Makanan untuk Demam Denggi: Pilihan Sihat & Yang Perlu Dijauhi

Apakah jenis makanan untuk demam denggi yang bagus dan sesuai untuk anda makan ketika sakit?

Apabila berdepan dengan demam denggi, pemilihan makanan yang betul memainkan peranan penting dalam proses pemulihan. Demam denggi yang disebarkan oleh gigitan nyamuk boleh menyebabkan simptom seperti demam denggi, sakit sendi, keletihan, dan penurunan kiraan platelet yang serius.

Walaupun rawatan perubatan dan ubat-ubatan adalah aspek utama dalam menangani penyakit ini, diet yang seimbang dan terancang dapat membantu mengurangkan simptom serta mempercepatkan proses penyembuhan tubuh.

Pemakanan yang sesuai boleh menyokong sistem imun, meningkatkan tenaga, dan mengekalkan hidrasi badan untuk melawan jangkitan virus.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda secara menyeluruh tentang jenis makanan untuk demam denggi yang sesuai dan senarai makanan yang perlu dielakkan.

1. Minum Banyak Air

makanan untuk demam denggi minum air

Memastikan pengambilan air yang mencukupi adalah sangat penting. Hal ini kerana, pesakit denggi berisiko tinggi mengalami dehidrasi akibat simptom seperti loya, muntah, hilang selera makan dan cirit-birit.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan pesakit denggi untuk minum lebih daripada lapan gelas air sehari bagi membantu mengurangkan gejala dan mengelakkan komplikasi serius.

Kekurangan air dalam badan bukan sahaja boleh memburukkan keadaan pesakit, malah berpotensi menyebabkan kejutan (shock) yang mengancam nyawa.

Selain air kosong, pesakit juga boleh mengambil minuman isotonik atau sup jernih untuk membantu menggantikan elektrolit dan nutrien penting yang hilang.

Rawatan rehidrasi secara oral merupakan kaedah utama yang disarankan kepada pesakit dengan gejala dehidrasi sederhana akibat demam tinggi dan muntah.

Statistik dari National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, 70% pesakit denggi tanpa kejutan boleh dirawat di rumah dengan rehidrasi oral, manakala bagi 30% serta semua pesakit yang mengalami kejutan memerlukan rehidrasi secara intravena (IV) di bawah pengawasan perubatan.

Pesakit yang mengalami kurang selera makan, muntah berulang, tanda-tanda klinikal dehidrasi, peningkatan tahap hematokrit atau penurunan kiraan platelet perlu mendapatkan pemantauan rapi dan rawatan rehidrasi yang sesuai mengikut tahap keparahan keadaan mereka.

2. Elak Makan Makanan Pedas

Semasa menghidap demam denggi, sistem imun pesakit menjadi lemah dan tenaga tubuh berkurangan dengan ketara.

Dalam keadaan ini, pengambilan makanan pedas perlu dielakkan kerana ia boleh memburukkan lagi keletihan, menambah kesakitan gejala yang dialami, serta melambatkan proses pemulihan.

Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, makanan yang mengandungi banyak rempah atau cili boleh merangsang perut untuk menghasilkan lebih banyak asid gastrik. Peningkatan asid ini boleh menyebabkan iritasi pada dinding perut dan meningkatkan berlakunya pendarahan dalam sistem penghadaman, terutamanya pada usus dan perut.

Justeru, elak dari memasukkan makanan pedas dalam diet makanan untuk demam denggi adalah penting bagi melindungi daripada komplikasi dalaman yang boleh berlaku akibat keradangan atau luka pada saluran pencernaan.

3. Elak Makanan Berlemak dan Berminyak

makanan untuk demam denggi makanan berlemak

Makanan lain yang perlu anda elakkan ketika demam denggi adalah jenis makanan berlemak dan berminyak.

Contoh yang paling lazim adalah seperti keju, daging berlemak, mentega, makanan bergoreng serta buah seperti avocado.

Menurut kajian dari International Journal of Mosquito Research, makanan ini bukan sahaja mengambil masa lebih lama untuk dihadam, malah boleh membebankan perut yang sedang lemah dan menyebabkan ketidakselesaan seperti kembung serta gangguan pencernaan.

Makanan tinggi lemak juga menyumbang kepada rasa lesu dan memperlahankan proses pemulihan tubuh.

Apabila sistem penghadaman terpaksa bekerja lebih keras, sebahagian besar tenaga tubuh akan digunakan untuk proses pencernaan, sedangkan tenaga tersebut sepatutnya digunakan untuk melawan jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan.

4. Elak Minuman Berkafein

Minuman berkafein seperti kopi dan teh, serta minuman manis seperti air berkarbonat, minuman tenaga dan jus bergula juga perlu dielakkan.

Minuman jenis ini boleh menyumbang kepada dehidrasi kerana kandungan kafein bersifat diuretik, manakala gula yang berlebihan pula boleh meningkatkan keradangan dalam badan sekaligus melemahkan fungsi sistem imun.

5. Elak Makanan Berproses dan Tinggi Gula

makanan untuk demam denggi  makanan diproses

Bagi pengemar makanan diproses dan sejuk beku, anda dinasihatkan untuk berhenti atau kurangkan dari memakannya lagi.

Hal ini kerana, bahan-bahan yang terkandung di dalamnya tidak memberikan nutrien yang diperlukan untuk sembuh, malah boleh menyebabkan tubuh menjadi lebih lesu, sistem pertahanan menjadi lemah, dan risiko komplikasi meningkat.

6. Makanan yang Kaya dengan Vitamin K

makanan untuk demam denggi vitamin k

Makanan untuk demam denggi yang digalakkan untuk anda makan adalah makanan yang kaya dengan vitamin K.

Makanan yang kaya dengan vitamin K juga sangat digalakkan untuk pesakit demam denggi kerana nutrien ini memainkan peranan penting dalam proses pembekuan darah dan mungkin membantu meningkatkan kiraan platelet yang sering merosot akibat jangkitan virus denggi.

Kekurangan platele boleh meningkatkan risiko pendarahan dalaman, oleh itu pengambilan makanan yang menyokong pembekuan darah amatlah bermanfaat dalam fasa pemulihan.

Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information lagi, Vitamin K juga menyumbang kepada kesihatan tulang dan penyembuhan luka, yang sangat penting apabila tubuh berada dalam keadaan tertekan akibat demam tinggi dan kehilangan tenaga.

Antara sumber semula jadi vitamin K yang baik termasuklah sayuran berdaun hijau seperti bayam, kangkung, sawi, serta brokoli dan kekacang bercambah (sprouts).

7. Makanan yang Kaya dengan Zat Besi

Makanan untuk demam denggi yang berikutnya adalah makanan yang kaya dengan zat besi. Untuk pengetahuan anda, zat besi memainkan peranan utama dalam meningkatkan paras hemoglobin dan menyokong penghasilan platelet dalam darah.

Antara makanan yang tinggi kandungan zat besi termasuklah kekacang, hati ayam atau lembu, daging merah, serta sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi.

Pengambilan makanan ini secara konsisten boleh membantu mempercepatkan pemulihan kiraan platelet dan menyokong kesihatan darah secara keseluruhan.

8. Makanan yang Tinggi Vitamin C

makanan untuk demam denggi vitamin c

Berdasarkan kajian oleh The American Journal of Tropical Medicine and Hygiene, Vitamin C merupakan salah satu nutrien paling penting untuk pesakit demam denggi kerana ia mempunyai sifat anti-virus dan antioksidan yang kuat.

Vitamin ini bukan sahaja membantu tubuh melawan jangkitan virus dengan meningkatkan sistem imun, tetapi juga menyokong proses penyembuhan secara keseluruhan.

Lebih menarik lagi, vitamin C turut membantu penyerapan zat besi daripada usus, menjadikannya pelengkap sempurna kepada makanan yang kaya dengan zat besi dalam usaha meningkatkan kiraan platelet.

Untuk mendapatkan manfaat ini, pesakit disarankan mengambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti oren, lemon, betik, nenas serta sayuran berdaun hijau.

Buah-buahan ini bukan sahaja mudah dihadam, malah memberikan kesegaran dan tenaga yang sangat diperlukan semasa tubuh lemah akibat demam.

9. Elak Makanan dan Minuman yang Berwarna Gelap

Pesakit demam denggi disarankan untuk mengelakkan makanan dan minuman yang berwarna gelap seperti minuman berkafein, coklat gelap, pewarna makanan tiruan berwarna hitam atau merah gelap, serta makanan tertentu seperti kekacang hitam atau rumpai laut.

Menurut National Center for Biotecnology Information, makanan atau minuman berwarna gelap boleh menyebabkan najis atau muntah kelihatan gelap, sekali gus menyukarkan pengesanan sekiranya berlaku pendarahan dalam saluran penghadaman.

Dalam sesetengah keadaan, pesakit mungkin muntah cecair berwarna gelap, dan inilah boleh mengelirukan sama ada ia disebabkan oleh kandungan makanan atau darah akibat pendarahan gastrousus.

Oleh itu, bagi memudahkan pemantauan simptom dan mengenal pasti sebarang tanda awal komplikasi seperti najis berdarah atau muntah berdarah, pemilihan makanan yang berwarna cerah dan semula jadi adalah lebih selamat.

10. Makanan Tinggi Kalori

makanan untuk demam denggi tinggi kalori

Pengambilan makanan tinggi kalori amat penting untuk membantu tubuh mendapatkan kembali tenaga yang hilang.

Makanan seperti susu, nasi, kentang dan makanan berasaskan karbohidrat kompleks merupakan sumber tenaga yang baik dan mudah dihadam.

Makanan yang membekalkan kalori yang mencukupi untuk menyokong fungsi tubuh, mempercepatkan proses pemulihan, serta membantu pesakit kembali bertenaga.

Bukan itu sahaja malah, makanan tinggi kalori juga penting untuk menampung keperluan metabolik yang meningkat ketika tubuh melawan jangkitan.

11. Makanan yang Lembut dan Mudah Dihadam

makanan untuk demam denggi makanan lembut

Makanan untuk demam denggi yang seterusnya adalah jenis yang lembut dan mudah dihadam. Contohya seperti bubur nasi, oat, pisang, dan nasi putih.

Makanan ini bukan sahaja mudah dicerna, tetapi juga membantu menenangkan sistem pencernaan yang mungkin terjejas akibat muntah, loya atau kurang selera makan.

12. Minum Teh Herba

makanan untuk demam denggi  teh herba

Teh herba merupakan pilihan minuman yang sangat baik untuk pesakit demam denggi kerana ia membantu menenangkan tubuh dan minda yang keletihan akibat jangkitan virus.

Campuran herba seperti halia, kayu manis, pudina, dan buah pelaga dalam teh boleh memberi kesan relaksasi semula jadi, membantu mengurangkan tekanan tubuh, dan merangsang tidur yang lebih lena, iaitu aspek penting dalam proses pemulihan.

Pengambilan dua cawan teh herba sehari sudah memadai untuk memberikan manfaat kesihatan tanpa membebankan sistem penghadaman.

Namun begitu, elakkan mencampurkan terlalu banyak rempah dalam satu sajian teh agar ia kekal ringan, mudah dihadam, dan tidak merangsnag pengeluaran asid perut secara berlebihan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting dalam membantu pesakit demam denggi pulih dengan lebih cepat.

Diet yang kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien seperti zat besi, vitamin C dan K mampu membantu tubuh melawan simptom demam denggi, meningkatkan sistem imun, serta menyokong penghasilan platelet darah.

Namun begitu, penting untuk diingat bahawa setiap individu mungkin mempunyai keperluan berbeza dan tidak semua jenis makanan sesuai untuk semua pesakit.

Oleh itu, sebelum mengamalkan sebarang diet semasa sakit, adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor, terutama jika anda mempunyai alahan makanan atau penyakit sedia ada.

Jika anda atau orang terdekat mengalami gejala seperti sakit kepala teruk, keletihan melampau, atau muntah berulang, segera dapatkan pemeriksaan perubatan.

Dengan sokongan pemakanan yang betul, rehat yang mencukupi, dan pemantauan rapi, pesakit boleh kembali sihat dalam tempoh yang lebih singkat.

Berikut adalah makanan untuk demam denggi yang boleh anda cuba masukkan dalam diet:

  1. Minum Banyak Air
  2. Elak Makan Makanan Pedas
  3. Elak Makanan Berlemak dan Berminyak
  4. Elak Minuman Berkafein
  5. Elak Makanan Berproses dan Tinggi Gula
  6. Makanan yang Kaya dengan Vitamin K
  7. Makanan yang Kaya dengan Zat Besi
  8. Makanan yang Tinggi Vitamin C
  9. Elak Makanan dan Minuman yang Berwarna Gelap
  10. Makanan Tinggi Kalori
  11. Makanan yang Lembut dan Mudah Dihadam
  12. Minum Teh Herba

Anda boleh baca berkenaan dengan masalah denggi yang lain di sini:

Similar Posts

Leave a Reply