10 Ubat Darah Tinggi Yang Terbukti Berkesan dan Selamat Digunakan
Ubat darah tinggi (hipertensi) adalah ubat-ubatan yang dirumus untuk membantu menurunkan tekanan darah ke tahap yang normal untuk mengurangkan risiko komplikasi seperti strok, serangan jantung, dan kegagalan buah pinggang.
Di pasaran terdapat pelbagai jenis ubat darah tinggi yang dirumus untuk memenuhi keperluan kesihatan individu berdasarkan keadaan kesihatan masing-masing. Setiap jenis ubat ini dirumus untuk memenuhi keperluan kesihatan individu berdasarkan keadaan kesihatan masing-masing.
Ia diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan, di mana setiap kumpulan berfungsi menurunkan tekanan darah melalui mekanisme yang berbeza.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda 10 ubat darah tinggi yang boleh anda dapatkan untuk mengurangkan tekanan darah dan gejala lain berkaitan darah tinggi.
Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan untuk merawat masalah darah tinggi anda. Jom kita mula dengan jenis-jenis ubat darah tinggi yang boleh anda dapatkan.
1. Amlodipine
Amlodipine (contoh: Norvasc, Norvas 5mg) adalah ubat dari kumpulan Calcium Channel Blocker dan digunakan secara meluas untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensi) serta masalah berkaitan angina (sakit dada akibat bekalan darah yang berkurang ke jantung).
Menurut The Journal of Clinical Hypertension, ubat ini berfungsi dengan merehatkan dan melebarkan saluran darah, yang membantu mengurangkan rintangan aliran darah dan menurunkan tekanan darah. Ia sesuai untuk pesakit hipertensi yang memerlukan kawalan tekanan darah sepanjang hari, terutamanya golongan dewasa atau warga emas.
Ubat darah tinggi ini biasanya diambil sekali sehari, dengan atau tanpa makanan, bergantung kepada arahan doktor. Kesan sampingan yang sering dilaporkan termasuk bengkak pada kaki, sakit kepala, dan muka kemerahan.
2. Losartan
Losartan (contoh: Cozaar, Hyzaar) tergolong dalam kumpulan Angiotensin II Receptor Blockers (ARB) yang sering digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi serta melindungi fungsi buah pinggang bagi pesakit diabetes jenis 2 dengan protein dalam air kencing (proteinuria).
Ubat darah tinggi ini berfungsi dengan menghalang tindakan hormon angiotensin II, yang biasanya menyebabkan saluran darah menyempit. Dengan menghalang kesan ini, Losartan membantu saluran darah kekal santai dan terbuka, sekaligus menurunkan tekanan darah dan mengurangkan beban pada jantung.
Menurut National Center for Biotechnology Information, ubat darah tinggi ini sesuai untuk pesakit yang tidak dapat bertoleransi dengan ubat ACE inhibitors. Ia biasanya biasanya diambil sekali sehari, dengan atau tanpa makanan, seperti yang diarahkan oleh doktor.
Kesan sampingan termasuk pening, rasa letih, dan peningkatan kadar potassium dalam darah.
3. Perindopril
Perindopril (contoh: Coversyl, Prexum) ialah ubat dari kumpulan ACE inhibitors, digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan kegagala jantung kongestif, serta mengurangkan risiko serangan jantung dan strok pada individu tertentu.
Ubat ini berfungsi dengan menghalang pengeluaran angiotensin II, hormon yang menyebabkan saluran darah menyempit. Dengan meluaskan saluran darah, Perindopril membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah ke jantung, dan mengurangkan beban kerja jantung.
Perindopril biasanya diambil sekali sehari, pada waktu pagi, dan lebih berkesan apabila diambil sebelum makan.
Namun, kesan sampingan biasa ialah batuk kering, pening, keletihan atau rasa tidak selesa pada perut. Berdasarkan kajian dari Journal of Medical Case Reports, dalam kes yang jarang berlaku, ubat darah tinggi ini boleh menyebabkan kesan sampingan serius seperti pembengkakan muka atau lidah (angioedema) dan peningkatan kadar kalium dalam darah.
4. Bisoprolol
Bisoprolol (contoh: Concor, Zebeta) adalah Beta Blocker , sejenia ubat yang disarankan untuk pesakit hipertesi yang mempunyai masalah jantung seperti kegagalan jantung.
Ubat ini berfungsi dengan menyekat tindakan hormon adrenalin pada reseptor beta dalam jantung dan saluran darah.
Kesan ini melambatkan degupan jantung, mengurangkan kekuatan pengepaman jantung, dan menurunkan tekanan darah.
Selain itu, Bisoprolol membantu mengurangkan tekanan pada jantung dan meningkatkan keupayaannya untuk bekerja dengan lebih cekap, menjadikannya berkesan dalam merawat kegagalan jantung. Hal ini dibuktikan dari kajian oleh Cardiovascular Drugs and Therapy.
Kesan sampingannya termasuk keletihan, rasa sejuk di tangan dan kaki, atau masalah tidur. Bisoprolol amat berkesan apabila diambil mengikut jadual yang ditetapkan dan digabungkan dengan perubahan gaya hidup seperti pemakanan sihat, senaman, dan pengurangan tekanan.
5. Hydrochlorothiazide
Hydrochlorothiazide (contoh: Microzide, Esidrex) adalah ubat yang tergolong dalam kumpulan Diuretik Thiazide. Ia digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan membantu mengawal keadaan seperti edema (pengumpulan cecair berlebihan dalam badan) akibat kegagalan jantung, penyakit buah pinggang, atau sirosis hati.
Ubat darah tinggi ini berfungsi dengan membantu mengeluarkan garam (natrium) dan air berlebihan dari badan. Proses ini mengurangkan jumlah darah yang beredar dalam saluran darah, sekaligus menurunkan tekanan darah.
Hydrochlorothiazide biasanya diambil sekali sehari, pada waktu pagi, untuk mengelakkan gangguan tidur akibat kerap buang air kecil.
Kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk rasa pening, mulut kering, dan penurunan kadar kalium dalam darah, yang boleh menyebabkan keletihan atau kekejangan otot.
6. Valsartan
Valsartan (contoh: Diovan, Valsertan) adalah ubat dari kumpulan Angiotensin II Receptor Blockers (ARBs) yang serupa dengan losartan. Tetapi ubat darah tinggi ini lebih sering digunakan untuk pesakit hipertensi dengan risiko penyakit jantung.
Berdasarkan kajian oleh American Journal of Hypertension, Valsartan berfungsi dengan menghalang tindakan hormon angiotensin II, yang menyebabkan saluran darah menyempit. Dengan menghalang kesan ini, Valsartan membantu saluran darah kekal terbuka dan santai, mengurangkan tekanan darah serta beban pada jantung.
Ia juga membantu melindungi fungsi buah pinggang, terutama dalam kalangan pesakit diabetes yang mengalami proteinuria. Valsartan biasanya diambil sekali sehari, dengan atau tanpa makanan, mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor.
Kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk pening, keletihan, atau peningkatan kadar kalium dalam darah, yang boleh menyebabkan rasa lemah atau kekejangan otot. Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan reaksi alahan atau angioedema (pembengkakan pada muka atau tekak).
7. Atenolol
Atenolol (contoh: Tenormin, Atenol) adalah Beta Blocker yang menurunkan tekanan darah dengan memperlahankan kadar degupan jantung.
Ubat darah tinggi ini berfungsi dengan menyekat tindakan hormon adrenalin pada reseptor beta di jantung, menyebabkan degupan jantung menjadi lebih perlahan dan kurang kuat. Kesan ini membantu mengurangkan tekanan darah, mengurangkan beban pada jantung, dan meningkatkan keberkesanan jantung dalam mengepam darah.
Atenolol biasanya diambil sekali atau dua kali sehari, mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor. Antara kesan sampingan yang biasa termasuk rasa letih, pening, tangan atau kaki yang sejuk, dan dalam sesetengah kes, kadar denyutan jantung yang perlahan (bradikardia).
Ia juga boleh menyebabkan kesukaran pernafasan pada individu dengan asma atau penyakit paru-paru kronik.
8. Telmisartan
Telmisartan (contoh: Micardis, Telsartan) adalah ubat yang tergolong dalam kumpulan Angiotensin II Receptor Blockers (ARBs).
Menurut National Center for Biotechnology Information, ubat darah tinggi ini digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung atau strok, terutama pada individu dengan faktor risiko tinggi.
Ubat darah tinggi ini berfungsi dengan menghalang tindakan hormon angiotensin II, yang biasanya menyebabkan saluran darah menyempit dan tekanan darah meningkat. Dengan menghalang kesan ini, Telmisartan membantu meluaskan saluran darah, menurunkan tekanan darah, dan mengurangkan beban pada jantung.
Selain itu, ia sering digunakan untuk melindungi fungsi buah pinggang, terutamanya dalam kalangan pesakit diabetes dengan proteinuria. Telmisartan biasanya diambil sekali sehari, dengan atau tanpa makanan, pada dos yang disesuaikan mengikut keperluan pesakit.
Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk pening, keletihan, atau peningkatan kadar kalium dalam darah, yang boleh menyebabkan rasa lemah atau kekejangan otot.
9. Nifedipine
Nifedipine (contoh: Adalat, Procardia) adalah ubat dari kumpulan Calcium Channel Blocker yang melonggarkan otot dinding saluran darah, membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Selain itu, Nifedipine membantu mengurangkan beban kerja jantung dan mencegah kekejangan pada saluran darah jantung. Ubat ini biasanya tersedia dalam bentuk pelepasan segera atau pelepasan berpanjangan, bergantung kepada keperluan pesakit.
Ubat ini sesuai untuk pesakit hipertensi yang memerlukan kawalan tekanan darah segera. Antara kesan sampingan yang biasa termasuk sakit kepala, kemerahan muka, pening, atau bengkak pada kaki dan pergelangan kaki (edema).
Menurut National Center for Biotechnology Information, dalam beberapa kes, Nifedipine boleh menyebabkan degupan jantung yang laju (takikardia refleks).
10. Clonidine
Clonidine (contoh: Catapres, Nexiclon XR) adalah ubat antihipertensi dari kumpulan alpha agonists. Ubat darah tinggi ini berfungsi dengan mengurangkan aktiviti sistem saraf simpatenik, yang mengakibatkan penurunan kadar degupan jantung dan pelebaran saluran darah.
Mekanisme ini membantu menurunkan tekanan darah dengan berkesan, terutamanya dalam kes hipertensi yang sukar dikawal.
Selain digunakan untuk hipertensi, Clonidine juga boleh digunakan untuk merawat keadaan lain seperti gejala penarikan dadah, sakit kronik, dan gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD) pada dos tertentu.
Ia biasanya diambil dua hingga tiga kali sehari, bergantung pada arahan doktor. Lazimnya, Clonidine digunakan untuk pesakit yang tekanan darahnya sukar dikawal dengan ubat lain.
Kesan sampingan yang biasa termasuk rasa mengantuk, mulut kering, pening, dan sembelit. Clonidine juga boleh menyebabkan penurunan tekanan darah yang mendadak jika dihentikan secara tiba-tiba, oleh itu dosnya perlu dikurangkan secara beransur-ansur apabila berhenti mengambil ubat ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengurusan tekanan darah tinggi memerlukan komitmen jangka panjang dan rawatan yang tepat untuk mengurangkan risiko komplikasi yang serius.
Penggunaan ubat darah tinggi memainkan peranan penting dalam memastikan tekanan darah kekal terkawal. Walau bagaimanapun, setiap ubat mempunyai kelebihan dan kesan sampingan tersendiri yang perlu dipertimbangkan.
Penting bagi pesakit untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan atau menukar rawatan. Di samping itu, rawatan perubatan harus disertai dengan perubahan gaya hidup yang sihat seperti mengamalkan diet seimbang, bersenam secara berkala, dan mengurangkan stres untuk memastikan hasil yang optimum dalam pengurusan hipertensi.
Berikut adalah ubat darah tinggi yang sesuai di makan:
- Amlodipine
- Losartan
- Perindopril
- Bisoprolol
- Hydrochlorothiazide
- Valsartan
- Atenolol
- Telmisartan
- Nifedipine
- Clonidine
Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah darah tinggi di sini: