13 Pantang Larang Gastrik Yang Wajib Dielakkan

Apakah pantang larang gastrik yang kita sebagai pesakit gastrik boleh elak dari makan atau lakukannya untuk pastikan sakit tidak semakin teruk?

Gastrik, atau gastritis, merujuk kepada keradangan pada lapisan mukosa perut. Keadaan ini boleh berlaku secara tiba-tiba (akut) atau berkembang secara perlahan-lahan dalam jangka masa panjang (kronik).

Gejala gastrik termasuk sakit atau ketidakselesaan di bahagian atas abdomen, kembung perut, loya, muntah, dan hilang selera makan. Dalam kes yang lebih serius, gastrik boleh menyebabkan ulser perut dan meningkatkan risiko kanser perut.

Bagaimanapun kebiasaannya, gastrik tidaklah begitu serius dan boleh sembuh dengan cepat jika anda mendapatkan rawatan dan mengikuti pantang larang gastrik yang betul.

Di Malaysia, gastrik adalah masalah kesihatan yang biasa ditemui. Walaupun data spesifik mengenai prevalensi gastrik sukar diperoleh, laporan menunjukkan peningkatan kes berkaitan penyakit pencernaan, termasuk gastrik.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda 13 pantang larang gastrik, bagi membantu anda mengelak dari diserang gastrik.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan untuk merawat masalah gastrik anda. Jom kita mula dengan pantang larang gastrik yang pertama.

1. Jangan Biarkan Perut Kosong

pantang larang gastrik makan

Menurut National Center for Biotechnology Information, perut yang kosong dalam jangka masa lama boleh meningkatkan risiko iritasi pada lapisan mukosa perut. Asid gastrik yang dirembeskan tanpa makanan untuk dihadamkan akan menyerang lapisan ini, menyebabkan rasa pedih ulu hati dan kekejangan perut.

Oleh itu, penghidap gastrik disarankan untuk makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap, seperti setiap 3-4 jam, untuk memastikan perut sentiasa mempunyai sesuatu yang dapat menyeimbangkan rembesan asid.

Pilihan makanan ringan seperti biskut, yogurt rendah lemak, roti gandum, atau buah-buahan rendah asid (contoh: pisang) boleh sangat membantu. Jika anda sibuk dan tiada masa makan berat, simpan makannan ringan yang mudah diambil untuk memastikan perut tidak kosong terlalu lama.

2. Hindari Makan Terlalu Banyak Pada Waktu Pagi

Sarapan adalah makanan yang paling penting dalam sehari. Walaupun sarapan penting, makan dalam kuantiti yang berlebihan pada waktu pagi boleh menyebabkan tekanan tambahan pada sistem pencernaan.

Sarapan yang berat misalnya seperti nasi lemak, mi goreng, atau makanan berminyak boleh menyebabkan perut bekerja terlalu keras dalam tempoh yang singkat. Hal ini kerana menurut National Center for Biotechnology Information, makanan yang tinggi lemak, karbohidrat, dan kalori sukar dihadam dalam masa singkat.

Lemak misalnya, memerlukan lebih banyak enzim pencernaan dan masa untuk diuraikan, manakala makanan berminyak boleh merangsang penghasilan asid perut secara berlebihan. Ini sekaligus meningkatkan risiko gangguan pencernaan seperti kembung atau pedih ulu hati.

Ketika perut penuh, asid gastrik mungkin terpercik ke esofagus, menyebabkan refluks asid dan kesakitan. Oleh itu, ambillah sarapan ringan seperti oat, yogurt, roti gandum atau buah-buahan rendah asid untuk memulakan hari dengan lebih baik tanpa mencetuskan simptom gastrik.

3. Jangan Minum Alkohol

Alkohol merupakan salah satu penyebab utama masalah gastrik kerana ia merosakkan lapisan perlindungan perut dan meningkatkan pengeluaran asid.

Alkohol juga sebenarnya boleh merangsang rembesan asid gastrik dan melonggarkan injap esofagus bawah, meningkatkan risiko refluks asid.

Kesan buruknya lagi, lapisan pelindung perut akan rosak, menjadikannya lebih mudah terdedah kepada ulser dan radang. Minuman keras seperti bir dan wain terutamanya perlu dielakkan sepenuhnya oleh penghidap gastrik untuk melindungi lapisan perut daripada kerosakan jangka panjang.

4. Hindari Makan Makanan Pedas

pantang larang gastrik makanan pedas

Makanan pedas seperti cili, kari atau makanan yang mengandungi lada hitam boleh merangsang keradangan pada lapisan perut yang sudah sensitif.

Menurut National Center for Biotechnology Information, capsaicin, bahan aktif dalam cili, merangsang rembesan asid dan boleh menyebabkan pedih ulu hati.

Jika anda penggemar makanan pedas, kurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan dan gantikan dengan rempah yang lebih lembut seperti halia atau kunyit yang bersifat anti-radang.

5. Kurangkan Makan Bubur

pantang larang gastrik bubur

Mungkin ramai tidak tahu pantang larang gastrik yang satu ini iaitu kurangkan makan bubur. Walaupun bubur sering dianggap baik untuk perut, makanan ini sangat cepat dicerna dan boleh menyebabkan perut kosong lebih awal.

Ini mengakibatkan rembesan asid gastrik yang berlebihan dan meningkatkan risiko keradangan.

Jika anda ingin makan bubur, pastikan untuk menambah protein seperti ayam rebus atau telur untuk melambatkan proses pencernaan dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

6. Kurangkan Makanan Berlemak dan Berminyak

pantang larang gastrik berlemak

Makanan bergoreng, santan, atau yang tinggi kandungan lemak seperti burger dan kentang goreng melambatkan proses pencernaan. Perut yang penuh dengan makanan berlemak memerlukan lebih banyak asid untuk mencernanya, menyebabkan simptom gastrik seperti refluks atau kembung.

Pilihan makanan yang lebih sihat seperti ikan bakar, sayur rebus, atau makanan panggang membantu mengurangkan tekanan pada sistem pencernaan.

7. Hindari Minuman Berasid dan Berkafein

Pantang larang gastrik yang seterusnya adalah hindari minuman berasid dan berkafein. Minuman seperti kopi, teh hitam, jus sitrus, dan minuman berkarbonat boleh mencetuskan pengeluaran asid secara berlebihan. Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, kafein dalam kopi juga melemahkan sfinkter esofagus bawah, meningkatkan risiko refluks asid.

Pilihan minuman seperti teh herba (contohnya, chamomile atau pepermint), susu rendah lemak, atau air suam lebih sesuai untuk penghidap gastrik kerana ia bersifat lembut pada perut.

8. Elakkan Merokok

Merokok merangsang pengeluaran asid gastrik dan melemahkan lapisan pelindungan perut. Dari kajian oleh National Center for Biotechnology Information juga menyatakan bahawa, nikotin boleh melemahkan injap antara esofagus dan perut, menyebabkan asid mudah naik ke esofagus dan berlakunya gejala pedih ulu hati serta refluks asid.

Bagi mereka yang menghidap gastrik, merokok juga melambatkan proses penyembuhan tisu perut yang rosak, sekaligus memanjangkan tempoh kesakitan dan ketidakselesaan.

Justeru itu, menghentikan tabiat merokok adalah langkah yang sangat digalakkan untuk mencegah kerengsaan berterusan pada perut dan meningkatkan kesejahteraana keseluruhannya.

9. Pantau Pengambilan Ubat-Ubatan

pantang larang gastrik ubat

Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, sesetengah ubat seperti aspirin, ibuprofen, dan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) boleh merosakkan lapisan pelindungan perut jika diambil tanpa makanan.

Jika anda memerlukan ubat-ubatan ini, pastikan ia diambil selepas makan atau gantikan dengan alternatif yang lebih mesra perut seperti paracetamol.

Berunding dengan doktor untuk memastikan penggunaan ubat adalah selamat dan sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

10. Jangan Berbaring Selepas Makan

pantang larang gastrik baring

Berbaring selepas makan adalah pantang laring gastrik yang banyak orang lakukan. Menurut National Center for Biotechnology Information, tabiat berbaring selepas makan sebenarnya boleh menyebabkan asid gastrik mengalir kembali ke esofagus, mencetuskan pedih ulu hati.

Untuk mengelakkan ini, duduk atau berdiri tegak sekurang-kurangnya 2-3 jam selepas makan. Jika anda perlu berbaring, tinggikan kepala dan dada dengan bantal untuk mengurangkan risiko refluks.

11. Kurangkan Pengambilan Makanan Bergas

Makanan seperti kacang kuda, brokoli, kubis, dan minuman berkarbonat, dan kekacang tertentu boleh menyebabkan peningkatan pembentukan gas dalam sistem pencernaan.

Gas berlebihan ini boleh memberi tekanan tambahan pada perut, yang sudah sensitif akibat pengeluaran asid yang tinggi. Tekanan ini boleh menyebabkan rasa kembung, sendawa berlebihan, dan kesakitan perut yang lebih teruk.

Selain itu, makanan bergas juga boleh mencetuskan refluks asid, memperburuk gejala seperti pedih ulu hati.

Oleh itu, individu yang menghidap gastrik digalakkan memilih makanan yang mudah dihadam, rendah serat tidak larut, dan tidak mencetuskan gas berlebihan, seperti lobak merah, zucchini, atau sup yang ringan untuk mengelakkan kembung dan ketidakselesaan perut.

12. Elak Minum Air Terlalu Banyak Semasa Makan

Elakkkan minum air terlalu banyak semasa makan adalah salah satu pantang larang gastrik yang penting untuk diikuti. Ini berlaku kerana, penambahan air semasa makan akan meningkatkan isipadu dalam perut, sekaligus memberi tekanan kepada injap esofagus bawah (LES).

Situasi ini memungkin untuk membawa asid perut naik ke esofagus. Bukan itu sahaja, ia juga boleh melambatkan pencernaan jika air mencairkan enzim perut.

Oleh itu, disarankan untuk minum air dalam jumlah kecil sahaja semasa makan dan mengutamakan pengambilan air sebelum atau selepas makan untuk membantu menjaga keseimbangan pencernaan dan mengelakkan gejala gastrik.

13. Elakkan Stres Berlebihan

pantang larang gastrik stress

Pantang larang gastrik yang terakhir adalah elakkan dari stres. Menurut National Center for Biotechnology Information, stres meningkatkan aktiviti sistem saraf autonomik, yang merangsang pengeluaran asid gastrik. Ini boleh memperburuk simptom gastrik.

Selain itu, stres juga cenderung mengganggu corak makan yang sihat, seperti melangkau waktu makan atau memilih makanan tidak sihat, yang boleh memburukkan lagi simptom gastrik.

Di samping itu, tekanan mental sering kali membawa kepada gaya hidup tidak sihat, seperti merokok atau pengambilan minuman berkafein berlebihan, yang turut menyumbang kepada masalah perut.

Oleh itu, mengurus stres melalui teknik seperti meditasi, senaman ringan, pernafasan mendalam, atau aktiviti relaksasi lain adalah penting untuk membantu mencegah serangan gastrik.

Luangkan masa untuk bersantai dengan meditasi, senaman ringan, atau aktiviti yang anda nikmati seperti membaca atau mendengar muzik. Tidur yang cukup juga membantu tubuh anda mengatasi tekanan dan memulihkan diri daripada keletihan.

Dengan menjaga emosi agar tetap stabil, perut akan lebih terpelihara daripada tekanan yang boleh mengganggu fungsinya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, gastrik adalah penyakit yang boleh dikawal dengan langkah yang betul dan tips yang selamat. Dengan mematuhi pantang larang gastrik ini secara mendalam dan mengamalkannya, anda bukan sahaja dapat mengawal simptom gastrik tetapi juga mencegah komplikasi jangka panjang, serta memastikan kesihatan perut yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

Perubahan kecil tetapi konsisten dalam gaya hidup dan pemakanan boleh memberikan hasil yang besar dalam meningkatkan kualiti hidup. Namun, jika gejala yang anda alami berterusan, segera rujuk doktor untuk rawatan lanjut.

Antara pantang larang gastrik adalah seperti berikut:

  1. Jangan Biarkan Perut Kosong
  2. Hindari Makan Terlalu Banyak Pada Waktu Pagi
  3. Jangan Minum Alkohol
  4. Hindari Makan Makanan Pedas
  5. Kurangkan Makan Bubur
  6. Kurangkan Makanan Berlemak dan Berminyak
  7. Hindari Minuman Berasid dan Berkafein
  8. Elakkan Merokok dan Alkohol
  9. Pantau Pengambilan Ubat-Ubatan
  10. Jangan Berbaring Selepas Makan
  11. Kurangkan Pengambilan Makanan Bergas
  12. Elak Minum Air Terlalu Banyak Semasa Makan
  13. Elakkan Stres Berlebihan

Anda juga boleh baca segala informasi gastrik di sini:

Similar Posts

Leave a Reply