami.
18. Epal
Epal, terutamanya yang masam seperti Granny Smith, mempunyai kandungan asid yang tinggi yang boleh menyebabkan iritasi pada tekak yang sudah meradang akibat batuk.
Pengambilan epal ketika batuk boleh menyebabkan lebih banyak lendir terkumpul, memperlambatkan proses penyembuhan.
Kulit buah epal yang keras juga menjadi salah satu sebab ia tersenarai dalam buah yang tidak boleh dimakan saat batuk kerana teksturnya yang boleh merengsakan tekak anda.
19. Buah Pir
Buah pir terutamanya yang belum masak sepenuhnya, mempunyai kandungan asid yang tinggi. Pengambilan buah pir ketika batuk boleh menyebabkan iritasi pada tekak dan memperburukkan simptom batuk.
Tekstur buah yang berair ini juga boleh menyebabkan lebih banyak lendir dihasilkan di tekak.
20. Buah Markisa
Akhir sekali, buah yang tidak boleh dimakan saat batuk adalah buah markisa. Buah markisa atau nama saintifiknya Passiflora edulis, adalah buah tropika yang popular di kawasan beriklim panas seperti Asia Tenggara, Amerika Selatan, dan Afrika.
Menurut kajian dari Food Science, buah markisa kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, dan mineral serta mempunyai kandungan serat yang tinggi.
Buah ini dikenali kerana kulitnya yang tebal dan isi dalamnya yang berisi biji serta lendir yang manis dan masam. Sifat asidik pada buah markisa boleh menyebabkan kerengsaan pada lapisan tekak yang sensitif, mengakibatkan ketidakselesaan yang lebih teruk.
Dalam sesetengah kes, buah markisa juga boleh mencetuskan pengeluaran histamin dalam badan, terutama pada individu yang mempunyai alahan ringan atau intoleransi terhadap histamin. Ini boleh memburukkan lagi simptom pernafasan seperti batuk, kesesakan, dan keradangan.
Kesimpulan
Buah-buahan yang mempunyai sifat asidik, panas atau terlalu manis cenderung memperburuk simptom batuk dengan cara meningkatkan pengeluaran lendir atau merangsang iritasi pada tekak.
Walaupun sesetengah buah seperti nanas dan mangga terkenal dengan manfaat kesihatan tertentu, ia tetap perlu dielakkan ketika batuk bagi mengelakkan simptom menjadi lebih parah.
Untuk pilihan yang lebih baik semasa batuk, disarankan untuk memilih buah-buahan yang rendah asid dan tidak merangsang lendir seperti pisang atau buah naga, yang lembut dan tidak membebankan saluran pernafasan. Paling baik setiap makanan yang kita ambil biarlah dalam kuantiti yang sederhana.
Dengan mengelakkan buah yang tidak boleh dimakan saat batuk, anda boleh mendapatkan kelegaan yang cepat dan membantu tubuh anda pulih dengan lebih pantas.
Namun sekiranya, batuk yang anda rasakan masih tidak hilang, berterusan serta diikuti dengan simptom yang lebih serius, segeralah dapatkan rawatan perubatan di hospital.
Berikut adalah buah yang tidak boleh dimakan saat batuk:
- Mangga
- Nanas
- Durian
- Cempedak
- Rambutan
- Longan
- Laici
- Tembikai
- Anggur
- Kiwi
- Oren
- Limau Nipis
- Strawberi
- Delima
- Belimbing
- Buah Plum
- Ceri
- Epal
- Buah Pir
- Buah Markisa
Anda juga boleh baca informasi tentang batuk yang lain di sini: