17 Minuman Untuk Gastrik Yang Wajib Anda Cuba!

Apakah minuman untuk gastrik yang boleh anda minum untuk meredakan rasa sakit bertambah teruk?

Gastrik, atau lebih dikenali sebagai gastritis adalah keadaan di mana lapisan perut mengalami keradangan. Bagi ramai orang, gastrik boleh menyebabkan ketidakselesaan seperti pedih ulu hati, kembung, dan sakit perut yang menganggu aktiviti harian.

Pemilihan makanan dan minuman yang betul memainkan peranan penting dalam mengawal simptom gastrik serta mencegah serangan berulang. Dalam usaha meredakan ketidakselesaan ini, beberapa jenis minuman terbukti bermanfaat kerana sifantnya yang menenangkan perut dan melindungi lapisan mukosa daripada kerosakan.

Justeru artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda 17 minuman untuk gastrik yang boleh diminum oleh pesakit gastrik, lengkap dengan manfaat kesihatan dan cara terbaik untuk menikmatinya.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah gastrik anda semakin teruk. Jom kita mula dengan minuman yang boleh diminum oleh pesakit gastrik yang pertama.

1. Air Suam

minuman untuk gastrik air suam

Minuman untuk gastrik yang pertama adalah air suam. Air suam adalah minuman yang sangat disarankan untuk individu yang mengalami gastrik. Menurut National Center for Biotechnology Information, kehangatan air membantu melegakan perut yang teriritasi dengan merangsang aliran darah ke saluran pencernaan, mempercepatkan proses pencernaan, dan membantu mengurangkan kekejangan perut.

Air suam juga berfungsi untuk melembapkan lapisan mukosa perut, yang boleh mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh asid perut berlebihan. Minum air suam pada waktu pagi atau selepas makan membantu mencegah pembentukan gas atau rasa kembung yang sering berlaku pada penghidap gastrik.

2. Teh Chamomile

minuman untuk gastrik teh chamomile

Teh chamomile terkenal dengan sifat anti-radangnya yang kuat dan boleh membantu mengurangkan keradangan di perut. Menurut National Center for Biotechnology Information, chamomile terkenal dengan kemampuannya untuk meredakan ketegangan otot dan mengurangkan kekejangan yang sangat bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah perut.

Selain itu, chamomile juga sesuai dijadikan minuman untuk gastrik kerana ia membantu merangsang pengeluaran hempedu, yang penting untuk pencernaan yang lebih baik. Teh ini juga boleh membantu menenangkan sistem saraf, mengurangkan stres yang boleh memperburuk simptom gastrik.

3. Air Halia

Halia adalah bahan semula jadi yang terkenal dengan sifat anti-radang dan penghalang gas berkesan. Minum air halia dapat membentu mengurangkan loya, sakit perut, dan meningkatkan pencernaan.

Berdasarkan kajian dari Journal of Functional Foods, halia juga dapat melancarkan peredaran darah, yang meningkatkan penghadaman dan melindungi lapisan perut daripada kerosakan asid.

Air halia mempunyai kesan menenangkan yang membantu mengurangkan keradangan dalam perut dan meningkatkan fungsi usus, menjadikannya pilihan yang sangat baik bagi pesakit gastrik.

4. Air Kelapa

minuman untuk gastrik air kelapa

Menurut International Journal of Pharmaceutical Sciences Review and Research, air kelapa kaya dengan elektrolit seperti kalium, yang membantu menyeimbangkan asid dalam badan dan menyokong kesihatan pencernaan. Ia juga berfungsi sebagai penyejuk semula jadi, yang dapat membantu menenangkan perut yang teriritasi akibat asid gastrik berlebihan.

Air kelapa juga membantu menghilangkan toksin dari badan dan mengurangkan pengeluaran asid berlebihan, menjadikannya minuman yang baik untuk meredakan gejala gastrik.

5. Teh Hijau (Tanpa Kafein)

Minuman untuk gastrik yang seterusya adalah teh hijau. Teh hijau tanpa kafein adalah pilihan yang baik untuk pesakit gastrik kerana ia mengandungi antioksidan yang melindungi perut daripada kerengsaan.

Pastikan untuk mengelakkan teh hijau berkafein, kerana kafein boleh merangsang pengeluaran asid.

Ia membantu merangsang sistem pencernan, mengurangkan keradangan, dan mengawal pengeluaran asid perut. Menurut National Center for Biotechnology Information, antioksidan yang terdapat dalam teh hijau juga dapat membantu melindungi dinding perut daripada kerosakan sel dan menyokong proses pemulihan semula jadi.

6. Air Aloe Vera

minuman untuk gastrik air aloe vera

Aloe vera terkenal dengan sifat menenangkan dan penyembuhan. Air aloe vera bagus dijadikan sebagai minuman untuk gastrik kerana ia sangat bermanfaat untuk pencernaan kerana ia mempunyai sifat anti-radang dan penyembuhan yang membantu menenangkan lapisan perut yang meradang.

Aloe vera juga membantu melegakan iritasi dan ulser perut yang sering dialami oleh penghidap gastrik.

Selain itu, aloe vera mengandungi enzim yang membantu dalam proses pencernaan makanan dan meningkatkan keseimbangan pH dalam perut, yang dapat mencegah masalah gastrik berulang.

7. Susu Rendah Lemak atau Susu Kambing

Susu rendah lemak atau susu kambing mengandungi kalsium yang dapat membantu mengimbangi pengeluaran asid perut dan melindungi dinding perut.

Susu kambing, khususnya, lebih mudah dicerna dan lebih lembut pada perut berbanding susu lembu. Kelebihan susu kambing ada dinyatakan oleh Journal of Food Science, di mana ia mengandungi lebih banyak asid lemak rantai pendek yang bermanfaat untuk pencernaan. Walau bagaimanapun, susu penuh lemak harus dielakkan kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran asid dalam perut.

8. Jus Pisang

minuman untuk gastrik jus pisang

Jus pisang adalah pilihan yang sangat baik dijadikan sebagai pilihan minuman untuk gastrik kerana pisang adalah pisang adalah buah yang lembut dan tidak menyebabkan kerengsaan pada perut.

Menurut National Center for Biotechnology Information, pisang mengandungi kalium dan pektin, yang membantu meredakan keradangan dan memperbaiki fungsi pencernaan. Jus pisang juga mengandungi bahan semula jadi yang melindungi lapisan perut dan membantu mengurangkan keasidan yang berlebihan.

9. Air Barli

Air barli adalah minuman yang kaya dengan serat, yang dapat membantu menenangkan sistem pencernaan dan meredakan dan perut yang kembung atau berasid.

Barli juga menagandungi antioksidan yang membantu mengurangkan keradangan dalam perut dan melindungi lapisan mukosa perut daripada kerosakan asid. Ia juga membantu meningkatkan pengeluaran hempedu, yang penting untuk pencernaan yang lancar.

10. Susu Badam

minuman untuk gastrik susu badam

Menurut National Center for Biotechnology Information, susu badam adalah minuman berasaskan tumbuhan yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Setiap cawan susu badan menyediakan 110% daripada Nilai Harian (DV) untuk vitamin E, antioksidan larut lemak yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas.

Susu ini boleh menjadi alternatif yang sangat baik untuk susu biasa bagi penghidap gastrik kerana ia tidak mengandungi laktosa dan lebih mudah dicerna.

Ia juga kaya dengan magnesium yang membantu meredakan ketegangan otot di perut dan mengurangkan kekejangan. Susu badam mengandungi lemak sihat yang dapat melindungi dinding perut dan membantu menyeimbangkan pengeluaran asid, menjadikannya pilihan yang baik untuk penghidap gastrik.

Untuk mendapatkan manfaat maksimum, pilih susu badam yang tidak bergula, tidak berperisa, dan diperkaya dengan kalsium serta vitamin D. Jika anda membuat susu badam sendiri di rumah, pertimbangkan untuk menambah sumber kalsium dan vitamin D lain dalam diet anda.

11. Teh Licorice (Akar Manis)

Satu lagi jenis teh herba boleh anda cuba dan jadikan sebagai minuman untuk gastrik adalah teh licorice. Teh akar manis atau licorice mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu meredakan simptom gastrik seperti sakit perut dan pedih ulu hati.

Akar manis berfungsi sebagai pelindungan semula jadi bagi lapisan perut, mencegah kerosakan akibat asid berlebihan dan membantu dalam penyembuhan ulser perut. Walau bagaimanapun, ia harus diminum dengan berhati=hati kerana boleh meningkatkan tekanan darah jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

12. Air Madu Suam

Madu suam adalah minuman yang menenangkan dan berkhasiat untuk mereka yang mengalami gastrik. Madu mempunyai sifat antibakteria dan anti-radang yang membantu melegakan keradangan dalam perut dan mengurangkan pengeluaran asid yang berlebihan.

Madu juga mempunyai kesan menenangkan yang membantu melegakan pedih ulu hati dan ketidakselesaan perut yang lain. Air madu suam juga berfungsi untuk melindungi lapisan perut, mengurangkan iritasi dan membantu dalam proses pemulihan semula jadi.

13. Jus Tembikai

minuman untuk gastrik jus tembikai

Jus tembikai adalah minuman yang berkhasiat dan lembut pada perut. Tembikai kaya dengan air, yang membantu menyejukkan perut dan mengurangkan keradangan.

Jus tembikai juga membantu meneutralkan asid dalam perut dan memudahkan pencernaan. Kandungan air dalam tembikai berfungsi untuk menghidrasi tubuh dan melegakan gejala kembung yang sering dialami oleh penghidap gastrik.

14. Teh Pudina

Teh pudina adalah pilihan yang baik untuk meredakan simptom gastrik, kerana pudina memiliki sifat menenangkan yang membantu mengurangkan kekejangan perut dan kembung.

Kajian dari National Center for Biotechnology Information juga berpendapata bahawa, pudina juga membantu memperbaiki penghadaman dengan merangsang pengeluaran hempedu dan meningkatkan peredaran darah ke saluran pencernaan. Selain itu, teh pudina juga dapat melegakan rasa mual yang sering dialami oleh pesakit gastrik.

15. Kombucha

minuman untuk gastrik kombucha

Menurut Journal Food Chemistry Advances, kombucha adalah minuman hasil penapaian teh yang telah dimaniskan menggunakan daun teh darioada spesies Camellia sinensis seperti teh hitam, teh hijau, atau teh oolong biru sebagai medium penapaian dan mengandungi probiotik yang baik untuk kesihatan pencernaan.

Kombucha mempunyai rasa yang sedikit masam dan berkarbonat, menjadikannya minuman yang unik dan menyegarkan

Probiotik dalam kombucha dapat membantu memulihkan keseimbangan bakteria baik dalam usus, yang penting untuk pencernaan yang sihat. Kombucha juga mengandungi asid organik yang dapat membantu meneutralkan asid berlebihan dalam perut dan meredakan gejala gastrik.

16. Teh Kunyit

minuman untuk gastrik teh kunyit

Teh kunyit dikatakan sesuai sebagai minuman untuk gastrik kerana ia mengandungi curcumin, sejenis bahan aktif yang terkenal dengan sifat anti-radang yang kuat. Kajian dari National Center for Biotechnology Information menyatakan bahawa kunyit membantu meredakan keradangan dalam perut dan melindungi lapisan mukosa daripada kerosakan akibat asid berlebihan.

Ia juga membantu meningkatkan pengeluaran hempedu dan memperbaiki proses pencernaan. Teh kunyit adalah minuman yang sangat berkesan dalam meredakan gejala gastrik, termasuk sakit perut dan kembung.

17. Jus Kubis

Minuman untuk gastrik yang terakhir kami cadangkan adalah jus kubis. Menurut National Center for Biotechnology Information, jus kubis adalah minuman yang sangat berkhasiat bagi penghidap gastrik kerana ia kaya dengan vitamin U yang membantu merawat ulser perut dan mempercepatkan penyembuhan dinding perut.

Jus kubis juga mempunyai sifat anti-radang yang membantu menenangkan perut yang meradang dan mengurangkan pengeluaran asid. Selain itu, jus kubis juga mengandungi serat yang membantu meningkatkan penghadaman dan mencegah sembelit, masalah yang sering berkaitan dengan gastrik.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pemilihan minuman untuk gastrik yang sesuai adalah salah satu langkah penting dalam menjaga kesihatan perut, terutamanya bagi individu yang sering mengalami masalah gastrik.

Minuman seperti air suam, teh herba seperti chamomile atau halia, susu rendah lemak, dan jus lidah buaya boleh membantu meredakan keradangan serta melindungi lapisan perut daripada iritasi.

Di samping itu, penting untuk mengelakkan minuman yang berasid, berkafein, atau bergas, kerana ia boleh memperburuk simptom gastrik.

Dengan menyesuaikan pilihan minuman untuk gastrik dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menghindari makanan pedas atau berminyak, serta mengurangkan tekanan, gejala gastrik boleh dikawal dengan lebih efektif. Minuman yang tepat bukan sahaja membantu melegakan perut tetapi juga memberi manfaat kesihatan secara keseluruhan.

Jadi, jadikan minuman untuk gastrik tadi sebagai sebahagian daripada rutin harian anda untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan bebas daripada gangguan gastrik.

Berikut adalah minuman untuk gastrik yang boleh diminum oleh pesakit gastrik:

  1. Air Suam
  2. Teh Chamomile
  3. Air Halia
  4. Air Kelapa
  5. Teh Hijau (Tanpa Kafein)
  6. Air Aloe Vera
  7. Susu Rendah Lemak atau Susu Kambing
  8. Jus Pisang
  9. Air Barli
  10. Susu Badam
  11. Teh Licorice (Akar Manis)
  12. Air Madu Suam
  13. Jus Tembikai
  14. Teh Pudina
  15. Kombucha
  16. Teh Kunyit
  17. Jus Kubis

Anda juga boleh baca segala informasi gastrik di sini:

Similar Posts

Leave a Reply