12 Air Minuman Untuk Sakit Tekak Yang Cepat Melegakan

Apakah air minuman untuk sakit tekak yang sesuai diminum untuk melegakan rasa perit dan ketidakselesaan dengan segera?

Sakit tekak mungkin kelihatan sebagai masalah kecil, tetapi ia boleh menjejaskan kualiti hidup jika tidak dirawat. Salah satu cara yang paling efektif untuk menghilangkan sakit tersebut adalah dengan minum air secukupnya.

Hal ini kerana apabila tekak kering, kita akan lebih mudah untuk mendapatkan iritasi dan seterusnya memburukkan lagi keadaan tersebut. Sebaliknya dengan minum air yang cukup dan sesuai, ia bukan sahaja membantu melembapkan tekak tetapi juga memberikan kelegaan segera daripada rasa perit dan keradangan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda 12 air minuman untuk sakit tekak yang terbaik dan contoh-contoh jenis minuman yang perlu dielakkan.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah sakit tekak anda berlarutan. Jom kita mula dengan jenis air minuman untuk sakit tekak yang sesuai.

Kepentingan Air Kepada Tubuh

Menurut National Center for Biotechnology Information (NCBI), berat badan bayi terdiri daripada 75% air manakala orang tua pula sebanyak 55%. Kekal terhidrat adalah salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk kesihatan anda secara keseluruhannya.

Air adalah nadi kepada tubuh badan manusia. Kita memerlukan air untuk menjalankan setiap fungsi sistem dalam tubuh. Ia membuang toksin dari organ kita, membawa nutrien ke sel, mengerakkan sendi, dan membantu mencerna makanan yang dimakan.

Jika anda tidak mendapat air yang mencukupi, anda boleh mengalami dehidrasi. Kes dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan pening, kekeliruan, dan juga sawan.

Biasanya kita disyorkan untuk minum lapan gelas 8-auns (237-mL) air setiap hari. Namun pengambilannya boleh berubah bergantung kepada gaya hidup seseorang dari segi saiz badan, metabolisme, cuaca, makanan yang dimakan dan tahap aktiviti yang dilakukan sehari-hari.

Air Minuman Untuk Sakit Tekak Yang Boleh Diminum

Semua orang tahu, manfaat minum air memang sangat banyak kepada tubuh kita. Namun sesetengah minuman mungkin tidak sesuai diminum ketika sakit tekak.

Justeru, berikut adalah antara air minuman untuk sakit tekak yang terbaik dan sesuai untuk diminum:

1. Air Garam Suam

Air minuman untuk sakit tekak yang pertama adalah air garam suam. Air garam suam adalah salah satu ubat rumah yang paling biasa dan mudah disediakan untuk mereka yang sakit tekak.

Bahkan rawatan alternatif ini juga telah dibuktikan sendiri dalam kajian yang telah dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI).

Berkumur dengan air garam suam membantu membersihkan lendir yang melekat di dinding tekak dan juga mengurangkan pembengkakan.

Hal ini kerana, garam itu sendiri akan bertindak sebagai agen antibakteria yang semulajadi, membantu melawan bakteria dan kuman di dalam tekak.

Anda hanya perlu campurkan  satu sudu teh garam biasa dalam 240 ml air suam. Kumur selama beberapa saat, lalu ludahkannya. Ulang langkah tersebut sehari tiga kali untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

2. Teh Chamomile

air minuman untuk sakit tekak teh chamomile

Jika punca sakit tekak anda adalah disebabkan oleh selesema, chamomile boleh melegakan beberapa gejala selesema anda yang lain juga.

Chamomile terkenal dengan sifat anti-radang, antioksidan, dan astringen. Teh chamomile telah digunakan sejak zaman dahulu untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, termasuk sakit tekak.

Kajian dari National Center for Biotechnology Information (NCBI), membuktikan bahawa chamomile boleh membantu melincirkan kerongkong anda, yang mungkin juga berguna untuk mengelakkan suara serak dan tidak selesa.

Kebaikan chamomile itu sendiri membantu mengurangkan keradangan di kawasan tekak dan rasa tidak selesa. Selain itu, teh chamomile juga membantu melembapkan tisu tekak, menjadikannya pilihan yang sesuai sebagai air minuman untuk sakit tekak.

3. Teh Halia dengan Madu

Menurut National Center for Biotechnology Information (NCBI), halia adalah salah satu ramuan tradisional yang digunakan untuk merawat masalah tekak dan pernafasan.

Sifat anti-radang yang terdapat dalam halia membantu melegakan bengkak dan keradangan di tekak. Madu pula bertindak sebagai pelembap semulajadi, memberikan lapisan pelindung pada dinding tekak yang meredakan iritasi.

Gabungan halia dan lemon dipercayai mampu memberi kelegaan yang baik sebagai air minuman untuk sakit tekak.

Untuk cara penyediaannya, mudah sahaja. Campurkan beberapa hirisan halia ke dalam air panas dan biarkan ia meresap selama beberapa minit sebelum tambahkan satu sudu madu untuk rasa yang lebih sempurna.

4. Air Lemon Hangat

Lemon kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Menurut National Center for Biotechnology Information (NCBI), kandungan vitamin C tertinggi yang pernah ditemui dalam lemon adalah sekitar 65.5 (julat 59.3–76.2), semuanya dalam mg/100 mL.

Lemon juga mempunyai sifat antibakteria yang membantu melawan jangkitan yang menyebabkan sakit tekak.

Minum air lemon hangat bukan sahaja membantu melegakan sakit tekak tetapi juga membantu membersihkan lendir berlebihan. Campurkan jus setengah lemon dengan secawan air suam dan minum perlahan-lahan untuk merasakan kelegaan.

5. Teh Peppermint

Peppermint mengandungi mentol, yang mempunyai kesan penyejukan pada tekak dan boleh membantu melegakan sakit tekak.

Teh peppermint bukan sahaja menyegarkan tetapi juga membantu membuka saluran pernafasan, melegakan batuk, dan meredakan keradangan. Kesan penyejukannya memberikan rasa lega segera apabila tekak terasa panas atau perit.

6. Teh Licorice (Likuoris)

air minuman untuk sakit tekak akar manis

Akar likuoris atau juga dikenali sebagai akar manis telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat masalah tekak dan batuk.

Menurut National Center for Biotechnology Information (NCBI), akar likuoris mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang membantu mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Teh licorice juga membantu melembapkan tisu tekak yang kering dan memberikan kelegaan segera daripada rasa sakit.

7. Susu Kunyit

Susu kunyit, atau “Golden Milk”, adalah air minuman untuk sakit tekak yang semakin popular kerana khasiat kesihatannya.

Kunyit mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai curcumin, yang mempunyai sifat anti-radang dan antibakteria. Apabila dicampur dengan susu hangat, ia menjadi minuman yang sangat berkesan untuk merawat sakit tekak.

Minum segelas susu kunyit hangat sebelum tidur bukan sahaja melegakan tekak tetapi juga membantu anda tidur dengan lebih lena. Berikut adalah cara untuk menyediakan susu kunyit:

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan susu
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (kalau ada akar kunyit, parut akarnya hingga dapat 1 sudu kecil)
  • 1 sudu kecil madu mentah
  • 1/2 sudu kecil chai masala (campuran kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam & halia)

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan secawan susu ke dalam periuk lalu panaskan ia di atas api. Anda boleh juga memanaskannya menggunakan ketuhar gelombang mikro selama 45 saat hingga 1 minit. Pastikan air tersebut tidak sampai mendidih.
  2. Masukkan kunyit dan chai masala lalu kacau sehingga sebati. Warnanya akan bertukar menjadi kekuningan.
  3. Teruskan kacau sehingga susu mula menggelegak hingga mendidih, 1-2 minit.
  4. Tutup api dan biarkan susu sejuk sedikit selama beberapa minit.
  5. Tapis susu ke dalam cawan teh atau mug.
  6. Jika anda ingin rasa yang sedikit manis, boleh tambahkan madu secukup rasa.

8. Teh Hijau

air minuman untuk sakit tekak teh hijau

Menurut National Center for Biotechnology Information (NCBI), teh hijau kaya dengan antioksidan dan mempunyai sifat antibakteria. Ia membantu melawan jangkitan bakteria di tekak dan juga meningkatkan sistem imun.

Minum teh hijau secara kerap semasa sakit tekak dapat membantu mempercepatkan pemulihan. Sifat astringen dalam teh hijau juga membantu mengurangkan bengkak di kawasan tekak. Justeru ia sesuai dijadikan sebagai salah satu dari air minuman untuk sakit tekak yang terbaik.

9. Air Kelapa Muda

air minuman untuk sakit tekak air kelapa

Air minuman untuk sakit tekak yang seterusnya adalah air kelapa muda. Air kelapa muda terkenal dengan kesan menyejukkan tubuh. Apabila sakit tekak berlaku akibat cuaca panas atau dehidrasi, air kelapa muda boleh menjadi penyelamat.

Minuman semulajadi ini mengandungi elektrolit yang membantu menghidratkan tubuh dan melembapkan tekak. Kesan penyejukannya memberikan kelegaan segera kepada tekak yang kering dan perit.

10. Air Halia Lemon dengan Cengkih

Anda juga boleh cuba campuran air halia, lemon dan cengkih sebagai alternatif tradisional untuk air minuman untuk sakit tekak.

Gabungan halia, lemon, dan cengkih adalah minuman yang sangat berkesan untuk melegakan sakit tekak. Hal ini terbukti kerana, halia membantu mengurangkan keradangan, lemon membekalkan vitamin C, dan cengkih mempunyai sifat antiseptik yang membantu melawan jangkitan.

Anda hanya perlu campurkan halia yang telah dihancurkan, jus lemon, dan beberapa biji cengkih ke dalam air panas. Biarkan ia meresap sebelum minum. Minuman ini bukan sahaja memberikan kelegaan tetapi juga meningkatkan sistem imun tubuh.

11. Teh Akar Marshmallow

Menurut kajian dari Frontiers in Pharmacology, akar marshmallow adalah suplemen perubatan yang diperbuat daripada akar herba saka berbunga Althaea officinalis, atau juga dikenali sebagai marsh mallow atau marshmallow.

Ia berasal dari Eropah, Asia Barat, dan Afrika Utara, yang mana akar marshmallow telah digunakan selama berabad-abad sebagai ubat batuk herba.

Apabila dimakan, akar marshmallow menghasilkan lapisan antioksidan sebagai pelindung yang dipanggil mucilage. Ini boleh ia menyaluti lapisan dalam tekak (mukosa) untuk membantu meredakan kerengsaan dan menggalakkan penyembuhan yang berkaitan dengan batuk kering dan sakit tekak.

Justeru tidak hairanlah, teh akar marshmallow adalah pilihan yang sesuai sebagai air minuman untuk sakit tekak.

Minuman ini bukan sahaja membantu melembapkan tekak dan mengurangkan rasa perit. tetapi juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan dengan memberikan perlindungan pada lapisan tekak.

12. Teh Kayu Manis dengan Madu

Kajian oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI) mendapati bahawa, kayu manis mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang membantu melawan jangkitan sakit tekak. Apabila dicampur dengan madu, teh kayu manis menjadi minuman yang sangat berkesan untuk melegakan sakit tekak.

Madu bertindak sebagai pelembap semulajadi, manakala kayu manis membantu mengurangkan keradangan.

Minuman ini bukan sahaja memberikan rasa lega tetapi juga menambah rasa manis dan sedap, menjadikannya pilihan yang popular di kalangan mereka yang tidak gemar rasa pahit atau masam.

Air Minuman Yang Perlu Dielakkan Bila Sakit Tekak

Tadi kita telah senaraikan tentang air minuman untuk sakit tekak yang berkesan untuk anda amalkan.

Dalam masa yang sama, ada juga beberapa air minuman yang perlu anda elakkan dari minum ketika sakit tekak. Berikut adalah di antaranya:

1. Air Bergas (Soda atau Minuman Berkarbonat)

air minuman untuk sakit tekak air bergas

Minuman bergas mengandungi asid yang boleh merengsakan tekak yang sudah sakit. Kandungan gula yang tinggi juga boleh memperburuk keadaan, kerana gula menyokong pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan keradangan tekak menjadi lebih teruk.

2. Air Berais atau Air Sejuk

Minuman yang terlalu sejuk boleh menyebabkan kekejangan pada otot-otot tekak, yang boleh mengakibatkan rasa tidak selesa dan sakit yang lebih teruk.

Walaupun ada orang yang merasa lega seketika dengan air sejuk, ia sebenarnya boleh memperlambatkan proses pemulihan kerana suhu sejuk boleh meredakan aliran darah ke kawasan tekak yang meradang.

3. Kopi

air minuman untuk sakit tekak kopi

Kafein mempunyai kesan diuretik, yang menyebabkan badan kehilangan lebih banyak cecair dan boleh mengakibatkan dehidrasi. Dehidrasi boleh membuatkan tekak menjadi kering dan lebih sakit.

4. Alkohol

Alkohol juga boleh mengeringkan tekak dan badan secara keseluruhan, menyebabkan dehidrasi. Lebih-lebih lagi, alkohol boleh mengurangkan keupayaan badan untuk melawan jangkitan, serta memperlahankan penyembuhan tekak.

5. Jus Buah yang Mengandungi Asid

air minuman untuk sakit tekak jus buah sitrus

Jus yang mengandungi asid, seperti jus oren, lemon, atau jus limau, boleh meningkatkan kerengsaan pada tekak. Asid buah ini boleh memperburukkan rasa pedih dan membuatkan keradangan bertambah teruk.

6. Minuman dengan Kandungan Gula Tinggi

Minuman yang manis, seperti jus buah dalam tin atau minuman tenaga, boleh menyumbang kepada keradangan di tekak. Kandungan gula yang tinggi juga boleh menurunkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan.

7. Susu atau Produk Tenusu

Sesetengah orang mendapati bahawa produk tenusu boleh meningkatkan pengeluaran lendir. Jika anda sudah mengalami rasa sesak di dada atau batuk bersama sakit tekak, lendir tambahan boleh menyebabkan tekak menjadi lebih meradang dan tidak selesa.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis air minuman untuk sakit tekak yang boleh anda minum untuk melegakan rasa sakit dan tidak selesa.

Dalam usaha merawat sakit tekak, pastikan anda minum banyak air dan kekal terhidrat sepanjang hari. Minuman suam adalah pilihan yang terbaik, kerana ia membantu melembapkan tekak dan mengurangkan rasa perit.

Elakkan juga minuman seperti air berkarbonat, air tinggi gula, berais, kopi, alkohol, jus sitrus, dan susu untuk mempercepatkan proses pemulihan sakit tekak dan menjaga kelembapan tekak dengan minuman yang lebih sesuai.

Dengan pilihan air minuman yang tepat, anda boleh mendapatkan kelegaan yang cepat dan membantu tubuh anda pulih dengan lebih pantas.

Namun sekiranya, sakit tekak yang anda rasakan tidak hilang, berterusan serta diikuti dengan simptom lain yang lebih serius, segeralah dapatkan rawatan perubatan di hospital.

Berikut adalah air minuman untuk sakit tekak yang sesuai diminum:

  1. Air Garam Suam
  2. Teh Chamomile
  3. Teh Halia dengan Madu
  4. Air Lemon Hangat
  5. Teh Peppermint
  6. Teh Licorice (Akar Manis)
  7. Susu Kunyit
  8. Teh Hijau
  9. Air Kelapa Muda
  10. Air Halia Lemon dengan Cengkih
  11. Teh Marshmallow Root
  12. Teh Kayu Manis dengan Madu

Anda juga boleh baca tentang informasi sakit tekak yang lain di sini:

Similar Posts

Leave a Reply