10 Petua Turunkan Darah Tinggi dengan Cepat dan Selamat
Petua turunkan darah tinggi dengan cepat bukan sekadar langkah alternatif, tetapi satu keperluan penting dalam usaha mencegah komplikasi serius seperti serangan jantung dan strok.
Hipertensi atau tekanan darah tinggi kini menjadi antara punca utama kematian pramatang di seluruh dunia.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih 1.28 bilion orang dewasa berumur antara 30 hingga 79 tahun yang menghidap hipertensi, dan majoritinya tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Di Malaysia sendiri, satu daripada tiga orang dewasa menghidap hipertensi. Namun, lebih 60% masih tidak didiagnosis, manakala kadar kawalan bagi pesakit yang telah disahkan menghidap penyakit ini juga rendah kurang daripada 50%.
Artikel ini akan menghuraikan 10 petua turunkan darah tinggi dengan cepat dan selamat untuk anda cuba sendiri di rumah.
1. Lemon

Lemon merupakan salah satu buah sitrus yang kaya dengan pelbagai komponen bioaktif seperti asid sitrik, polifenol, dan asid askorbik, yang semuanya memberi manfaat kepada petua turunkan darah tinggi dengan cepat.
Walaupun beberapa kajian mendapati bahawa pengambilan jus lemon secara langsung tidak memberikan kesan ketara terhadap penurunan tekanan darah sistolik atau diastolik berbanding dengan air, terutama dalam tempoh jangka pendek, ini tidak bermakna lemon tidak mempunyai peranan dalam kawalan tekanan darah.
Sebagai contoh, kandungan kalium dalam lemon boleh membantu mengimbangi kesan natrium dalam tubuh, seterusnya membantu menstabilkan tekanan darah.
Kajian dari Journal of Nutrition and Metabolism, turut menunjukkan pengurangan tekanan darah sistolik selepas pengambilan lemon, terutama apabila digabungkan dengan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari.
Kombinasi lemon dan senaman ini didapati meningkatkan aliran darah dan menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular.
Menuru kajian dari Journal of Nutrition and Metabolism, asid sitrik dalam lemon didapati berkait rapat dengan tekanan darah sistolik, tekanan nadi, dan jumlah sel darah merah, dipercayai membantu penghasilan kalsium sitrat yang meningkatkan penyerapan mineral penting seperti kalsium dan magnesium daripada makanan.
Mineral ini kemudian digunakan oleh tubuh dalam pelbagai proses fisiologi termasuk pengawalan tekanan darah, dan lebihan ion ini akan disingkirkan melalui buah pinggang.
Cara Guna Lemon untuk Darah Tinggi:
- Perah Jus Lemon dalam Makanan Harian
Tambahkan perahan lemon segar ke dalam makanan seperti salad, sup, ikan panggang atau lauk harian anda. Ia bukan sahaja menambah rasa, tetapi juga membekalkan nutrien aktif seperti asid sitrik dan polifenol yang menyokong kesihatan jantung. - Minum Air Lemon Setiap Hari
Gantikan air kosong anda dengan air lemon. Anda boleh menambah hirisan lemon terus ke dalam botol air dan minum sepanjang hari untuk membantu mengawal tekanan darah. - Mulakan Hari dengan Air Lemon Suam
Minum segelas air lemon suam setiap pagi ketika perut kosong. Ia membantu menyahtoksin tubuh, membersihkan usus dan menyingkirkan ion berlebihan yang mungkin menjadi punca kepada hipertensi. - Amalkan Minuman Lemon, Bawang Putih dan Halia
Campurkan lemon, bawang putih dan halia untuk dijadikan minuman berkhasiat. Minum 1 sudu besar setiap hari bagi membantu memperbaiki profil lipid, menurunkan kolesterol, dan menyokong kesihatan saluran darah. - Nikmati Shikanji / Nimbu Paani versi Sihat
Sediakan air lemon tradisional (shikanji atau nimbu paani) untuk kesegaran harian. Gantikan gula dengan madu asli bagi menjadikannya minuman yang lebih sihat dan sesuai untuk penghidap tekanan darah tinggi.
2. Peria Katak

Peria katak, juga dikenali sebagai bitter melon atau Momordica charantia, ialah sejenis buah tropika yang tergolong dalam keluarga labu dan terkenal dalam petua turunkan darah tinggi dengan cepat.
Ia dikatakan mengandungi beberapa kompaun aktif seperti Charantin, Polypeptide-P, dan Vicine yang dipercayai menyumbang kepada kesan penurunan tekanan darah dan kawalan gula darah.
Ketiga-tiga bahan ini telah menunjukkan keupayaan untuk menurunkan paras glukosa, meningkatkan toleransi glukosa, dan menyokong kesihatan metabolik secara menyeluruh.
Bahkan, peria katak turut bertindak sebagai antioksidan dan agen anti-radang, di samping memiliki ciri anti-diabetes, anti-kanser, antibakteria, anti-obesiti dan imunomodulator.
Cara Guna Peria untuk Darah Tinggi:
A. Rebusan Peria Katak
- Potong peria katak menjadi kepingan kecil.
- Masukkan ke dalam periuk berisi air.
- Rebus selama 10 hingga 15 minit.
- Tapis airnya dan biarkan suam.
- Minum sekali sehari, sebaiknya pada waktu pagi atau malam.
B. Jus Peria Katak Campur Epal dan Madu
- Potong peria katak dan buang bijinya jika perlu.
- Potong sebiji epal dan buang biji epal.
- Masukkan kedua-dua bahan ke dalam pengisar bersama sedikit air dan madu.
- Kisar hingga halus.
- Tapis jus menggunakan penapis halus atau kain kasa.
- Minum jus ini sekali sehari, sebaiknya semasa perut kosong untuk kesan optimum.
3. Epal Hijau

Epal hijau, dengan rasa masam-manis yang menyegarkan dan tekstur rangup, bukan sahaja enak dijadikan snek, malah mengandungi pelbagai nutrien yang berperanan dalam petua turunkan darah tinggi dengan cepat.
Salah satu kelebihannya ialah kandungan kalium yang sederhana tinggi, iaitu mineral penting yang membantu mengimbangi kesan natrium dalam badan.
Menurut National Center for Biotechnology Information, natrium yang berlebihan merupakan antara punca utama tekanan darah tinggi, dan kehadiran kalium membantu merehatkan salur darah dan melancarkan peredaran darah, sekali gus mengurangkan tekanan pada dinding arteri.
Selain itu, epal hijau kaya dengan polifenol seperti flavonoid, iaitu sebatian tumbuhan yang terbukti menyokong kesihatan jantung.
Kajian dari Oxidative Medicine and Cellular Longevity mendapati bahawa, polifenol membantu meningkatkan fungsi endotelium (lapisan dalam salur darah), mengurangkan keradangan, serta meningkatkan ketersediaan nitrik oksida iaitu sebatian yang membantu meluaskan salur darah dan menurunkan tekanan darah.
Kandungan vitamin C dan antioksidan dalam epal hijau juga memainkan peranan penting dalam melawan tekanan oksidatif, iaitu keadaan yang boleh merosakkan salur darah dan menyumbang kepada hipertensi.
Cara Guna Epal Hijau untuk Darah Tinggi:
A. Makan Epal Hijau Secara Terus
- Pilih epal hijau yang segar dan rangup.
- Cuci bersih sebelum dimakan.
- Makan 1 biji sehari, sebaiknya sebagai snek pagi atau petang.
- Boleh dimakan bersama kulit untuk mendapat manfaat serat penuh.
B. Jus Epal Hijau
- Potong 1–2 biji epal hijau, buang biji dan batangnya.
- Masukkan ke dalam blender bersama sedikit air dan jika perlu, sedikit madu asli.
- Kisar hingga halus, tapis jika mahu tekstur lebih ringan.
- Minum segera, sebaiknya pada waktu pagi semasa perut kosong.
C. Campurkan dalam Salad atau Oat
- Potong dadu epal hijau dan campurkan dalam salad buah, salad sayur atau oat harian.
- Tambahkan yogurt rendah lemak atau madu sebagai penambah rasa.
- Amalkan secara konsisten sebagai sarapan atau snek sihat untuk menyokong kesihatan jantung.
D. Buat Smoothie Epal Hijau
- Potong epal hijau, campurkan dengan bahan sihat lain seperti bayam, timun atau lemon.
- Tambah sedikit air dan ais jika perlu.
- Kisar hingga halus dan minum sebagai minuman detox yang menyegarkan.
- Amalkan 2–3 kali seminggu untuk kesan jangka panjang.
4. Daun Pegaga
Petua turunkan darah tinggi dengan cepat yang seterusnya adalah daun pegaga.
Tumbuhan ini mengandungi sebatian aktif seperti asiaticoside dan madecassoside yang dipercayai membantu melancarkan aliran darah dan merehatkan salur darah, sekaligus menurunkan tekanan darah.
Daunnya ini juga mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang melindungi salur darah daripada kerosakan akibat tekanan oksidatif.
Cara Guna Daun Pegaga untuk Darah Tinggi:
A. Makan Sebagai Ulam
- Ambil secekak daun pegaga segar.
- Cuci bersih di bawah air mengalir.
- Makan mentah bersama nasi dan lauk, dicicah dengan sambal jika suka.
- Amalkan 3–4 kali seminggu untuk kesan berterusan.
B. Buat Jus Daun Pegaga
- Ambil secekak daun pegaga, cuci bersih.
- Masukkan ke dalam blender bersama ½ cawan air dan sedikit madu atau perahan lemon (jika mahu rasa lebih sedap).
- Kisar hingga halus dan tapis jika perlu.
- Minum 1 gelas sehari, sebaiknya pada waktu pagi atau petang.
C. Air Rebusan Daun Pegaga
- Ambil secekak daun pegaga, cuci bersih.
- Rebus dengan 2 cawan air selama 10–15 minit.
- Tapis dan biarkan suam.
- Minum 1 cawan sehari, boleh ditambah sedikit madu jika mahu.
5. Daun Saderi

Daun saderi, atau lebih dikenali sebagai celery, merupakan salah satu tumbuhan herba yang telah lama digunakan dalam petua turunkan darah tinggi dengan cepat.
Menurut International Journal of Food Science, ia mengandungi sebatian aktif seperti phthalides, terutamanya 3-n-butylphthalide (3nB), yang berperanan dalam merehatkan otot-otot di sekitar salur darah.
Khasiatnya, ia melancarkan aliran darah dan mengurangkan tekanan terhadap dinding arteri.
Daun saderi turut mengandungi kalium, magnesium, dan antioksidan yang menyokong kesihatan jantung secara menyeluruh.
Kalium membantu menyeimbangkan kesan natrium dalam badan, manakala magnesium membantu mengawal degupan jantung dan tekanan darah.
Cara Guna Daun Saderi untuk Darah Tinggi:
A. Jus Daun Saderi
- Ambil secekak daun saderi segar, termasuk batang lembut.
- Cuci bersih dengan air mengalir.
- Masukkan ke dalam blender bersama ½ cawan air.
- Boleh tambah sebiji epal hijau atau sedikit lemon untuk rasa lebih sedap.
- Kisar hingga halus dan tapis jika perlu.
- Minum sekali sehari, sebaiknya waktu pagi ketika perut kosong.
B. Air Rebusan Daun Saderi
- Ambil beberapa helai daun dan batang saderi, cuci bersih.
- Rebus dengan 2–3 cawan air selama 10–15 minit.
- Tapis airnya dan biarkan suam.
- Minum 1 cawan sehari, boleh ditambah sedikit madu jika mahu.
6. Kayu Manis

Kajian dari Atherosclerotic Diseases mendapati bahawa, kayu manis boleh membantu merehatkan dan melebarkan salur darah, sekaligus melancarkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah.
Dalam satu ulasan kajian melibatkan 641 orang, pengambilan kayu manis secara konsisten selama 12 minggu didapati mampu menurunkan tekanan darah sistolik sebanyak 6.2 mmHg dan diastolik sebanyak 3.9 mmHg.
Cara Guna Kayu Manis untuk Darah Tinggi:
A. Air Rebusan Kayu Manis
- Ambil 1 batang kayu manis (kira-kira 3–5 cm panjang).
- Rebus bersama 2 cawan air selama 10–15 minit hingga air menjadi keperangan.
- Tapis dan biarkan suam sebelum diminum.
- Minum 1 cawan sehari, sebaiknya waktu pagi atau sebelum tidur.
7. Pokok Cat’s Claw
Kajian dari National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, chinese cat’s claw mengandungi beberapa sebatian aktif penting seperti hirsutine dan rhynchophylline yang dipercayai mempunyai sifat anti-hipertensi.
Sebatian ini bertindak dengan merangsang penghasilan nitrik oksida (NO) dalam salur dara, sejenis sebatian yang membantu melonggarkan dan mengembangkan salur darah, sekaligus melancarkan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
Kesan ini menjadikan ekstrak Chinese cat’s claw berpotensi sebagai alternatif semula jadi untuk menyokong rawatan darah tinggi.
Cara Guna Pokok Cat’s Claw untuk Darah Tinggi:
A. Teh Herba Cat’s Claw
- Dapatkan akar atau daun kering pokok Chinese cat’s claw dari pembekal herba yang dipercayai.
- Ambil lebih kurang 1 hingga 2 sudu kecil bahan kering.
- Rebus bersama 2 hingga 3 cawan air selama 10–15 minit.
- Tapis dan biarkan suam.
- Minum 1 cawan sehari, sebaiknya pada waktu pagi atau petang.
B. Ekstrak atau Suplemen Cat’s Claw
- Pilih ekstrak cat’s claw (Uncaria rhynchophylla) daripada jenama yang diyakini.
- Dos biasa ialah antara 250–350 mg sehari, tetapi rujuk label produk atau nasihat pakar herba.
- Ambil secara konsisten selama beberapa minggu untuk kesan optimum.
- Elakkan pengambilan berlebihan dan hentikan penggunaan jika berlaku kesan sampingan.
8. Buah Pelaga

Kandungan antioksidan dalam buah pelaga membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam tubuh, menurunkan tekanan darah dengan cepat, seterusnya melancarkan fungsi salur darah dan menyokong kesihatan jantung.
Kajian dari Iranian Journal of Basic Medical Sciences menunjukkan bahawa, pengambilan buah pelaga secara konsisten bukan sahaja dapat menurunkan tekanan darah, tetapi juga memberi kesan positif terhadap simptom sindrom metabolik seperti obesiti, tahap trigliserida tinggi, kolesterol tidak seimbang, dan kepekaan insulin yang rendah.
Ini menjadikan buah pelaga sebagai pilihan semula jadi yang menyeluruh untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Cara Guna Buah Pelaga untuk Darah Tinggi:
A. Teh Buah Pelaga
- Ambil 3–4 biji buah pelaga, ketuk sedikit untuk memecahkan kulitnya.
- Rebus bersama 1–2 cawan air selama 5–10 minit.
- Tapis air rebusan dan biarkan suam.
- Minum sekali atau dua kali sehari, terutama waktu pagi atau malam.
B. Tambah dalam Masakan Harian
- Gunakan buah pelaga dalam masakan seperti nasi, kari, sup atau rempah ratus.
- Gabungkan dengan rempah lain seperti kayu manis atau cengkih untuk kesan kesihatan menyeluruh.
- Amalkan secara konsisten untuk manfaat jangka panjang terhadap tekanan darah.
C. Suplemen atau Ekstrak Buah Pelaga
- Dapatkan suplemen atau ekstrak buah pelaga daripada sumber yang dipercayai.
- Ikut dos yang disarankan pada label atau nasihat doktor.
- Sesuai untuk individu yang tidak gemar rasanya dalam makanan atau minuman.
9. Bawang Putih

Kajian dari Experimental and Therapeutic Medicine mendapati bahawa, bawang putih berupaya menurunkan tekanan darah secara signifikan, malah ada kajian yang menyatakan kesannya boleh menyamai ubat darah tinggi konvensional tetapi dengan kesan sampingan yang jauh lebih sedikit.
Bahan aktif utama dalam bawang putih, iaitu allicin, dipercayai memainkan peranan utama dalam petua turunkan darah tinggi dengan cepat.
Allicin berfungsi dengan menghalang penghasilan angiotensin II, sejenis hormon yang menyebabkan salur darah mengecut dan tekanan darah meningkat.
Dengan mencegah penghasilan hormon ini, allicin membantu melonggarkan salur darah, membolehkan aliran darah menjadi lebih lancar, seterusnya mengurangkan tekanan darah.
Tambahan pula, allicin juga didapati meningkatkan ketersediaan hidrogen sulfida dan nitrik oksida, dua sebatian penting dalam mengawal tekanan darah melalui pengembangan salur darah.
Cara Guna Bawang Putih untuk Darah Tinggi:
A. Makan Bawang Putih Mentah
- Kupas 1–2 ulas bawang putih segar.
- Hancurkan atau cincang halus dan biarkan selama 5–10 minit (untuk mengaktifkan allicin).
- Telan bersama air kosong setiap pagi semasa perut kosong.
- Amalkan setiap hari untuk hasil yang konsisten.
B. Minum Air Rebusan Bawang Putih
- Kupas dan hancurkan 2–3 ulas bawang putih.
- Rebus bersama 1 cawan air selama 5–10 minit.
- Tapis dan biarkan suam.
- Minum sekali sehari, sebaiknya waktu pagi atau malam.
C. Suplemen Ekstrak Bawang Putih
- Pilih suplemen bawang putih matang (aged garlic extract) yang standard.
- Dos biasa antara 600–2,400 mg sehari (ikut arahan label atau nasihat doktor).
- Sesuai untuk individu yang tidak tahan bau atau rasa bawang putih mentah.
- Rujuk doktor sebelum memulakan sebarang suplemen, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat lain.
D. Campuran Madu dan Bawang Putih
- Cincang halus 3–4 ulas bawang putih.
- Campurkan dengan 1 sudu besar madu asli.
- Biarkan seketika, kemudian makan sebelum sarapan.
- Kombinasi ini membantu mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan imuniti.
E. Gunakan dalam Masakan Harian
- Gunakan bawang putih segar dalam masakan seperti sup, tumisan, atau sambal.
- Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan kandungan allicin.
- Boleh juga ditumis sebentar dalam minyak zaitun sebagai bahan asas masakan sihat.
10. Tomato

Tomato kaya dengan manfaat kesihatan terutamanya dalam petua turunkan darah tinggi dengan cepat.
Kandungan utama yang bertanggungjawab terhadap kesan ini ialah likopena, sejenis antioksidan kuat yang banyak terdapat dalam tomato masak.
Likopena telah terbukti berkesan dalam menurunkan tekanan darah sistolik, terutamanya apabila diambil dalam bentuk ekstrak tomato dalam dos yang tinggi.
Kajian pada tahun 2021 mendapati bahawa, pengambilan ekstrak tomato secara konsisten boleh memberikan kesan signifikan terhadap penurunan tekanan darah walaupun dalam kalangan individu tanpa hipertensi.
Namun begitu, pengambilan tomato dalam bentuk makanan biasa seperti sos atau hirisan segar mungkin tidak memberikan kesan yang sama kerana kandungan likopena yang lebih rendah atau kurang pekat.
Selain likopena, tomato juga mengandungi kalium, iaitu mineral penting yang membantu menyeimbangkan kesan natrium dalam badan, sekaligus menyumbang kepada penstabilan tekanan darah.
Cara Guna Tomato untuk Darah Tinggi:
A. Jus Tomato Madu
- Cuci bersih buah tomato dan potong kecil.
- Masukkan tomato ke dalam blender bersama sedikit air dan madu.
- Kisar hingga halus.
- Tuang ke dalam gelas dan tambahkan ais batu jika suka.
- Minum segera untuk kesegaran dan sokongan kesihatan jantung.
B. Jus Tomato + Mentimun
- Cuci bersih dan hiris tomato serta mentimun.
- Masukkan kedua-duanya ke dalam blender bersama sedikit air dan madu.
- Kisar hingga halus.
- Tuang ke dalam gelas dan minum setiap hari sebelum makan tengah hari.
C. Jus Tomato + Lobak Merah
- Cuci bersih tomato dan lobak merah, kemudian potong kecil-kecil.
- Masukkan ke dalam blender, tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
- Tambahkan sedikit gula dan ais serut.
- Kisar hingga halus dan tuang ke dalam gelas.
- Minum semasa masih sejuk untuk kesan terbaik.
D. Jus Tomato + Tembikai
- Cuci bersih buah tomato dan potong.
- Kupas dan potong buah tembikai.
- Masukkan tomato dan tembikai ke dalam blender.
- Tambahkan ais batu yang telah dihancurkan.
- Kisar hingga halus dan tuang ke dalam gelas.
- Nikmati sejuk sebagai minuman menyegarkan dan membantu tekanan darah.
E. Jus Tomato + Strawberi
- Cuci bersih tomato dan strawberi, kemudian potong kecil.
- Masukkan ke dalam blender bersama air.
- Kisar hingga halus.
- Tambahkan madu secukupnya dan kisar sekali lagi.
- Tuang ke dalam gelas dan nikmati jus ini untuk bantu turunkan kolesterol dan menyokong tekanan darah.
Kesimpulan
Kesimpulannya, hipertensi bukanlah penyakit yang boleh dipandang ringan, apatah lagi jika dibiarkan tanpa kawalan.
Meskipun ramai yang tidak menunjukkan simptom, tekanan darah tinggi tetap boleh mendatangkan risiko komplikasi serius seperti serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.
Justeru, mengamalkan 10 petua turunkan darah tinggi dengan cepat dan selamat bukan sahaja membantu menstabilkan tekanan darah, malah dapat meningkatkan kualiti hidup secara menyeluruh.
Walaupun kesannya mungkin berbeza bagi setiap individu, komitmen dan kesedaran awal adalah kunci utama untuk mengelakkan hipertensi menjadi semakin parah.
Dalam masa yang sama, jangan abaikan pemeriksaan berkala dengan doktor dan sentiasa peka terhadap perubahan tubuh anda.
Berikut adalah petua turunkan darah tinggi dengan cepat yang boleh anda cuba menggunakan barang dapur di rumah:
- Lemon
- Peria Katak
- Epal Hijau
- Daun Pegaga
- Daun Saderi
- Kayu Manis
- Pokok Cat’s Claw
- Buah Pelaga
- Bawang Putih
- Tomato
Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah darah tinggi di sini:
- Bacaan Darah Tinggi
- Buah Menurukan Darah Tinggi Dengan Cepat
- Kesan Darah Tinggi
- Punca Darah Tinggi
- Makanan Yang Dilarang Untuk Darah Tinggi
- Ubat Darah Tinggi
- Makanan Untuk Menurunkan Darah Tinggi Dengan Cepat
- Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat
- Tanda Darah Tinggi
- Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat

