Batuk Berdarah: Jenis, Simptom & Cara Untuk Menghilangkannya

Masalah batuk berdarah adalah tanda bagi kebanyakkan penyakit bermula dari jangkitan kuman hingga ke kanser.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda dengan lebih terperinci berkenaan tentang penyakit batuk berdarah.

Pastikan anda anda berbincang dengan pakar kesihatan untuk merawat masalah batuk berdarah anda. Jom kita mula dengan apa itu batuk berdarah?

Apa Itu Batuk Berdarah

batuk berdarah

Menurut National Center for Biotechnology Information, batuk berdarah, atau hemoptisis merujuk kepada keadaan di mana seseorang mengeluarkan darah atau lendir yang bercampur darah semasa batuk.

Ini boleh menandakan pelbagai jenis masalah kesihatan, dari masalah kecil sehingga yang lebih serius. Batuk berdarah boleh disebabkan oleh jangkitan, kecederaan atau keadaan kronik yang melibatkan paru-paru, bronkus, atau saluran pernafasan.

Jumlah darah yang dikeluarkan boleh berbeza dari sedikit coretan darah sehingga jumlah yang banyak, bergantung kepada punca masalah tersebut.

Punca Batuk Berdarah

Punca yang paling biasa berlakunya batuk berdarah adalah disebabkan jangkitan pada dada. Antaranya seperti berikut:

  • Radang Paru-Paru : bengkak (keradangan) tisu pada salah satu atau kedua-dua paru-paru yang biasanya kerana jangkitan kuman iaitu bakteria atau virus.
  • Bronkitis : jangkitan pada saluran pernafasan utama paru-paru (bronchi) menyebabkan ia menjadi bengkak (boleh disebabkan oleh virus atau bakteria).
  • Tuberkulosis (TB) : jangkitan paru-paru yang teruk berkaitan dengan demam dan berpeluh yang boleh dirawat dengan antibiotik.

Kadang kala pendarahan hidung yang teruk atau pendarahan dari mulut atau tekak juga boleh menyebabkan darah keluar dalam air liur apabila batuk.

Menurut American Family Physician, dalam kes-kes tertentu punca batuk berdarah juga disebabkan oleh keadaan masalah kesihatan berikut:

  • Bronchiectasis : biasanya disertai dengan simptom seperti semput dan sesak nafas.
  • Embolisme Pulmonari : ini adalah keadaan dimana terdapat darah beku dalam paru-paru. Ia akan menyebabkan sesak nafas secara tiba-tiba dan sakit di bahagian dada.
  • Edema Pulmonari : ini adalah keadaan dimana terdapat cecair dalam paru-paru. Kahak akan mula menjadi merah jambu dan berbuih. Biasanya berlaku kepada individu yang mempunyai masalah jantung.
  • Kanser Paru-Paru : lebih berpotensi terjadi kepada individu berumur lebih dari 40 tahun dan mempunyai tabiat merokok.
  • Kanser Tekak : simptom kanser tekak adalah batuk berdarah.
  • Pengambilan Antikoagulan : sejenis ubat-ubatan yang membantu menghentikan pembekuan darah seperti warfarin atau antikoagulan oral yang lain.

Simptom dan Gejala

Simptom batuk berdarah boleh berlaku dari ringan hingga teruk. Berikut adalah beberapa simptom dan gejala yang berkaitan dengan batuk berdarah:

  • Demam
  • Batuk
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Penurunan berat badan tanpa diracang
  • Keletihan
  • Sukar untuk bernafas atau sesak nafas (ketika rehat atau membuat aktiviti ringan)
  • Nafas laju
  • Sakit dada terutama ketika menarik nafas
  • Kurang selera makan
batuk berdarah gejala

Cara Diagnosis Batuk Berdarah

Menurut National Center for Biotechnology Information, batuk berdarah boleh di diagnosis dengan pelbagai ujian kesihatan seperti:

  • Ujian Darah : doktor akan mengambil sampel darah untuk menentukan penyakit atau keadaan yang mungkin menyebabkan orang itu batuk berdarah.
  • X-ray : imej X-ray boleh mencari kerosakan atau isu lain di dada anda.
  • CT Angiografi : ujian pengimejan perubatan yang menggunakan teknologi tomografi berkomputer (CT) untuk memvisualisasikan saluran darah di dalam badan.
  • Bronkoskopi : prosuder perubatan yang membolehkan doktor melihat bahagian dalam saluran pernafasan dan paru-paru untuk tujuan diagnosis atau rawatan.
  • Biopsi Paru-Paru : prosuder perubatan yang melibatkan pengambilan sampel kecil tisu dari paru-paru untuk dianalisis di makmal.
  • Imbasan VQ Paru-Paru : doktor akan menggunakan imbasan VQ paru-paru untuk menilai aliran darah dan aliran udara ke paru-paru.

Rawatan Di Hospital

Rawatan untuk pesakit yang batuk berdarah adalah bergantung kepada punca yang berlaku. Misalnya, jika batuk tersebut disebabkan oleh tuberkulosis (TB), pesakit memerlukan rawatan untuk menyembuhkan TB.

Begitu juga jika punca masalah adalah disebabkan oleh kanser paru-paru atau kanser tekak. Rawatan pemulihan kanser seperti pembedahan, kemoterapi atau radioterapi perlu dilakukan bergantung kepada peringkat keterukan kanser itu sendiri.

Komplikasi Batuk Berdarah

Batuk berdarah yang berterusan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk kehilangan darah yang ketara atau juga disebut sebagai anemia.

Antara gejala anemia termasuklah seperti sesak nafas, degupan jantung yang cepat, pening, hilang kesedaran, dan kemungkinan pengsan.

Selain itu, batuk berdarah juga boleh menyebabkan asfiksia atau tercekik darah sendiri iaitu situasi di mana darah yang terbatuk masuk semula ke dalam paru-paru,

Situasi ini boleh menjejaskan pernafasan anda sehingga menyebabkan tahap oksigen rendah dalam badan. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengancam nyawa sendiri.

Cara Menghilangkan Batuk Berdarah di Rumah

Gejala batuk berdarah yang tidak serius dan hanya melibatkan sedikit darah yang keluar mungkin disebabkan oleh iritasi pada tekak atau masalah yang lebih ringan.

Justeru terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu melegakan keadaan tersebut. Berikut adalah 10 cara untuk menghilangkan batuk berdarah secara semula jadi di rumah:

1. Minum Banyak Air Suam

batuk berdarah minum air suam

Air suam dapat membantu mengurangkan iritasi pada saluran pernafasan dan membantu melonggarkan lendir yang boleh menyebabkan batuk.

Anda boleh minum air suam secara kerap untuk memastikan tekak kekal lembap dan selesa. Menurut kajian oleh World Journal of Pharmaceutical Research, air suam juga membantu mencairkan kahak, menjadikan batuk lebih produktif, dan mengurangkan kemungkinan pendarahan kecil di saluran pernafasan akibat batuk kering yang kuat.

2. Menggunakan Madu dan Halia

batuk berdarah madu dan halia

Menurut National Center for Biotechnology Information, madu terkenal dengan sifat anti-radang dan antioksidannya yang dapat membantu melegakan iritasi tekak, manakala halia membantu mengurangkan batuk kerana sifat antitussivenya (penahan batuk).

Gabungan halia dan lemon dipercayai mampu memberi kelegaan yang baik sebagai air minuman untuk sakit tekak.

Campurkan satu sudu teh madu dengan air suan dan sepotong halia yang ditumbuk. Minum campuran ini 2 hingga 3 kali sehari untuk membantu meredakan batuk berdarah yang disebabkan oleh iritasi.

3. Menghindari Bahan Penyebab Iritasi

Batuk berdarah boleh diperburuk oleh bahan-bahan yang menyebabkan iritasi pada saluran pernafasan, seperti asap rokok, debu, bahan kimia kuat, dan udara kering.

Kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa kesan seseorang yang terdedah kepada asap rokok dalam jangka masa panjang akan menyebabkan penyempitan saluran udara kecil dan menjejaskan kapasiti resapan.

Justeru, pastikan anda menjauhi bahan-bahan ini terutama asap rokok yang boleh memperburuk keadaan dan merosakkan paru-paru.

4. Berkumur dengan Air Garam Suam

Kajian yang telah dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI) mendapati bahawa air garam suam adalah rawatan rumah yang sangat berkesan untuk melegakan batuk berdarah akibat iritasi tekak.

Garam membantu membersihkan kuman dan mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan kerana ia bertindak sebagai agen antibakteria yang semulajadi, membantu melawan bakteria dan kuman di dalam tekak.

Anda hanya perlu campurkan  satu sudu teh garam ke dalam segelas air suam. Kumur selama beberapa saat, lalu ludahkannya. Ulang langkah tersebut sehari tiga kali untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

5. Menggunakan Humidifier

batuk berdarah humidifier

Menurut kajian journal dari Environment International, pengkaji mendapati bahawa udara kering boleh menyebabkan tekak menjadi kering dan batuk bertambah teruk, yang boleh mengakibatkan pendarahan kecil dalam saluran pernafasan.

Penggunaan humidifier di rumah dapat membantu melembapkan udara, yang seterusnya mengurangkan iritasi pada saluran pernafasan dan mencegah batuk kering.

Biasanya, alat ini digunakan untuk bilik-bilik berhawa dingin supaya tahap kelembapan bilik dikekalkan.

6. Minum Teh Herba dengan Kunyit

Kunyit mempunyai anti-radang yang kuat dan boleh membantu mengurangkan keradangan di dalam saluran pernafasan.

Satu kajian lain yang dijalankan pada 2020 oleh National Center for Biotechnology Information juga mendapati bahawa kunyit sangat berkait dengan sifat anti-kanser, anti-diabetik, anti-diarrheal, anti-mikrob, anti-virus dan antioksidan.

Minum teh herba yang dicampur dengan serbuk kunyit boleh membantu menenangkan tekak yang meradang. Tambahkan sedikit lada hitam ke dalam campuran teh untuk meningkatkan penyerapan curcumin, komponen aktif dalam kunyit.

7. Berehat Secukupnya

Tubuh memerlukan rehat yang mencukupi untuk sembuh daripada sebarang jangkitan atau penyakit. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup, kerana tidur membantu memperbaiki sistem imun dan mempercepatkan proses pemulihan.

Elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan yang boleh memperburuk lagi masalah batuk yang dialami.

8. Tinggikan Kepala Ketika Tidur

batuk berdarah tinggikan bantal

Tidur terlentang atau mengiring boleh menyebabkan batuk menjadi lebih kerap sehingga berlakunya lebih banyak iritasi pada tekak lalu berdarah.

Untuk mengelakkan ia dari berlaku terutamanya ketika anda sedang tidur, cuba susun beberapa bantal tambahan untuk mengangkat sedikit kepala dan leher anda. Elakkan dari meninggikan kepala terlalu banyak, kerana ini boleh menyebabkan sakit leher dan ketidakselesaan.

9. Mengelakkan Makanan Pedas dan Berasid

batuk berdarah makanan pedas berasid

Makanan pedas dan berasid boleh menyebabkan iritasi tambahan pada tekak, yang boleh memperburuk batuk dan mencetuskan pendarahan.

Sebaiknya elakkan makanan seperti cili, limau, dan makanan berasid lain sehingga keadaan batuk bertambah baik.

10. Mengambil Makanan Kaya Vitamin C dan Antioksidan

Vitamin C dan antioksidan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun untuk melawan jangkitan.

Buah-buahan seperti pisang, buah tembikai susu, dan sayur-sayuran berdaun hijau kaya dengan vitamin C. Makanan ini boleh membantu memperbaiki tisu yang rosak dan mengurangkan keradangan dalam saluran pernafasan

Kesimpulan

Kesimpulannya, batuk berdarah boleh dikategorikan sama ada teruk atau ringan bergantung kepada coretan darah dalam kahak atau air liuk semasa batuk sama ada banyak atau sedikit.

Bukan itu sahaja, keadaan seperti ini juga boleh membawa kepada pelbagai komplikasi lain yang lebih serius dan mengancam nyawa jika terus ketara dan tidak diuruskan dengan betul.

Justeru, jika batuk berdarah tidak berhenti atau semakin teruk, sangat penting untuk segera berjumpa dengan doktor. Batuk berdarah boleh menjadi tanda masalah yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru, batuk kering (tuberculosis), embolisme pulmonari, atau kanser paru-paru.

Rawatan perubatan segera diperlukan untuk mengenal pasti punca sebenar dan memberikan rawatan yang betul.

Menguruskan batuk berdarah di rumah dengan kaedah yang disenaraikan tadi di atas boleh membantu meringankan simptom buat sementara waktu, tetapi pemeriksaan perubatan tetap diperlukan untuk memastikan kesihatan anda dalam keadaan baik.

Anda juga boleh baca informasi tentang batuk yang lain di sini:

Similar Posts

Leave a Reply