10 Buah Untuk Sakit Tekak Sesuai Dimakan & Berkhasiat
Apakah buah untuk sakit tekak yang sesuai untuk dimakan dan perlu dielakkan untuk memastikan sakit tidak bertambah teruk?
Apabila anda mengalami sakit tekak atau masalah ketika menelan, anda perlu lakukan beberapa perubahan pada pengambilan makanan yang anda makan. Ini termasuklah dari segi pilihan makanan khusus untuk dimakan atau dielakkan atau cara penyediaan makanan yang sesuai serta selamat.
Dalan artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda 10 buah untuk sakit tekak yang sesuai dan mempercepatkan proses pemulihan anda.
Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah sakit tekak anda berlarutan. Jom kita mula dengan buah untuk sakit tekak yang bagus.
Kepentingan Buah-Buahan Kepada Tubuh
Kita selalu diingatkan untuk banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan sejak dari kecil lagi.
Kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI) menunjukkan bahawa, makan pelbagai buah-buahan membekalkan tubuh dengan nutrien dan antioksidan yang boleh meningkatkan kesihatan keseluruhannya. Setiap buah mempunyai manfaat unik yang tersendiri kepada tubuh.
Justeru, pengambilan pelbagai jenis buah ke dalam diet harian anda memberi gabungan kelebihan yang terbaik untuk kesihatan jantung, pencernaan, pengurusan berat badan dan kesihatan kulit.
Anda disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan atau 1 cawan buah-buahan setiap hari.
Buah Untuk Sakit Tekak Yang Boleh Dimakan
Tidak disangkal lagi, khasiat buah-buahan memang banyak kepada tubuh kita. Namun makan buah ketika sakit tekak mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada sesetengah orang terutamanya ketika mengunyah.
Justeru, berikut adalah antara buah untuk sakit tekak yang terbaik dan sesuai untuk dimakan:
1. Buah-Buahan Beri
Buah untuk sakit tekak yang pertama adalah buah beri. Buah-buahan beri seperti strawberi, raspberi, blueberi, dan blackcurrant bukan sahaja lazat tetapi juga penuh dengan nutrien penting yang sesuai dijadikan buah untuk sakit tekak.
Menurut National Center for Biotechnology Information, salah satu kelebihan utama buah beri ialah kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun tubuh, yang membantu melawan jangkitan. Apabila badan lebih kuat untuk melawan kuman, simptom sakit tekak boleh berkurang dengan lebih cepat.
Dari kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information lagi, blueberi dan blackberi mengandungi tahap vitamin K yang tinggi, manakala kranberi kaya dengan vitamin E. Kedua-dua jenis vitamin ini memainkan peranan dalam penyembuhan dan pertumbuhan semula tisu yang terjejas akibat jangkitan atau keradangan.
Buah beri penuh dengan antioksidan seperti flavonoid, antosianin, dan resveratrol yang membantu mengurangkan keradangan di tekak. Antioksidan berfungsi untuk mengatasi radikal bebas dalam tubuh, mengurangkan tekanan oksidatif, dan mempercepatkan pemulihan dari sakit tekak.
Kajian Journal of Functional Foods mendapati blueberi kaya dengan antosianin, sejenis antioksidan yang membantu dalam melawan keradangan. Manakala raspberi pula mengandungi quercetin, sejenis flavonoid yang membantu mengurangkan bengkak dan keradangan pada tisu tekak.
Seperti yang kita tahu, dehidrasi sering menjadi punca utama ketidakselesan di tekak, justeru pengambilan buah beri yang penuh air boleh memberikan kelegaan segera. Data daripada Agricultural Research Service (ARS) menunjukkan bahawa strawberi adalah buah beri yang paling tinggi kandungan air sehingga 91%, diikuti dengan blackberi 88%, raspberi 86%, dan blueberi sebanyak 84%.
Apa yang lagi menarik dengan saiz yang kecil dan tekstur yang lembut itu, ia mudah untuk dimakan dan ditelan. Justeru tidak hairanlah ia dikenali sebagai buah untuk sakit tekak kerana mereka yang mengalami sakit tekak tidak perlu untuk kunyah dengan lama untuk menelannya.
Selain dimakan mentah, anda juga boleh mencampurkan buah beri ke dalam smoothie atau bersama yogurt.
2. Epal
Epal adalah antara tiga buah teratas yang cukup popular di seluruh di dunia. Data daripada Agricultural Research Service (ARS) menunjukkan bahawa setiap 182 gram buah epal yang mentah dan tidak dikupas kulitnya mengandungi 94.6 kalori, 156 gram air, 0.43 gram protein, 4.37 gram serat, dan 25.1 gram karbohidrat.
Rasa semulajadi epal yang manis dan sedikit masam sesuai dijadikan buah untuk sakit tekak kerana ia memberikan rasa segar dan boleh mengurangkan rasa perit di tekak.
Salah satu kebaikan utama epal ialah sifat anti-radang semulajadinya. Menurut National Center of Biotechnology Information (NCBI), bahan-bahan seperti quercetin, yang terdapat dalam kulit epal, membantu mengurangkan keradangan dalam tisu tekak yang bengkak atau meradang. Ini sangat membantu apabila tekak terasa perit atau sakit, terutamanya akibat jangkitan seperti selesema atau sakit tekak bakteria.
Epal juga mempunyai kandungan air yang tinggi, sekitar 85% yang membantu penghidratan sekaligus memastikan tekak sentiasa lembap dan mengurangkan rasa sakit.
Jika anda kurang gemar dengan tekstur epal yang sedikit keras, anda boleh masak atau kukusnya seketika sehingga lembut.
Teksturnya yang lembut ini tidak akan menyebabkan kerengsaan tambahan pada tekak yang sudah sakit. Ini menjadikan epal pilihan yang sesuai untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan makanan keras atau kasar ketika sakit tekak.
Atau anda boleh juga simpan epal dalam peti sejuk sebelum dimakan untuk memberikan rasa sejuk yang menyenangkan pada tekak yang radang.
3. Pisang
Pisang adalah buah yang lembut dan sangat mudah untuk ditelan, justeru ia sesuai dijadikan buah untuk sakit tekak.
Pisang kaya dengan potasium, vitamin B6, vitamin C dan serat. Teksturnya yang lembut tidak akan menyebabkan kerengsaan pada tekak yang sensitif.
Selain dimakan mentah, anda juga boleh cuba hancur atau lenyekkan pisang lalu dimasukkan ke dalam yogurt atau oatmeal untuk menambah variasi menu hidangan sakit anda.
4. Buah Delima
Buah delima (pomegranate) terkenal dengan khasiat kesihatan yang luas termasuk dalam penyembuhan jangkitan pada badan kita.
Kajian dari National Center for Biotechnology Information (NCBI) mendapati bahawa pengambilan jus delima boleh mengurangkan simptom-simptom keradangan tertentu.
Hal ini jelas kerana, buah delima sangat kaya dengan antioksidan, terutamanya polifenol, flavonoid, dan antosianin. Antioksidan ini membantu melawan radikal bebas dalam tubuh, yang boleh mengurangkan keradangan dan kerosakan sel yang menyebabkan rasa sakit pada tekak. Dengan mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan, delima membantu melegakan simptom sakit tekak dan mempercepatkan pemulihan.
Selain itu, kandungan tanin dalam delima mempunyai kesan astringen yang boleh membantu mengecutkan tisu yang bengkak di tekak dan mengurangkan ketidakselesaan. Ini menjadikan delima pilihan yang baik untuk mereka yang mengalami sakit tekak kronik atau disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Jika sakit tekak disertai dengan batuk atau pengeluaran kahak, buah delima dapat membantu. Menurut National Center for Biotechnology Information (NCBI), jus delima mempunyai kesan ekspektoran ringan yang membantu melembutkan kahak dan melegakan batuk. Manfaatnya ia mampu mengurangkan ketidakselesaan pada tekak yang sering disebabkan oleh batuk berterusan.
5. Kiwi
Kiwi adalah buah untuk sakit tekak yang sangat kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Kandungan vitamin C yang tinggi membantu dalam meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan simptom sakit tekak.
Kiwi juga mengandungi serat yang baik untuk pencernaan dan kesihatan secara keseluruhan.
Bahkan satu kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information (NBCI) menunjukkan bahawa gold kiwi memberi kesan penyembuhan sakit tekak yang lebih cepat berbanding pisang.
Kajian dari National Center for Biotechnology Information (NBCI) mendapati makan 2 buah kiwi setiap hari selama 4 minggu boleh meningkatkan tahap vitamin C dan juga meningkatkan fungsi sel imun yang dipanggil neutrofil.
6. Jambu Batu
Buah jambu batu adalah buah tropika yang kaya dengan nutrien penting dan sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk pelbagai masalah kesihatan, termasuk buah untuk sakit tekak.
Kajian dari Natural Product Communication (NPC) menyebut bahawa jambu batu mengandungi tannin, sebatian yang mempunyai sifat astringen yang membantu mengurangkan kerengsaan pada tekak. Sifat astringen ini membantu mengecutkan tisu yang bengkak, mengurangkan pengeluaran lendir yang berlebihan, dan melegakan rasa sakit atau perit di tekak.
Jambu batu juga mengandungi vitamin A, yang penting untuk kesihatan tisu mukosa, termasuk tisu di tekak. Vitamin A membantu memperbaiki tisu-tisu yang rosak akibat jangkitan, mempercepatkan proses penyembuhan, dan membantu tubuh melawan keradangan serta jangkitan yang berpanjangan.
Jus jambu batu adalah alternatif yang baik untuk membantu melegakan sakit tekak, terutamanya bagi mereka yang sukar menelan buah dalam bentuk pepejal.
Selain itu, daun jambu batu juga bermanfaat untuk melegakan sakit tekak. Orang dulu-dulu menggunakan air rebusan daun jambu batu dalam perubatan tradisional untuk berkumur, kerana sifat antibakteria dan anti-radangnya.
7. Buah Pir
Buah pir adalah buah yang lembut dan berair, menjadikannya pilihan yang sangat baik sebagai buah untuk sakit tekak. Selain rasanya yang manis dan menyegarkan, pir mengandungi pelbagai nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan tekak.
Gabungan pir yang dihiris dan dicampur dengan madu adalah cara tradisional yang berkesan untuk melegakan sakit tekak.
Madu mempunyai sifat antibakteria dan anti-radang, manakala pir menyediakan penghidratan dan vitamin yang diperlukan untuk pemulihan. Kombinasi ini bukan sahaja menyegarkan tetapi juga memberikan manfaat penyembuhan yang kuat.
8. Buah Mangga
Buah mangga bukan sahaja lazat tetapi juga kaya dengan pelbagai nutrien yang boleh dijadikan buah untuk sakit tekak. Mangga mengandungi pelbagai vitamin dan komponen semula jadi yang bermanfaat untuk menyokong pemulihan daripada sakit tekak dan memberikan kelegaan dari ketidakselesaan.
Vitamin C dalam buah mangga membantu meningkatkan sistem imun dan mempercepatkan pemulihan dari jangkitan yang menyebabkan sakit tekak. Dengan meningkatkan penghasilan sel darah putih, vitamin C dalam mangga membantu tubuh melawan bakteria dan virus yang menjadi punca utama sakit tekak.
Mangga juga kaya dengan antioksidan seperti quercetin, isoquercitrin, dan mangiferin, yang mempunyai sifat anti-radang. Sifat-sifat ini membantu mengurangkan keradangan pada tekak yang meradang dan bengkak. Mangiferin, salah satu antioksidan utama dalam mangga, telah terbukti berkesan dalam mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan pada tisu-tisu tekak yang terjejas.
Menurut National Center for Biotechnology Information (NCBI) lagi, mangga juga mengandungi enzim semula jadi seperti amilase, yang membantu memperbaiki penghadaman dan mengurangkan beban pada tubuh.
Enzim ini bukan sahaja bermanfaat untuk sistem pencernaan tetapi juga boleh membantu dalam melegakan kerengsaan tekak dengan mengurangkan beban pada sistem dalaman, sekali gus membolehkan tubuh memberi tumpuan lebih kepada penyembuhan sakit tekak.
9. Tembikai
Tembikai, termasuk tembikai susu dan tembikai merah adalah buah yang tinggi dengan kandungan air, membantu untuk menghidrasi badan dan melembapkan tekak.
Penghidratan yang mencukupi penting dalam melawan keradangan pada tekak. Kandungan vitamin C dalam tembikai juga membantu menguatkan sistem imun.
10. Buah Betik
Buah untuk sakit tekak yang terakhir adalah buah betik. Betik dikatakan mengandungi enzim papain, yang dipercayai boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan sakit tekak.
Ia juga kaya dengan vitamiin A, C, dan E, serta antioksidan yang membantu memperbaki sistem imun badan. Teksturnya yang lembut memudahkan ia dimakan ketika anda mengalami ketidakselesaan pada tekak.
Buah Yang Perlu Dielakkan Bila Sakit Tekak
Buah-buahan sitrus biarpun mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi, ia juga mengandungi asid yang tinggi sehingga boleh menyebabkan kerengsaan pada bahagian tekak.
Pengambilan buah sitrus ketika sakit tekak akan menyebabkan proses penyembuhan semakin lambat dan mungkin bertambah teruk. Antara buah-buahan sitrus yang perlu dielakkan adalah seperti buah oren, lemon, nenas, limau gedang, dan sebagainya.
Selain itu, buah-buahan yang keras dan mempunyai biji yang besar juga perlu dielakkan. Ia mungkin menyukarkan anda untuk menelan dan menyebabkan kesakitan bertambah. Contohnya seperti buah duku, longan, rambutan, buah ciku, dan sebagainya.
Cara Makan Buah-Buahan Untuk Melegakan Sakit Tekak
- Buat smoothie: Campurkan buah-buahan seperti pisang, tembikai, dan betik dalam smoothie yang lembut dan mudah ditelan. Tambahkan sedikit madu untuk menambah rasa dan kelegaan bagi tekak.
- Dikisar dalam bentuk jus: Buat jus segar daripada buah-buahan kaya vitamin C, tetapi pastikan ia tidak terlalu pekat atau berasid.
- Makan sejuk-sejuk: Buah yang sedikit sejuk seperti kiwi dan betik boleh memberikan rasa dingin yang melegakan pada tekak yang meradang.
Tips Ketika Makan Bila Sakit Tekak
- Makan makanan yang mempunyai tekstur lembut, dan berkrim, seperti (sup krim, ais krim, milkshakes, kastard, yogurt, kentang putar).
- Elak makanan yang mempunyai tekstur keras seperti (granola, sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran mentah, roti bakar kering, biskut kering).
- Celupkan makanan yang kering seperti (roti, biskut, bijirin) ke dalam cecair seperti (susu, sup, kuah) sebelum dimakan.
- Lembapkan makanan dengan mentega, mayonis, sirup, minyak, sos, dan krim masam.
- Masak makanan sehingga ia lembut, dan boleh dimakan.
- Pilih makanan dalam suhu bilik. Elak makanan yang terlalu sejuk dan panas kerana ia akan menyebabkan sakit tekak bertambah teruk.
- Elakkan dari makan makanan yang pedas seperti serbuk cili, kari, sos pedas, dan lada.
- Pilih kaedah penyediaan makanan sama ada cincang, kisar atau puri makanan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis buah untuk sakit tekak yang sesuai dimakan dan memberi khasiat semulajadi kepada tubuh badan anda.
Pastikan juga anda mengelakkan buah-buahan yang terlalu berasid atau keras bagi mengelakkan kerengsaan pada tekak.
Namun sekiranya, sakit tekak yang anda rasakan tidak hilang, berterusan serta diikuti dengan simptom lain yang lebih serius, segeralah dapatkan rawatan perubatan di hospital.
Berikut adalah buah untuk sakit tekak yang sesuai dimakan:
- Buah-Buahan Beri
- Epal
- Pisang
- Buah Delima
- Kiwi
- Jambu Batu
- Buah Pir
- Buah Mangga
- Tembikai
- Buah Betik
Anda juga boleh baca tentang informasi sakit tekak yang lain di sini: