13 Idea Sarapan Pagi Untuk Pesakit Kencing Manis

Artikel ini bincang tentang sarapan pagi untuk pesakit kencing manis. Tak tahu apa yang anda boleh makan jika diaetes tanpa menaikkan gula darah? Jom baca.

Sarapan Pagi Untuk Pesakit Kencing Manis featured image

Idea Sarapan Pagi Untuk Pesakit Kencing Manis

1. Nasi Lemak Menggunakan Beras Perang

Sarapan Pagi Untuk Pesakit Kencing Manis nasi lemak nasi perang

Pesakit kencing manis masih boleh menikmati nasi lemak tetapi dengan menggantikan beras putih kepada beras perang. Secara tradisionalnya, nasi lemak menggunakan nasi putih dengan dalam gabungan santan, daun pandan dan secubit garam. Nasi kemudian dihidangkan bersama ikan bilis dan kacang tanah goreng, hirisan timun, telur rebus atau telur goreng dan sambal. 

Beras perang adalah pilihan yang lebih baik untuk nasi lemak sebagai hidangan sarapan pagi untuk pesakit kencing manis kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi dan indeks glisemik yang lebih rendah berbanding nasi putih. Serat dalam beras perang memperlahankan penyerapan gula dan membantu mengawal paras gula dalam darah.

Karbohidrat kompleks dalam beras perang memberikan pelepasan tenaga yang berterusan dan menggalakkan peningkatan paras gula darah yang lebih beransur-ansur. 

Kajian menunjukkan beras perang dianggap bermanfaat untuk pesakit diabetes kerana: 

  • Indeks glisemik rendah: Beras perang mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding beras putih, yang membawa kepada tindak balas glukosa selepas makan yang lebih rendah.
  • Pengurusan berat badan: Kajian telah menunjukkan bahawa diet beras perang boleh mengurangkan berat badan, yang bermanfaat untuk menguruskan diabetes.
  • Meningkatkan HDL-kolesterol: Beras perang telah didapati meningkatkan tahap HDL-kolesterol yang bersifat kardioprotektif.

Faktor-faktor ini menjadikan beras perang sebagai alternatif yang baik kepada nasi putih untuk pesakit kencing manis.

2. Thosai 

Penggemar masakan india tidak perlu bimbang jika mahu menikmati thosai kerana ia boleh dijadikan sebagai sarapan pagi untuk pesakit kencing manis. Antara sebab thosai boleh dijadikan sarapan pagi untuk pesakit kencing manis adalah:

  • Indeks glisemik rendah: proses penapaian yang terlibat dalam membuat thosai boleh menurunkan indeks glisemiknya ia mungkin memberi kesan yang lebih perlahan pada paras gula dalam darah. 
  • Campuran karbohidrat kompleks dan protein: Gabungan nasi dan urad dal menyediakan campuran karbohidrat kompleks dan protein. Kehadiran protein dan serat dalam urad dal boleh menyumbang kepada pengurusan gula darah yang lebih baik dengan memperlahankan penyerapan karbohidrat.
  • Boleh digandingkan dengan hidangan lain: Thosai boleh digandingkan dengan iringan mesra diabetes seperti chutney kelapa dan sambar yang menambah rasa dan khasiat tanpa peningkatan gula yang ketara. 

Kajian menerangkan thosai dianggap bermanfaat untuk pesakit diabetes kerana indeks glisemik (GI) yang rendah dan ketumpatan nutrien yang tinggi. Proses penapaian yang perlahan dan penggunaan bijirin penuh menyumbang kepada penurunan GI dan menjadikannya pilihan yang baik untuk menguruskan paras gula dalam darah. 

Selain itu, thosai adalah sumber protein, serat dan nutrien penting yang baik yang boleh menyokong diet seimbang untuk pesakit diabetes. 

Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa tindak balas individu terhadap makanan adalah berbeza-beza dan adalah penting bagi individu yang menghidap kencing manis untuk memantau paras gula dalam darah mereka. 

3. Sup Vegetarian Hot & Sour

Sup vegetarian hot and sour boleh menjadi pilihan sarapan pagi untuk pesakit kencing manis atas beberapa sebab, antaranya:

  • Kaya serat dan rendah karbohidrat: Sup ini kaya dengan serat dan rendah karbohidrat halus yang dapat membantu dalam mengawal paras gula dalam darah. Kemasukan pelbagai jenis sayur-sayuran membekalkan vitamin, mineral dan antioksidan penting.
  • Meningkatkan metabolisme: Haba daripada sup  boleh membantu meningkatkan metabolisme. Tambahan lagi, unsur masam dari cuka atau sitrus boleh menambah rasa tanpa memerlukan garam atau gula yang berlebihan. 
  • Hidangan berkhasiat: Sifat sup yang mengenyangkan dan berkhasiat untuk sarapan pagi boleh mempercepatkan rasa kenyang. 

Kajian mendapati sup masam miao telah terbukti berkesan mengurangkan gangguan lipid dalam tikus obes akibat diet tinggi lemak yang berkaitan dengan diabetes kerana metabolisme lipid memainkan peranan penting dalam keadaan tersebut. 

Sup ini dapat mengurangkan penambahan berat badan dan pengumpulan lemak badan dalam tikus yang diberi diet tinggi lemak dan telah menunjukkan potensinya untuk mengawal metabolisme lipid. 

4. Oatmeal bersama Susu

Sarapan Pagi Untuk Pesakit Kencing Manis nasi lemak nasi perang

Tahukah anda hidangan sarapan pagi untuk kencing manis oatmeal bersama susu dapat dibuat sebelum anda tidur? Untuk membuat resipi oatmeal yang mesra diabetes, ikuti langkah mudah ini:

  1. Mulakan dengan menggabungkan setengah cawan oat gulung dengan secawan susu badam tanpa gula atau alternatif susu rendah lemak lain ke dalam bekas makanan. 
  2. Tambah satu sudu biji chia untuk serat tambahan dan asid lemak omega-3, dan maniskannya dengan pengganti gula semula jadi seperti stevia atau sedikit buah-buahan pilihan.
  3. Masukkan kekacang pilihan seperti badamuntuk menambah protein dan lemak yang sihat. 
  4. Campurkan bahan-bahan dengan baik, tutup balang, dan simpan di dalam peti ais semalaman. 

Pada waktu pagi, anda akan mempunyai semangkuk oatmeal semalaman yang lazat dan berkhasiat sedia untuk dimakan. Hidangan ini kaya dengan serat, protein dan lemak yang sihat, menggalakkan paras gula darah yang stabil dan menyediakan pilihan sarapan pagi yang memuaskan dan mudah untuk individu yang menghidap kencing manis.

Kajian menunjukkan oatmeal yang dibiarkan semalaman bermanfaat untuk pesakit diabetes kerana ia mempunyai kesan glisemik dan insulinemik yang agak rendah. 

Kajian ini membandingkan oat yang direndam semalaman dalam susu skim dengan krim masak bijirin beras dan mendapati bahawa oat semalaman mempunyai tindak balas glisemik dan insulinemik yang jauh lebih rendah. Ini menunjukkan bahawa oatmeal semalaman boleh membantu dalam menguruskan tahap glukosa dalam darah. 

5. Smoothie Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

Smoothie sayur-sayuran dan buah-buahan ialah minuman campuran yang dibuat dengan campuran pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Berbeza dengan jus, serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran tidak akan ditapis keluar daripada minuman. Bahan-bahan akan diadun sehingga halus dan menghasilkan minuman yang berkhasiat dan berperisa. Smoothie buah-buahan dan sayur-sayuran sesuai dijadikan sarapan pagi  untuk pesakit kencing manis atas beberapa sebab, antaranya:

  • Kandungan vitamin, mineral dan antioksidan: Gabungan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam smoothie membekalkan vitamin, mineral dan antioksidan penting sambil kaya dengan serat. Kandungan serat membantu memperlahankan penyerapan gula dan menghalang lonjakan dalam paras glukosa darah.
  • Mengekalkan penghidratan: Buah-buahan rendah glisemik seperti beri dan sayur-sayuran dengan kandungan air yang tinggi, seperti sayur-sayuran berdaun atau timun, membantu mengekalkan penghidratan dan menambah pukal tanpa kesan ketara pada gula darah.
  • Boleh diubahsuai mengikut keperluan kesihatan: Smoothie mesra diabetes boleh diperkayakan lagi dengan bahan-bahan seperti biji chia atau yogurt untuk protein. 


Kajian menyokong manfaat smoothie buah-buahan dan sayur-sayuran ke atas pesakit kencing manis termasuk minuman ini kaya dengan serat pemakanan, mengandungi nutrien yang tinggi,

berindeks glisemik rendah dan menyumbang kepada penghidratan yang penting untuk kesihatan secara keseluruhan dan boleh membantu menguruskan paras gula dalam darah.

Adalah penting bagi pesakit diabetes untuk mengambil kira kandungan gula di dalam smoothie dan mempertimbangkan saiz hidangan untuk mengelakkan pengambilan gula asli yang berlebihan. 

6. Telur Dadar bersama Sayuran

Sarapan Pagi Untuk Pesakit Kencing Manis telur dadar

Telur dadar pada kebiasaanya menjadi pilihan sarapan pagi yang ringkas dan enak. Sebagai pesakit kencing manis, anda boleh mengolah resipi telur dadar untuk menjadi lebih berkhasiat. Telur dadar dengan sayur-sayuran sesuai dijadikan sarapan pagi untuk pesakit kencing manis kerana komposisinya yang seimbang dan profil rendah karbohidrat. 

Telur merupakan komponen utama telur dadar, sumber yang kaya dengan protein berkualiti tinggi yang membantu menggalakkan rasa kenyang dan menstabilkan paras gula dalam darah sepanjang pagi. Penambahan sayur-sayuran seperti lada benggala, bayam, dan tomato dapat meningkatkan nilai pemakanan dengan menyediakan serat, vitamin dan antioksidan. 

Kandungan serat membantu dalam memperlahankan penyerapan karbohidrat dan mencegah lonjakan gula dalam darah dengan cepat. Mengikut kajian, telur dadar dengan sayur-sayuran dapat membekalkan sumber protein dan nutrien lain yang baik tanpa menjejaskan tahap glukosa darah dengan ketara. 

Protein dalam telur boleh dalam pengurusan berat badan dan penambahan sayur-sayuran menyediakan serat dan vitamin dan mineral penting. Gabungan ini boleh membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan memberikan tenaga yang berterusan sepanjang pagi.

7. Tauhu ‘Dadar’

Bagi yang tidak memakan telur, telur boleh digantikan dengan tofu. Proses masakannya adalah sama, anda hanya perlu menghancurkan tauhu lembut menjadi seperti tekstur telur dadar, tambahkan serbuk kunyit dan kari jika mahu dan warna tauhu ‘dadar’ itu seakan-akan telur dadar biasa. Anda juga boleh makan bersama sayur-sayuran pilihan.

Tauhu hancur atau ‘dadar’ adalah sarapan pagi untuk pesakit kencing manis kerana kandungannya yang rendah karbohidrat, kandungan protein yang tinggi dan hidangan yang serba boleh. Tofu diperbuat daripada kacang soya yang merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan yang sangat baik. Ia  membantu dalam menstabilkan paras gula dalam darah dan menggalakkan rasa kenyang. 

Tidak seperti protein berasaskan haiwan, tauhu biasanya lebih rendah dalam lemak tepu. Di samping itu, tauhu mempunyai kesan minimum terhadap gula dalam darah kerana kandungan karbohidratnya yang rendah. Ketiadaan karbohidrat ditapis dan kemasukan protein berasaskan tumbuhan menjadikan tauhu sebagai pilihan sarapan pagi yang berkhasiat dan mesra diabetes yang boleh dinikmati dalam pelbagai cara.

Kajian  menunjukkan bahawa mengurangkan pengambilan produk glikooksidasi diet seperti advanced glycation end product (AGEs) boleh membawa kepada kepekaan insulin yang lebih baik dan bermanfaat untuk pesakit kencing manis. Selain itu, tauhu adalah sumber protein berasaskan tumbuhan yang baik dan boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang untuk individu yang mengalami kencing manis.

Produk AGEs ialah kumpulan pelbagai molekul yang terbentuk apabila gula bertindak balas dengan protein, lipid atau DNA dalam badan. Proses ini, dipanggil glikasi ia boleh dipercepatkan oleh faktor seperti:

  • Tahap gula dalam darah tinggi
  • Merokok
  • Diet yang tinggi dengan makanan yang diproses

8. Avocado bersama Roti Bakar

Sarapan Pagi Untuk Pesakit Kencing Manis avocado roti

Gantikan jem atau coklat yang bergula tinggi dengan avocado untuk di makan bersama roti bakar anda. Avokado dan roti bakar adalah sarapan pagi untuk pesakit kencing manis kerana profil pemakanan yang seimbang. 

Roti bakar bijirin penuh membekalkan karbohidrat kompleks dan serat pemakanan. Ini menggalakkan pelepasan glukosa yang lebih perlahan ke dalam aliran darah, sekali gus membantu mengawal paras gula dalam darah. Avokado menambah lemak tak jenuh tunggal yang sihat yang menyumbang kepada rasa kenyang dan boleh membantu menguruskan gula dalam darah. 

Buah ini juga rendah karbohidrat sambil menawarkan vitamin, mineral, dan serat yang penting. Kajian mendapati pengambilan sama ada secara keseluruhan atau separuh avocado sebagai sebahagian daripada sarapan pagi dengan ketara mengurangkan tindak balas glisemik dan insulinemik selepas makan berbanding dengan hidangan kawalan.

9. Puding Biji Chia

Puding biji chia adalah sarapan pagi untuk pesakit kencing manis kerana indeks glisemiknya yang rendah, kandungan serat yang tinggi dan kaya nutrisi. Apabila biji chia direndam dalam cecair, ia menyerap akan cecair dan membentuk konsistensi seperti gel menghasilkan tekstur puding. Proses ini memperlahankan penghadaman dan penyerapan karbohidrat. Ini membawa kepada pelepasan glukosa secara beransur-ansur ke dalam aliran darah dan membantu menstabilkan paras gula dalam darah. 

Biji chia juga merupakan sumber serat pemakanan yang sangat bai, yang menggalakkan rasa kenyang dan membantu dalam kawalan gula darah. Selain itu, biji chia membekalkan lemak sihat, asid lemak omega-3 dan pelbagai nutrien penting. 

Dengan menggabungkan buah-buahan rendah glisemik dan susu kacang tanpa gula, individu yang menghidap diabetes boleh menghasilkan puding biji chia yang lazat dan padat nutrien yang berfungsi sebagai pilihan sarapan pagi yang mengenyangkan dan mesra gula.

Kajian menerangkan sumber asid lemak omega-3 yang baik di dalam biji chia telah terbukti dapat menstabilkan paras glukosa dalam darah. Puding boleh dibuat dengan bahan rendah gula atau tanpa gula menjadikannya pilihan sarapan yang sesuai dan berkhasiat untuk pesakit kencing manis. 

10. Yogurt bersama Buah-Buahan dan Kekacang

Yogurt dengan buah-buahan dan kacang adalah sarapan pagi yang sesuai untuk pesakit kencing manis atas faktor-faktor ini:

  • Rendah lemak: Yogurt Yunani atau greek yogurt sebaiknya yang rendah lemak atau tiada lemak, menawarkan sumber protein yang baik yang membantu mengekalkan rasa kenyang dan mengawal paras gula dalam darah.
  • Rasa manis semulajadi: Kemasukan buah-buahan, seperti beri atau epal yang dihiris, memberikan rasa manis semulajadi bersama-sama dengan serat, vitamin dan antioksidan, menyumbang kepada kesihatan keseluruhan.
  • Lemak sihat, protein dan serat: Kacang seperti badam menambah lemak sihat, protein dan serat tambahan. Ini akan memperlahankan penyerapan gula. 

Kajian menerangkan yogurt dengan buah-buahan dan kekacang adalah sarapan pagi yang berindeks glisemik rendah, padat nutrien dan boleh menawarkan kesan prebiotik dan probiotik yang berpotensimemberi manfaat untuk kesihatan usus.

11. Bubur Oats dan Beras Perang 

Oat dan bubur beras perang adalah sarapan pagi untuk pesakit kencing manis kerana indeks glisemiknya yang rendah, kandungan serat yang tinggi dan karbohidrat kompleks. Kedua-dua oat dan beras perang melepaskan glukosa ke dalam aliran darah pada kadar yang lebih perlahan. Ini dapat membantu mengekalkan paras gula darah yang lebih stabil. 

Kandungan serat dalam bijirin ini menyumbang kepada rasa kenyang dan membantu dalam mengawal gula dalam darah dengan memperlahankan penyerapan karbohidrat. Tambahan lagi, gabungan oat dan beras perang menyediakan nutrien penting, termasuk vitamin dan mineral yang  menyokong kesihatan keseluruhan.

Mengikut selera anda, anda boleh menjadikan bubur ini sebagai hidangan manis atau tidak manis. Kajian mendapati pengambilan lebih banyak bijirin penuh, seperti bijirin oatmeal, beras perang, bran dan germa gandum telah dikaitkan dengan pengurangan risiko diabetes jenis 2. Keputusan ini menyokong idea untuk memasukkan lebih banyak bijirin penuh dalam diet anda untuk membantu mencegah diabetes jenis 2 selaras dengan cadangan kesihatan semasa.

12. Protein bersama Sayuran

Anda boleh memadankan protein haiwan kesukaan anda bersama sayuran. Contohnya ayam,telur ayam,  ikan dan daging tanpa lemak. Gabungan rotein haiwan dengan sayur-sayuran sesuai dijadikan sarapan pagi untuk pesakit kencing manis kerana komposisi nutrisi yang seimbang. 

Protein haiwan tanpa lemak atau yang mengandungi lemak yang sihat dapat menyediakan sumber protein berkualiti tinggi yang membantu mengawal paras gula dalam darah dan menggalakkan rasa kenyang. Sayur-sayuran pula boleh menambah vitamin, mineral dan serat yang penting pada hidangan.

Kajian menunjukkan protein haiwan dan sayur-sayuran sesuai untuk sarapan pagi kerana hidangan ini dapat membekalkan sumber protein dan nutrien penting yang baik tanpa menyebabkan lonjakan kadar gula dalam darah dan membantu pesakit diabetes mengekalkan paras gula darah yang stabil sepanjang hari.

13. Salad

Sarapan Pagi Untuk Pesakit Kencing Manis salad

Salad boleh menjadi satu hidangan yang enak, berkhasiat dan mengenyangkan. Ia sesuai dijadikan sarapan pagi untuk pesakit kencing manis kerana menawarkan pilihan rendah karbohidrat dan serat tinggi yang membantu mengawal paras gula dalam darah. Kandungan serat menyumbang kepada rasa kenyang dan melambatkan penyerapan gula yang menggalakkan kawalan glukosa dalam darah yang lebih baik. 

Selain itu, pelbagai jenis sayur-sayuran membekalkan vitamin, mineral dan antioksidan penting. Berbeza sedikit dengan hidangan sarapan pagi sebelumnya, salad adalah sayur yang belum dimasak. Di negara Barat, jenis sayur salad yang terkenal adalah arugula, kale dan rocket salad. Anda boleh juga menggunakan ulam-ulaman seperti ulam raja, kacang botol dan daun pegaga. Ia juga boleh dipadankan dengan buah-buahan, kekacang dan protein haiwan.

Kajian menunjukkan individu yang kerap memakan sayur-sayuran termasuk salad sepanjang tahun mempunyai risiko diabetes tidak bergantung kepada insulin yang lebih rendah.

Kesimpulan

Berikut adalah idea sarapan pagi untuk pesakit kencing manis:

  1. Nasi Lemak Menggunakan Beras Perang
  2. Thosai Quinoa
  3. Sup Vegetarian Hot & Sour 
  4. Oatmeal bersama Susu
  5. Smoothie Buah-Buahan & Sayur-Sayuran
  6. Telur Dadar bersama Sayuran
  7. Tauhu ‘Dadar’
  8. Avocado bersama Roti Bakar
  9. Puding Biji Chia
  10. Yogurt bersama Buah-Buahan dan Kekacang
  11. Bubur Oats dan Beras Perang 
  12. Protein bersama Sayuran
  13. Salad

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Leave a Reply