11 Cara Hilangkan Batuk Bayi Yang Berkesan & Selamat

Bagaimanakah cara hilangkan batuk bayi yang berkesan dalan selamat dilakukan sendiri di rumah?

Sebagai ibu bapa, melihat anak yang sakit lebih-lebih lagi bayi yang masih kecil pasti memberi satu kebimbangan kepada diri.

Umumnya, tidak semua jenis batuk bayi adalah sama. Sesetengah batuk boleh disebabkan oleh selesema biasa, tetapi ada juga batuk lain yang menandakan masalah kesihatan yang lebih serius.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda dengan lebih terperinci berkenaan tentang cara hilangkan batuk bayi.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan untuk merawat masalah batuk bayi anda. Jom kita mulakan dengan cara hilangkan batuk bayi yang paling mudah dilakukan.

1. Sapu Minyak Telon atau Balm Bayi

cara hilangkan batuk bayi minyak telon

Menggunakan minyak telon atau balm bayi adalah kaedah yang sering digunakan sebagai cara hilangkan batuk bayi. Minyak ini boleh disapu pada dada, belakang badan, dan tapak kaki bayi untuk memberikan kelegaan.

Aroma yang menenangkan dan sifat anti-radang dalam minyak telon atau balm bayi membantu melegakan saluran pernafasan bayi, mengurangkan kahak, dan menjadikan bayi lebih selesa.

2. Berikan Tylenol atau Ibuprofen

Menurut U.S Food and Drug Administration, memberikan Tylenol (acetaminophen) atau Ibuprofen kepada bayi boleh menjadi salah satu cara hilangkan batuk bayi yang disebabkan oleh sakit tekak atau demam.

Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan ketidakselesaan dengan cara meredakan demam dan mengurangkan sakit yang mungkin menyebabkan batuk.

Tylenol biasanya boleh diberikan kepada bayi yang berusia 2 bulan ke atas tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibuprofen pula diberikan kepada bayi yang berusia 6 bulan ke atas.

Jangan berikan Ibuprofen kepada bayi yang lebih mudah daripada 6 bulan kecuali dinasihatkan oleh doktor. Pastikan untuk mengikut dos yang betul seperti yang disarankan oleh doktor. Baca arahan label dengan teliti dan gunakan alat pengukur

3. Pastikan Aliran dan Peredaran Udara Dalam Keadaan Baik

cara hilangkan batuk bayi udara

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Environmental Research, antara punca bayi yang berumur setahun ke bawah sering mengalami batuk dan selesema adalah kerana faktor persekitaran seperti habuk dan asap rokok.

Justeru dengan memastikan aliran dan peredaran udara yang baik di dalam rumah adalah salah satu cara hilangkan batuk bayi.

Udara yang segar dan bersih membantu memastikan bahawa bayi bernafas dengan lebih mudah dan mengurangkan risiko iritasi saluran pernafasan.

Gunakan humidifier untuk memastikan udara dalam bilik tidak terlalu kering kerana udara yang lembap membantu melembutkan saluran pernafasan bayi. Menurut International Journal Hygiene and Environmental Health, tahap kelembapan yang disarankan adalah sekitar 40-60%.

Selain itu, pastikan bilik berventilasi baik dengan membuka tingkap pada waktu siang supaya udara segar dapat masuk dan menggantikan udara dalam bilik.

Dalam masa yang sama, pastikan juga bilik sentiasa bersih dan bebas habuk. Habuk yang terkumpul boleh menyebabkan iritasi pada saluran pernafasan bayi. Lakukan pembersihan secara berkala, termasuk membersihkan karpet, cadar, dan langsir yang boleh memerangkap habuk.

Jika bayi serumah dengan perokok, elakkan dari merokok di dalam rumah kerana asap rokok boleh menyebabkan batuk dan memperburukkan keadaan saluran pernafasan bayi.

Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kajian yang dijalankan oleh American Academy Pediatrics, bahawa bayi yang terdedah kepada asap rokok berisiko besar untuk mendapatkan sindrom mati mengejut (SIDS).

4. Minum Air Yang Mencukupi

cara hilangkan batuk bayi minum susu

Untuk bayi yang sudah boleh minum air atau makanan pejal, pastikan mereka minum air yang mencukupi. Air membantu mencairkan lendir dan mencegah dehidrasi.

Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, susu ibu atau formula sudah cukup untuk memenuhi keperluan penghidratan. Kerapkan sesi penyusuan supaya bayi kekal terhidrat. Menurut National Center for Biotechnology Information, susu ibu mengandungi banyak nutrien dan antibodi yang membantu menguatkan sistem imun bayi serta mengurangkan gejala batuk.

Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, anda boleh memberikan sedikit air kosong selain daripada susu ibu atau formula. Ini membantu menjaga kelembapan tekak dan mengurangkan iritasi yang menyebabkan batuk. Pastikan air yang diberikan adalah bersih dan selamat diminum, sebaiknya menggunakan air masak atau air mineral yang sesuai untuk bayi.

Bagi bayi lebih besar dan sudah mula makan makanan pepejal, anda boleh memberikan minuman yang hangat seperti sup atau air suam. Cecair yang hangat boleh membantu menenangkan tekak yang gatal dan mengurangkan lendir.

Pastikan suhu cecair tidak terlalu panas, hanya suam supaya selamat untuk diminum oleh bayi. Jika bayi berusia lebih 1 tahun, anda boleh memberi jus buah segar yang dicairkan seperti jus epal atau jus oren.

Jus ini kaya dengan vitamin C yang boleh membantu meningkatkan sistem imun bayi. Pastikan jus tidak mengandungi gula tambahan dan dicairkan dengan air supaya tidak terlalu pekat.

5. Lakukan Tepuk Percussion

Menurut American Academy of Pediatrics, tepuk percussion adalah teknik menepuk belakang dengan lembut menggunakan tangan yang berbentuk seperti cawan (atau “cupping”).

Cara ini untuk membantu melonggarkan kahak di paru-paru agar bergerak ke saluran pernafasan atas, memudahkan bayi untuk batuk atau mengeluarkannya.

Berikut adalah langkah yang betul untuk melakukan tepuk percussion pada bayi anda:

1. Persediaan Sebelum Tepuk Percussion

  • Pastikan bayi berada dalam keadaan selesa dan tenang. Elakkan melakukan teknik ini selepas makan atau mengelakkan risiko muntah.
  • Gunakan ruang yang tenang dan selamat, seperti di atas katil atau alas lembut.
  • Anda boleh gunakan bantal untuk menyokong bayi supaya bayi dalam posisi sedikit menunduk, dengan kepala lebih rendah dari badan, ini membantu graviti menggerakkan lendir ke saluran atas.

2. Posisi Bayi

  • Baringkan bayi dalam posisi meniarap di atas paha anda, atau dudukkan bayi dalam pangkuan anda dengan kepala sedikit menunduk.
  • Anda juga boleh meletakkan bayi diatas bantal yang sedikit condong ke bawah untuk membantu aliran lendir.

3. Teknik Tepukan

  • Bentukkan tangan ada seperti cawan (membentuk “cupping”) dengan jari-jari melengkung. Ini penting untuk mengelakkan tepukan yang terlalu kuat.
  • Lakukan tepukan pada bahagian tengah belakang bayi, di antara bilah bahu, dengan gerakan yang cepat dan lembut.
  • Tepukan harus dilakukan dalam jangka masa 1-2 minit, tetapi jangan lakukan terlalu lama untuk mengelakkan ketidakselesaan.

4. Ulang Tepukan Secara Perlahan-lahan

  • Beri masa rehat selama beberapa saat selepas setiap sesi tepukan. Ulangi proses ini sebanyak 3-5 kali, bergantung kepada keselesaan bayi.
  • Pastikan bayi kelihatan selesa dan tidak menangis. Jika bayi kelihatan tidak selesa, hentikan segera.

6. Ibu Perlu Makan Makanan Yang Sihat

Sekiranya bayi masih menyusu badan, diet ibu juga memainkan peranan penting. Kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information menyatakan bahawa, makanan yang sihat dan kaya dengan vitamin serta mineral membantu menguatkan sistem imun bayi melalui susu ibu.

Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan kepada bayi seperti makanan pedas, terlalu berlemak, atau mengandungi kafein.

7. Gunakan Penyembur Hidung

Menggunakan penyembur hidung atau saline spray adalah salah satu cara menghilangkan batuk bayi yang berkesan.

Menurut National Center for Biotechnology Information, penyembur hidung ini membantu membersihkan saluran hidung daripada lendir yang berlebihan, memudahkan pernafasan, dan secara tidak langsung mengurangkan batuk yang disebabkan oleh hidung tersumbat.

Pastikan anda menggunakan penyembur hidung yang selamat untuk bayi, biasanya ia berbentuk saline spray (larutan garam) yang tidak mengandungi bahan tambahan atau ubat lain. Penyembur hidung untuk bayi biasanya mempunyai nozel yang lembut dan direka khas untuk hidung bayi yang kecil.

Anda boleh mengulangi penggunaan penyembur hidung 2-3 kali sehari, bergantung kepada keperluan. Pastikan tidak terlalu kerap untuk mengelakkan hidung bayi menjadi kering.

Gunakan sebelum tidur malam untuk memastikan bayi tidur lebih lena tanpa gangguan pernafasan.

Dengan menggunakan penyembur hidung yang sesuai dan teknik yang betul, ia boleh membantu melegakan batuk bayi secara semula jadi, menjadikan mereka lebih selesa dan tidur lebih lena.

8. Mandikan Dengan Hirisan Lemon

cara hilangkan batuk bayi mandi lemon

Cara hilangkan batuk bayi yang seterusnya adalah dimandikan dengan hirisan lemon dalam air suam. Lemon mempunyai sifat antiseptik dan aromatik yang menyegarkan, bagus untuk melegakan kesesakan pada saluran pernafasan.

Apabila bayi mandi dengan air yang mengandungi hirisan lemon, wap dari lemon tersebut dapat membantu membuka saluran pernafasan dan memberikan keselesaan.

Cuba campurkan hirisan lemon tersebut dengan air yang suam antara 36-38°C, untuk memberikan keselesaan tanpa menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi anda.

9. Lakukan Urutan Pada Bayi

cara hilangkan batuk bayi urut

Anda juga boleh membuat urutan lembut pada bayi, terutama di bahagian dada, belakang, dan kaki sebagai salah satu cara hilangkan batuk bayi yang berkesan.

Dapatan kajian dari Proceedings of the International Conference on Nursing and Health Sciences, menunjukkan bahawa terdapatnya beberapa manfaat urutan seperti berikut:

  • Dapat membantu melonggarkan kahak yang menyebabkan batuk
  • Menenangkan bayi yang batuk dan membantu tidur lebih nyenyak
  • Membantu meredakan batuk dengan meningkatkan aliran darah
  • Mengurangkan kesesakan dada
  • Memberi keselesaan fizikal dan emosi, mengurangkan stres pada bayi yang sakit.

Gunakan minyak bayi atau minyak semula jadi seperti kelapa dara dan minyak zaitun yang lembut untuk mengelakkan iritasi pada kulit bayi. Panaskan sedikit minyak dengan menggosokkan pada kedua tapak tangan anda.

Letakkan tangan anda pada bahagian anggota badan tersebut dan lakukan urutan perlahan. Pastikan anda melakukan urutan dengan lembut tanpa menekan terlalu kuat dan hentikan jika bayi kelihatan tidak selesa atau menangis.

10. Rehatkan Bayi

cara hilangkan batuk bayi rehatkan

Pastikan juga bayi mendapat rehat yang mencukupi. Tubuh yang letih akan sukar melawan jangkitan, jadi waktu tidur yang cukup penting untuk proses pemulihan.

Cuba elakkan daripada terlalu banyak aktiviti atau rangsangan semasa bayi tidak sihat. Buat suasana yang tenang dan selesa untuk bayi berehat.

11. Tinggikan Kepala Bayi Semasa Tidur

Meninggikan kepala bayi semasa tidur boleh membantu mengurangkan batuk kerana ia mengurangkan tekanan pada saluran pernafasan dan membolehkan mukus (lendir) mengalir keluar dengan lebih baik.

Berbanding dengan baring dalam keadaan biasa, lendir lebih berkemungkinan terkumpul di bahagian belakang tekak, menyebabkan lebih banyak batuk untuk mengeluarkannya.

Apa yang perlu anda lakukan hanya letakkan bantal kecil atau pengganjal bantal di bawah tilam bahagian kepala bayi. Pastikan bantal yang digunakan tidak terlalu tinggi atau terlalu keras untuk memastikan keselesaan bayi.

Elakkan letak bantal secara langsung di bawah kelapa bayi kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Bila kepala bayi sudah ditinggikan, cuba pastikan bayi tidur dalam posisi sedikit mengiring atau telentag dengan kepala diangkat. Posisi ini mengurangkan risiko muntah atau refluks asid yang boleh menyebabkan batuk serta membantu membuka saluran dan mengurangkan kemungkinan bayi terbatuk semasa tidur.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat banyak cara hilangkan batuk bayi yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Bermula dari penjagaan bayi, terapi urutan, kebersihan rumah dan udara, serta memberi ubat-ubatan yang dipreskripsikan doktor seperti Tylenol atau Ibuprofen.

Namun, jika batuk bayi tidak berkurangan atau semakin teruk, adalah lebih baik untuk berjumpa doktor atau pakar pediatrik untuk pemeriksaan lanjut.

Berikut adalah cara hilangkan batuk bayi yang berkesan:

  1. Sapu Minyak Telon atau Balm Bayi
  2. Berikan Tylenol atau Ibuprofen
  3. Pastikan Aliran dan Peredaran Udara Dalam Keadaan Baik
  4. Minum Air Yang Mencukupi
  5. Lakukan Tepuk Percussion
  6. Ibu Perlu Makan Makanan Yang Sihat
  7. Gunakan Penyembur Hidung
  8. Mandikan Dengan Hirisan Lemon
  9. Lakukan Urutan Pada Bayi
  10. Rehatkan Bayi
  11. Tinggikan Kepala Bayi Semasa Tidur

Similar Posts

Leave a Reply