20 Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Oleh Pesakit Gastrik
Apakah makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik yang perlu anda hindarkan untuk elak sakit bertambah teruk?
Bagi pesakit gastrik, pemilihan makanan yang sesuai amat penting untuk mengelakkan simptom yang menyakitkan seperti kembung perut, pedih ulu hati, dan rasa tidak selesa.
Justeru artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda 20 makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik perlu anda tahu.
Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan jika masalah gastrik anda semakin teruk. Jom kita mula dengan makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik yang pertama.
1. Cili dan Makanan Pedas
Menurut National Center for Biotechnology Information, cili serta makanan pedas mengandungi capsaicin, sejenis komponen yang boleh merangsang rembesan asid perut dan memperburuk keadaan gastrik.
Apabila anda makan cili, capsaicin akan mengaktifkan reseptor sakit dalam mulut anda yang dikenali sebagai TRPV1 (Transient Receptor Potential Vanilloid 1).
Reseptor ini bertindak balas kepada haba dan sensasi pedas, menyebabkan otak anda “menafsirkan” rasa pedas sebagai sensasi panas atau terbakar. Inilah sebabnya mengapa makan cili memberi kesan panas yang pedas di mulut anda.
Kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, pesakit gastrik mungkin mengalami pedih ulu hati atau sensasi terbakar dalam perut selepas mengambil makanan pedas.
Bukan itu sahaja, malah makanan pedas juga boleh menyebabkan keradangan pada dinding perut yang telah sedia sensitif. Justeru itu cili dikategorikan sebagai makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik.
2. Buah-Buahan Sitrus
Makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik seterusnya adalah buah-buahan sitrus seperti lemon, limau, dan oren.
Hal ini kerana menurut National Center for Biotechnology Information, buah-buahan tersebut kaya dengan asid sitrik yang boleh menambah keasidan dalam perut sehingga menyebabkan rasa pedih.
Asid ini boleh merengsakan dinding perut yang lemah, sehingga menyebabkan simptom gastrik bertambah teruk. Oleh itu, pesakit gastrik disarankan untuk mengurangkan atau mengelakkan pengambilan buah-buahan sitrus dalam diet harian.
3. Tomato
Tomato, sama ada mentah, dalam bentuk jus, atau digunakan dalam masakan, mempunyai tahap keasidan yang tinggi dan boleh mencetuskan refluks asid.
Apabila asid dalam tomato bertindak balas dengan asid perut, ia boleh menyebabkan kerangsaan pada dinding perut dan membuat pesakit berasa tidak selesa, terutama sekali jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.
4. Makanan Berlemak
Kajian yang dijalankan oleh Human Nutrition & Metabolism mendapati bahawa, makanan yang tinggi lemak, seperti makanan bergoreng, keju, dan daging merah berlemak, melambatkan pengosongan perut dan menyebabkan lebih banyak asid perut dihasilkan.
Hal ini boleh mencetuskan simptom gastrik, seperti rasa kembung, dan menyebabkan perut terasa penuh dan berat.
5. Kopi dan Minuman Berkafein
Kafein yang terdapat dalam kopi, teh hitam, dan minuman berkafein lain merangsang pengeluaran asid dalam perut.
Ini boleh menyebabkan pedih ulu hati dan memperburuk simptom gastrik. Selain itu berdasarkan kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information lagi, kafein juga boleh menyebabkan kegelisahan dangan gangguan tidur, yang mungkin meningkatkan ketegangan pada perut.
6. Minuman Berkarbonat
Makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik yang selanjutnya adalah minuman berkarbonat seperti soda dan sebagainya. Minuman bersoda mengandungi gas karbon dioksida yang boleh menyebabkan kembung dan ketegangan dalam perut.
Gas ini juga boleh meningkatkan tekanan pada sfinkter esofagus bawah, yang menyebabkan asid perut naik ke esofagus dan mencetuskan refluks asid.
7. Bawang
Menurut kajian dari Bioscience, Biotechnology, and Biochemistry, bawang terutama bawang mentah mengandungi komponen sulfer yang boleh menyebabkan gas berlebihan dalam perut dan menambah keasidan.
Ini boleh mengakibatkan kembung dan rasa tidak selesa pada pesakit gastrik. Makan bawang secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko pedih ulu hati.
8. Coklat
Selain itu, coklat juga antara makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik. Menurut Journal of Food Science, coklat dikatakan mengandungi kafein dan theobromine yang kedua-duanya boleh merangsang pengeluaran asid perut.
Ia juga kaya dengan lemak, yang melambatkan proses pencernaan dan menyebabkan asid perut bertahan lebih lama dalam perut. Ini boleh menyebabkan refluks asid dan ketidakselesaan.
9. Alkohol
Minuman beralkohol boleh merengsakan lapisan perut dan meningkatkan pengeluaran asid. Selain itu, alkohol melonggarkan sfinkter esofagus bawah, yang memudahkan asid perut baik ke esofagus, menyebabkan pedih ulu hati dan refluks asid.
10. Pudina
Walaupun pudina sering dianggap sebagai penenang, bagi pesakit gastrik, ia boleh menyebabkan sfinkter esofagus bawah menjadi lebih longgar.
Ini mengakibatkan asid perut mudah naik ke esofagus dan menyebabkan simptom seperti refluks asid, dan pedih ulu hati terutama jika dimakan dalam jumlah yang banyak.
11. Produk Tenusu Penuh Lemak
Makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik yang berikutnya adalah susu dan produk tenusu penuh lemak, seperti krim dan keju. Makanan ini boleh melambatkan pengosongan perut, meningkatkan pengeluaran asid, dan menyebabkan perut terasa penuh dan kembung.
Walaupun sesetengah pesakit mendapati susu berfungsi sebagai penawar jangka pendek untuk gastrik, kandungan lemak tinggi boleh membuatkan keadaan lebih teruk.
12. Makanan Masin atau Mengandungi Banyak Garam
Garam berlebihan boleh merengsakan lapisan perut dan menyebabkan dehidrasi, yang menambah kepekatan asid dalam perut.
Makanan yang tinggi garam juga boleh mencetuskan peningkatan tekanan darah, yang boleh memberi tekanan pada perut dan memperburuk simptom gastrik.
Antara contoh makanan yang tinggi kandungan garam adalah seperti ikan masin, sayur jeruk, taucu, telur masin, snek masiin, kicap, sos, kiub pati, serbuk perasa, dan sebagainya.
13. Cuka dan Makanan yang Diasamkan
Makanan yang mengandungi cuka atau diasamkan seperti jeruk mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan iritasi pada lapisan perut.
Asid dalam cuka meningkatkan keasidan dalam perut, mencetuskan pedih ulu hati, dan ketidakselesaan pada pesakit gastrik.
14. Makanan atau Minuman Bergula Tinggi
Gula yang berlebihan dalam makanan atau minuman boleh menyebabkan peningkatan gas dalam perut dan memperlambatkan pengosongan perut.
Ini menyebabkan perut kembung dan boleh menambah ketidakselesaan pada pesakit gastrik, terutama sekali gula dalam bentuk minuman manis atau makanan pencuci mulut yang berlebihan.
15. Bijirin Penuh (Whole Grains) Yang Sukar Dihadam
Bijirin yang mengandungi serat tinggi, seperti gandum penuh dan barli, mungkin susah dicerna oleh sesetengah pesakit gastrik.
Bahkan kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information juga mendapati, bijirin penuh seperti ini terbukti mengurangkan masa transit dalam usus.
Walaupun serat adalah penting untuk diet, serat dalam jumlah besar boleh menyebabkan kembung dan kembara perut (pergerakan gas berlebihan), menyebabkan rasa tidak selesa dan kembung bagi mereka yang mempunyai gastrik.
16. Makanan Bergas Seperti Kacang dan Kubis
Kacang dan sayur-sayuran tertentu seperti kubis dan bunga kobis menghasilkan gas yang banyak semasa proses pencernaan. Oleh kerana itu ia dikategorikan sebagai makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik.
Gas yang berlebihan ini boleh menekan dinding perut, menyebabkan ketidakselesaan dan kembung. Pesakit gastrik sering mendapati simptom mereka bertambah buruk selepas memakan makanan bergas ini.
17. Rempah-Ratus
Rempah-ratus seperti lada hitam, kunyit, ketumbar, jintan, kayu manis sering digunakan dalam masakan untuk menambah perisa. Walaupun rempah-ratus memberikan rasa yang enak, ia boleh merangsang lapisan perut dan meningkatkan pengeluaran asid.
Bagi pesakit gastrik, rempah yang berlebihan terutamanya rempah yang pedas boleh mencetuskan pedih ulu hati, kembung perut, dan kerengsaan perut.
Rempah seperti lada hitam atau juga cili juga mengandungi capsaicin yang merangsang selera dan meningkatkan kadar asid dalam perut yang boleh menyebabkan sensasi terbakar.
Selain itu, penggunaan rempah dalam jumlah yang banyak dalam satu hidangan juga boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan, yang akhirnya memperburuk keadaan perut pesakit.
18. Makanan Diproses
Makanan yang diproses termasuk mi segera, sosej, nugget, dan makanan dalam tin dikategorikan sebagai makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik.
Makanan jenis ini sering mengandungi bahan tambahan seperti pengawet, pewarna, dan perisa tiruan yang boleh merengsakan dinding perut.
Garam yang berlebihan, bahan pengawat, dan lemak trans dalam makanan diproses boleh menyebabkan perut mengeluarkan lebih banyak asid untuk mencernakan makanan tersebut, sekaligus, mencetuskan simptom gastrik.
Untuk pesakit gastrik, mengelakkan makanan diproses dan memilih makanan segar dapat membantu mengurangkan risiko simptom gastrik.
19. Makanan Yang Di Keringkan
Makanan yang dikeringkan seperti ikan kering, udang kering, atau buah-buahan kering seperi kismis dan aprikot mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi.
Menurut Clinical Gastroenterology and Hepatology, gula tambahan atau garam berlebihan ini boleh meningkatkan tekanan osmosis dalam perut, menyebabkan lebih banyak asid perut dihasilkan untuk memproses makanan tersebut.
Selain itu, proses pengeringan biasanya melibatkan penggunaan bahan pengawet untuk memanjangkan jangka hayat, yang juga boleh merengsakan dinding perut.
Kandungan serat dalam buah-buahan kering juga menjadi lebih pekat, yang mungkin menyebabkan kembung bagi sesetengah pesakit gastrik. Manakala ikan dan udang kering pula, sering kali tinggi kandungan natrium, yang tidak hanya menyebabkan dehidrasi tetapi juga meningkatkan kepekatan asid dalam perut, menyebabkan ketidakselesaan bagi pesakit gastrik.
20. Makanan Mentah
Makanan mentah seperti sayur-sayuran mentah, salad, atau daging yang tidak dimasak boleh menjadi sukar untuk dihadam oleh perut yang sensitif.
Sushi atau daging mentah misalnya, membawa risiko bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan perut atau keracunan makanan, yang akan meningkatkan jangkitan perut atau keracunan makanan, yang akan meningkatkan keasidan perut dalam proses tubuh melawan jangkitan tersebut.
Menurut National Center for Biotechnology Information bagi pesakit gastrik, adalah lebih baik untuk memilih makanan yang telah dimasak dengan cara yang mudah dihadam seperti merebus atau mengukus.
Hal ini kerana, ia dapat membantu mengurangkan beban pada sistem pencernaan serta mencegah gejala gastrik daripada menjadi lebih buruk.
Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat banyak jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik. Hal ini penting bagi memastikan keselesaan perut sentiada terjaga dalam jangka waktu yang lama.
Berikut adalah makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik:
- Cili dan Makanan Pedas
- Buah-Buahan Sitrus
- Tomato
- Makanan Berlemak
- Kopi dan Minuman Berkafein
- Minuman Berkarbonat
- Bawang
- Coklat
- Alkohol
- Pudina
- Produk Tenusu Penuh Lemak
- Makanan Masin atau Mengandungi Banyak Garam
- Cuka dan Makanan yang Diasamkan
- Makanan atau Minuman Bergula Tinggi
- Bijirin Penuh (Whole Grains) Yang Sukar Dihadam
- Makanan Bergas Seperti Kacang dan Kubis
- Rempah-Ratus
- Makanan Diproses
- Makanan Yang Di Keringkan
- Makanan Mentah
Anda boleh baca segala informasi gastrik di sini: