15 Petua Turunkan Darah Tinggi Cara Tradisional Yang Mujarab
Apakah petua turunkan darah tinggi cara tradisional yang berkesan untuk diamalkan dengan sokongan kajian saintifik serta tips turun-temurun dari zaman dahulu.
Tekanan darah tinggi merupakan masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh masyarakat moden, berpunca daripada gaya hidup tidak sihat seperti pemakanan tinggi garam dan kurang bersenam.
Namun, masyarakat tradisional kita telah lama mengamalkan pelbagai petua untuk menurunkan tekanan darah secara semula jadi. Petua-petua ini bukan sahaja diwarisi dari generasi ke generasi, malah kini mendapat sokongan daripada kajian saintifik yang mengiktiraf keberkesanannya.
Artikel ini menghuraikan 15 petua tradisional yang mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi berpandukan pendekatan sains, dan tradisi turun-temurun dari masyarakat zaman dulu.
Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan untuk merawat masalah darah tinggi anda. Jom kita mula dengan petua mujarab yang pertama untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
1. Kurangkan Pengambilan Garam
Petua turunkan darah tinggi cara tradisional yang paling asas dan penting ialah mengurangkan garam dalam makanan. Orang dahulu kala sering menggunakan herba seperti serai, kunyit, dan halia sebagai bahan perasa semula jadi menggantikan garam.
Kajian oleh National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah kerana ia menyebabkan tubuh menahan lebih banyak cecair, membebankan jantung dan saluran darah.
Cuba amalkan makanan rendah garam dan gantikan dengan rempah ratus untuk mengekalkan rasa lazat.
2. Peria Katak
Berdasarkan kajian dari International Journal of Food Properties, peria katak terkenal dalam perubatan tradisional sebagai penawar pelbagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi.
Jus peria katak mengandungi sebatian charantin yang boleh membantu menurunkan paras gula dan tekanan darah. Petua orang tua sering menyarankan merebus peria katak dan minum airnya sebagai tonik harian.
Kajian turut menunjukkan peria katak mempunyai sifat antioksidan yang melindungi saluran darah daripada kerosakan.
Cara untuk mengamalkannya adalah seperti berikut:
- Potong peria katak menjadi kepingan kecil, rebus dengan air selama 10-15 minit. Minum air rebusan tersebut sekali sehari.
- Atau, peria katak boleh dijadikan jus dengan mencampurkan sedikir air dan madu untuk mengurangkan rasa pahit.
3. Batang Saderi
Petua turunkan darah tinggi cara tradisional yang seterusnya adalah batang saderi. Batang saderi dianggap sebagai superfood dalam perubatan tradisional. Ia kaya dengan phthalide, sejenis sebatian yang membantu melonggarkan otot di sekitar saluran darah, seterusnya mengurangkan tekanan darah.
Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dalam Journal of Medicinal Food, mendapati bahawa saderi mampu mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan kadar denyutan jantung pada tikus yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi.
Orang tua kita sering mengisar batang saderi dan mencampurkannya dalam jus segar. Selain itu, batang saderi juga rendah kalori dan tinggi serat, sesuai untuk mengekalkan kesihatan jantung.
Cara untuk mengamalkannya adalah seperti berikut:
- Makan batang saderi mentah sebagai snek atau campurkan dalam salad.
- Boleh juga dibuat jus dengan mencampurkan saderi segar dengan air dan sedikit lemon. Minum satu cawan sehari.
4. Minum Minyak Zaitun
Minyak zaitun dikenali dalam tamadun lama sebagai elixir kehidupan. Dalam petua turunkan darah tinggi cara tradisional, minyak zaitun sering diminum secara mentah, satu sudu sehari, untuk kesihatan jantung dan tekanan darah.
Kajian oleh National Center for Biotechnology Information, mendapati bahawa minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu dan polifenol antioksidan, yang membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan fungsi saluran darah.
5. Minum Air Rendaman Asam Keping
Asam keping bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi juga sebagai petua turunkan darah tinggi cara tradisional.
Petua tradisional mencadangkan merendam beberapa keping asam dalam air suam selama 30 minit dan diminum pada waktu pagi. Asam keping mengandungi asid hidroksisitrat yang dapat membantu mengawal kolesterol dan tekanan darah.
6. Epal Hijau
Buah epal hijau sering dijadikan petua turunkan darah tinggi cara tradisional untuk menurunkan tekanan darah.
Berdasarkan data kajian oleh National Center fo Biotechnology Information, mendapati bahawa kandungan serat larut seperti pektin dalam epal membantu menyerap kolesterol dalam usus, sekali gus menurunkan tekanan darah.
Masyarakat dahulu percaya makan epal setiap hari dapat menjaga kesihatan jantung. Cara untuk menyediakan air rebusan epal hijau adalah seperti berikut:
- Kupas kulit buah epal, lalu hiris dengan nipis.
- Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk.
- Rebus hirisan buah epal sehingga empuk.
- Setelah siap, angkat, tapis dan biarkan ia sejuk seketika.
- Amalkan minum dua kali sehari.
7. Minum Jus Ubi Bit
Ubi bit telah lama digunakan dalam petua turunkan darah tinggi cara tradisional sebagai agen pembersih darah. Jus ubi bit kaya dengan nitrat semula jadi yang membantu meluaskan saluran darah, sekali gus menurunkan tekanan darah.
Kajian dari Nutrition Journal, menyokong keberkesanan ini dengan mendapati jus ubi bit dapat menurunkan tekanan darah dalam masa beberapa jam selepas pengambilan.
8. Air Rebusan Misai Kucing
Misai kucing adalah tumbuhan herba tradisional yang sering digunakan sebagai salah satu petua turunkan darah tinggi cara tradisional.
Air rebusan daun misai kucing dipercayai membantu melancarkan peredaran darah dan membuang lebihan garam melalui air kencing. Herba ini juga terkenal dengan sifat diuretik semula jadinya yang membantu mengawal tekanan darah.
Cara untuk mengamalkannya adalah seperti berikut:
- Rebus segenggam daun misai kucing dengan dua gelas air sehingga mendidih.
- Biarkan sejuk sebelum diminum.
- Minum 1-2 kali sehari.
9. Makan Bunga Raya
Bunga raya bukan sahaja cantik tetapi juga berkhasiat. Kelopak bunga raya sering direndam untuk membuat teh yang dipercayai dapat menurunkan tekanan darah.
Beberapa kajian telah mendapati bahawa teh bunga raya dapat menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik.
Dalam satu kajian oleh Journal of Advanced Pharmaceutical Technology & Research, seramai 46 orang dengan tekanan darah tinggi mengambil sama ada teh bunga raya atau plasebo. Selepas 1 bulan, mereka yang minum teh bunga raya menunjukkan penurunan tekanan darah sistolik dan diastolik yang lebih ketara berbanding mereka yang mengambil plasebo.
10. Minum Air Kelapa Segar
Air kelapa segar kaya dengan elektrolit semula jadi seperti kalium, yang membantu mengimbangi kesan natrium dalam badan.
Petua turunkan darah tinggi cara tradisional menyarankan meminum air kelapa segar sebagai minuman harian untuk mengekalkan tekanan darah yang stabil.
Kajian moden juga menyokong manfaat ini, menunjukkan air kelapa dapat menurunkan tekanan darah sistolik.
11. Teh Halia – Pelaga
Gabungan halia dan pelaga dalam teh merupakan petua turunkan darah tinggi cara tradisional yang dipercayai dapat mengawal tekanan darah.
Menurut National Center for Biotechnology Information, halia membantu melancarkan peredaran darah manakala pelaga mempunyai sifat diuretik dan antioksidan. Minuman ini bukan sahaja menenangkan, tetapi juga menyihatkan saluran darah.
Cara untuk mengamalkannya adalah seperti berikut:
- Rebus hirisan halia bersama beberapa biji pelaga dalam dua gelas air selama 10-15 minit.
- Tapis dan minum suam.
12. Amalkan Daun Pegaga
Daun pegaga adalah herba tempatan yang sering dijadikan ulam atau jus. Dalam perubatan tradisional, daun pegaga dipercayai membantu meningkatkan peredaran darah dan menurunkan tekanan darah.
Kajian mendapati bahawa daun pegaga mengandungi triterpenoid yang baik untuk kesihatan saluran darah.
Cara untuk mengamalkannya adalah seperti berikut:
- Ambil 20 lembar daun pengaga. Cuci bersih dan rebuskan dalam tiga gelas air.
- Tapis air rebusan itu dan biarkan ia sejuk seketika.
- Minum air duan pengaga tersebut tiga kali sehari.
13. Air Rebusan Biji Ketumbar
Biji ketumbar digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah.
Rebusan biji ketumbar diminum untuk melonggarkan saluran darah dan mengurangkan tekanan darah. Kajian oleh National Center for Biotechnology Information, menunjukkan bahawa biji ketumbar mempunyai sifat anti-radang dan membantu menurunkan kolesterol.
Kandungan kalium dalam biji ketumbar membantu menyeimbangkan kadar natrium dalam badan, faktor penting dalam pengurusan tekanan darah.
14. Air Rebusan Daun Kari
Daun kari bukan sahaja enak dalam masakan tetapi juga berkhasiat untuk kesihatan. Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, air rebusan daun kari dipercayai membantu mengurangkan tekanan darah dengan melancarkan peredaran darah.
Daun kari merupakan sumber kalium yang baik, iaitu mineral yang memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah. Kalium membantu mengimbangi kesan natrium.
Dengan mengambil makanan yang kaya dengan kalium, seperti daun kari, anda dapat membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit yang sihat dalam badan, yang berpotensi menurunkan tekanan darah.
15. Minum Air Timun
Menurut Journal of Pharmacpuncture, timun kaya dengan air, kalium, dan antioksidan yang membantu menurunkan tekanan darah dengan melancarkan aliran darah dan mengurangkan tekanan pada saluran darah.
Air timun adalah minuman tradisional yang menyegarkan dan membantu menurunkan tekanan darah. Selain itu, air timun juga membantu menyingkirkan toksin melalui kencing.
Oleh kerana timun merupakan sumber kalium yang baik, air timun adalah cara yang sesuai untuk menambah lebih banyak kalium ke dalam badan, mewujudkan keseimbangan natrium-kalium yang lebih baik, dan berpotensi menurunkan tekanan darah.
Kesimpulan
Kesimpulannya, mengamalkan petua turunkan darah tinggi cara tradisional bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan, tetapi juga menghargai warisan budaya kita.
Petua-petua ini adalah langkah tambahan dan tidak boleh menggantikan rawatan perubatan. Walau bagaimanapun, kesannya mungkin berbeza untuk setiap individu, dan anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, terutama jika sedang mengambil ubat.
Dalam masa yang sama, penting untuk mengekalkan gaya hidp sihat seperti diet seimbang, senaman, dan kawalan stres bagi mengekalkan tekanan darah yang normal.
Dengan menggabungkan kebijaksanaan tradisional kebijaksanaan tradisional dan sokongan sains, kita dapat menjaga kesihatan jantung dengan lebih baik.
Berikut adalah petua turunkan darah tinggi cara tradisional yang boleh anda amalkan:
- Kurangkan Pengambilan Garam
- Peria Katak
- Batang Saderi
- Minum Minyak Zaitun
- Minum Air Rendaman Asam Keping
- Epal Hijau
- Minum Jus Ubi Bit
- Air Rebusan Misai Kucing
- Makan Bunga Raya
- Minum Air Kelapa Segar
- Teh Halia – Pelaga
- Amalkan Daun Pegaga
- Air Rebusan Biji Ketumbar
- Air Rebusan Daun Kari
- Minum Air Timun
Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah darah tinggi di sini: