10 Cara Mengatasi Demam Denggi yang Selamat dan Cepat
Apakah cara mengatasi demam denggi yang berkesan boleh anda dan keluarga lakukan setiap hari?
Demam denggi merupakan penyakit berjangkit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes dan sering menjadi ancaman kesihatan di negara beriklim tropika seperti Malaysia.
Penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi serius termasuk demam tinggi, sakit sendi, pendarahan, dan dalam kes tertentu, kematian.
Oleh itu, sangat penting untuk mengetahui cara mengatasi demam denggi bagi mengurangkan risiko komplikasi dan mempercepatkan proses pemulihan.
Artikel ini akan menghuraikan 10 cara berkesan yang boleh diamalkan bagi membantu menangani demam denggi dengan lebih efisien.
1. Menggunakan Repelan Nyamuk

Menurut National Center for Biotechnology Information, repelan nyamuk berfungsi untuk menghalau nyamuk Aedes aegypti, iaitu pembawa utama virus denggi, daripada menghampiri dan menggigit kulit.
Produk repelan biasanya terdapat dalam bentuk losyen, gel, atau semburan, dan ia perlu disapu pada bahagian tubuh yang terdedah seperti tangan, kaki, dan leher.
Kajian oleh National Center for Biotechnology Information mencadangkan agar anda memilih repelan yang mengandungi bahan aktif seperti DEET, picaridin, IR3535 atau minyak citronella, kerana terbukti mampu memberikan perlindungan berjam-jam lamanya.
Penggunaan repelan amat disarankan pada waktu awal pagi dan lewat petang kerana pada masa inilah nyamuk Aedes paling aktif. Bagi kanak-kanak, gunakan repelan yang diformulasikan khas untuk mereka, dan elakkan menyapu pada tangan atau kawasan berhampiran mata dan mulut.
2. Menggunakan Kelambu Nyamuk Semasa Tidur

Cara mengatasi demam denggi yang seterusnya adalah dengan menggunakan kelambu nyamuk semasa tidur.
Ianya penting erutamanya jika tidur di kawasan yang mempunyai banyak nyamuk atau di tempat terbuka.
Menurut World Health Organization Geneva, kelambu bertindak sebagai penghalang fizikal yag menghalang nyamuk Aedes daripada menggigit ketika seseorang sedang tidur, terutamanya pada waktu awal pagi atau senja apabila nyamuk Aedes paling aktif.
Pastikan kelambu ditutup rapat di sekeliling katil atau tilam agar tiada ruang untuk nyamuk masuk.
3. Elak Keluar Pada Waktu Senja
Anda juga boleh elakkan diri dari sebarang aktiviti di luar rumah pada waktu nyamuk Aedes paling aktif menggigit, iaitu antara jam 5.30 pagi hingga 8.00 pagi dan 5.30 petang hingga 8.00 malam.
Pada waktu-waktu ini, nyamuk Aedes lebih cenderung untuk mencari mangsa, dan risiko terkena gigitan yang boleh menyebarkan virus denggi adalah tinggi.
Jika tidak dapat dielakkan untuk berada di luar rumah pada waktu tersebut, disarankan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang untuk mengurangkan pendedahan kulit.
4. Pasang Jaring Halus (Mosquito Mesh)

Cara mengatasi demam denggi yang berikutnya adalah dengan memasang jaring halus (mosquito mesh) pada tingkap dan pintu rumah.
Jaring ini berfungsi sebagai penghadang fizikal yang menghalang nyamuk Aedes daripada masuk ke dalam rumah, terutama pada waktu-waktu nyamuk aktif seperti awal pagi dan lewat petang.
Kajian oleh National Center for Biotechnology Information mencadangkan agar kita memilih jaring yang mempunyai lubang halus dan dipasang dengan kemas tanpa sebarang ruang terbuka yang membolehkan nyamuk menyelinap masuk.
Selain itu, pastikan jaring sentiasa dalam keadaan baik, tidak koyak, dan dibersihkan secara berkala agar kekal berkesan.
Penggunaan jaring nyamuk ini amat sesuai untuk rumah yang sering membuka tingkap untuk pengudaraan, dan ia merupakan langkah pencegahan pasif yang boleh melindungi seluruh ahli keluarga daripada gigitan nyamuk sepanjang masa.
5. Menghapuskan Habitat Nyamuk Aedes

Seterusnya, cara mengatasi demam denggi yag paling berkesan adalah dengan menghapuskan habitat nyamuk Aedes di sekitar rumah.
Menurut Centers for Disease Control and Prevention, nyamuk Aedes bertelur dalam air bertakung, dan hanya memerlukan tujuh hingga sepuluh hari untuk telur menetas dan menjadi nyamuk dewasa.
Oleh itu, penting untuk memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di kawasan persekitaran kita. Langkah yang boleh diambik termasuklah menutup bekas takungan air seperti tong, baldi, atau tangki air dengan penutup atau jaring halus bagi mengelakkan nyamuk masuk dan bertelur.
Bukan itu sahaja, anda juga perlu amalkan rutin membersihkan tempat yang mudah mengumpul air, seperti pasu bunga, bekas plastik terbuang, mangkuk air haiwan peliharaan, saliran, longkang, dan juga penutup botol yang terbalik.
Segala barangan yang boleh menakung air seperti tayar lama, bekas kosong atau mainan terbuang juga perlu disimpan dengan baik atau dilupuskan.
Kawasan ini, walaupun kecil, boleh menjadi tempat pembiakan yang ideal bagi nyamuk Aedes.
Penggunaan serbuk Abate dalam bekas air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan juga disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan kadar dos yang betul untuk keselamatan pengguna.
Berikut adalah cara penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik (20 gram) berdasarkan kenyataan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:
Anggaran Kos | Lokasi Penggunaan |
---|---|
0.5 g bahan pembunuh jentik-jentik jenis paket suku sudu teh | Lapik pasu bunga, bekas berus mangkuk tandas, bekas minuman haiwan peliharaan |
1 g bahan pembunuh jentik-jentik jenis paket separuh sudu teh | Tangki simbah 9L, pasu bunga hiasan dalam rumah, perangkap lantai, tayar terpakai |
2 g bahan pembunuh jentik-jentik jenis paket penuh separas rata sudu teh | Kon pembahagi jalan |
- Tuang bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam sudu mengikut ukuran dalam label
- Tabur bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas / kawasan takungan air yang hendak dirawat
Kekerapan penggunaan bergantung kepada kawasan penyemburan. Bagi kawasan dalam rumah, semburan boleh dilakukan setiap 3 bulan sekali.
Manakala untuk kawasan luar rumah, semburan perlu dilakukan setiap 2 bulan bagi kawasan yang tidak terdedah kepada hujan dan panas, dan setiap 1 bulan bagi kawasan yang sering terdedah kepada hujan dan cahaya matahari.
6. Mendapatkan Vaksin Denggi
Berdasarkan kajian oleh National Center for Biotechnology Information, vaksin denggi berfungsi mengurangkan risiko jangkitan virus denggi dan sekali gus mengurangkan kes demam denggi yang teruk yang memerlukan rawatan rapi.
Selain itu, pengambilan vaksin juga terbukti mampu menurunkan kadar kematian akibat komplikasi denggi.
Walaupun begitu, adalah penting untuk difahami bahawa vaksinasi bukanlah pengganti kepada langkah pencegahan lain seperti menghapuskan tempat pembiakan nyamuk atau menggunakan repelan.
Vaksin denggi juga tidak sesuai untuk semua individu dan penggunaannya perlu dibuat berdasarkan nasihat pakar kesihatan. Ia biasanya diberikan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berumur 9 hingga 16 tahun (bergantung kepada negara dan vaksin).
Di Malaysia, penggunaan vaksin masih bersifat terhad dan tertakluk kepada penilaian pihak berkuasa seperti KKM dan WHO.
Sehingga hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan penggunaan vaksin Qdenga sejak awal Februari.
Vaksin ini didapati selamat dan berkesan dalam membantu mencegah jangkitan demam denggi di negara ini, dengan kadar keberkesanan setinggi 80%. Ia disyorkan untuk digunakan bagi individu berumur empat tahun dan ke atas.
7. Meningkatkan Kesedaran Masyarakat tentang Denggi

Usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang denggi dengan menyebarkan maklumat yang jelas dan berterusan mengenai cara-cara pencegahan denggi adalah penting.
Pendidikan komuniti boleh dilakukan melalui kempen kesihatan awam, ceramah di sekolah dan tempat kerja, risalah maklumat, serta program gotong-royong membersihkan kawasan perumahan.
Apabila setiap ahli komuniti memahami peranan mereka dalam mencegah pembiakan nyamuk Aedes dan menyedari risiko demam denggi, kerjasama yang lebih menyeluruh dapat dicapai.
Kesedaran kolektif ini amat penting kerana kejayaan membasmi denggi tidak hanya bergantung kepada tindakan individu, tetapi juga kepada komitmen bersama dalam menjaga kebersihan dan persekitaran bebas nyamuk.
8. Amalkan Pemakanan yang Seimbang dan Berkhasiat
Menjaga pemakanan yang seimbang dan berkhasiat juga merupakan salah satu cara mencegah demam denggi, khususnya dalam membantu tubuh melawan jangkitan sekiranya dijangkiti.
Sistem imun yang kuat dapat memberikan pertahanan semula jadi yang lebih baik terhadap virus, termasuk virus denggi.
Oleh itu, amalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein berkualiti dan serat, kerana nutrien ini membantu menyokong fungsi imun dan kesihatan keseluruhan tubuh.
Berdasarkan kajian oleh Nutrition Journal, kita disarankan untuk elak pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu, gula berlebihan dan makanan yang diproses, kerana ia boleh melemahkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan risiko komplikasi jika dijangkiti.
Dengan menjaga pemakanan yang sihat setiap hari, tubuh lebih bersedia untuk menghadapi sebarang jangkitan, termasuk demam denggi, sekali gus mengurangkan risiko mendapat gejala yang teruk.
9. Melupuskan Barangan Terpakai dengan Betul

Cara mengatasi demam denggi yang patut diamalkan oleh setiap keluarga adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran.
Menurut National Center for Biotechnology Information, punca utama pembiakan nyamuk Aedes ialah longgokan sampah atau barangan yang tidak digunakan, seperti bekas plastik, tin kosong, tayar lama dan botol terbiar yang boleh menakung air.
Air yang bertakung di dalam barangan ini menjadi tempat ideal untuk nyamuk bertelur dan membiak.
Oleh itu, setiap individu harus bertanggungjawab memastikan persekitaran rumah dan komuniti bebas daripada sisa atau objek yang boleh mengumpul air.
Barangan yang masih boleh digunakan boleh dikitar semula, manakala yang rosak atau tidak diperlukan harus dibuang dengan betul.
Langkah mudah ini jika diamalkan secara konsisten mampu memutuskan kitaran hidup nyamuk Aedes dan secara tidak langsung menurunkan risiko penularan demam denggi di kawasan kediaman.
10. Sentiasa Berjaga-jaga Ketika Tidur
Cara mencegah demam denggi yang wajar diberi perhatian ialah dengan berjaga-jaga semasa tidur, kerana ketika inilah tubuh tidak sedar dan lebih terdedah kepada gigitan nyamuk Aedes.
Memandangkan nyamuk ini aktif terutama pada waktu awal pagi dan lewat petang, adalah penting untuk memastikan waktu tidur tidak menjadi peluang kepada nyamuk untuk menggigit.
Pastikan anda memakai pakaian tidur yang menutupi sebahagian besar badan, seperti baju berlengan panjang dan seluar panjang, terutamanya jika tidur di kawasan yang mempunyai banyak nyamuk.
Bahkan menurut kajian dari Malaria Journal, tidur di kawasan yang mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik juga boleh membantu mengurangkan kehadiran nyamuk.
Dengan sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum tidur, anda dapat mengurangkan risiko terkena gigitan nyamuk yang boleh membawa jangkitan demam denggi.
Kesimpulan
Kesimpulannya, cara mengatasi demam denggi memerlukan gabungan rawatan perubatan, penjagaan diri yang rapi, serta persekitaran yang bersih dan bebas nyamuk.
Langkah-langkah seperti menjaga hidrasi, mengawal demam, berehat secukupnya dan mengamalkan pemakanan berkhasiat amat penting dalam mempercepatkan pemulihan pesakit.
Selain itu, pencegahan dari awal juga memainkan peranan penting agar jangkitan tidak berulang atau menular kepada orang lain.
Dengan kesedaran dan tindakan yang tepat, risiko komplikasi akibat demam denggi dapat diminimumkan dan kesihatan pesakit dapat dipulihkan dengan lebih cepat.
Berikut adalah cara mengatasi demam denggi yang boleh anda amalkan:
- Menggunakan Repelan Nyamuk
- Menggunakan Kelambu Nyamuk Semasa Tidur
- Elak Keluar Pada Waktu Senja
- Pasang Jaring Halus (Mosquito Mesh)
- Menghapuskan Habitat Nyamuk Aedes
- Mendapatkan Vaksin Denggi
- Meningkatkan Kesedaran Masyarakat tentang Denggi
- Amalkan Pemakanan yang Seimbang dan Berkhasiat
- Melupuskan Barangan Terpakai dengan Betul
- Sentiasa Berjaga-jaga Ketika Tidur
Anda boleh baca berkenaan dengan masalah denggi yang lain di sini: