Batuk Kering: Jenis, Simptom & Cara Untuk Menghilangkannya

Penyakit batuk kering dikategorikan sebagai penyakit berjangkit terbesar di dunia selepas Covid-19 dan memberi kesan kepada paru-paru. Menurut data dari International Journal of Infectious Diseases yang direkodkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 1.6 juta orang meninggal dunia akibat batuk kering pada tahun 2021.

Di Malaysia sendiri, penyakit ini dianggap sebagai masalah kesihatan serius dengan anggaran 25,000 kes baharu dilaporkan setia tahun. Memetik data Kementerian Kesihatan, sebanyak 26,781 kes batuk kering dilaporkan pada 2023, iaitu pertambahan 5.47 peratus berbanding 25,391 kes pada tahun sebelumnya, sementara pada 2021 pula sebanyak 21,727 kes direkodkan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda dengan lebih terperinci berkenaan tentang penyakit batuk kering atau tibi.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan untuk merawat masalah batuk kering anda. Jom kita mula dengan apa itu batuk kering?

Apa Itu Batuk Kering

Menurut Tuberculosis Research and Treatment, batuk kering atau juga dipanggil sebagai Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang paling kerap menjejaskan paru-paru disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Namun, organ lain juga boleh berisiko untuk dijangkiti kuman tersebut seperti otak, tulang belakang, sendi dan sebagainya.

Penyakit ini dikategorikan sebagai endemik di negera kita. Batuk jenis ini juga tidak menghasilkan lendir atau kahak, dan kerap kali dirasakan sebagai batuk yang menganggu dan tidak selesa terutamanya pada waktu malam.

Ia sangat berbeza daripada batukbiasa yang mengeluarkan kahak kerana batuk kering selalunya menimbulkan rasa gatal di bahagian kerongkong atau dada tanpa menghasilkan sebarang pelepasan.

Jenis-Jenis Batuk Kering

Menurut U.S Centers For Disease Control and Prevention (CDC), terdapat dua jenis batuk kering iaitu batuk kering akut, yang biasanya berlaku kurang dari tiga minggu, dan batuk kering akut, yang biasanya boleh berlarutan lebih lama, kadang-kadang sehingga berbulan-bulan.

  1. Pulmonary TB (PTB) – jangkitan Mycobacterium tuberculosis yang menyerang sistem pernafasan (paru-paru).
  2. Extrapulmonary TB (EPTB) – jangkitan Mycobacterium tuberculosis yang menyerang organ-organ lain selaiin paru-paru seperti lapisan pleura, abdomen, usus, kulit, tulang dan sendi, otak dan kelenjar limpa.

Batu kering juga sering dikaitkan sebagai tanda awal kepada beberapa masalah kesihatan untuk jangkitan, jadi memahami jenis batuk kering adalah langkah pertama untuk mengenal pasti punca dan rawatan yang sesuai.

Bagaimana Batuk Kering Merebak?

Kajian dari National Center for Biotechnology Information, menunjukkan bahawa bakteria batuk kering boleh disebarkan melalui titisan yang telah dijangkiti di udara. Sebaik sahaja titisan ini memasuki udara, sesiapa yang berdekatan boleh menyedutnya.

Seseorang yang mempunyai batuk kering boleh menghantar bakteria melalui bersin, batuk, bercakap, ludah dan menyanyi.

Apabila bakteria berjaya masuk ke dalam badan, ia akan masuk ke dalam paru-paru dan lama-kelamaan bergerak melalui saluran darah untuk ke organ-organ lain dalam badan kita.

batuk kering cara penyebaran

Punca Batuk Kering

Menurut National Center for Biotechnology Information, punca utama batuk kering berlaku adalah disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Mycobacterium tuberculosis. Jangkitan ini boleh merebak melalui udara sekiranya penghidap penyakit ini batuk, bersin atau bercakap.

Orang yang berada di sekitar pesakit batuk kering untuk masa yang berpanjangan juga boleh dijangkiti dengan kuman tersebut. Sebagai contoh, ahli keluarga, teman rapat, rakan sekerja atau rakan sekelas.

Selain itu, penyebab umum batuk kering juga boleh disebabkan beberapa keadaan seperti:

  • Iritasi saluran pernafasan : Asap rokok, debu, atau alergen boleh menyebebkan batuk kering.
  • Jangkitan virus : Selepas selesema atau influenza, batuk kering sering berlarutan walaupun simptom lain telah hilang.
  • Asma : Batuk kering boleh menjadi salah satu tanda asma.
  • Refluks Asid (GERD) : Asid yang baik ke kerongkong boleh menyebabkan kerengsaan dan menecetuskan batuk kering.
  • Ubat-ubatan : Ubat seperti inhibitor ACE (untuk tekanan darah tinggi) boleh menyebabkan batuk kering sebagai kesan sampingan.

Jika batuk kering berterusan lebih dari beberapa minggu atau disertai debgan simptom lain seperti demam, kehilangan berat badan, atau sesak nafas, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubahan kerana ia mungkin tanda masalah kesihatan yang lebih serius.

batuk kering punca

Siapa Yang Berisiko Dijangkiti Penyakit Ini?

Orang yang mempunyai jangkitan TB Laten (LTBI) tidak berasa sakit dan tidak berjangkit. Hanya sebahagian kecil orang yabg dijangkiti TB akan mendapat penyakit dan gejalal TB.

Individu seperti bayi dan kanak-kanak adalah sangat berisiko tinggi untuk mendapatkan batuk kering. Begitu juga dengan individu yang mempunyai penyakit atau persekitaran berikut:

  • Pesakit kencing manis (gula dalam darah tinggi)
  • Pesakit sistem imun yang lemah (contohnya: HIV and AIDS)
  • Kekurangan zat makanan
  • Perokok
  • Pesakit Rheumatoid Arthritis
  • Pekerja kesihatan
  • Penghuni penjara
  • Mengalami Renal Failure (kegagalan ginjal)
  • Penghudap penyakit Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD)
  • Penghuni Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC)
  • Tinggal serumah / rakan sekerja / ada hubungan rapat dengan pesakit tibi

Simptom dan Gejala

Simptom batuk kering biasanya ringan selama beberapa bulan, menyebabkan ia sukar untuk dikesan di peringkat awal sehingga disebarkan kepada orang lain.

Menurut survei yang dijalankan oleh pengkaji dari Clinical Infectious Society of America kepada 313 pesakit, antara simptom biasa batuk kering adalah seperti berikut:

  • Batuk berpanjangan (kadang-kadang dengan darah) dan lebih teruk pada waktu malam
  • Gatal atau iritasi di tekak
  • Batuk yang mengeluarkan bunyi serak
  • Sakit atau ketengangan di dada
  • Tiada kahak atau lendir
  • Lemah tubuh badan
  • Kepenatan atau letih
  • Penurunan berat badan
  • Demam
  • Berpeluh malam
  • Sesak nafas (dalam kes tertentu seperti asma atau bronkitis)
  • Suara serak atau hilang

Namun demikian, simptom yang dialami seseorang boleh berbeza-beza bergantung pada tempat di mana TB itu aktif di badan. Selain ia boleh menjejaskan paru-paru, ia juga menjejaskan buah pinggang, otak, tulang belakang dan kulit.

Perbezaan TB dan LTBI

Jangkitan LTBI atau Laten Tuberculosis Infection adalah keadaan tindak balas sistem imun badan yang berterusan terhadap ransangan antigen Mycobacterium Tuberculosis tanpa ada bukti klinik TB aktif.

Individu dengan LTBI dibuktikan mempunyai risiko 10% hingga 15% untuk menjadi penyaki TB. Berikut adalah perbezaan LTBI dan TB:

LTBITB
Tiada tanda atau gejala TBMempunyai tanda dan gejala TB
Sentiasa berasa sihatTidak sihat dan sakit
Tidak berjangkitBoleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain
Tujuan rawatan adalah sebagai pencegahanTujuan rawatan untuk menyembuhkan penyakit TB
Boleh menjadi TB jika tidak dirawatBoleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat

Cara Diagnosis Batuk Kering

Cara yang paling mudah untuk mengenal pasti batuk kering adalah dengan melakukan X-ray atau CT Scan pada paru-paru. Melalui x-ray kita boleh menentukan sama ada terdapat bakteria atau tidak dalam paru-paru.

