10 Jenis Ikan yang Tidak Boleh Dimakan oleh Pesakit Gout
Jenis ikan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout perlu dikenal pasti dan dielakkan kerana makanan laut tertentu mengandungi 150 hingga 825 miligram purin bagi setiap 100 gram, yang tergolong dalam kategori tinggi purin.
Kenyataan ini dinyatakan sendiri dalam Chinese Community Health Resource Center.
Pengambilan makanan tinggi purin boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah dan mencetuskan serangan gout, iaitu sejenis artritis keradangan yang paling biasa berlaku.
Gout menyebabkan sakit sendi yang datang secara tiba-tiba dan sangat menyakitkan, terutamanya pada ibu jari kaki pada waktu malam.
Ia juga boleh menyerang sendi lain seperti lutut, buku lali atau jari. Dalam kes tertentu, penghidap osteoartritis mungkin mengalami serangan pertama gout pada sendi jari.
Menurut kajian dari Arthritis Research & Therapy, lelaki tiga kali lebih berisiko menghidap gout berbanding wanita, terutamanya selepas umur 40 tahun. Risiko bagi wanita pula meningkat selepas menopaus apabila hormon estrogen yang bersifat pelindung mula berkurangan.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda 10 jenis ikan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout kerana kandungan purinnya yang tinggi dan berpotensi mencetuskan serangan gout.
1. Ikan Bilis

Ikan bilis atau anchovies merupakan bahan wajib dalam kebanyakan masakan tempatan seperti sambal tumis, nasi goreng dan cucur.
Walaupun kecil, ikan ini padat dengan nutrisi seperti asid lemak omega-3, niasin, vitamin B12, kalsium dan selenium.
Namun, ikan bilis juga terkenal sebagai antara jenis ikan paling tinggi kandungan purin, menjadikannya tidak sesuai untuk pesakit gout.
Dalam setiap 100 gram ikan bilis mentah, ia mengandungi 411 mg purin, manakala ikan bilis dalam tin pula mengandungi 321 mg purin.
Tahap purin yang tinggi ini boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah dan menyebabkan serangan gout.
Selain itu, menurut data pemakanan USDA, ikan bilis dalam tin juga tinggi dengan kandungan natrium (garam) sebanyak 153% daripada jumlah natrium harian yang disyorkan, yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
2. Salmon

Ikan salmon terkenal sebagai sumber nutrisi yang luar biasa, kaya dengan asid lemak omega-3 yang bersifat anti-radang.
Menurut data dari National Center for Biotechnology Information, kandungan purinnya sekitar 177 mg per 100 gram, menjadikannya dalam kategori sederhana.
Walaupun begitu, pengambilan salmon secara berlebihan boleh menyumbang kepada peningkatan asid urik dalam darah.
Menurut Alaskan Salmon Company, pesakit gout masih boleh mengambil salmon dalam kuantiti kecil (sekitar 3-4 oz sebanyak 2-3 kali seminggu) sambil memantau tindak balas tubuh.
Kaedah memasak juga memainkan peranan penting. Kaedah panggang, kukus atau bakar lebih sesuai berbanding goreng dalam minyak yang banyak, kerana lemak tambahan boleh meningkatkan risiko keradangan dan berat badan, dua faktor yang memburukkan gout.
3. Ikan Sardin

Jenis ikan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout yang seterusnya ialah ikan sardin.
Ikan sardin adalah ikan kecil yang penuh khasiat, terutama dari segi asid lemak omega-3, protein dan kalsium.
Namun, kandungan purinnya yang tinggi, iaitu sekitar 210.4 mg per 100 gram, menjadikannya makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout.
Selain itu, sardin juga mengandungi garam dan kalori yang tinggi, yang bukan sahaja meningkatkan risiko serangan gout, tetapi juga boleh memperburuk tekanan darah tinggi.
Oleh itu, walaupun sardin baik untuk jantung dan otak, ia bukan pilihan ideal untuk individu yang perlu mengawal paras asid urik.
4. Ikan Trout

Ikan trout mempunyai kandungan purin sekitar 180.9 mg per 100 gram, dan meskipun ia kaya dengan protein dan omega-3, risiko terhadap pesakit gout tetap tinggi.
Kristal asid urik yang terbentuk akibat lebihan purin daripada ikan ini boleh mendap pada sendi dan mencetuskan keradangan mendadak yang menyakitkan.
Malah, pengambilan trout secara kerap juga boleh meningkatkan risiko serangan gout berulang, menjadikannya antara ikan yang sebaiknya dielakkan oleh penghidap gout kronik.
5. Ikan Makeral

Ikan mackerel tergolong dalam kategori ikan berminyak yang kaya dengan omega-3 dan vitamin penting seperti B12 dan D.
Namun, kandungan purinnya sekitar 122.1 mg per 100 gram, dan ini masih cukup tinggi untuk menjejaskan paras asid urik.
Lebih membimbangkan, mackerel sering dimakan dalam jumlah yang besar, sama ada segar atau dalam tin, menjadikannya makanan berisiko tinggi bagi pesakit gout.
Walaupun baik untuk jantung, individu dengan gout perlu menghadkan pengambilan ikan ini atau menggantikannya dengan pilihan rendah purin.
6. Ikan Tuna
Menurut data dari National Center for Biotechnology Information, ikan tuna mengandungi kira-kira 157 mg purin per 100 gram, menjadikannya antara ikan yang perlu diberi perhatian oleh pesakit gout.
Pengambilan tuna dalam jumlah besar boleh menyebabkan hiperurisemia (paras asid urik tinggi) yang membawa kepada pembentukan kristal pada sendi.
Kajian dari National Center for Biotechnology Information juga menunjukkan bahawa ikan mentah atau panggang mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding ikan yang direbus, kerana kaedah merebus dapat mengurangkan kandungan purin.
Oleh itu, jika ingin menikmati tuna, rebuslah dan elakkan penyediaan secara mentah atau goreng dalam minyak.
7. Ikan Cencaru
Ikan cencaru atau torpedo scad dikenali dengan isi padat dan rasa yang kuat. Namun, kandungan purinnya yang tinggi menjadikannya tidak sesuai untuk penghidap gout.
Apabila dimakan secara kerap, purin berlebihan daripada ikan ini boleh mencetuskan pengumpulan kristal asid urik pada sendi serta meningkatkan risiko serangan gout berulang.
Walaupun ia sering menjadi pilihan dalam hidangan bakar atau sambal, pesakit gout wajar mengelaknya demi kesihatan jangka panjang.
8. Ikan Pari

Ikan pari mempunyai tekstur lembut dan rasa yang unik, namun ia juga mengandungi purin dalam jumlah tinggi yang berpotensi menyebabkan peningkatan paras asid urik.
Pesakit gout perlu lebih berhati-hati kerana asid urik berlebihan boleh terkumpul secara senyap sebelum mencetuskan serangan mendadak.
Pengambilan ikan pari secara kerap boleh memburukkan keadaan sendi, justeru lebih baik dielakkan atau digantikan dengan pilihan makanan laut rendah purin.
9. Ikan Bawal Hitam

Jenis ikan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout yang berikutnya adalah ikan bawal hitam.
Ikan bawal hitam merupakan sumber kalsium, vitamin A, D, B dan B12 yang baik, serta terkenal kerana menyokong kesihatan saraf, mata dan kulit.
Namun, kandungan lemak dan purinnya yang tinggi menjadikannya kurang sesuai untuk pesakit gout.
Lemak yang berlebihan boleh meningkatkan keradangan, manakala purin yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan mendadak paras asid urik, menjadikannya punca serangan gout berulang.
10. Ikan Tongkol

Ikan tongkol ialah pilihan popular dalam hidangan seperti kari dan nasi dagang, namun ia juga mengandungi kadar purin yang tinggi.
Pengambilan yang kerap boleh menyebabkan pengumpulan asid urik di dalam sendi, sekali gus mencetuskan gout.
Selain itu, kaedah memasak yang menggunakan banyak minyak atau rempah berat boleh meningkatkan risiko keradangan.
Oleh itu, pesakit gout disarankan untuk mengelak ikan tongkol atau mengambilnya dalam jumlah yang sangat terhad.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pemilihan makanan memainkan peranan penting dalam menguruskan gout.
Mengelakkan 10 jenis ikan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout seperti ikan bilis, sardin, tuna dan bawal hitam dapat membantu mengekalkan paras asid urik pada tahap normal serta mengurangkan risiko serangan gout yang menyakitkan.
Pesakit juga disarankan untuk memilih sumber protein alternatif yang rendah purin seperti telur, ayam tanpa kulit, dan kekacang, serta mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah komplikasi jangka panjang.
Berikut adalah jenis ikan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout yang perlu anda tahu:
- Ikan Bilis
- Salmon
- Ikan Sardin
- Ikan Trout
- Ikan Makeral
- Ikan Tuna
- Ikan Cencaru
- Ikan Pari
- Ikan Bawal Hitam
- Ikan Tongkol
Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah gout di sini:

