20 Buah Menurunkan Darah Tinggi Dengan Cepat

Apakah jenis buah menurunkan darah tinggi dengan cepat?

Di Malaysia, tekanan darah tinggi atau hipertensi semakin menjadi kebimbangan utama, terutamanya dengan gaya hidup moden yang serba pantas dan tekanan kerja yang tinggi.

Berdasarkan laporan terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 30% rakyat Malaysia dewasa menghidap hipertensi, dan angka ini dijangka terus meningkat jika langkah pencegahan tidak diambil. Selain itu, dengan kos perubuatan yang semakin meningkatkan, ramai individu kini beralih kepada penyelesaian semula jadi untuk mengawal masalah kesihatan mereka.

Tahukah anda bahawa pemakanan harian memainkan peranan besar dalam menurunkan tekanan darah?

Antaranya, buah-buahan menjadi pilihan popular kerana kaya dengan kalium, magnesium, dan antioksidan yang terbukti membantu menstabilkan tekanan darah. Lebih menarik lagi, banyak buah-buahan ini boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan, termasuk pasar malam, pasar tani, atau kedai runcit berhampiran.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda, 20 buah menurunkan darah tinggi dengan cepat bagi membantu anda menurunkan tekanan darah ke tahap yang lebih sihat dan normal.

Pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan untuk merawat masalah tekanan darah yang tinggi. Jom kita mula dengan buah yang pertama.

1. Buah Beri

buah menurunkan darah tinggi dengan cepat buah beri

Buah beri seperti strawberi, blueberry, dan raspberi, merupakan pilihan buah menurunkan darah tinggi dengan cepat. Buah-buahan kecil ini kaya dengan flavonoid, sejenis antioksidan kuat yang berfungsi melancarkan peredaran darah dan mengendurkan saluran darah.

Penyelidikan dari National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, pengambilan buah beri secara konsisten dapat membantu menurunakn tekanan darah sistolik dan diastolik, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Selain itu, buah beri juga mengandungi kalium, yang memainkan peranan penting dalam menyingkirkan lebihan natrium dalam badan iaitu salah satu punca utama tekanan darah tinggi. Dengan kandungan serat yang tinggi, buah ini turut membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat, memberikan manfaat berganda kepada kesihatan jantung.

2. Pisang

buah menurunkan darah tinggi dengan cepat pisang

Buah menurunkan darah tinggi dengan cepat seterusnya adalah pisang. Buah ini kaya dengan kalium, iaitu mineral penting yang membantu mengimbangi kesan natrium dalam badan.

Menurut American Heart Association (AHA), pengambilan makanan tinggi kalium seperti pisang dapat mengurangkan tekanan pada saluran darah, melancarkan aliran darah, dan menurunkan risiko hipertensi.

Khasiat lainnya ada pada kandungan magnesium, yang turut membantu menenangkan otot-otot dinding pembuluh darah.

3. Ubi Bit Merah

buah menurunkan darah tinggi dengan cepat ubi bit

Walaupun sering disalah anggap sebagai sayuran, ubi bit merah juga dianggap sebagai buah untuk menurunkan darah tinggi dengan cepat.

Kandungan nitrat semulajadi dalam ubi bit merah membantu meningkatkan pengeluaran oksida nitrat dalam badan, yang berfungsi untuk melebarkan saluran darah dan melancarkan aliran darah. Proses ini mengurangkan tekanan pada dinding arteri, seterusnya menurunkan tekanan darah.

Kajian oleh National Center for Biotechnology Information menunjukkan bahawa, jus ubi bit merah boleh memberi kesan penurunan tekanan darah hanya dalam beberapa jam selepas pengambilannya. Selain itu, buah ini juga mengandungi antioksidan seperti betalain, yang membantu melindungi jantung daripada kerosakan oksidatif.

Rasa manis semula jadi pada ubi bit merah ini membolehkan anda untuk menikmatinya dalam bentuk jus, dimasak sebagai sup, atau ditambah ke dalam salad.

4. Kiwi

buah menurunkan darah tinggi dengan cepat kiwi

Kiwi merupakan buah eksotik yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sangat berkhasiat sebagai jenis buah menurunkan darah tinggi dengan cepat. Kaya dengan kalium, kiwi membantu mengimbangi kadar natrium dalam badan, yang merupakan kunci utama dalam mengurangkan tekanan pada dinding saluran darah.

Selain itu, buah ini mengandungi vitamin C yang tinggi, bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi pembuluh darah daripada keradangan dan kerosakan akibat radikal bebas.

Penyelidikan dari National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, pengambilan tiga biji kiwi sehari dapat memberikan kesan signifikan dalam menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik, menjadikannya alternatif semula jadi yang sangat berkesan.

Tambahan pula, kiwi mengandungi lutein, sejenis fitonutrien yang turut membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular secara keseluruhan.

5. Tembikai

Tembikai bukan sahaja buah yang menyegarkan, tetapi juga pilihan yang efektif untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Kandungan airnya yang tinggi membantu mengekalkan hidrasi tubuh, yang penting untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan pada jantung.

Lebih menarik, tembikai kaya dengan L-citrulline, sejenis asid amino yang membantu menghasilkan oksida nitrat. Oksida nitrat ini berfungsi untuk merehatkan dan melebarkan saluran darah, seterusnya menurunkan tekanan darah dengan cepat.

Selain itu, tembikai mengandungi kalium yang membantu mengimbangi kadar natrium dalam badan, serta likopena, antioksidan kuat yang melindungi saluran darah daripada kerosakan oksidatif.

Kajian oleh National Center for Biotechnology Information juga menunjukkan bahawa, pengambilan tembikai secara kerap dapat mengurangkan tekanan darah sistolik dan diastolik, menjadikannya salah satu pilihan semula jadi yang berkesan.

6. Buah Delima

buah menurunkan darah tinggi dengan cepat delima

Buah menurunkan darah tinggi dengan cepat seterusnya adalah buah delima. Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, delima kaya dengan polifenol, terutamanya punicalagin, iaitu antioksidan kuat yang membantu mengurangkan keradangan pada saluran darah dan meningkatkan fleksibiliti dinding arteri.

Ini membantu melancarkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik secara berkesan. Selain itu, buah delima juga mengandungi kalium, yang berfungsi mengimbangi kadar natrium dalam badan dan membantu menstabilkan tekanan darah.

Jus delima, terutamanya apabila diambil tanpa tambahan gula, telah terbukti melalui kajian dapat memberi kesan penurunan tekanan darah dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Tambahan pula, kandungan serat dan vitamin C dalam buah ini turut menyokong kesihatan jantung secara keseluruhan.

Anda boleh makan buah delima dalam bentuk jus segar atau ditambah dalam hidangan seperti salad.

7. Avokado

Avokado merupakan buah menurunkan darah tinggi dengan cepat. Kaya dengan kalium, avokado membantu mengimbangi kasar natrium dalam badan, yang merupakan faktor utama dalam mengawal tekanan darah.

Kandungan lemak tak tepu tunggalnya yang tinggi, terutamanya asid oleik, membantu meningkatkan kesihatan jantung dengan mengurangkan keradangan dan memperbaiki profil kolesterol.

Selain itu, avokado mengandungi magnesium, mineral penting yang membantu merehatkan saluran darah dan melancarkan aliran darah. Ia juga kaya dengan serat yang membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan menyokong fungsi kardiovaskular secara keseluruhan.

Antioksidan seperti vitamin E dalam avokado turut melindungi dinding arteri daripada kerosakan oksidatif, menjadikan buah ini pilihan terbaik untuk menjaga tekanan darah dalam lingkungan yang sihat.

8. Buah Sitrus

buah menurunkan darah tinggi dengan cepat buah sitrus

Buah sitrus seperti oren, limau, lemon dan limau gedang merupakan pilihan hebat sebagai buah menurunkan darah tinggi dengan cepat. Satu kajian dari National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, makan kira-kira 530 gram hingga 600 gram buah sitrus sangat berkesan untuk mengawal tekanan darah.

Buah-buahan ini kaya dengan vitamin C, sejenis antioksidan yang membantu melindungi saluran darah daripada kerosakan radikal bebas.

Vitamin C juga berperanan dalam menggalakkan pengeluaran oksida nitrat, yang membantu melebarkan saluran darah dan melancarkan aliran darah, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.

Tambahan pula, buah sitrus mengandungi flavonoid seperti hesperidin dan naringin, yang terbukti dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dengan menstabilkan tekanan darah.

Oleh kerana buah sitrus rendah kalori tetapi kaya dengan serat, ia sesuai untuk menyokong diet seimbang yang baik untuk jantung.

9. Epal

Epal, buah yang mudah didapati dan popular adalah salah satu pilihan terbaik untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi secara semula jadi. Kandungan flavonoid dalam epal, terutamanya quercetin, berfungsi untuk mengendurkan saluran darah dan meningkatkan aliran darah, sekaligus mengurangkan tekanan darah.

Selain itu, epal kaya dengan kalium, mineral yang membantu mengimbangi kadar natrium dalam badan, faktor penting dalam pengawalan tekanan darah.

Buah rendah kalori ini juga mengandungi serat larut seperti pektin, yang membantu menurunkan tahap kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah. Ini penting kerana kolesterol tinggi sering berkait rapat dengan hipertensi dan masalah kardiovaskular.

10. Aprikot

Aprikot mengandungi kalium, mineral penting yang membantu mengawal keseimbangan natrium dalam badan, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding saluran darah. Kandungan magnesium dalam aprikot juga menyokong fungsi saluran darah dengan merehatkan otot-otot dinding arteri, melancarkan aliran darah, dan menstabilkan tekanan darah.

Selain itu, aprikot mengandungi serat yang tinggi, membantu menurunkan kadar kolesterol dan menyokong kesihatan kardiovaskular secara keseluruhan. Antioksidan seperti beta-karoten dan vitamin C yang terdapat dalam buah ini berfungsi melindungi saluran darah daripada kerosakan oksidatif, sekaligus meningkatkan kesihatan jantung.

11. Plum

buah menurunkan darah tinggi dengan cepat buah plum

Plum adalah buah yang penuh dengan nutrisi yang mampu membantu menurunkan tekanan darah tinggi secara semula jadi. Kaya dengan kalium, plum membantu mengimbangi kandungan natrium dalam badan, seterusnya mengurangkan tekanan pada saluran darah.

Mineral ini juga berperanan penting dalam melancarkan aliran darah dan mengekalkan fungsi normal jantung. Selain itu, plum mengandungi magnesium, yang membantu merehatkan otot-otot saluran darah dan mengurangkan tekanan darah secara keseluruhan.

Serat larut dalam plum turut membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat), sekali gus menyokong kesihatan kardiovaskular.

12. Buah Prun

buah menurukan darah tinggi dengan cepat buah prun

Prune, yang merupakan versi kering daripada plum, adalah salah satu buah menurunkan darah tinggi dengan cepat dan terbaik.

Kaya dengan kalium, prune berfungsi mengimbangi kadar natrium dalam badan, yang penting untuk mengurangkan tekanan pada dinding saluran darah.

Mineral ini juga membantu melancarkan aliran darah dan menstabilkan fungsi jantung. Kandungan magnesium dalam prune turut menyokong kesihatan saluran darah dengan merehatkan otot dinding arteri.

13. Mangga

Mangga, buah tropika yang digemari ramai, bukan sahaja enak tetapi juga kaya dengan nutrisi yang membantu menurunkan tekanan darah tinggi secara semula jadi.

Kandungan kalium dalam mangga memainkan peranan penting dalam mengimbangi kadar natrium dalam badan, yang dapat mengurangkan tekanan pada dinding saluran darah. Selain itu, mangga mengandungi magnesium, mineral yang membantu merehatkan otot-otot saluran darah, seterusnya melancarkan aliran darah dan menstabilkan tekanan darah.

Kajian dari Food Chemistry menunjukkan bahawa, mangga juga kaya dengan antioksidan seperti vitamin C dan beta-karoten yang melindungi saluran darah daripada keradangan dan kerosakan akibat radikal bebas. Kandungan seratnya yang tinggi pula membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), yang secara tidak langsung menyokong kesihatan kardiovaskular secara keseluruhan.

14. Nanas

Nanas, dengan rasa manis masamnya yang menyegarkan, adalah buah tropika yang sangat berkesan sebagai sejenis buah menurunkan darah tinggi dengan cepat.

Buah ini kaya dengan kalium, mineral penting yang membantu mengawal keseimbangan natrium dalam badan, seterusnya mengurangkan tekanan pada saluran darah dan melancarkan aliran darah.

Kandungan bromelain, enzim unik yang terdapat dalam nanas, turut memainkan peranan penting dengan membantu mencegah pembekuan darah dan mengurangkan keradangan pada saluran darah, sekali gus menyokong kesihatan jantung.

15. Buah Pir

buah menurunkan darah tinggi dengan cepat buah pir

Buah pir, dengan teksturnya yang berair dan manis, adalah pilihan semula jadi yang berkhasiat sebagai buah menurunkan darah tinggi dengan cepat. Kaya dengan kalium, buah pir, membantu mengimbangi kadar natrium dalam badan, yang penting untuk mengurangkan tekanan pada saluran darah.

Selain itu, kandungan serat larut dalam buah pir, terutama pektin, membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat), yang secara langsung menyokong kesihatan jantung dan tekanan darah.

Buah pir juga mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan flavonoid, yang melindungi saluran darah daripada kerosakan oksidatif dan meningkatkan fleksibiliti dinding arteri. Kandungan airnya yang tinggi pula membantu memastikan badan kekal terhidrat, yang penting untuk mengekalkan tekanan darah pada tahap normal.

16. Betik

Anda juga boleh makan buah betik sebagai buah menurunkan darah tinggi dengan cepat. Kandungan kalium dalam betik membantu mengimbangi kadar natrium dalam badan, yang penting untuk mengurangkan tekanan pada saluran darah.

Selain itu, betik mengandungi magnesium yang membantu melancarkan peredaran darah dan merehatkan otot dinding saluran darah, seterusnya menstabilkan tekanan darah. Buah ini juga dengan antioksidan seperti vitamin C, beta-karoten, dan flavonoid, yang melindungi dinding arteri daripada kerosakan akibat radikal bebas.

17. Belimbing

buah menurunkan darah tinggi dengan cepat belimbing

Buah belimbing atau starfruit terkenal sebagai buah menurunkan darah tinggi dengan cepat. Ini kerana, ia kaya dengan kalium yang berperanan mengatur keseimbangan natrium dalam tubuh dan melegakan tekanan pada saluran darah.

Selain itu, sifat diuretik semula jadinya membantu tubuh mengeluarkan lebihan garam dan air, yang turut menyumbang kepada pengurangan tekanan darah. Belimbing juga mengandungi antioksidan seperti flavonoid dan polifenol yang melindungi saluran darah daripada kerosakan serta meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Kandungan seratnya membantu mengawal kadar kolesterol, sementara vitamin C dalam buah ini memperbaiki keanjalan saluran darah dan mengurangkan tekanan oksidatif.

Menurut National Center for Biotechnology Information, dengan kalori dan gula yang rendah, belimbing sesuai untuk individu yang menjaga berat badan atau mengawal hipertensi, tetapi pengambilan secara sederhana disarankan, terutama bagi individu dengan masalah buah pinggang.

18. Tomato

buah menurunkan darah tinggi dengan cepat tomato

Tomato adalah sejenis buah menurunkan darah tinggi dengan cepat. Ia kaya dengan kalium, mineral penting yang membantu mengurangkan kadar natrium dalam badan, seterusnya menurunkan tekanan pada dinding saluran darah.

Kajian jurnal dari Artherosclerosis mendapati, tomato mengandungi likopena, sejenis antioksidan kuat yang melindungi saluran darah daripada keradangan dan kerosakan oksidatif, meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.

19. Jambu Batu

Kandungan kalium yang tinggi pada jambu batu membantu menyingkirkan lebihan natrium dari badan, yang merupakan punca utama peningkatan tekanan darah.

Ia juga mengandungi magnesium yang berfungsi untuk merehatkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah, menjadikannya sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung.

Antioksidan seperti vitamin C yang tinggi dalam buah ini berfungsi melindungi saluran darah daripada kerosakan akibat radikal bebas, sementara kandungan airnya yang tinggi memastikan tubuh kekal terhidrat.

20. Buah Amla

buah menurunkan darah tinggi dengan cepat buah amla

Buah amla, atau lebih dikenali sebagai Indian gooseberry, adalah buah menurunkan tekanan darah tinggi dengan cepat dan semula jadi.

Kandungan vitamin C dalam amla adalah luar biasa tinggi, bertindak sebagai antioksidan kuat yang membantu melindungi saluran darah daripada kerosakan akibat radikal bebas. Antioksidan ini juga meningkatkan pengeluaran oksida nitrat, yang membantu melebarkan saluran darah dan melancarkan aliran darah, seterusnya mengurangkan tekanan darah.

Selain itu, amla kaya dengan kalium, yang berperanan penting dalam mengimbangi kadar natrium dalam badan dan mengurangkan beban pada sistem kardiovaskular. Buah ini juga mengandungi polifenol, yang membantu mengawal kadar gula dalam darah dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.

Amla turut membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik), menjadikannya sangat bermanfaat untuk mencegah hipertensi dan masalah kardiovaskular.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis buah menurunkan darah tinggi dengan cepat yang boleh anda makan. Buah-buahan merupakan pilihan semula jadi yang kaya dengan nutrien penting seperti kalium, magnesium, serat, dan antioksidan, yang membantu menurunkan tekanan darah dengan cepat dan berkesan.

Selain menurunkan tekanan darah, pengambilan buah secara konsisten juga menyumbang kepada kesihatan jantung secara keseluruhan, meningkatkan fungsi ginjal, dan mengurangkan risiko komplikasi darah tinggi seperti strok dan kegagalan jantung.

Berikut adalah buah menurunkan darah tinggi dengan cepat yang sesuai untuk anda cuba:

  1. Buah Beri
  2. Pisang
  3. Ubi Bit Merah
  4. Kiwi
  5. Tembikai
  6. Buah Delima
  7. Avokado
  8. Buah Sitrus
  9. Epal
  10. Aprikot
  11. Plum
  12. Buah Prun
  13. Mangga
  14. Nanas
  15. Buah Pir
  16. Betik
  17. Belimbing
  18. Tomato
  19. Jambu Batu
  20. Buah Amla

Anda juga boleh mendapatkan informasi lain berkaitan masalah darah tinggi di sini:

Similar Posts

Leave a Reply