Selain itu, kita juga boleh menghantar sampel kahak ke makmal untuk diuji kaji bagi mengenal pasti jenis bakteria yang menjangkiti tubuh badan anda. Ada juga kaedah lain yang dikenali sebagai Tuberculin Skin Test dengan memberikan suntikan tuberculin kepada pesakit dan memantau sebarang reaksi yang berlaku di kulit mereka.

Rawatan Di Hospital

batuk kering pemeriksaan doktor

Pesakit yang menghidap batuk kering memerlukan komitmen dan disiplin yang sangat tinggi, baik dari segi rawatan awal, pengambilan ubat-ubatan, dan rawatan susulan.

Penyakit batuk kering dirawat dengan antibiotik. Jenis antibiotik yang paling biasa digunakan adalah:

  • isoniazide
  • rifampicin
  • pyrazinamide
  • ethambutol
  • streptomycin

Untuk keberkesanannya, ubat-ubatan ini perlu diambil setiap hari selama 4-6 bulan. Jangan hentikan pengambilan ubat lebih awal atau tanpa nasihat dari doktor. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan kuman TB yang masih hidup dan menjadi kebal terhadap ubat tersebut.

Batuk kering yang tidak bertindak balas terhadap ubat standard dipanggil TB tahan dadah (drug-resistant TB) dan memerlukan rawatan yang lebih khusus dengan ubat yang berbeza.

Langkah Untuk Mencegah Dari Merebak

Ikuti langkah-langkah ini untuk membantu anda mencegah diri dan keluarga dari jangkitan batuk kering terus merebak:

  • Dapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami simptom seperti batuk berpanjangan, demam dan penurunan berat badan yang tidak tahu punca sebenar.
  • Dapatkan ujian untuk jangkitan batuk kering jika anda individu berisiko tinggi.
  • Ikuti segala rawatan yang telah ditetapkan untuk anda bagi mencegah batuk kering.
  • Jika anda menghidap batuk kering, amalkan kebersihan diri semasa batuk, termasuklah mengelakkan sentuhan dengan orang lain dan memakai topeng, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, dan membuang kahak dan tisu yang digunakan dengan betul.

Pemeriksaan dan Saringan Ke Atas Kontak Tibi

batuk kering ujian

Untuk pengetahuan anda, 5% – 10% kontak tibi berisiko mendapat tibi dalam tempoh 2 tahun. Tujuan pemeriksaan kontak ini membolehkan diagnosa dan rawatan awal diberikan.

Kontak tibi ini adalah individu yang terdedah kepada pesakit yang telah didiagnosa penyakit tibi. Antara individu yang berkemungkinan termasuk dalam kategori kontak rapat adalah seperti:

  • Tinggal serumah
  • Akrab dan kerap bertemu
  • Pernah bertemu dalam aktiviti sosial
  • Bersama dalam kenderaan semasa perjalanan
  • Dalam stesen kerja yang sama dan institusi yang sama

Antara ujian dan pemeriksaan kontak yang boleh dilakukan adalah seperti:

  • Pemeriksaan klinikal / gejala
  • Tuberculin Skin Test (TST)
  • Ujian IGRA (dengan persetujuan)
  • Ujian kahak mikroskopi
  • X-Ray dada

Rawatan susulan juga biasanya diperlukan bergantung kepada 3 keadaan:

  • Jika disahkan dijangkiti tibi : diberi rawatan tibi selama 6 bulan.
  • Jika disahkan Latent tibi : diberi rawatab LTBI selama 6 bulan.
  • Jika normal : akan melalui pemeriksaan selama 4 kali dalam tempoh 2 tahun.

Kesimpulan

Kesimpulannya, jangkitan batuk kering aktif sangat berjangkit dan berpotensi untuk mengancam nyawa seseorang jika anda tidak menerima sebarang rawatan yang sesuai. Walaupun bagaimanapun, kebanyakkan kes boleh dirawat terutamanya jika doktor boleh mengesan dengan lebih awal.

Justeru, sesiapa yang berisiko tinggi untuk mendapatkan batuk kering atau sebarang simptom penyakit tersebut haruslah segera berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

Anda juga boleh baca informasi tentang batuk yang lain di sini:

Similar Posts

Leave a Reply