20 Makanan Yang Dilarang Untuk Darah Tinggi

Apakah jenis atau contoh-contoh makanan yang dilarang untuk darah tinggi bagi mengelakkan kesan sakit yang lebih teruk?

Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan penyakit kronik yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat moden. Gaya hidup yang tidak sihat, kurang bersenam, dan tabiat pemakanan yang tidak terkawal menjadi punca utama kepada masalah ini.

Diet memainkan peranan penting dalam pengurusan tekanan darah, dan terdapat banyak makanan yang dilarang untuk darah tinggi yang perlu dielakkan oleh pesakit hipertensi.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda 20 jenis makanan yang dilarang untuk darah tinggi.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan untuk merawat masalah darah tinggi anda. Jom kita mula dengan jenis makanan yang pertama.

1. Makanan Segera

makanan yang dilarang untuk darah tinggi makanan segera

Makanan segera merangkumi hidangan seperti burger, ayam goreng, kentang goreng, dan pizza. Ia biasanya dihasilkan menggunakan bahan diproses yang tinggi garam, lemak tepu, dan bahan pengawat untuk meningkatkan rasa dan memanjangkan jangka hayat.

Walaupun makanan segera mudah didapati dan menyelerakan, ia mempunyai keburukan besar kepada kesihatan.

Kandungan natrium yang sangat tinggi dalam makanan ini boleh meningkatkan isipadu darah, memberi tekanan kepada saluran darah dan jantung.

Kajian dari Journal of Cardiovascular and Thoracic Research, menunjukkan bahawa pengambilan makanan segera secara kerap menyumbang kepada risiko hipertensi, menjadikannya makanan yang dilarang untuk darah tinggi.

2. Daging yang Diproses

Makanan yang dilarang untuk darah tinggi seterusnya, adalah daging yang diproses seperti sosej, bacon, salami, dan hotdog. Menurut Jurnal dari Current Research in Food Science, proses pembuatan melibatkan pengawetan, penambahan garam, dan bahan kimia seperti nitrat untuk memperbaiki rasa dan mengekalkan kesegarannya.

Kandungan garam dan nitrat yang tinggi b oleh menyumbang kepada pengerasan saluran darah (aterosklerosis) serta meningkatkan tekanan darah.

Kenyataan ini disokong dari kajian dalam National Center for Biotechnology Information, yang mendapati bahawa pengambilan daging diproses berkait rapat dengan risiko darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

3. Makanan dalam Tin

Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, pengambilan makanan dalam tin secara kerap meningkatkan risiko tekanan darah tinggi terutama dalam populasi dewasa.

Makanan dalam tin seperti sup segera, sayur-sayuran, dan ikan sardin mengandungi bahan pengawet dan kadar natrium yang tinggi untuk mengekalkan rasa dan ketahanan.

Walaupun mudah digunakan, kandungan garam yang tinggi dalam makanan ini boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam badan dan meningkatkan tekanan darah.

4. Jeruk dan Acar

makanan yang dilarang untuk darah tinggi  jeruk

Seterusnya, makanan yang dilarang untuk darah tinggi adalah jeruk dan acar. Jeruk dan acar adalah makanan yang diproses melalui teknik pengawetan yang memerlukan garam yang banyak.

Walaupun ia mengandungi probiotik yang baik untuk pencernaan, kandungan natrium yang tinggi boleh menyebabkan retensi cecair dan meningkatkan tekanan pada saluran darah.

Penyelidikan dalam Middle East Journal of AgricultureResearch, menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang tinggi garam seperti jeruk dan acar boleh meningkatkan tekanan darah dengan ketara dalam kalangan pesakit hipertensi.

5. Makanan Bergoreng

Kajian dari Harvard Health menyatakan bahawa makanan yang dilarang untuk darah tinggi adalah makanan bergoreng kerana ia penyumbang utama kapada peningkatan tekanan darah dan penyakit kardiovaskular.

Data menunjukkan, orang yang makan makanan bergoreng dengan kuantiti yang banyak setiap minggu akan mendapat risiko 28% masalah jantung, berbanding mereka yang makan dalam kuantii sedikit.

Dalam kata lain, setiap hidangan tambahan 114 gram (4 auns) makanan bergoreng setiap minggu akan meningkatkan risiko keseluruhan sebanyak 3%.

Makanan seperti ayam goreng, pisang goreng, dan kentang goreng mengandungi kadar lemak trans dan lemak tepu yang tinggi akibat kaedah memasak menggunakan minyak pada suhu tinggi.

Lemak tepu dan trans ini boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat (LDL), menyumbat saluran darah, dan meningkatkan risiko hipertensi.

6. Makanan Masin dan Kudapan Ringan

Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, makanan yang dilarang untuk darah tinggi adalah kudapan atau snek masin.

Makan lebih dari dua snek masin setiap hari dikaitkan salah satu risiko bacaan tekanan darah yang tinggi berbanding mereka yang makan tidak lebih dari satu snek masin setiap hari.

Kudapan seperti kerepek, popcorn masin, dan keropok mengandungi garam tambahan yang tinggi. Kandungan sodium dalam makanan ini boleh menyebabkan ketidakseimbamgan elektrolit dalam badan dan menambah tekanan pada ginjal untuk menapis lebihan garam.

7. Mi Segera

makanan yang dilarang untuk darah tinggi  mee segera

Menurut Persatuan Mi Segera Sedunia, Malaysia menduduki tempat ke-14 paling banyak makan mi segera.

Mi segera adalah makanan popular yang mengandungi perencah kaya sodium, bahan pengawet, dan kadangkala MSG. Proses pengilangan yang melibatkan penggorengan mee juga menambah kandungan lemak tepu.

Kajian dari National Center for Biotechnology Information, satu hidangan mi segera boleh menyumbang sehingga 80% daripada pengambilan natrium harian yang disyorkan.

Justeru, walaupun mi segera mudah dan sedap, pengambilan harian adalah tidak digalakkan kerana ia tidak memenuhi keperluan nutrisi badan.

8. Makanan Bergula Tinggi

makanan yang dilarang untuk darah tinggi makanan bergula tinggi

Makanan bergula tinggi seperti kek, donut, dan pencuci mulut boleh menyebabkan lonjakan gula darah yang mendadak.

Kajian dalam American Heart Association Journals, mendapati bahawa pengambilan gula berlebihan merangsang peningkatan tekanan darah akibat perubahan hormon dalam badan.

Gula tambahan ini jugalah yang nantinya meningkatkan risiko obesiti dan rintangan insulin, kedua-duanya adalah faktor risiko utama hipertensi.

9. Minuman Berkafein

Minuman seperti kopi, teh, dan minuman tenaga dikategorikan sebagai makanan yang dilarang untuk darah tinggi kerana mengandungi kafein yang merangsang sistem saraf.

Menurut American Heart Association Journals, orang yang mempunyai tekanan darah tinggi yang teruk yang minum dua atau lebih cawan kopi berkafein setiap hari boleh menggandakan risiko mereka untuk mati akibat serangan jantung, strok atau jenis penyakit kardiovaskular yang lain

Hal ini kerana, kafein meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah buat sementera waktu. Ia juga mungkin mempunyai kesan yang lebih tinggi kepada orang yang tidak mengambil kafein secara teratur. 

10. Minuman Berkarbonat (Soft Drink)

Minuman berkarbonat mengandungi gula tambahan yang tinggi serta bahan kimia seperti asid fosforik. Gula berlebihan ini menyebabkan kenaikan berat badan dan meningkatkan tekanan darah.

Kajian dalam BMJ mendapati hubungan jelas antara pengambilan minuman manis dengan peningkatan risiko hipertensi sebanyak 20%. Justeru itu minuman berkarbonat dikategorikan sebagai makanan yang dilarang untuk darah tinggi.

11. Minuman Alkohol

Alkohol mengganggu fungsi normal darah dengan menekan sistem saraf autonomik. Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Kajian dari The Lancet menunjukkan bahawa walaupun pengambilan sederhana mungkin tidak berbahaya, kekerapan tinggi menyumbang kepada hipertensi kronik.

12. Produk Tenusu Berlemak Penuh

makanan yang dilarang untuk darah tinggi  produk tenusu

Susu penuh krim, keju, dan mentega mengandungi lemak tepu yang tinggi. Lemak ini meningkatkan kadar kolesterol LDL, menyumbat saluran darah, dan menyebabkan tekanan darah meningkat.

Penyelidikan dari American Heart Association mencadangkan memilih produk rendah lemak sebagai alternatif untuk pesakit darah tinggi.

13. Makanan Laut Tinggi Kolesterol

makanan yang dilarang untuk darah tinggi  makanan laut

Kajian dari Journal of the Academy of Nutrition and Dietetics, menunjukkan bahawa diet tinggi kolesterol telah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung koronar yang berpunca dari tekanan darah tinggi.

Udang, sotong, dan ketam adalah makanan laut dengan kandungan kolesterol yang tinggi. Walaupun kaya dengan protein, pengambilan berlebihan boleh meningkatkan kelesterol LDL yang berkait dengan hipertensi.

14. Kuah Berlemak dan Santan Pekat

Kuah kari pekat dan gulai kaya dengan lemak tepu. Lemak ini bukan sahaja meningkakan kolesterol LDL tetapi juga menyumbang kepada obesiti, yang merupakan faktor risiko hipertensi.

Kajian dari Journal of Nutrition and Metabolism menyokong pengurangan makanan bersantan dalam diet.

15. Daging Merah Berlemak

makanan yang dilarang untuk darah tinggi daging

Daging lembu dan kambing mengandungi lemak tepu yang tinggi. Pengambilan yang kerap boleh meningkatkan tekanan darah melalui kesan aterosklerosis, di mana saluran darah menjadi sempit akibat kolesterol.

Justeru, kita disarankan untuk mengurangkan pengambilan daging merah untuk kesihatan kardiovaskular berpanjangan.

16. Roti Putih

makanan yang dilarang untuk darah tinggi  roti putih

Roti putih mengandungi karbohidrat halus yang cepat dicerna, menyebabkan kenaikan gula darah yang mendadak.

Ini mencetuskan rintangan insulin yang berkait dengan hipertensi. Kajian dalam Advances in Nutrition menyatakan bahawa memilih bijirin penuh adalah pilihan lebih baik untuk kesihatan jantung.

17. Sos dan Perasa Berlebihan

makanan yang dilarang untuk darah tinggi  sos

Menurut kajian dalam National Center for Biotechnology Information, satu sudu besar kicap boleh mengandungi lebih dari 800mg sodium.

Sos seperti kicap, sos cili, dan mayonis mengandungi sodium, gula, dan bahan pengawet yang tinggi. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat secara signifikan.

18. Makanan Bersantan Berlebihan

Rendang, lemak sayur bersantan, dan masakan bersantan pekat adalah antara makanan yang dilarang untuk darah tinggi juga.

Hal ini kerana, ia mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan risiko kolesterol LDL dan hipertensi seseorang.

19. Telur Masin dan Ikan Masin

makanan yang dilarang untuk darah tinggi telur masin

Kajian dalam Journal of the American College of Cardiology menyatakan bahawa, makanan yang dilarang untuk darah tinggi adalah makanan bergaram tinggi.

Makanan seperti ikan masin dan telur masin sangat tinggi garam kerana proses pengawetannya. Sodium berlebihan dalam makanan ini boleh meningkatkan retensi cecair dalam badan, menyebabkan tekanan darah meningkat.

20. Makanan Pencuci Mulut Berlemak

Akhir sekali, makanan yang dilarang untuk darah tinggi adalah pencuci mulut. Contohnya seperti kek dan pai yang kaya dengan lemak tepu dan gula.

Hal ini kerana, makanan manis dan berlemak sebenarnya menyumbang kepada masalah obesiti dan tekanan darah tinggi.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, majoriti makanan yang dilarang untuk darah tinggi adalah yang mengandungi kandungan garam, lemak tepu, kolesterol, dan gula yang tinggi.

Bagi pesakit hipertensi, langkah pencegahan seperti mengawal pengambilan makanan yang berbahaya ini amat penting untuk memastikan tekanan darah berada pada tahap normal.

Selain itu, mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, minum air yang mencukupi, dan memilih makanan rendah sodium serta tinggi serat boleh membantu mengekalkan kesihatan jantung. Dengan disiplin dan kesedaran, pesakit hipertensi dapat mengawal keadaan ini dengan lebih baik dan menikmati kualiti hidup yang lebih sihat serta bertenaga.

Berikut adalah makanan yang dilarang untuk darah tinggi :

  1. Makanan Segera
  2. Daging yang Diproses
  3. Makanan dalam Tin
  4. Jeruk dan Acar
  5. Makanan Bergoreng
  6. Makanan Masin dan Kudapan Ringan
  7. Mi Segera
  8. Makanan Bergula Tinggi
  9. Minuman Berkafein
  10. Minuman Berkarbonat (Soft Drink)
  11. Minuman Alkohol
  12. Produk Tenusu Berlemak Penuh
  13. Makanan Laut Tinggi Kolesterol
  14. Kuah Berlemak dan Santan Pekat
  15. Daging Merah Berlemak
  16. Roti Putih
  17. Sos dan Perasa Berlebihan
  18. Makanan Bersantan Berlebihan
  19. Telur Masin dan Ikan Masin
  20. Makanan Pencuci Mulut Berlemak

Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah darah tinggi di sini:

Similar Posts

Leave a Reply