11 Makanan Tinggi Asid Urik Penyebab Gout

Makanan tinggi asid urik adalah salah satu punca utama gout, sejenis penyakit radang sendi yang menyebabkan bengkak dan sakit teruk pada ibu jari kaki.

Serangan boleh berlaku secara tiba-tiba, berlarutan dari sehari hingga dua minggu, dan kadangkala disertai demam. Keadaan ini berlaku apabila paras asid urik dalam darah terlalu tinggi, hasil daripada pemecehan purin dalam makanan, minuman, dan ubat tertentu.

Jika penghasilan asid urik berlebihan atau buah pinggang gagal menyingkirkannya dengan baik, kristal urat akan terbentuk di sendi dan mencetuskan kesakitan. Jika tidak dirawat, gout boleh berulang dan merosakkan sendi.

Kajian oleh Pharmacy Times menunjukkan menurunkan berat badan, minum lebih banyak air, bersenam, dan mengawal ubat boleh membantu mengurangkan simptom. Namun, cara paling berkesan ialah mengelakkan makanan dan minuman pencetus gout.

Artikel ini akan senaraikan 11 makanan tinggi asid urik yang perlu dielakkan atau dihadkan untuk mengawal paras asid urik dan mencegah serangan.

1. Organ Dalaman Haiwan

makanan tinggi asid urik organ dalaman

Organ dalaman haiwan seperti hati, buah pinggang, limpa, lidah dan pankreas merupakan antara makanan tinggi asid urik.

Walaupun tidak begitu popular dalam hidangan harian, makanan ini masih cukup biasa ditemui dan diketahui mampu menyebabkan serangan gout.

Dalam konteks pemakanan sihat untuk mengawal asid urik, organ dalaman ini perlu dikurangkan atau dielakkan sama sekali.

2. Makanan Laut

Makanan laut seperti kerang-kerangan termasuk udang, lobster, ketam, dan kupang memang enak tetapi mengandungi kandungan purin yang tinggi, yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah dan mencetuskan serangan gout jika diambil secara kerap.

Semasa serangan gout berlaku, pengambilan makanan laut sebaiknya dielakkan sepenuhnya bagi mengurangkan keterukan simptom, manakala dalam tempoh remisi, jumlah dan kekerapan pengambilannya perlu dikawal.

Bagi mereka yang masih mahu menikmati makanan laut, pilihan seperti lobster, belut, dan ketam dianggap lebih selamat jika diambil dalam kuantiti yang sedikit dan tidak terlalu kerap.

3. Alkohol

makanan tinggi asid urik minuman beralkohol

Makanan tinggi asid urik yang seterusnya adalah tabit pengambilan alkohol yang melampau.

Alkohol boleh menjadi pencetus utama serangan gout kerana ia bukan sahaja mengandungi purin terutamanya dalam bir, malah merangsang penghasilan purin dalam tubuh dan mengurangkan keupayaan buah pinggang menyingkirkan asid urik.

Bir, yang kaya dengan purin daripada yis pembuatannya, dikenal pasti sebagai monuman beralkohol paling berisiko mencetuskan gout berbanding wain.

Kajian oleh National Center for Biotechnology Information menunjukkan, pengambilan bir ketika serangan gout sedang berlaku boleh memburukkan lagi simptom dan meningkatkan tahap kesakitan.

Menurut Infusion Treatment Center, jenis arak seperti wiski atau vodka walaupun mengandungi purin yang lebih rendah, tetap boleh menaikkan paras asid urik, lebih-lebih lagi jika dicampur dengan minuman bergula yang meningkatkan kesan pencetus gout.

Wain merah dan port mengandungi purin yang lebih tinggi berbanding wain putih, menjadikan pengambilan wain putih dalam kuantiti yang sederhana adalah pilihan yang lebih selamat bagi mereka yang tidak mahu berhenti alkohol sepenuhnya.

Pengambilan alkohol berlebihan, iaitu melebihi dua gelas sehari bagi lelaki atau satu gelas sehari bagi wanita, secara konsisten akan meningkatkan risiko serangan gout.

4. Minuman Berkarbonat

Minuman berkarbonat dan minuman manis seperti soda atau jus buah yang ditambah gula boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan dan seterusnya meningkatkan risiko serangan gout.

Kajian dari National Center for Biotechnology mendapati bahawa, kandungan fruktosa dalam minuman ini merangsang penghasilan asid urik, yang boleh membawa kepada pembentukan kristal urat pada sendi.

Pengambilan minuman manis bergula, termasuk yang dipermanis dengan fruktosa, terbukti meningkatkan risiko gout dengan ketara.

Namun, ini tidak bermakna anda perlu menukar kepada minuman ringan “diet”, kerana ia juga tidak memberi manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan.

Sebaliknya, pilihlah alternatif yang lebih sihat seperti air kosong atau air mineral berkarbonat tanpa gula, ditambah sedikit perahan lemon, limau nipis, atau oren untuk memberi rasa segar.

Pilihan ini bukan sahaja membantu mengawal paras asid urik, malah lebih baik untuk pengurusan berat badan dan mengekalkan hidrasi tubuh.

5. Produk Tenusu

makanan tinggi asid urik produk tenusu

Produk tenusu secara umumnya baik untuk kesihatan tulang, namun beberapa jenis tinggi lemak seperti susu penuh krim, keju, dan ais krim boleh menyumbang kepada peningkatan paras asid urik dalam badan.

Kandungan lemak tepu yang tinggi dalam produk ini berpotensi merangsang penghasilan asid urik, sekali gus meningkatkan risiko serangan gout.

Walau bagaimanapun, tidak semua produk tenusu memberi kesan negatif malah, susu terutamanya dalam versi rendah lemak atau tanpa lemak, disyorkan oleh Arthritis Foundation kerana proteinnya dapat membantu tubuh menyingkirkan lebihan asid urik.

Pengambilan susu rendah lemak secara berkala boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah serta mengurangkan risiko gout berulang.

Diet seperti Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH) juga mengesyorkan untuk mengehadkan pengambilan produk tenusu penuh lemak.

Malah kajian di Jepun pada 2021 mendapati semua jenis susu dan produk tenusu berpotensi menurunkan paras asid urik, walaupun pilihan rendah lemah tetap dianggap lebih baik untuk kesihatan jangka panjang.

6. Makanan Tinggi Yis

Yis ialah sejenis kulat yang banyak digunakan dalam penghasilan makanan dan minuman seperti roti, kekacang manis, kombucha, serta kebanyakan produk bakeri.

Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, walaupun yis itu sendiri tidak mengandungi purin, pengambilannya dalam jumlah tinggi boleh mempercepatkkan penghasilan asid urik.

Makanan berasaskan yis yang perlu dihadkan termasuk roti yang dibuat dengan ekstrak yis, sapuan berasaskan yis seperti Vegemite, dan barangan bakeri beragi seperti roti, mufin, croissant, serta biskut yang menggunakan yis untuk mengembangkan doh.

Bijirin sarapan yang mengandungi malt (barli yang ditapai dengan yis), kebanyakan gula-gula yang menggunakan malt sebagai bahan, sos seperti kicap, serta makanan yang melalui proses penapaian tertentu seperti miso juga tergolong dalam kumpulan ini.

Selain itu, yis juga wujud secara semula jadi dalam sesetengah buah seperti anggur dan beri, yang walaupun dalam jumlah kecil, boleh mencetuskan reaksi kepada individu yang sensitif atau alah kepada yis.

Dengan mengehadkan pengambilan makanan tinggi yis, paras asid urik dapat dikawal dengan lebih baik, sekali gus membantu mengurangkan risiko serangan gout.

7. Makanan Tinggi Lemak

Makanan tinggi lemak, terutamanya lemak tepu dan lemak trans, boleh menyumbang kepada peningkatan paras asid urik serta risiko serangan gout.

Pengambilan lemak berlebihan bukan sahaja menjejaskan kesihatan jantung, malah boleh menyebabkan pengumpulan lemak viseral atau lemak di bahagian perut.

Menurut JACC: Cardiovascular Imaging, lemak jenis ini berisiko lebih tinggi berbanding lemak subkutaneus (yang berada di bawah kulit seperti di paha) kerana ia menghasilkan lebih banyak bahan kimia radang yang boleh mencetuskan gout.

Walaupun seseorang tidak tergolong sebagai berlebihan berat badan, memiliki lemak perut yang tinggi tetap meningkatkan kemungkinan berlakunya penyakit ini.

Mengurangkan pengambilan makanan berlemak seperti makanan bergoreng, daging berlemak, makanan segera, dan produk tenusu penuh lemak, sambil mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijiirin penuh, dan protein tanpa lemak, dapat membantu mengawal paras asid urik serta menurunkan risiko serangan gout.

8. Kacang Kuda

makanan tinggi asid urik kacang kuda

Kacang kuda merupakan sumber protein tumbuhan yang berkhasiat, dengan anggaran 14.5 gram protein bagi setiap cawan yang telah dimasak.

Ia sesuai untuk mereka yang ingin menambah pengambilan protein tanpa bergantung kepada daging. Selain itu, setiap cawan kacang kuda mengandungi kira-kira 12.5 gram serat yang membantu proses pencernaan, menyokong kesihatan mikrobiom usus, dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.

Kandungan kalorinya juga rendah, dengan sekitar 4 gram lemak sihat (gabungan lemak mono tak tepu dan poli tak tepu), serta mempunyai indeks glisemik rendah, menjadikannya tidak menyebabkan lonjakan gula darah seperti karbohidrat terproses.

Dari segi vitamin dan mineral, kacang kuda kaya dengan mangan (penting untuk fungsi otak dan sistem saraf), folat (diperlukan untuk pertumbuhan sel), tembaga, zet besi, zink, fosforus, vitamin A, E, C, tiamin, vitamin B6, selenium, kalium, dan magnesium yang menyokong kesihatan kardiovaskular.

Ia juga bebas kolesterol secara semula jadi dan rendah natrium, namun tinggi lemak sihat yang baik untuk jantung.

Walaupun mempunyai banyak manfaat, kacang kuda mengandungi bahan kimia yang dipanggil purin, yang apabila diuraikan akan menghasilkan lebihan asid urik dalam badan.

9. Jenis Ikan Berlemak

makanan tinggi asid urik ikan berlemak

Jenis ikan berlemak seperti ikan bilis, herring, tenggiri, ikan kod hitam, salmon, sardin, kembung, cencaru, patin, siakap, dan tongkol kaya dengan asid lemak omega-3 yang bermanfaat untuk kesihatan jantung dan otak.

Namun, bagi penghidap gout atau individu yang mempunyai paras asid urik tinggi, ikan-ikan ini juga mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan kristal urat pada sendi.

Kesan pengambilan ikan berlemak terhadap gout boleh berbeza bagi setiap individu, justeru pengambilan perlu dihadkan sehingga pada mengetahui tahap toleransi badan terhadapnya.

Mengambilnya dalam kuantiti sederhan dan tidak terlalu kerap dapat membantu memperoleh manfaat nutrien tanpa meningkatkan risiko serangan gout.

10. Daging Merah

makanan tinggi asid urik daging merah

Daging merah seperti daging lembu, kambing, dan khinzir tergolong dalam makanan tinggi asid urik.

Jenis daging gelap daripada haiwan buruan seperti arnab, kanggaru, atau rusa juga wajar dikurangkan pengambilannya kerana turut menyumbang kepada risiko gout.

Menurut National Center for Biotechnology Information, kaedah memasak seperti memanggang atau membakar boleh meningkatkan lagi kandungan purin dalam daging, sekaligus menambah risiko pengumpulan asid urik.

Bagi individu yang mudah mengalami gout, pengambilan daging merah sebaiknya dihadkan kepada saiz hidangan kecil hanya beberapa kali seminggu, sambil memperbanyakkan makanan berasaskan tumbuhan dalam diet harian.

Sebagau alternatif yang lebih selamat, pilih sumber protein yang lebih rendah purin seperti ayam atau ikan bagi mengurangkan risiko berlakunya serangan gout.

11. Sardin dan Mackeral dalam Tin

makanan tinggi asid urik sardin dalam tin

Sardin dan mackerel dalam tin tergolong antara makanan tinggi asid urik yang tidak digalakkan diambil dalam kuantiti yang banyak khususnya kepada pesakit gout.

Walaupun ikan ini kaya dengan asid lemak omega-3, protein, serta nutrien penting lain yang baik untuk kesihatan jantung, proses pengetinan tidak mengurangkan kandungan purin di dalamnya.

Malah, dalam kajian NFS Journal, minyak atau sos yang digunakan dalam tin dikatakan boleh menambah kandungan garam dan lemak, yang berpotensi memberi kesan negatif kepada kesihatan jika diambil terlalu kerap.

Bagi penghidap gout, pengambilan sardin dan mackerel dalam tin sebaiknya dihadkan atau diambil sekali-sekala dalam kuantiti kecil, sambil lebih mengutamakan sumber protein rendah purin seperti ayam tanpa kulit, ikan putih, atau kekacang tertentu yang lebih selamat.

Kesimpulan

Kesimpulannya, makanan tinggi asid urik adalah faktor utama yang boleh mencetuskan serangan gout dan menyebabkan komplikasi jika tidak dikawal.

Mengelakkan atau mengehadkan pengambilannya, sambil mengamalkan gaya hidup sihat, merupakan langkah penting untuk menjaga kesihatan sendi dan mengawal paras asid urik dalam darah.

Dengan memilih makanan rendah purin, meningkatkan pengambilan air, mengekalkan berat badan ideal, serta mengamalkan diet seimbang, risiko gout dapat dikurangkan dengan ketara.

Berikut adalah makanan tinggi asid urik yang perlu anda elakkan jika mempunyai sejarah penyakit gout:

  1. Organ Dalaman Haiwan
  2. Makanan Laut
  3. Alkohol
  4. Minuman Berkarbonat
  5. Produk Tenusu
  6. Makanan Tinggi Yis
  7. Makanan Tinggi Lemak
  8. Kacang Kuda
  9. Jenis Ikan Berlemak
  10. Daging Merah
  11. Sardin dan Mackeral dalam Tin

Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah asid urik di sini:

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *